Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu wad dibuka perlahan. Kakinya perlahan mendekati Aiyla yang terlena di kerusi sebelah katil pesakit. Matanya redup menatap sekujur tubuh yang terbaring kaku atas katil pesakit itu.

Siapa lagi kalau bukan Aysar, abang kembarnya.

Dia membuka sweaternya lalu diletakkan pada belakang tubuh Aiyla. Risau adik perempuannya itu kesejukkan.

Terukir senyuman nipis di bibirnya tatkala melihat tangan Aiyla menggenggam tangan Aysar. Sayang sungguh Aiyla pada Aysar.

Memandangkan hanya ada satu kerusi sahaja dalam wad itu, Aydin duduk atas lantai tanpa lapik. Tidak peduli lantai itu kotor atau pun tidak. Matanya dipejam. Dia mahu tidur sebentar. Letih.

"Aydin..."

Saat dia hampir lena, bahunya ditepuk lembut. Dia mencelikkan matanya.

Aiyla mengukir senyuman nipis padanya.

"Kau tidur lah atas kerusi tu."

Aydin menggeleng kecil.

"Takpe aku okey je. Kau duduk jelah situ. Aku nak tidur kejap, penat." Jawabnya dengan mata terpejam. Dia terlalu penat dan mengantuk saat ini.

Tidak mahu mengganggu Aydin, Aiyla duduk di sebelahnya lalu menarik lembut kepala Aydin agar lentok di bahunya. Tercelik mata Aydin seketika.

Aydin mengukir senyuman kecil. Kepalanya dilentok atas bahu Aiyla dengan posisi yang selesa.

"Aku nak tidur sepuluh minit je nanti kejut aku."

"Tidur je aku tahu kau penat. Semalaman kau tak tidur kan?" Aiyla menyandar tubuhnya pada dinding wad dengan menatap lurus tubuh Aysar yang sedang terbaring kaku atas katil bagai tiada tanda-tanda tubuh itu mahu berjaga.

"Hmmm sekejap je..."

Aiyla tergelak.

Sekejap saja Aydin sudah pun lena. Suasana dalam wad ini kembali sunyi. Aiyla termenung jauh.

Semalaman Aydin langsung tidak tidur kerana terlalu risau dengan keadaan Aysar yang agak kritikal. Qaisha pula terduduk lemah tidak percaya dengan apa yang berlaku. Dikhabarkan pula Blade dalam perjalanan pulang ke Malaysia sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan daripada Aydin. Kemungkinan Blade akan tiba petang nanti.

Asyik dia termenung, pintu wad dibuka secara tiba-tiba. Terus Aiyla menoleh ke arah pintu. Satu susuk tubuh yang dinantikan mereka sudah pun tiba. Dia tercebik-cebik menahan diri daripada menangis.

"Everything will be okay." Tutur Blade perlahan dengan senyuman nipis. Blade mengusap lembut kepala Aiyla. Pandangannya beralih kepada Aydin yang lena di sebelah Aiyla. Terserlah wajah kepenatan pada anak lelaki kembarnya itu.

Aiyla menahan diri daripada mengalirkan air matanya. Lagi pula Aydin sedang lena jadi dia tidak mahu mengejutkannya dengan tangisannya.

"Papa baru sampai?"

Blade mengangguk dengan senyuman.

"Ya."

"Kesian papa mesti terkejar-kejar ke sini."

Blade senyum segaris.

"Mana mumma?" Soalnya apabila kelibat Qaisha tidak kelihatan.

"Mumma balik sekejap ambil pakaian sebab mumma nak tidur sini sampai Abang Aysar bangun. Aiyla pun nak tidur sini tapi mumma tak bagi sebab Aiyla kena pergi sekolah esok." Tuturnya dengan sedih.

"It's okay, Aiyla dengan Aydin balik rumah dengan mumma. Papa jaga Aysar." Putus Blade.

"Tapi..."

"Takde tapi-tapi, keputusan papa muktamad. Papa tahu emosi mumma dengan Aiyla tak stabil sekarang ni. Listen to me okay, princess?"

Aiyla menghela nafas lemah. Perlahan saja dia mengangguk. Tiada guna jika dia membantah kerana apa yang diputuskan oleh Blade itu lah yang perlu mereka lakukan tanpa sebarang bantahan.

Blade mengorak langkah menghampiri Aysar yang terbaring kaku atas katil. Sebaik saja dia menerima panggilan daripada Aydin, terus dia meminta izin daripada Steve untuk pulang ke Malaysia terlebih dahulu. Kebetulan, urusan mereka sudah pun selesai dan mereka akan pulang esok pagi mengikut rancangan awal Steve.

Tangan kanan Aysar yang tidak dicucuk dengan sebarang wayar disentuh.

"Gözlerini aç oğlum." Tuturnya perlahan. Matanya redup merenung wajah pucat Aysar yang penuh dengan kesan-kesan lebam. Kepala anak sulung kembarnya itu pula berbalut rapi.

(Open your eyes, son.)

Matanya dipejam menahan amarah yang mula naik mencanak. Sungguh dia amat pantang jika keluarganya diusik orang. Tidak kisah siapa pun orang itu akan dia pastikan orang tersebut akan menyesal seumur hidup.

"Pa..."

Blade menoleh apabila bahunya disentuh. Wajah Aydin yang jelas baru bangun tidur itu dipandang.

"Bırakın halledeyim." Tuturnya dengan mendatar. Dia tahu Blade takkan duduk diam apabila melihat Aysar terlantar begini tapi biarlah dia yang selesaikan masalah ini. Dia mahu berhadapan dengan si pelaku itu.

(Let me settle it.)

Blade tertawa kecil.

"That's why pakai uniform sekolah Aysar? Act like him?"

Aydin menggosok tengkuknya.

"Jangan bagitahu mumma." Sengih Aydin.

Blade menggeleng kepala.

Aiyla turut berkepit dengan mereka berdua. Saja.

"Papa, you wanna know something?" Soal Aydin secara tiba-tiba tatkala suasana sepi menyelubungi mereka bertiga.

"What?"

Aiyla membuntangkan matanya apabila Aydin mengukir senyuman sinis padanya. Jangan cakap...

"Your princess have a boyfriend."

Terus Blade pandang Aiyla yang sudah membulat mata memandang Aydin.

"So any explanation for me?" Kening Blade diangkat meminta penjelasan dari Aiyla. Anak perempuan bongsunya itu.

"No! Mana ada! Papa jangan nak percaya kata-kata Abang Aydin tu. Membongak je lebih." Balas Aiyla dengan wajah kemerah-merahan. Suka-suka hati je Aydin membuat cerita pada Blade.

Aydin berpeluk tubuh.

"Aydin tak tipu, papa. Siapa nama mamat tu? Urmm hah Naqi! Kemain diorang berdua dating sama-sama semalam. Keluar makan berdua siap berjemput datang ke rumah lagi tau papa. Gentlemen sangat! Lepas tu sanggup hantar budak masam ni ke sini lepas Aydin call bagitahu Aysar masuk hospital. Siap pujuk lagi jangan menangis. Perhhhh so 'sawit'..." Cerita Aydin dengan bersungguh-sungguh. Lupa terus yang mereka berada dalam wad bukan di rumah.

Makin merah wajah Aiyla apabila Blade terus menatapnya dengan kening terangkat. Matanya menjeling Aydin setajam-tajamnya.

Tak guna punya Aydin!

"It is true?"

"Betullah bro, kau tahu tak Aysar budak-..." Aydin terus terdiam. Blade dan Aiyla turut terdiam sama.

Tiga pasang mata terus menatap Aysar yang memandang mereka dengan pandangan redup.

"A-abang Aysar..."

"Bro!"

Tidak fikir panjang, Aydin terus mendakap tubuh Aysar dengan erat.

"Aku ingat kau dah mati weh. Apasal tak reti bangun huh?" Marah Aydin dengan tercebik-cebik menahan diri daripada menangis.

Aysar mengukir senyuman nipis. Walaupun tubuhnya rasa sakit tapi tidak sampai hati mahu melepaskan pelukan adik kembarnya itu.

"Sorry..." Tuturnya perlahan.

Aiyla mengucap rasa syukur apabila Aysar sudah sedar. Manakala Blade menekan punat button di tepi katil Aysar untuk memanggil doktor.

"Aysar..."

Empat pasang mata memandang ke arah pintu. Wajah sembap Qaisha menjadi perhatian.

"Mumma..."

Aydin turun memberi ruang kepada Qaisha.

Qaisha terus berlari ke arah Aysar. Dahi Aysar dikucup kasih. Tidak berhenti dia mengucap syukur atas kesedaran anak sulung kembarnya ini.

Aysar mengusap wajah Qaisha yang jelas sembap itu dengan senyuman nipis.

"Sorry..."

Qaisha menggeleng kepala.

"Aysar tak salah, sayang. Aysar tak salah."

Blade mengusap belakang Qaisha dengan lembut. Aiyla dan Aydin saling berpelukan. Gembira Aysar sudah sedar.














"It is true Aiyla?"

Aiyla tersentak. Entah kenapa bulu romanya naik meremang. Walaupun suara itu kedengaran biasa saja tetapi aura daripada lelaki itu amat menggerunkan dirinya.

Gulp.

"Maksud Abang Aysar? Apa yang betul?"

Aydin di sebelah Aysar mengetap bibirnya daripada ketawa berdekah-dekah. Jarang dia nak nampak wajah Aiyla pucat tak berdarah seperti sekarang.

"About that guy. Naqi right?" Aysar menatap lurus wajah Aiyla yang jelas kelihatan gementar tatkala dia mengajukan pertanyaan itu.

Blade dan Qaisha tiada bersama mereka kerana mereka berdua turun ke bawah untuk membeli makanan mereka berlima memandangkan mereka belum menjamah sebarang makanan sejak tengah hari tadi.

Aiyla menarik nafas panjang lalu dihembus lembut. Dia cuba bertenang walau hakikatnya dia takde buat salah apa-apa. Sempat dia menjeling Aydin dengan tajam.

Aydin yang perasan akan jelingan itu menjelir lidah padanya.

"Abang Aysar jangan percaya cakap adik kembar abang tu. Dia tu sengaja tokok tambah cerita buat penyedap rasa. Okey part Aiyla keluar berdua dengan Naqi tu betul tapi kitorang tak dating pun. Bercinta pun tak. Aydin tu hah memandai-mandai buat cerita." Cebik Aiyla dengan wajah yang tidak puas hati.

"Eh eh betullah apa yang aku cakap. Dah kalau keluar makan berdua, siap berjemput depan rumah tu apa maknanya? Keluar dating lah tu sis. Okey aku admit aku terlepas cakap tapi aku nak cerita dengan papa je mana aku tahu time tu juga Aysar sedar. Sorry aeee..." Sengih Aydin dengan wajah tidak bersalah.

Aiyla mencebik. Macam lah dia tak tahu Aydin memang sengaja mahu mengenakannya. Kut ya pun nak sembang dengan Blade macam tak boleh nak sembang dekat rumah je.

Aysar masih menatap wajah Aiyla tanpa lepas. Matanya redup merenung wajah keruh adik perempuannya itu. Tangannya kanannya naik lalu diletak atas kepala Aiyla.

Aiyla memejam matanya kerana terlalu takut. Jantungnya berdegup kencang. Berdebar-debar menunggu tingkah Aysar yang selanjutnya.

Aysar mengukir senyuman nipis. Menakutkan sangatkah dirinya?

"As long Aiyla pandai jaga diri i'm okay. Berkawan lah dengan sesiapa tapi kena pandai nilai seseorang sama ada dia baik atau sebaliknya. Jangan mudah percaya dengan perwatakan seseorang. Okay?" Pesannya sambil mengusap kepala Aiyla dengan lembut.

Aiyla mencelikkan matanya semula. Dia mengukir senyuman lebar. Wajahnya didongak memandang Aysar yang masih merenungnya dengan pandangan redup.

"Baik Abang Aysar, hehehe..."

Aydin menghembus nafas lega. Buat cuak je Aysar ni. Fuhhh...

"How about you? Why you wear my uniform?" Kini pandangannya beralih kepada Aydin yang tersentak dengan pertanyaannya.

Aydin menggaru keningnya dengan sengihan.

"Abang Aydin menyamar jadi Abang Aysar. Dia cakap dia nak cari tahu siapa yang buat Abang Aysar sampai masuk hospital." Jawab Aiyla tanpa dipinta.

Wajah Aysar terus berubah mendatar. Ini membuatkan Aydin jadi serba tak kena. Dia menjeling Aiyla yang menyungging senyuman sinis padanya.

Balas dendam nampak?

Aydin melepas keluhan panjang.

"Hmmm betullah tu but bro, kau dibuli dekat sekolah? Macam-macam perkataan dan gelaran budak-budak sekolah lempar dekat kau aku dapat. Kau dibuli?" Soal Aydin dengan wajah serius.

Pertanyaan adik kembarnya itu tidak dijawab. Malah, dia melarikan pandangannya daripada terus menatap wajah Aydin.

Aiyla terkejut dengan penyataan tersebut.

Aysar dibuli?

"Aysar...."

"Aku okey as long 'dia' tak terjaga." Balasan Aysar itu membuatkan Aydin diam. Tak perlu tanya lebih lanjut dia cukup faham apa yang disampaikan oleh abang kembarnya itu.

"Kenapa kau tak bagitahu aku? Aku ni kembar kau tau. Separuh jiwa hidup kau. At least cerita lah apa yang berlaku dekat kau tu. Jangan pendam sendiri." Aydin seakan-akan berkecil hati dengan sikap pendiam Aysar. Semuanya nak pendam sendiri.

Aysar mengukir senyuman segaris.

"Aku tak nak buat kau risau. Kalau aku bagitahu kau nak buat apa? Tibai budak-budak tu? Lagi lah aku tak nak cerita apa-apa." Ujar Aysar sambil menyerabaikan rambut Aydin.

Aydin mencebik. Perlakuan Aysar langsung dia tidak tepis. Dia biar je rambutnya diserabaikan Aysar. Itu lah cara Aysar bergurau mesra dengannya.

"At least aku tahu lah apa masalah kau. Jangan lah senyap macam takde apa-apa."

"Aku tak nak bebankan masalah aku dekat kau. Aku tak nak adik-adik aku terbeban dengan masalah kehidupan aku."

See? Macam mana dia tak risau dengan Aysar bila Aysar lebih mementingkan hal mereka sekeluarga daripada dirinya sendiri.

"Not fair..." Tutur Aiyla perlahan seraya menarik perhatian si kembar.

Wajah mendung Aiyla ditatap Aysar dengan lembut.

"Mana boleh Abang Aysar pendam masalah sendiri sedangkan Abang Aysar tahu masalah kitorang semua."

Aydin angguk setuju.

Aysar menghela nafas lembut sebelum mengukir senyuman kecil.

"Come." Aysar mendepakan tangannya pada Aiyla.

Tanpa berlengah, Aiyla terus mendakap tubuh Aysar. Aysar mengusap lembut belakang Aiyla dengan kasih.

"It's okay, no need to know my problem. As long i'm fine everything okay." Tutur Aysar lembut seakan-akan memujuk hati Aiyla.

Aydin menggeleng kepala. Degil!

"Nak join sekali."

Aysar tertawa kecil apabila Aydin turut memeluk mereka berdua. Sudah lama mereka bertiga tidak berpelukan sebegini. Mungkin disebabkan mereka sudah besar dan personalitinya yang agak dingin membuatkan Aiyla malu-malu mahu memeluknya tidak seperti Aydin yang sangat tidak malu memeluknya bila-bila Aydin mahu.

Qaisha menutup semula pintu wad yang menempatkan Aysar dengan senyuman kecil. Seronok hatinya melihat moment tersebut.

"So?"

Qaisha menayang sengihan pada Blade.

"Jom kita dating?"

Blade tertawa mendengar permintaan Qaisha itu. Comel!

Pinggang ramping Qaisha dipaut.

"Jom." Pipi isterinya itu dikucup kasih.

"Eh, makanan ni?"

"Gantung dekat tombol ni je. Nanti aku whatsapp Aydin." Selamba Blade menggantung makanan mereka di tombol pintu. Katanya tidak mahu mengganggu tiga beradik itu.

Sementara tiga beradik itu sedang bersembang sesama mereka, biar mereka suami isteri pergi dating dekat bawah hospital yang ada taman. Nak lepas rindu yang bersarang dalam hati.















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro