Bab 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Mumma tengok daripada korang lepas balik berjalan Aiyla banyak diam je. Ada apa-apa yang jadi ke? Aydin takde buli Aiyla kan?" Soal Qaisha dengan penuh curiga. Matanya mengecil merenung wajah Aydin dengan tajam.

Aydin yang sedang mengunyah rempeyek hampir saja tercekik apabila Qaisha merenungnya tak lepas. Aysar yang melihat adik kembarnya yang sudah pucat lesi mengukir senyuman nipis. Kelakar. Air kosongnya diteguk hingga habis.

"Ish mumma ni tak baik tuduh-tuduh Aydin. Mana ada Aydin buli budak masam tu. Tak percaya tanya Aysar."

Qaisha mengecilkan matanya apabila Aydin mula memetik nama Aysar. Nak selamatkan diri sendiri libatkan orang lain pula ya.

"Betul ke Aysar?"

Aydin memberi isyarat mata pada Aysar agar menyelamatkan dirinya daripada Qaisha. Semua orang sedia maklum, Aydin memang takut dengan Qaisha berbanding Blade. Blade boleh bawa bincang lagi tapi Qaisha tidak sama sekali.

"Why not mumma tanya Aiyla? Aysar tak tahu apa yang bermain dalam hati dan fikiran Aiyla." Tutur Aysar tidak menjawab pertanyaan Qaisha. Dia bukannya mahu membela Aydin tapi biarlah mummanya itu tahu sendiri punca Aiyla jadi sebegitu.

Sejujurnya dia dan Aydin pun tak tahu apa yang membuatkan Aiyla diam membisu. Walaupun Aydin kuat mengusik Aiyla tetapi Aiyla tidak pernah berkelakuan seperti itu. Paling teruk pun masam muka dengan Aydin 30 minit lepas tu Aydin pujuk dengan aiskrim hilang dah wajah masam tu.

Selepas dia dan Aydin keluar daripada surau, susuk tubuh Aiyla di cari di tingkat 2 memandangkan Naqi ada whatsapp Aydin mengatakan Aiyla ada bersamanya di photo booth. Memang benar, Naqi dan Aiyla ada di kawasan photo booth sedang menunggu kedatangan mereka berdua. Sempat juga Aydin mengusik Naqi dan dibalas tawa kecil oleh lelaki itu. Dia hanya bersalaman sahaja dengan Naqi sebelum Naqi meminta izin untuk beredar pergi.

Selepas berjumpa dengan Naqi, perwatakan Aiyla terus berubah. Diam tidak bersuara. Sepatah ditanya, sepatah juga dibalas. Berpatah-patah ditanya tetap sepatah juga dijawab. Aydin yang mahu menyakat lebih-lebih terus mati akal apabila tiada respon daripada Aiyla. Sudahnya mereka bertiga diam membisu saja sampai lah pulang ke rumah.

Qaisha menongkat dagu. Daripada riak wajah Aysar, tidak ada pula menunjukkan unsur-unsur mahu membela Aydin tapi bukan boleh percaya sangat. Aysar memang pandai menyembunyikan riak wajahnya dengan baik dengan mempamerkan raut wajah yang tenang.

"Aku rasakan Naqi ada cakap sesuatu lah dengan Aiyla. Kalau nak cakap Naqi buat benda tak senonoh, Aiyla boleh je sepak atau tumbuk budak Naqi tu. Tak pun boleh je dia cakap Naqi buat benda tak elok dekat kita depan dia. Betul tak teori aku ni?"

Aysar mengangguk kecil. Aiyla bukannya 'kosong'. Walaupun Aydin dan Aiyla tidak mencampuri urusan dunia mafia tetapi mereka berdua wajib mempelajari ilmu seni mempertahankan diri. Lagi pula Aiyla juara silat antara sekolah. Mustahil Aiyla tidak mampu menepis serangan seperti serangan gangguan seksual.

"Eh Naqi? Dia pun ada sama ke dengan korang bertiga?" Soal Qaisha ingin tahu.

"Ha'ah mumma, kebetulan je terserempak. Dia nampak Aiyla duduk dekat bangku sorang-sorang sebab tunggu kitorang berdua solat. Dia teman kejap lepas tu ajak Aiyla pergi photo booth. Tak tahu lah apa jadi sampai budak kecik tu jadi macam tu. Risau pula. Takut tersampuk dengan mana-mana jin je." Sempat lagi Aydin membuat lawak.

Qaisha membuat muka. Aydin menayang sengih.

"Papa mana mumma?" Tanya Aysar apabila tidak nampak kelibat Blade.

"Ada dekat atas, tidur lagi kut."

Aysar menggeleng kepala apabila perasan senyuman senget terukir di bibir adik kembarnya itu. Nak mengusik lah tu.

"Aydin tak nak adik dah tau mumma. Aydin tak nak Aysar dirampas lagi."

Hampir saja Qaisha menyemburkan airnya tatkala ayat Aydin menusuk ke dalam hatinya. Terkerbil-kerbil matanya apabila kelibat Aydin sudah hilang.

Wajahnya mula merona merah.

Aysar tertawa kecil. Dia bangun mengambil gelas dan gelas Aydin yang sudah kosong untuk dicuci. Setelah itu, dia merapati Qaisha yang masih terkedu dengan kata-kata Aydin.

Bahu Qaisha dipaut sebelum menguncup ubun-ubun Qaisha dengan kasih.

"It's okay for me if you want pregnant again mumma. If can i want baby girl." Sengih Aysar apabila kata-katanya berjaya membuatkan wajah Qaisha semakin merah.

Qaisha meraup wajahnya malu!

"Jangan nak merepek."

Aysar ketawa melihat Qaisha malu-malu dengannya. Dia tak kisah Qaisha mengandung lagi. Dia suka bau baby. Wangi.

Dia mengorak langkah menuju ke tingkat atas. Dia berselisih dengan Aydin yang tersengih-sengih. Dah kenapa? Gila dah ke?

"Are you okay twin?" Tegurnya dengan wajah kehairanan. Risaulah sengih sorang-sorang ni.

"Nanti kau tahu sendiri. Haihhh aku tak ready nak ada adik lagi bro. Cukuplah Aiyla je. Penat aku nak rampas kau tau."

Aysar ketawa kecil. Manja ini budak.

"Kau nak pergi mana?"

"Turun bawah tengok tv. Aku naik bilik sebab nak ambil kacang je. Nak mengunyah." Balang yang berisi kacang hijau ditepuk. Malam ni ada cerita best.

Aysar angguk.

"Pergilah turun."

"Jomlah join sama." Ajak Aydin.

"Nanti aku join."

"Hmmm yelah. Aku tunggu kau okeyyy..."

Aysar angguk kecil.

Aydin pun turun ke bawah sambil menyanyi kecil. Nampak gembira adik kembarnya itu hari ini. Mungkin sebab dia banyak spend time dengan Aydin harini.

Dia pun meneruskan langkahnya. Bukan ke biliknya tetapi dia melangkah ke arah bilik Aiyla.

"Aysar?"

Aysar menoleh ke belakang. Blade yang baru keluar daripada bilik menyapa Aysar dengan senyuman kecil sambil tangannya memegang laptop.

"Papa nak buat kerja dekat bawah ke?"

"Ha'ah nak buat kerja sikit. Alang-alang boleh makan puding coklat mumma."

"I see..." Seketika Aysar baru perasan sesuatu. Dia tertawa kecil. Baru lah dia faham kenapa Aydin tersengih-sengih.

"Papa..."

"Yes?" Blade yang baru saja turun satu anak tangga terus terhenti apabila Aysar memanggilnya.

"Aydin cakap dia tak nak ada adik dah."

Blade terus ketawa besar. Bahu Aysar dipegang.

"How about you?" Kening sebelahnya diangkat.

"I okay with that. Lagi ramai lagi meriah. Mumma pun tak sunyi." Sengih Aysar.

Blade ketawa lagi. Bahu Aysar ditepuk beberapa kali sebelum dia menuruni anak tangga.

Aysar kembali menyambung langkahnya menuju ke bilik Aiyla. Pintu bilik adik perempuannya itu diketuk.

"Masuklah pintu tak kunci."

Aysar memulas tombol pintu untuk membuka pintu. Aiyla yang sedang duduk di meja belajar didekati. Pintu bilik Aiyla ditutup rapat. Dia mahu berbual dengan Aiyla secara privacy.

"Eh Abang Aysar ada nak apa-apa ke?" Soal Aiyla sedikit terkejut apabila orang yang mengetuk pintu biliknya adalah Aysar. Fikirnya Qaisha rupanya bukan.

Aysar menggeleng kecil.

"Can i sit here?" Soal Aysar untuk duduk di katil Aiyla.

"Eh mestilah boleh. Nak baring pun boleh."

Melihat Aysar duduk di katilnya, dia bangun dan turut duduk di sebelahnya. Tanpa cakap apa-apa Aiyla merebahkan kepalanya atas riba Aysar. Saja nak bermanja dengan abang sulungnya ini.

Aysar tersenyum kecil. Tangannya mengelus lembut rambut panjang Aiyla.

"Aiyla ada masalah ke?" Soal Aysar. Matanya merenung lembut wajah Aiyla yang terpinga-pinga mendengar pertanyaannya.

"Masalah? Aiyla takde masalah apa pun. Kenapa?"

"Then kenapa Aiyla banyak diam lepas jumpa Naqi? Did he do something bad at you?"

"Ohhh ermmm takde apa lah. Dia takde buat apa-apa pun. Okey je." Jawab Aiyla dengan wajah yang merona merah. Pandangan Aysar tidak lagi dia tatap. Wajahnya dipaling menghadap perut Aysar.

"Did he said something at you?"

Aiyla tidak menjawab sebaliknya menyorok wajahnya pada perut Aysar. Kalau boleh nak masukkan kepalanya dalam perut Aysar.

Aysar ketawa kecil.

Bingo!

"Come on tell me, what he said hurm?" Aysar cuba mencungkil rahsia daripada Aiyla. Dia cuba memusingkan wajah Aiyla tetapi Aiyla mengeraskan kepalanya. Makin dia benamkan wajahnya pada perut Aysar. Terasa six pack Aysar pada wajahnya.

"Hmm did he said he love you? Like, i... love you...." Sengaja Aysar menyebut satu per satu untuk melihat reaksi Aiyla.

"My..."

Aiyla tidak betah.

"Little...."

"Okay okay stop-stop." Aiyla terus bangun dan duduk. Wajahnya usah dikatakan. Merah!

Aysar senyum kemenangan.

"Urmmm dia cakap sebiji apa yang Abang Aysar cakap tu. I love you, my little princess." Perlahan saja dia menuturkan ayat itu dengan wajah yang semakin memerah.

"That's why you act like that? Mumma risau bila tengok anak perempuannya diam macam ni. Kesian Aydin kena tuduh dengan mumma."

Aiyla menggosok tengkuknya dengan sengihan.

"Sorry, tak bermaksud pun nak buat mumma risau cuma tu lah otak tiba-tiba jadi jammed."

Aysar menggosok kepala Aiyla.

"Abang Aysar rasa betul ke apa yang Naqi cakap tu. Yelah kitorang kan muda lagi. Lagi-lagi Aiyla. Hati manusia kan boleh berubah. Aiyla takut bila Aiyla ada perasaan dekat dia, dia pula takde perasaan dekat Aiyla. Aiyla tak nak rasa sakit atau kecewa." Tutur Aiyla jujur. Dia tak pernah bercinta atau pun dekat dengan mana-mana lelaki jadi dia tak tahu perasaan cinta mahu pun patah hati seperti apa.

Apa yang dia tahu cinta itu indah tetapi patah hati itu sakit. Sakit sesakitnya hingga boleh buat seseorang itu hilang akal fikiran. Itu yang dia baca dan dia dengar dari mulut orang.

"Aiyla risau?"

"Huh? Erkk urmmm sikit."

"Tak perlu risau dan fikir dengan perkara yang belum jadi lagi. Aiyla jalani saja kehidupan seperti biasa. Selebihnya berserah kepada Allah yang lebih mengetahui segala-galanya. Ada jodoh, Aiyla dan Naqi jauh macam mana sekali pun pasti akan bersama juga. Sekarang ni fokus pada pelajaran. Walaupun apa yang Naqi luah tu memang betul tapi Aiyla kena ingat jangan berlebihan dalam menaruh perasaan pada cinta manusia." Pesan Aysar  dengan panjang agar Aiyla tidak terlalu memikirkan tentang hati dan perasaan.

Aiyla mendengar tanpa menyampuk. Kata-kata Aysar dia pahatkan dalam hati dan fikirannya.

"Dah jom turun bawah, semua tengah berkumpul dekat ruang tamu."

Aiyla angguk kecil. Dia mengukir senyuman.

"Let's go."














"Kau tak tidur lagi?"

Aysar menoleh ke belakang apabila suara Aydin menyapa halwa telinganya.

"You too."

Aydin sengih. Dia menghampiri Aysar yang sedang mengambil angin di balkoni. Bilik Aysar tidak terlalu gelap kerana Aysar memasang lampu tidur.

"Asal kau tak tidur lagi?" Soal Aydin. Matanya memandang halaman rumah sebelum memandang wajah Aysar.

"How about you?" Soalan dibalas soalan.

Aydin menjuling matanya ke atas.

"Ish aku tanya kau dulu kan? Memang suka jawab dengan pertanyaan ke? Macam biasalah aku main game, esok cuti lagi."

Aysar tawa kecil. Itu pun nak marah.

"Jangan kerap main game. Rosak mata. Lagha pun ya." Nasihat Aysar. Entah kali ke berapa pun dia tak pasti nasihat yang sama dia beri pada Aydin.

Aydin buat-buat tak dengar.

"Whatever, kau apasal tak tidur lagi?"

"Tak mengantuk buat apa tidur."

Aydin mengecilkan matanya. Wajah Aysar yang tidak menunjukkan sebarang reaksi membuatkan dia melepas keluhan kecil.

"Kau fikir apa? Pasal 'makhluk' dalam diri kau ke? Kenapa? Ada tanda-tanda 'dia' nak 'terjaga' ke?"

Pertanyaan Aydin itu membuatkan Aysar mendiamkan diri. Berat mulutnya mahu mengatakan hal yang mengganggu fikirannya.

"So, apa yang kau cakap dekat mall tu benda betul?"

Aysar memejam matanya seketika sebelum membuka mulut. Wajah Aydin dipandang beberapa saat sebelum pandangannya dijatuhkan pada halaman rumah.

"Aku dapat rasa bila-bila masa je 'dia' akan muncul. Aku takut aku tak mampu nak kawal diri aku." Rambutnya dicengkam kuat.

Bahu Aysar ditepuk lembut. Jelas wajah abang kembarnya itu sangat tertekan.

"Macam yang aku cakap kalau kau tak dapat kawal aku tendang je bontot kau." Aydin cuba buat sarkastik agar Aysar tidak terlalu stres.

Aysar tertawa kecil.

"Tak sempat kau sepak aku, kaki kau aku dah patahkan." Balas Aysar dengan senyuman sinis.

"Tch, come on lah tak sempat kau nak sentuh kaki aku tangan kau aku tepis dulu." Dadanya ditepuk dengan wajah yang riak.

"Really?"

"Yes twin."

"Hahaha okay, aku pegang kata-kata kau."

"Of course, aku akan protect family ni dan juga kau. Aku akan pastikan kau takkan dapat cederakan sesiapa termasuk diri kau sendiri. Don't worry."

Terukir senyuman kecil di bibir Aysar.

"Thank you Aydin."

"No problem. By the way kau yakin kau dah boleh pergi sekolah lusa? Badan kau macam mana? Luka okey dah?"

"Nak tengok?"

Aydin angguk laju.

Aysar membuka bajunya di hadapan Aydin. Badannya sudah tidak lagi berbalut dengan kain. Hanya singlet saja yang dia pakai. Singlet hitam dia turut buka sama. Dia memusingkan badannya membelakangkan Aydin.

Aydin membuat muka ngeri. Gila punya banyak parut-parut ngeri yang terdapat pada badan Aysar. Sewaktu luka Aysar masih basah dengan darah, tak berapa nak ngeri tapi bila dah kering ni huihhhh ngeri betul!

Jari telunjuknya menekan-nekan kulit badan Aysar yang dah kering itu dengan takut-takut. Takut Aysar sakit sebenarnya.

"Sakit tak weh?"

"Tak." Aysar terus pusing menghadap Aydin yang masih berkerut-kerut wajahnya. Tanpa memakai bajunya semula, dia memangku wajahnya atas palang balkoni.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau kena buli? Bukan buli biasa-biasa pula tu. Sampai tahap ada niat nak bunuh kau tau. Aku masih tak faham kenapa kau diam je. Sedih hati aku bila separuh jiwa aku disakiti tanpa aku sedar." Wajah Aydin berubah menjadi sedih. Tipu lah kalau dia tak rasa apa-apa bila Aysar kena buli. Rasa marah, sedih, geram... Semualah dia rasa.

"Cengenglah kau ni." Aysar geleng kepala apabila isu ini masih dibangkitkan Aydin.

"Biar lah. Kau separuh jiwa aku, bro." Badan Aysar dipeluk erat.

Aysar mengukir senyuman nipis. Baru dia mahu membalas pelukan Aydin tiba-tiba matanya berpinar-pinar. Dadanya rasa sesak secara tiba-tiba.

"Bro, kau okey tak?" Aydin terus meleraikan pelukannya apabila badan Aysar tiba-tiba menggeletar. Dia memegang wajah Aysar yang berkerut seperti menahan kesakitan.

"S-sakittt.."

Aydin terkejut.

Kedua-dua mata Aysar dipandang silih berganti. Sebelah kanan normal tetapi sebelah kiri...

"Tarik nafas, hembus lembut... Slow-slow... Kau boleh lawan. Aku ada dengan kau." Aydin membawa Aysar masuk ke dalam bilik dan membawanya ke katil. Dia menyandarkan tubuh Aysar di kepala katil dengan berhati-hati. Pintu balkoni ditutup rapat sebelum dikuncinya.

Aysar mengetap bibirnya daripada mengeluarkan sebarang suara. Kepala, mata, dada serta mentalnya terasa amat sakit sehingga menyebabkan dia rasa mahu meraung semahu-mahunya.

Sakit!!!

Aydin tidak tahu membuat apa selain memeluk tubuh Aysar dengan erat seraya berzikir di telinga Aysar. Dia tak tahu sama ada ia berkesan atau pun tidak tapi dia yakin Sang Pencipta mampu meringankan 'sakit' abang kembarnya ini.

'Kalau aku bunuh kembar kau mesti dia dah tak cengeng kan?'

'Dia nampak aku. Dia terkejut tengok aku, hahahahahaha....'

Aysar berteriak dalam hati menyuruh 'suara-suara' itu senyap daripada berbicara. Tangannya menutup kuat telinganya walaupun dia tahu tak ada guna dia melakukan perkara itu. Sia-sia.

"D-diam.. Diammm..."

Terkejut Aydin apabila Aysar menghentak kepalanya pada palang katil dengan kuat berkali-kali sambil mencengkam rambut dengan kuat.

"Ya Allah Aysar!" Dengan seluruh kudratnya, tubuh Aysar ditarik agar terus baring daripada duduk. Risau melihat Aysar seolah-olah seperti hilang kawalan.

Elok je Aysar terbaring, terus Aysar mencapai bantal tidurnya dan menekup wajahnya dengan kuat hingga sukar untuk Aysar bernafas.

"Aysar!" Aydin mati kutu.

Apa dia nak buat ni?

Mahu saja dia jerit meminta tolong tapi dia tidak mahu sesiapa melihat Aysar seperti ini. Dia juga yakin Aysar turut tidak mahu sesiapa melihatnya seksa seperti ini.

"Sorry bro." Dengan lafaz bismillah, bantal yang ditekup kuat pada wajah Aysar direntap kasar lalu dengan sepantas kilas dia mengunci tubuh Aysar dengan kuat.

Dapat dia melihat wajah dan tubuh Aysar berpeluh-peluh. Terbit rasa sedih dalam hatinya. Seksa sungguh dia melihat keadaan Aysar sekarang ini.

Aydin tidak berbuat apa-apa selain mengunci tubuh Aysar dengan kuat sambil mengalun zikir penenang hati di cuping telinga Aysar.

Lama mereka berdua berkeadaan seperti itu sebelum perlahan-lahan tubuh Aysar mulai mengendur dan tidak lagi meronta-ronta.

Aydin melihat Aysar yang sudah terlena. Dia menghela nafas lega. Dia meleraikan tubuh Aysar dengan berhati-hati agar tidak membuatkan Aysar terjaga daripada lenanya.

Dia merebahkan badannya di sebelah Aysar. Wajahnya dipaling menghadap Aysar yang sedang lena. Peluh pada wajah Aysar diseka dengan bajunya.

'Takkan setiap malam Aysar berkelakuan seperti tadi?'

Memikirkan perkara itu membuatkan Aydin bertambah sedih. Dia asyik memikirkan apa yang boleh dia bantu Aysar.

Asyik dia berfikir, dia tidak sedar yang dia terlelap di sebelah Aysar.
















Hallu guys, masih ada yang setia menunggukah?
Sorry, agak slow update lately ni
Tiba-tiba idea tak ada nak sambung dan agak hambar
So yeah, seperti biasa enjoy yaaa







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro