Bab 23

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Babe bangun babe."

"Aduh, tidur mati ke dia ni?"

"Kesian pula aku dengan dia ni."

"Hmmm nak buat macam mana? Kehidupan pelajar B40 ni memang mencabar."

"Kannn haihhh mana nak belajar mana nak cari duit bayar yuran. Hidup ni keras."

Suara-suara yang sedang berbual membuatkan dia terjaga daripada lenanya. Dia mengeliat kecil seraya menguap.

"Hah bangun pun ingatkan nak tidur sampai esok pagi."

"Ish kau ni Yusuf, apa cakap macam tu. Kesian Misyah penat." Tegur seseorang apabila Yusuf mengeluarkan kata-kata seperti itu.

"Hehehe gurau je lah Kak Syu. Akak ni garanglah macam harimau." Sengih Yusuf apabila dirinya direnung tajam oleh Syuhada.

Misyah yang baru saja bangun daripada tidur langsung tidak mengendahkan sekelilingnya.

"Pukul berapa?" Tanyanya dengan masih mamai. Dia sangat mengantuk tika ini. Rasa nak sambung tidur semula.

"Nak pukul enam dah weh. Bangun-bangun pergi solat asar cepat." Kata Zuhairi sambil bercekak pinggang.

Terus celik mata Misyah.

"Pukul enam? Ya Allah, lamanya aku tidur!" Terus dia bangun mendadak menuju ke arah surau yang agak jauh daripada tempat dia duduk.

Syuhada senyum kecil.

"Kesian saya tengok Misyah tu kak. Penat sangat gayanya." Kata Zuhairi sambil berjalan masuk ke kaunter semula.

"Nak buat macam mana kalau dia sendiri yang sanggup ambil jalan macam ni tapi kan akak bangga lah dengan dia. Dia pandai manage dia punya masa. Mana nak belajar, mana nak buat kerja part time lagi. Bagus-bagus. Anak muda macam Misyah tu yang patut dicontohi."

Yusuf mencebik.

"Kemain puji Misyah tu, Yus takde pula akak nak puji. Yus ni adik akak tau. Kalau takde Yus hmmm tak menang tangan akak nak handle kedai ni."

Syuhada membuat muka toya. Mula dah tu.

Zuhairi hanya gelak saja melihat pertelingkahan dua beradik itu.

"Memang lah kau tu adik aku, takkan adik beruk mak yeh pula. Walaupun muka kau ada iras beruk mak yeh tapi takpe aku tetap mengaku kau adik lelaki aku yang terpaling function dalam kedai pastry aku ni hah. Anak kebanggaan ibu dengan ayah enn..."

Yusuf membuat muka. Nampak sangat tak ikhlas memujinya. Ceittt...

"Customer nama Sari tu datang pick up kek dia pukul berapa ek? Akak lupa lah." Soal Syuhada pada Yusuf yang sedang membelek buku yang mempunyai maklumat customer-customer yang membuat tempahan kek mereka.

"Pukul tujuh. Sejam lagi sampai lah tu. Kemain complicated dia punya request design kek. Kek aku pun takde lah complicated macam dia ni punya." Bebel Yusuf dengan keluhan kecil.

"Ish kau ni tak baik merungut, rezeki tu. Bagi kau makan, aku tepuk mulut kau tu kang." Bahu Yusuf ditepuk kuat.

Yusuf mencebik. Heleh, bukannya Syuhada tolong dia design kek tu pun. Dia yang kena handle sorang-sorang. Lima jam okey nak siapkan!

"Tapi betullah kata Yus tu kak. Kek customer Sari paling complicated nak kena buat. Saya setakat basic-basic boleh lah tapi kalau dah sampai tahap nak design pelik-pelik tak reti saya." Zuhairi turut menyatakan pendapat yang sama seperti Yusuf.

Yusuf mengukir senyuman apabila Zuhairi menyebelahinya. Bukannya dia nak merungut tapi kadang-kadang fed up juga bila customer request benda yang aneh-aneh. Bila dah buat tak kena dengan cita rasa customer tak pasal-pasal diorang juga yang kena refund duit pada customer. Nak atau tak terpaksa lah mereka buat dengan susah payah.

Syuhada melihat mereka berdua silih berganti. Nak bangkah pun tak boleh sebab apa yang mereka berdua katakan itu memang betul.

Kek design One Piece yang dipinta oleh customer bernama Sari itu amat mencabar. Katanya kek birthday untuk anak pertamanya yang memang minat dengan anime One Piece itu. Mati kutu mereka bertiga dibuatnya. Untung ada Misyah yang menyumbang idea dan membuat design di kertas sebelum mereka melakukannya. Cuma untuk bahagian decoration hanya Yusuf saja lagi pandai daripada mereka berempat. Tangan berseni sangat, padan muka hahahaha...

"Uihhh meriah, borak apa?" Tegur Misyah dengan senyuman.

"Meriah apanya? Aku ni kena bebel dengan mak cik ni hah." Wajah Syuhada dijeling tidak puas hati.

"Tak payah layan orang gila tu. Kerja awak dah siap kan?" Soal Syuhada apabila Misyah sedang mengemas barang-barangnya yang berada di atas meja deco kek.

"Ha'ah kenapa kak? Ada apa-apa yang belum siap ke? Saya boleh tolong." Jawab Misyah dengan senyuman.

"Kau ni Sya, rajin betul. Kau ada kelas kan esok pagi? Baik kau balik lepas tu rehat. Assignment kau dah siap belum? Tak silap aku, kau cakap minggu depan ada presentation kan? Hah, kau dah siapkan ke?" Bagai bertih jagung, laju je Yusuf bertanya pelbagai soalan dalam satu nafas.

Terkerdip-kerdip mata Misyah melihat wajah Yusuf. Wah, cakap macam kereta api.

Zuhairi dan Syuhada buat-buat busy. Bukan diorang berdua tak tahu Yusuf ada hati dengan Misyah tapi Misyah reject sebab Misyah cakap dia suka orang lain.

Yang bagusnya Yusuf langsung tidak makan hati atau pun masam muka apabila Misyah berkata seperti itu. Hubungan mereka tetap masih sama seperti biasa.

Kesian Yusuf. Hensem pun kena reject. Ish ish ish...

"Ish takpe lah, assigment aku dah siap tadi sebab tu aku tidur kejap nak rehatkan otak. Pasal presentation tu heh come on lah, aku tak pernah gagal dalam setiap presentation aku okey. Group aku semuanya beri kerjasama dengan baik. Tengok lah leader group siapa kan?" Misyah menayang riak bangga.

"Jangan confident tinggi sangat sis karang tiba-tiba fail padan muka. Aku gelakkan je."

"Ish janganlah doa yang tak baik."

"Hahahaha tahu pun takut."

Misyah mencebik. Eeeiii mamat ni karang.

Tinting

Bunyi pintu dibuka menghentikan perbualan mereka. Seorang wanita muda yang anggun berbaju kemeja masuk ke dalam kedai.

"Hai selamat datang." Sapa Syuhada dengan senyuman manis. Yusuf, Zuhairi dan Misyah turut mengukir senyuman sama.

"Hai, saya Sari ada tempah kek birthday." Balas wanita yang bernama Sari itu dengan senyuman.

"Oh ya ada miss. Sekejap ya saya ambil." Cepat-cepat Zuhairi menuju ke bahagian belakang di mana tempat mereka deco dan simpan kek.

Tak lama Zuhairi pun datang dengan membawa sebuah kotak yang sederhana besar lalu diletakkan atas kaunter.

"Boleh saya tengok terlebih dahulu?" Pintanya dengan nada yang teruja. Tidak sabar mahu melihat kek birthday yang ditempahnya itu.

"Boleh miss, silakan."

Penuh berhati-hati dia membuka kotak kek itu. Sebaik saja dia membuka penutup atas kotak itu, bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Macam mana miss? Semua okey ke? Ada yang kurang?" Soal Yusuf ingin tahu pendapat customer di hadapannya ini.

"Alhamdulillah, cantik sangat ni! Pandai betul korang deco this cake. Thank you so much sudi terima saya punya request yang rumit ni. Maaf sangat-sangat sebab buat kek ni. Mesti susah kan? Saya tengok pun tahu." Puji Sari dengan senyuman. Memang tak dinafikan permintaannya agak susah untuk orang lain buat.

Yusuf sengih mendengarnya. Ada terselit rasa bangga dalam dirinya tapi dalam masa yang sama dia rasa serba salah sikit mengumpat customernya ini tadi.

"Susah juga lah miss tapi takpe kami cuba buat yang terbaik untuk customer kami. Susah macam mana pun kami tetap akan buat customer kami berpuas hati dengan hasil kami. Terima kasih sudi buat tempahan kek pada kami dan beri kepercayaan pada kami." Tutur Yusuf dengan ikhlas.

Zuhairi dan Syuhada saling membalas pandangan sesama mereka berdua. Heleh, tadi kemain mengutuk.

Yusuf perasan tingkah mereka tapi buat-buat tak nampak. Tahu lah dia buat salah tadi. Chill-chill sudah.

Misyah pandang mereka bertiga dengan pelik. Dah kenapa diorang bertiga ni?

Sari mengukir senyuman kecil.

"Actually saya ada request nak buat kek macam ni dekat tempat lain tapi semua tolak sebab susah nak buat. Ada tu memang ada tapi jauh dari kawasan pula. Nak delivery saya takut kek tu rosak masa dalam perjalanan pula. Kira luck juga lah saya jumpa kedai korang dekat insta. Sepatutnya kedai korang ni kena viral, bagus dalam pelayanan. Service pun tip top."

"Eh jangan miss mati kitorang kalau kedai ni viral. Tak menang tangan kami nak buat order customer banyak-banyak. Apa-apa pun terima kasih Miss Sari doakan kami."

"Hahahaha sekarang ni susah nak cari kedai kek yang betul-betul jaga kualiti kek. Tak kisahlah harga murah atau mahal tapi kalau customer tu puas hati pasti diorang akan repeat lagi."

Zuhairi angguk setuju.

"Eh panjang pula kita berbual ya, berapa yang perlu saya bayar lagi ya?"

Zuhairi terus membuka buku tempahan kek.

"Total RM350. Kelmarin miss dah deposit RM100 jadi miss perlu bayar RM250 sahaja lagi."

Sari mengeluarkan walletnya dan menghulurkan tiga keping not RM100.

"Baki simpan je. Tips sebab layan saya punya request."

"Eh tapi miss banyak ni." Zuhairi rasa serba salah mahu mengambil baki yang diberi oleh Sari.

"It's okay, rezeki korang harini. Saya balik dulu ya." Sari mengangkat kotak kek itu sebelum mahu beredar keluar. Syuhada cepat-cepat membuka pintu untuk membantu customernya itu keluar.

"Terima kasih."

"Sama-sama miss, have a nice day."

"You too..."

Yusuf yang tidak senang melihat kebaikan Sari terus mengambil satu bouquet yang mengandungi tiga bunga ros merah dan berlari keluar mendapatkan customer mereka itu.

"Apa hal tu?" Soal Misyah pelik.

"Tadi dia kutuk customer tu. Dia cakap customer tu tempah kek yang complicated mengalahkan kek birthday dia sendiri." Gelak Zuhairi.

"Hah tu lah kuat mengutuk orang lagi. Customer tu kan pembawa rezeki ish ish ish teruk punya perangai." Geleng Misyah. Suka sangat mengutuk orang lepas tu rasa serba salah sendiri. Nasib baik jenis cepat serba salah lepas mengumpat orang. Kurang sikit dosa tu.

Syuhada hanya mendengar saja perbualan mereka berdua. Adik lelakinya memang begitu. Cepat rasa serba salah terus minta maaf atau pun bagi sesuatu untuk hilangkan rasa serba salahnya itu.

"Fuhhh lega sikit." Kata Yusuf sebaik saja masuk ke dalam kedai semula.

"Bila kau ni nak berubah? Kerja nak mengutuk orang je."

Yusuf membuat muka toya apabila Misyah mula mahu membebel padanya.

"Diam lah mak cik ishhh balik lah kau sana. Takde apa dah nak buat. Tinggal nak tutup kedai je ni."

"Tapi ada lagi 30 minit alang-alang balik dengan korang sekali je lah."

"Kau balik sekarang. Banyak pula songeh kau. Blah sana. Ada hati nak balik lambat esok kau ada kelas lapan pagi. Nak keluar sendiri atau aku heret kau keluar." Kata Yusuf dengan garang sambil bercekak pinggang. Wajahnya pula sengaja digarangkan agar Misyah mendengar kata-katanya.

Tapi malangnya wajah garangnya tidak berkesan pada Misyah. Malah, Misyah siap mengejek cara percakapannya. Eh eh budak ini.

"Ishh garanglah bapak tiri ni. Yelah bapak, anak balik dulu ya. Bye bapak. Muka tu jangan garang sangat nanti cepat berkedut makin hodoh nanti." Usik Misyah sebelum ketawa mengekek.

Zuhairi dan Syuhada sudah bantai ketawa berdekah-dekah. Selamba sungguh Misyah mengenakan Yusuf.

Yusuf geleng kepala sebelum dia mengukir senyuman nipis.

Bapak tiri huh?

Kan best kalau bakal bapak anak-anak mereka berdua, hmmm...

Misyah yang sedang mencari kunci kereta dalam beg sambil berjalan tidak sedar di hadapannya ada seseorang yang berjalan di depannya.

Bukkk

"Eh Ya Allah, maaf-maaf saya tak sengaja." Hampir saja Misyah nak terjatuh. Mujur beg tangannya sempat ditarik oleh orang yang melanggarnya tadi seraya membuatkan dirinya kembali berdiri dengan seimbang. Laju jantungnya berdegup.

Misyah menelan liurnya apabila dia perasan yang dia telah melanggar seorang lelaki. Takut-takut dia memandang wajah lelaki itu.

Mata mereka berdua saling bertembung.

Misyah terkesima.

Mata tu...

"Please carefull next time." Tutur lelaki itu mendatar sebelum kembali mengorak langkahnya.

Misyah masih terkaku. Tangannya ditekap pada dadanya.

Tak mungkin...

Tapi takkan lah...

Mata tu...

Suara lelaki itu walaupun sedikit garau tetapi...

Dadanya semakin sesak.

Dia geleng kepala kecil.

"Ish bukan dia lah." Misyah memujuk dirinya agar tidak terlalu melayan perasaan yang menyesakkan jiwanya. Matanya dipejam seketika sebelum mengorak langkah menuju ke keretanya semula.

Manusia kan ada tujuh wajah yang serupa dekat bumi ni. Haihhh rindunya...














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro