Bab 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dekat sini rupanya dia kerja." Bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Kak Vina, Abang Aydin senyum-senyum dekat awek kedai bunga tadi."

Terus mati senyumannya apabila si budak masam mula mencari gaduh dengan dirinya. Elvina yang duduk di sebelahnya dipandang.

"Aku senyum sebab aku jumpa bakal kakak ipar kau ngek. Kau jangan nak memandai-mandai tabur fitnah. Kau jangan mudah nak percaya apa yang budak ni cakap ya sayang. Aku ni setia tau."

Elvina menjongket bahunya. Dia takde cakap apa-apa pun. Aydin je yang gelabah.

Aiyla ketawa mengekek. Tahu takut, hahahaha...

"Oh ya siapa nama perempuan tu? Misyah ek?"

"Ha'ah tak sangka pula aku dia kerja dekat sini. Setahu aku dia masih belajar lagi."

"Part time maybe? Yelah, hidup ni terlalu keras untuk rakyat marhaen macam kita ni. Mungkin Kak Misyah banyak benda nak kena bayar sebab tu terpaksa kerja."

Dua beradik mula membuat andaian mereka sendiri. Yelah dengan ekonomi negara yang makin lama makin teruk. Barang makin naik haihhh boleh pening kepala.

"Kut ya pun bawa lah kereta ni." Tegur Elvina apabila Aydin masih tidak bergerak.

"Eh hahaha lupa. Ada nak singgah mana-mana lagi tak sebelum balik rumah?" Soal Aydin.

"Takde semua dah beli. Susah betul nak cari bunga ros hitam dekat sini. Nak beli biji benih dia pun tak jumpa. Kalau tak boleh tanam dengan bunga-bunga mumma sekali." Aiyla memegang bouquet bunga ros hitam itu dengan senyuman kecil.

Sebetulnya Aiyla yang meminta Aydin carikan untuknya. Sebagai abang yang baik walaupun mulut macam longkang, Aydin turutkan jua kemahuannya.

Elvina pula sengaja ikut sama kerana segan mahu tinggal di rumah Blade tanpa Aiyla disebabkan kepulangan Aysar.

Ayaz pula sedang memberanikan diri mendekatkan diri dengan Aysar walaupun dari jarak jauh. Bila Aysar nak dekat terus dia mencicit lari. Puas Qaisha membebel pada Ayaz yang sering melarikan diri apabila Aysar mendekat.

"Kak Vina jangan lupa tau datang esok. Ajak uncle sekali." Pesan Aiyla sebaik saja mereka tiba di hadapan rumah Elvina.

"In Shaa Allah, takde buat tema apa-apa kan?"

"Takde, akak datang je. Setakat nak sambut birthday tak perlu bertema bagai. Lain lah kalau hari nikah akak. Hah tu memang wajib bertema." Gurau Aiyla.

Memerah wajah Elvina apabila Aydin mengeyit mata padanya. Ish, gatal betul!

Sengih-sengih saja Aydin apabila membayangkan tema perkahwinan mereka berdua nanti. Biru putih. Auwwhhh mesti cantik!

Tak sabar nak kahwin!

Apabila Elvina sudah selamat masuk ke dalam rumah, Aiyla berpindah ke hadapan sambil memegang bouquet bunga ros hitam.

"Kau takde nak belikan apa-apa untuk Abang Aysar ke?" Soal Aiyla apabila Aydin langsung tidak membeli sebarang hadiah untuk Aysar.

"Urmm aku tak tahu lah nak bagi apa. Kau dah belikan dia bunga takkan aku nak bagi benda sama pula kan? Nak belikan barang pun setiap tahun aku bagi barang yang berlainan." Baju, topi, jam semua sudah dia hadiahkan pada Aysar. Dia pun dah tak tahu nak bagi apa lagi pada abang kembarnya itu.

"Kau ada idea?"

"Why not kau masak untuk Abang Aysar? Kau kan jarang masak. Tak pernah lagi Abang Aysar rasa masakan kau." Cadang Aiyla.

Aydin berfikir sejenak. Bernas juga idea tu tapi dia tak yakin dengan skill memasak dia. Maklumlah, Aysar lagi pro daripada dia. Buat dia tak yakin pula.

"Aku tak yakin lah. Kalau tak sedap macam mana?"

"Confident tu kena ada. Sedap je kau masak. Lima tahun kau belajar masak dengan mumma takkan kau tak nak tunjuk hasil kau dekat Abang Aysar? Hah, kek pula aku buat."

Lama Aydin berfikir sebelum dia mengangguk kecil. Belum cuba belum tahu kan?

"Tapi macam mana nak masak kalau Aysar ada dekat rumah?"

"Yang tu kita bincang dengan papa. Kita suruh papa bawa Abang Aysar pergi markas."

"Pandai pula otak kau berfungsi ek."

Aiyla membuat muka. Otak dia sentiasa berfungsi okey.

"Eh, berhenti dekat gerai Pak Cik Fairuz tu. Beli cendol nak tak?" Ujar Aiyla sambil menunjuk ke arah gerai yang menjual cendol tidak jauh daripada simpang masuk ke taman perumahan mereka.

"Okey juga kan? Aysar suka makan cendol durian." Aydin angguk setuju. Terus dia memandu menuju ke gerai tersebut.

"Kau nak turun ke aku?"

"Biar aku je lah. Ramai sangat lelaki lepak dekat situ." Balas Aydin apabila perasan gerai cendol itu penuh dengan kaum lelaki sahaja. Memang tidaklah dia mahu membiarkan Aiyla yang turun untuk order.

Aiyla hanya melihat saja Aydin order cendol durian untuk mereka sekeluarga. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman tatkala matanya melihat isi dalam beg galasnya. Barang yang sempat dia beli ketika dalam mall sewaktu Aydin dan Elvina leka berbual.

Siapa cakap dia tak belikan Aydin hadiah? Tak baik tau.

Sesengal-sengal Aydin, dia sayang Aydin sama seperti dia sayang Aysar. Mesti Aydin terkejut punya. Hahaha...

Selesai saja membeli cendol durian, mereka berdua pun pulang ke rumah. Masuk saja dalam perkarangan rumah mereka berdua melihat Qaisha, Blade, Aysar dan Ayaz sedang duduk bersantai di laman rumah. Ayaz asyik mengayuh basikal empat rodanya dengan girang. Suka betul si kecik apabila Qaisha melayan karenahnya.

"Lamanya keluar. Pergi mana?" Tegur Qaisha.

Aiyla dan Aydin sengih saja.

"Kitorang jalan-jalan kejap sebelum hantar Kak Vina balik. Lepas tu beli cendol durian. Jom makan? Best ni makan dekat luar."

Aysar yang mendengar cendol durian terus bangun menghampiri Aiyla yang sedang membawa enam bekas cawan besar cendol durian.

"Let me help you." Kata Aysar dengan senyuman nipis. Bau durian yang menyapa rongga hidungnya membuatkan dia kecur liur.

"Hehehehe terima kasih..." Dia memberi tiga bekas pada Aysar.

"Beli dekat mana ni?"

"Dekat simpang masuk sebelum taman. Aiyla selalu juga beli cendol dekat situ. Sedap tau Abang Aysar. Isi durian pun sedap manis je. Besar pula tu. Tak rugi beli."

Aysar menyungging senyuman kecil. Kalau Aiyla kata sedap bermakna memang sedap. Cita rasa mereka berdua sama.

Melihat Aysar sedang berbual dengan Aiyla, Aydin terus menerpa ke arah Blade untuk memberitahu rancangan yang dia dan Aiyla bincang dalam kereta tadi.

Blade tersenyum mendengar rancangan Aydin. Menarik bunyinya tu.

"Don't worry Aysar memang ada cakap nak pergi markas esok pagi dengan papa. So, papa akan buat Aysar busy sampai malam."

Lagi lah Aydin tersenyum lebar. Fuhhh semuanya dipermudahkan! Dia kenal sangat perangai Aysar kalau dah ke markas Eagle Eyes memang tak akan ingat nak balik rumah selagi tak lewat malam.

Qaisha hanya memerhati saja dua beranak itu sedang berbisik-bisik. Apa benda yang diorang bisikkan tu?

"Papa, mumma, Ayaz, Abang Aydin meh makan cendol." Laung Aiyla sambil bercekak pinggang. Cendol durian sudah disusun atas tikar yang dibentang oleh Aysar. Aysar mahu mereka berenam makan bersama-sama seperti ini. Rindu katanya.

"Hah! Cendol? Nak nak nakkk..." Ayaz terus berhenti mengayuh dan bangun daripada duduk atas kerusi basikalnya. Terkedek-kedek dia berlari mendapatkan Aiyla yang menepuk tikar di sebelahnya.

Bulat matanya melihat cendol durian yang dihidangkan. Tangan kecilnya mula mengambil satu bekas cawan untuknya.

"Sedapnya bau..."

"Kalau tak sedap takdenya aku beli." Kata Aydin dengan kening terangkat.

Mencebik Ayaz apabila Aydin mula mahu menyakatnya. Saat matanya bertembung dengan Aysar, bibirnya menyungging senyuman.

"Nak Abang Aysar suap boleh?" Pintanya dengan sengihan.

Aydin dan Aiyla saling berpandangan.

Aik, sejak bila rapat dengan Aysar ni?

Blade dan Qaisha yang baru saja duduk mengukir senyuman kecil. Syukur anak bongsu mereka sudah mula rapat dengan Aysar. Kalau tidak haihhh pening kepala.

Aysar senyum kecil.

"Come." Aysar menepuk paha kanannya.

Apa lagi suka lah si kecik apabila abang sulungnya mahu melayan karenahnya. Duduk saja atas paha Aysar terus dia menyandarkan tubuh kecilnya pada tubuh sasa Aysar.

Aydin mencebik. Mengada punya budak kecik!

"Kan aku dah cakap Ayaz kalau dah rapat dengan Abang Aysar memang kau terus dilupakan. Kesian ek." Usik Aiyla melihat wajah keruh Aydin.

Tergelak mereka mendengar usikan Aiyla itu. Ayaz mula selesa dengan Aysar sejak Aysar mengajak Ayaz ronda-ronda kawasan perumahan naik motor. Aysar layan saja apa yang Ayaz mahu.

"Aku tak kisah pasal tu yang aku kisahkan Ayaz dah rampas Aysar dari aku." Kecik besar kecik besar je Aydin tengok Ayaz yang sedang mengunyah cendol. Berhati-hati Aysar menyuap Ayaz agar tidak comot. Fuhhh makin berbulu mata Aydin melihatnya.

Dia cemburu!

Abang kembar dia dirampas! Uwarghhhh...

Makin lah mereka sekeluarga galak mengertawakan Aydin yang makin cemberut. Aysar geleng kepala. Sesekali dia menyuap cendol milik Ayaz ke dalam mulutnya. Ayaz tak kisah pun sebab cendol Aysar akan jadi miliknya juga disebabkan mereka berdua kongsi bekas, hehehehe....

"Mumma, Aysar nak bawa bekal pergi markas boleh?" Pinta Aysar yang baru saja masuk ke dalam dapur.

Qaisha yang sedang duduk saja di meja makan menoleh memandang wajah anak sulungnya itu dengan senyuman.

"Boleh. Nak bawa banyak ke?" Qaisha bangun dan menuju ke arah rak almari yang penuh dengan bekas makanan. Biasalah mak-mak memang suka beli bekas banyak-banyak.

"Nak bawa banyak boleh ke?"

"Boleh je. Mumma tahu Aysar nak pergi markas harini sebab tu mumma masak banyak. Anak mumma ni kan suka kongsi makanan dengan orang-orang sana."

Aysar sengih. Dia merapati Qaisha yang sedang menyenduk nasi untuk dimasukkan dalam bekas lalu dia memeluk tubuh langsing mummanya itu dengan kasih.

"Terima kasih mumma."

Qaisha ketawa kecil.

"Sama-sama anak manja mumma."

Aysar gelak kecil.

Anak manja mumma.

Dia meleraikan pelukannya untuk membantu Qaisha membungkus makanan untuknya.

"Papa dengan adik-adik mana? Senyap je."

"Papa ada dekat depan. Tunggu dalam kereta. Adik-adik ada dekat atas. Ayaz ajak main."

"Ooo patutlah senyap je. Ingatkan sambung tidur balik. Adik-adik Aysar tu kalau takde kerja nak buat mesti tidur je. Terutama Aydin. Tak tidur main game. Perangai tak pernah berubah. Nasib baik best student dekat kolej. Risau betul Ayaz terikut perangai Aydin tu. Bukan boleh percaya. Yang bukan-bukan Aydin ajar Ayaz."

Aysar senyum saja mendengar bebelan Qaisha. Sangkanya Aydin akan berubah sedikit jadi matang tapi masih sama rupanya.

"Tapi mumma lega anak-anak mumma tak terlalu sosial. Mumma bukan apa risau sangat dengan budak-budak zaman sekarang. Terlalu sosial. Salah pilih kawan, rosak masa depan. Aydin tu mumma tak kisah sangat tapi Aiyla yang mumma risaukan sebab perempuan. Syukurlah Aiyla memang jenis tak berkawan rapat dengan sesiapa. Itu dah cukup buat mumma rasa lega."

"Itu tandanya mumma dan papa berjaya didik kami dengan sangat baik. Aysar bersyukur lahir dalam keluarga ni. Dikurniakan seorang mumma yang cantik dan memahami anak-anak." Tutur Aysar dengan tulus.

Terharu Qaisha mendengar kata-kata Aysar yang tulus itu. Rasa bertuah kerana dia memiliki anak-anak yang baik tingkah lakunya. Nakal sikit takpe.

Siap bungkus makanan, Qaisha dan Aysar jalan beriringan menuju ke luar. Memandangkan tangan Qaisha memegang beg plastik, Aysar membantu menyarungkan tudung sarung pada Qaisha.

Blade yang sedang bercakap dengan seseorang di talian segera menamatkan perbualannya tatkala Aysar dan Qaisha menghampirinya. Wajahnya yang tadi berkerut mula mengendur. Bibirnya mengukir senyuman senget apabila Aysar membawa bekal.

"Dah?"

Aysar angguk. Dia menyalami tangan Qaisha sebelum masuk ke dalam kereta.

Qaisha menyalami tangan Blade apabila suaminya itu sudah mahu gerak ke markas.

"Lambat ke balik?" Tanya Qaisha ingin tahu.

"Not sure tiba-tiba ada masalah pula."

Wajah Qaisha sedikit berubah.

Tak jadi ke plan mereka?

Melihat wajah mendung Qaisha, Blade terus menarik Qaisha dalam pelukannya. Dikucup ubun-ubunnya dengan kasih.

"Jangan sedih, aku akan balik awal dengan Aysar okey? Cakap dekat anak-anak standby je ikut plan kita malam tadi." Kata Blade dengan lembut. Dia tahu Qaisha paling semangat untuk menyambut ulang tahun anak kembarnya itu setelah empat tahun tidak menyambut ulang tahun Aysar. Kebetulan Aysar pulang ke Malaysia hari lahirnya dan Aydin hampir menjelma tiba.

"Janji?"

"In Shaa Allah."

Qaisha menghembus nafas panjang. Dia mengukir senyuman kecil.

"Aku tunggu kau dengan Aysar balik."

Dia menguncup sekilas bibir Qaisha. Terkejut Qaisha jadinya.

"Ish, Aysar nampaklah!" Wajahnya merona merah.

"Biarlah. Aku cium mumma dia bukannya cium orang lain." Balas Blade selamba.

"Ish, dah pergi cepat. Nak buat drama laki bini depan rumah ke?"

"Ha'ah."

Qaisha membuat muka toya. Dah tua pun gatal. Risau kegatalan Blade tu ahli keluarganya bertambah lagi.

"Jangan marah, nampak seksi." Sakat Blade sebelum masuk ke dalam kereta.

Bulat mata Qaisha.

Blade ni memang lah.

Aydin dan Aiyla yang sedang mengintai daripada atas saling berpandangan. Bibir mereka sudah mengukir senyuman lebar.

"So?"

"Jom mulakan operasi!"

Ayaz hanya melihat saja kakak dan abangnya itu dengan pelik. Apa-apa je lah.

Masuk saja dalam kereta, Aysar yang sedang membalas whatsapp seseorang dipandang sekilas. Baru balik Malaysia anak sulungnya ini terus busy dengan kerja.

"Namjoon ke?" Soal Blade.

"Ha'ah, dia tanya dah gerak ke belum." Jawab Aysar. Dia melambai tangan pada Qaisha yang setia memerhatikan mereka berdua sehingga keluar daripada pagar rumah.

Blade angguk kecil. Dia menghela nafas panjang.

"Aysar tak penat? Tak nak rehat dulu?"

Aysar geleng perlahan.

"I'm okay papa, don't worry about me. Aysar akan makin penat kalau badan Aysar di ambil alih. Papa faham kan?"

"Kerap ke 'dia' muncul?"

"Tak kerap. Selagi emosi Aysar stabil 'dia' takkan muncul. Sebab tu Aysar berani balik Malaysia. Aysar yakin Aysar mampu kawal diri Aysar."

Sampai saja markas Eagle Eyes Aysar pun turun. Beg plastik yang berisi bekal di ambil.

"Papa nak jumpa Uncle Steve dekat atas."

"Okey papa."

Aysar terus ke ruang depan. Makanan yang dia bawa diletakkan atas meja. Baru saja dia mahu melabuhkan punggungnya atas sofa tubuhnya dipeluk daripada tepi. Tak sempat dia nak seimbangkan badan dia terjatuh atas sofa.

"Aaaaa welcome back babyyyy i miss you sooo much!!!" Dicium-cium wajah Aysar bertalu-talu.

Aysar membuat muka jijik.

"Let me go Natsu!" Arahnya dengan suara yang keras. Tangannya menepis wajah Natsu daripada mencium wajahnya. Geli!

Natsu geleng tidak mahu. Dia rindu mahu menyakat Aysar. Hehehe...

"Oh my God!"

Aysar berdecit. Dengan penuh tenaga dia menolak kuat tubuh Natsu yang membelit tubuhnya. Pelukan Natsu terlerai tapi nasib Natsu tidak baik apabila kakinya tersadung kaki sofa dan membuatkan dia jatuh terlentang atas lantai.

Namjoon yang melihat kejadian itu ketawa berdekah-dekah . Geli hati melihat wajah Natsu yang terkejut itu.

"It's funny hahahahaha...." Namjoon duduk di sebelah Aysar dan bersalaman dengannya.

"So, how your life at Turkey?" Soal Namjoon sebagai permulaan bicara. Lama tak jumpa mestilah nak tahu kehidupan Aysar selama berada di luar Malaysia.

"Good. How about you?"

"Biasa je takde apa yang menarik."

"Korang dah makan ke?"

Natsu dan Namjoon geleng.

"Aku bawa makanan, jom lah makan sama-sama."

Terus senyum lebar mereka berdua.

"Aku amik pinggan."

"Aku bawa air."

Aysar geleng kepala. Kalau dari kecik mereng memang sampai ke tua lah mereng tu berkekalan.

Mereka bertiga makan bersama-sama sambil berborak tentang kehidupan mereka selama lima tahun.

"Aysar, you wanna know something? Namjoon have yeoja chingu."

Namjoon tersedak. Cepat-cepat dia meneguk jus oren dengan rakus.

"Really?"

Namjoon geleng kepala.

"Liar. She not my girlfriend."

Natsu menyungging senyuman senget melihat wajah gabra Namjoon tatkala Aysar merenung Namjoon tidak lepas.

"Malaysian?"

"Nope, she also korean."

Namjoon memicing matanya pada Natsu. Kepoh betul mulut mamat ni.

"Kitorang kawan je lah." Ujar Namjoon apabila dia tak tahan Natsu mengusiknya.

"Berapa lama kenal?"

"Urmmm six month."

"Aku harap kau dan dia tak lebih daripada kawan. Aku tak izinkan kau ada hubungan dengan perempuan tu." Kata-kata Aysar itu membuatkan Namjoon tersentap. Dia mahu bersuara tapi mulutnya bagaikan di gam.

"Why? Because our job?" Soal Natsu sedikit tidak puas hati. Mereka pun ada hak untuk bercinta dengan sesiapa yang mereka suka juga.

"Aku tak nak hati kau terluka je nanti." Tutur Aysar perlahan.

Namjoon dan Natsu saling berpandangan.

"Hey chill bro aku dengan dia memang kawan je. Aku just happy bila dapat kenal rapat dengan orang negara aku. I miss my hometown."

"Kenapa tak balik korea?"

"Busy bro sejak kau takde. Tak cukup tangan aku dengan Namjoon handle kerja kau. Tambahan pula ada masalah baru." Natsu mempamerkan wajah sedih.

"Takkan Sir Zahin tak bagi cuti?" Pelik juga kalau Zahin tak bagi cuti lama pada mereka berdua.

"Bagi tapi baik aku kerja. Kalau aku cuti siapa nak back up kerja aku?" Nak harapkan Natsu? Memang tidaklah.

"Aku memang tak nak balik Jepun. Kalau aku balik hmm aku rasa aku tak balik Malaysia dah."

"Daddy kau masih paksa kau ke?"

"Hmmm tak nak lah aku. Jadi ketua yakuza. Serabut betul. Bagi je lah adik lelaki aku tu. Dia lagi layak dari aku." Cebik Natsu. Baginya hidup sebagai ketua yakuza amat membosankan. Takde kebebasan dan sentiasa sibuk siang malam. Dia tak berminat.

Aysar dengar saja cerita mereka berdua. Ada je benda yang mahu diceritakan.

"Korang makan lah sampai habis, aku nak jumpa papa kejap."

"Okay!!"

Aysar menuju ke dapur untuk membasuh tangan dan pinggannya sebelum naik ke ruang atas. Pejabat Steve menjadi tujuannya.

Tok tok

"Come in."

"Aysar?"

Aysar mengukir senyuman apabila dirinya menjadi tumpuan.

"Maaf, saya mengganggu ke?"

"Nope, masuklah." Pelawa Steve dengan senyuman.

"Can i help too?" Pinta Aysar.

Blade terus mendongak melihat wajah Aysar yang serius itu. Dia menoleh ke arah Steve untuk mendapatkan kebenaran.

Steve angguk kecil.

Blade senyum sengaris.

"Sure." Jawabnya.

"Can i know the details Sir Zahin?" Apabila waktu bekerja Aysar akan bersikap profesional dengan semua orang.

Zahin angguk kecil.

Aysar mendekati Zahin yang sedang membuka satu fail folder di laptopnya. Dia mendengar dengan teliti setiap penerangan Zahin. Sesekali tangan Aysar menekan keyboard laptop milik Zahin memulakan kerjanya.

Sedar tak sedar malam sudah menjelma. Aysar tidak berhenti daripada melakukan kerjanya. Dia hanya berhenti untuk menunaikan solat sahaja. Selebihnya dia fokus membuat kerja.

"Aysar..."

Aysar tersentak apabila bahunya disentuh. Wajah Blade menyapa pandangan matanya.

"Papa..."

"Balik jom? Malam dah ni."

Aysar melihat jam di screen laptop. Hampir jam 10 malam. Patutlah dia rasa terlalu lapar. Kali terakhir dia makan dengan Natsu dan Namjoon pagi tadi. Dia merenggangkan leher dan badannya. Lenguh.

"Jom."

Sedar suasana markas agak sunyi terus Aysar bertanya.

"Mana yang lain pa?"

"Diorang semua keluar lama dah."

"Natsu dengan Namjoon pun?"

"Yes."

Hanya dia dan Blade saja yang tinggal. Balik ni dia mahu makan terlebih dahulu sebelum berehat.

Sampai saja rumah Aysar turun terlebih dahulu dengan membawa beg plastik yang berisi bekas kosong. Memang habis licin budak berdua tu makan.

Dia membuka pintu seraya memberi salam setelah menyusun kasutnya di atas rak.

"Waalaikumussalam, happy birthday Aysar!!!"

"Happy birthdayyy!!!"

"Saengil cukha hamnida twins!!!"

Aysar terkejut. Keras kejung dia depan pintu. Tak lama bahunya dipaut daripada tepi.

Blade ketawa kecil.

"Masuklah, diorang semua dah tunggu lama tu."

Aysar tertawa kecil. Tak sangka dia menerima kejutan seperti ini. Langsung dia tak terfikir.

Keluarga Steve, Qayyum dan Asyraf berkumpul di ruang tamu untuk meraikan ulang tahun dia dan Aydin yang ke-23 tahun. Namjoon dan Natsu turut ada sama.

"Dah besar ni tak payah hadiah lah ek." Gurau Zahin disambut tawa oleh mereka semua.

Aysar ketawa kecil. Dia mendekati Aydin yang sedang memegang kek.

"Happy birthday my sweet twin." Ucap Aydin dengan sengihan.

"Happy birthday too my other half." Balas Aysar dengan senyuman kacak.

Sengih saja Aydin mendengar ucapan Aysar itu.

"Happy birthday Abang Aysar, Abang Aydin semoga cepat kaya supaya Aiyla dapat kikis duit abang-abang Aiyla ni." Ucap Aiyla dengan gurauan.

"Ceit, dasar mata duitan. By the way thank you budak masam."

"Thank you my little princess."

"Happy birthday Abang Aydin, Abang Aysar..." Ucap Ayaz dengan wajah comel. Dia mendepakan tangan pada Aysar untuk di dukung.

"Haiphhh jangan rampas abang aku. Shuh shuh shuh..." Dia meletak semula kek atas meja lalu memeluk tubuh Aysar. Tak nak Aysar dukung Ayaz.

Blade dan Qaisha geleng kepala. Tak habis lagi rupanya. Takut sangat Ayaz rampas kembarnya itu.

"I want hug him too..." Kata Natsu sambil menggigit ibu jarinya.

"Let me hug you." Namjoon peluk Natsu dengan kuat. Natsu turut memeluk Namjoon. Tak sah tak mengunyit.

Zahin tepuk dahi melihat tingkah mereka berdua. Kalau zaman remaja takdelah nampak menggelikan sangat bila mereka buat perangai tak semenggah macam ni.

Seorang demi seorang memberi ucapan pada si kembar. Usai potong kek, mereka semua terus menjamu selera. Masing-masing dah kelaparan.

"Oit twins ni hadiah daripada kitorang bertiga. Maaflah ya kitorang student lagi. Takde duit hahahaha by the way happy birthday! Usia makin tua korang ni ek." Ujar Samson dengan gurauan kasar. Nasirah dan Nafisah sudah tersengih-sengih.

"Eh sedar diri tu sikit kita sebaya." Aydin mencebik apabila dikatakan tua.

Samson gelak lepas. Alaaaa, beza tiga bulan je.

"Dah pergi lah makan, mesti korang lapar kan?"

"Iye dowhh terliur aku tengok lauk-lauk tu."

"Nah hadiah untuk korang berdua." Elvina memberi dua buah kotak sederhana kecil pada mereka berdua.

"Thank you sayang..." Usik Aydin sambil mengenyit mata pada Elvina.

Merona wajah Elvina apabila Aydin berkelakuan selamba depan orang ramai. Nakal!

"Thank you Vina, i appreciate it." Tutur Aysar dengan senyuman nipis.

Elvina tersenyum sebelum meminta diri untuk menyertai Asyraf makan bersama-sama. Tidak mahu mengganggu keluarga itu berbual.

"Abang Aysar, ni hadiah untuk abang heee sorry kalau simple je." Aiyla menyerahkan bouquet ros hitam serta sekotak hadiah sederhana besar pada Aysar.

Aysar menerima dengan senyuman senang. Dahi Aiyla dikucup kasih.

"Ni untuk kau."

Aydin terpinga-pinga apabila Aiyla memberinya sekotak hadiah sama seperti Aysar. Bibirnya melorek senyuman lebar.

"Ingatkan lupa aku. Mashehhh my baby boo... Sayang juga kau dekat aku ek."

Aiyla gelak. Mestilah sayang. Kawan gaduh dia.

Qaisha mendekati Aysar dan Aydin lalu memeluk tubuh kedua-dua anak kembar lelakinya itu dengan kasih.

"Happy birthday anak-anak mumma. Mumma harap bila usia makin meningkat ni anak-anak mumma makin matang dalam buat keputusan. Mumma sayang anak-anak mumma dunia akhirat." Pipi Aysar dan Aydin dikucup sayang.

Aysar dan Aydin saling berpandangan sebelum memeluk tubuh Qaisha dengan erat.

"Terima kasih besarkan kami dengan penuh kasih sayang, didik kami menjadi orang yang berguna mumma. Jasa mumma tak dapat kami balas. We love you dunia akhirat."

Mata Qaisha bergenang dengan air mata. Terharu dengan ucapan anak-anak lelakinya itu.

"Ayaz pun nak pelukkkk..."

Serentak mereka bertiga ketawa melihat wajah Ayaz yang sudah cemberut. Sudahnya Aiyla dan Blade turut join sama.

Happy family.

"Bro, happy birthday. Sorry tahun ni takde hadiah berupa barang tapi urmmm harap kau terima lah hadiah aku berupa makanan ek." Tutur Aydin dengan gemuruh. Dia menarik Aysar menuju ke arah meja makan yang paling hujung.

Aysar perasan hanya makanan itu saja yang tidak disentuh. Adakah ini hadiahnya? Dia tersenyum. Semuanya makanan kegemarannya.

"Kau masak semua ni?"

Aydin angguk perlahan.

"Abang Aysar makanlah. Lauk ni semua Abang Aydin yang masak sorang-sorang. Kek ni Aiyla dengan mumma yang buat. Ayaz tukang rasa." Sampuk Aiyla dengan sengihan.

Aysar rasa terharu. Entah kenapa dia rasakan birthdaynya kali ini amat bermakna untuknya.

Lepas basuh tangan, Aysar mula mengambil beberapa jenis lauk untuk dimakan. Dengan kafaz bismillah, dia menyuap lauk udang masak lemak ke dalam mulutnya.

Sedap!

Melihat Aysar makan dengan penuh berselera membuatkan Aydin senyum lebar.

"Jom lah makan sama."

Apa lagi mereka adik beradik terus makan bersama-sama. Ayaz terus menyelit duduk di tengah-tengah antara Aydin dan Aysar. Tergelak mereka melihat tingkah Ayaz itu.

Blade dan Qaisha berbual dengan keluarga Qayyum agar mereka empat beradik mempunyai ruang untuk berbual sesama mereka.














So here anak-anak Blade dan Qaisha ❤❤❤❤
Comelkan Ayaz 😆🥺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro