Bab 28

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Allah, aku lupa!" Misyah menepuk dahinya apabila dia lupa untuk pergi bank mengeluarkan duit untuk membayar yuran pada esok hari.

Jam sudah menunjukkan pukul 11pm. Tak sangka pula harini agak busy di kedai hingga terpaksa over time. Dia tak sampai hati mahu pulang awal jadi dia turut membantu untuk menyiapkan order customer last minit.

Kawasan bank yang lengang itu membuatkan dia rasa sedikit takut. Tambahan pula dia perempuan lagi lah buat dia rasa tak selamat.

Misyah memakirkan keretanya di depan dobi yang tidak jauh daripada kawasan bank. Dia takut kalau dia pakir di depan bank, dia menjadi perhatian. Risau lepas dia keluar dari bank dia menjadi mangsa. Sekurang-kurangnya bila di dobi ada orang. Takde lah dia rasa terancam sangat.

"Haish, nauzubillahiminzalik... Ya Allah, permudahkanlah urusan aku. Aku nak bayar yuran belajar aku Ya Allah." Doanya sebelum keluar daripada kereta.

Dia memerhati kawasan lorong bank itu. Sunyi.

"Bismillah..." Dia jalan dengan laju tanpa memandang kiri dan kanan. Masuk saja dalam bank terus dia menyelesaikan urusannya di situ tanpa membuang masa.

Siap keluarkan amount duit yang diperlukan terus dia keluar daripada bank setelah yakin tiada sesiapa yang memerhatikannya.

Line clear!

Dia pun jalan menuju ke keretanya semula dengan perasaan berdebar-debar. Entah kenapa dia rasa seperti dirinya di ekori.

Tiba-tiba dia ditarik masuk ke dalam laluan gelap dan mulutnya ditekup saat ingin menjerit. Tubuhnya menggigil ketakutan.

"Shhh it's me."

Jantung Misyah berhenti berdegup untuk seketika. Dia menoleh memandang belakang perlahan-lahan.

"Ay-aysar..."

Aysar mengisyaratkan agar dirinya untuk diam. Tubuh Misyah ditarik hingga hampir mereka berpelukan.

Bunyi derapan kaki yang berlari ke arah mereka membuatkan jantung Misyah berdegup laju. Kerana terlalu takut, Misyah merapatkan tubuhnya dengan belakang badan Aysar. Aysar hanya diam tidak bersuara. Matanya tajam melihat di depannya.

"Tch, laju pula perempuan tu jalan. Melepas!" Rengus suara garau itu dengan bengang sebelum beredar meninggalkan kawasan itu.

Misyah yakin lelaki itu telah memerhatikannya sewaktu dia berada dalam bank mengeluarkan duit.

Ya Allah, terima kasih kirimkan seseorang menyelamatkan aku daripada menjadi mangsa ragut.

Setelah yakin keadaan mereka selamat, Aysar menjarakkan diri sebelum pusing menghadap Misyah. Matanya tajam menikam merenung mata Misyah.

"Kenapa pergi bank waktu macam ni?" Soalnya dengan tegas.

Misyah menelan liurnya dengan payah. Takut pula dia melihat Aysar seperti ini. Automatik wajahnya menunduk ke bawah. Takut nak pandang wajah bengis Aysar.

"Lupa nak pergi petang tadi sebab kerja. Tahu-tahu dah malam." Jawabnya perlahan.

"Kenapa tak pergi esok pagi?"

"Tak sempat. Duit ni nak bayar yuran. Ya aku tahu boleh bayar pakai transfer je tapi ni duit dalam bank simpanan aku. Takde transfer. Kena manual. Aku bukan sengaja cari penyakit tapi aku betul-betul terlupa."

Aysar diam merenung Misyah yang kelihatan takit-takut itu.

"Balik. Jangan buat lagi. Bahaya." Tuturnya dengan nada yang mulai mengendur. Tidak tegas seperti tadi.

Misyah mendongakkan wajahnya memandang wajah Aysar. Memandangkan lorong itu agak gelap agak susah untuk dia melihat wajah Aysar dengan jelas. Apa yang pasti Aysar berpakaian serba hitam. Tiada apa yang pelik sebab Aysar memang suka berpakaian serba hitam daripada dulu lagi.

"Urmm terima kasih sebab tolong aku. Kalau kau takde tak tahu lah apa jadi dekat aku. Mungkin aku dah jadi mangsa ragut. Aku terhutang budi dekat kau."

Aysar hanya diam tidak membalas.

Misyah mengeluh. Sedar Aysar memang tidak akan membalas kata-katanya terus dia mengorak langkah menuju ke keretanya. Dia pusing ke belakang seketika. Aysar masih ada di situ memerhatikannya.

Bibirnya menguntum senyuman kecil. Sekurang-kurangnya Aysar masih sudi menunggunya hingga dia selamat sampai di keretanya.

Saat dia mahu memegang zip beg galasnya, wajahnya berkerut hairan. Tangannya ada kesan cecair merah.

"Apa benda ni? Cat ke?" Nak cakap dia period, minggu lepas dia baru habis period. Dek kerana penasaran, dia terus mencium bau cecair merah itu. Bau hanyir.

D-darah?

Dia terus check pakaiannya. Benar, memang ada kesan darah. Mana datang darah ni? Seingatnya dia tidak memegang apa-apa selain...

Misyah terkaku.

B-badan Aysar...

Misyah terus pusing memandang belakang ke arah lorong dia dan Aysar berada. Aysar masih ada di situ tapi dalam keadaan terduduk.

Jangan-jangan...

Mata Misyah membulat. Dia terus masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta dengan cepat. Tanpa memakai seatbelt, dia terus memandu menuju ke arah lorong itu.

"Aysar!"

Aysar yang sedang menahan sakit terkejut melihat Misyah berada di depannya.

"K-kau buat apa ke sini?" Soalnya dengan nada tertahan-tahan. Tangannya menekan kuat pada bahagian pinggangnya.

Misyah tidak menjawab sebaliknya matanya tertumpu pada tangan Aysar yang menekap kuat pada bahagian pinggang kiri lelaki itu.

"K-kau berdarah..."

"Balik!" Arah Aysar dengan tegas sebelum dia berdesis kesakitan. Lukanya semakin terasa ngilu.

"No! Jom aku bawa kau pergi hospital." Baru saja mahu menyentuh lengan Aysar, Aysar menepis kasar. Misyah terkedu.

"Just go. Now!"

"Tak nak. Kau tengah cedera parah ni. Kita pergi hospital okey?" Pujuk Misyah dengan lembut. Dia tak tahu apa yang berlaku pada Aysar tapi dia takkan membiarkan Aysar seperti ini sendirian.

"Pergi atau nyawa kau jadi galang ganti."

Misyah tetap berkeras. Dia tetap dengan keputusannya. Dia nak tolong Aysar!

"Misyah!"

"Diam boleh tak? Kau tengah sakit. Cuba buat cara orang sakit." Susah payah dia memapah Aysar yang lebih besar daripada dia.

Aysar menggigit bibirnya apabila terasa teramat ngilu tatkala tubuhnya bergerak. Dapat dia rasakan darahnya semakin membuak-buak mengalir keluar.

Pintu sebelah pemandu di buka. Nak atau tak Aysar masuk juga. Dia terlalu sakit.

'Lemah, itu pun dah lembik? Tch, kau sangat-sangat lemah!'

Aysar memejam matanya.

Diam!

Dia mula cuak memikirkan dia bukan berseorangan tika ini. Misyah ada bersamanya!

'Siapa perempuan ni? Aku nak sentuh dia. Aku nak darah perempuan tu, hahahahaha....'

Kesakitan di pinggangnya sudah dia lupakan. Kini, sakit di kepala melebihi segala-galanya.

"Aysar, kau okey tak weh? Jangan tutup mata. Jangan buat aku takut." Misyah mula gelabah apabila Aysar mula memejam mata.

"Bawa aku balik rumah." Pinta Aysar dengan susah payah.

"Aku bawa kau pergi hospital."

"Misyah!"

Dek jerkahan tersebut, Misyah berhenti mendadak. Wajahnya jelas terkejut apabila Aysar menjerkahnya.

"A-aysar..."

Aysar cuba mengawal emosinya. Dia dapat melihat bayangan si 'dia' mengukir senyuman sinis padanya.

"Please, hantar aku balik rumah. Uncle aku doktor. Dia tahu apa nak buat. Just send me at my parents home."

Misyah mengeluh kecil.

"Alamat rumah kau de-..." Misyah terdiam saat mata dia dan mata Aysar saling bertembung.

"Aysar mata kanan kau nampak lain... Takde mata putih..."

Aysar terkejut. Takkan lah...

"Jangan pandang!" Aysar terus mengalihkan oandangan matanya.

'She's pretty hehehe...'

"Tapi..." Misyah terdiam apabila Aysar menyuakan handphone padanya. Maps?

"Jalan ikut maps tu." Ujar Aysar tanpa memandang Misyah.

'Can i look her face again? Auwhhh she make me crazy hahahahaha...'

Aysar memejam matanya. Ingin saja dia menjerit agar 'dia' diam daripada berkata-kata. Setiap kali si 'dia' bersuara, kepalanya terasa amat sakit bagai dicucuk-cucuk dengan jarum yang sangat banyak.

Tidak membuang masa Misyah terus menyambung pemanduannya berdasarkan maps tersebut. Dia sudah tidak berkata apa-apa lagi. Dia cuma berharap cepat sampai saja di rumah Aysar.

Sesekali suara erangan Aysar menyapa halwa telinganya. Hatinya menjadi semakin tidak keruan.

"Kejap Aysar, lagi 10 minit kita sampai." Matanya sudah bergenang dengan air mata. Tidak pernah dia melihat Aysar seperti ini.

Apa yang berlaku pada Aysar?













"Blade! GPS Aysar already connect right now."

Blade terus menerpa ke arah Chann. Wajahnya berkerut apabila titik merah yang bergerak memasuki kawasan perumahan mereka.

Steve, Elan dan James turut melihat screen laptop Chann tanpa berkerdip.

"Aysar on the way ke sini? Naik apa? Dengan siapa?"

"Kereta tapi tak tahu dengan siapa."

Aydin mundar-mandir di depan pintu rumah dengan perasaan yang gelisah. Hatinya rasa tidak enak daripada saat Blade pulang ke rumah berseorangan.

Mula-mula takde apa yang pelik tapi apabila jam sudah menunjukkan jam 10pm, Blade mula rasa aneh apabila Aysar masih pulang ke rumah sedangkan Aysar minta izin untuk pulang ke rumah terlebih dahulu. Lagi bertambah aneh apabila Elan memberitahu Aysar tidak ada di markas.

"Mana kau pergi Aysar? Suka kan buat aku risau." Aydin menggigit ibu jarinya. Matanya lurus merenung pagar utama rumahnya yang terbuka luas.

Disebabkan risau dengan keadaan Aysar yang hilang secara tiba-tiba Steve, Elan, James dan Chann datang ke rumah Blade.

Sedang dia mengelamun sebuah kereta Myvi berwarna silver meluncur masuk ke dalam rumahnya. Dia terkejut. Siapa pula ni?

Seorang gadis keluar daripada tempat pemandu meluru ke arahnya.

"Misyah?" Aydin pandang wajah cemas Misyah dengan hairan. Ada apa gadis itu ke sini? Persoalannya macam mana Misyah tahu alamat rumah mereka?

"Aydin! Tolong... Aysar... D-dia cedera parah..."

Mata Aydin membulat besar. Tidak berkata apa-apa kakinya laju menuju ke arah kereta Misyah. Susuk tubuh Aysar yang tersandar lemah di kerusi sebelah pemandu menyapa kornea matanya.

"Aysar!" Dia terbungkam melihat wajah Aysar yang sudah pucat lesi. Bau hanyir darah menyapa rongga hidungnya. Tangan Aysar berlumuran dengan darah pekat.

"A-aydin..." Lemah suara Aysar tatkala matanya bertembung dengan mata adik kembarnya.

"Papa! Mumma! Tolong!!!" Jerit Aydin.

Jeritan Aydin itu membuatkan mereka yang berada di ruang tamu bergegas keluar. Qaisha terlebih dahulu mendapatkan Aydin.

"Kenapa Aydin? A-... Ya Allah..." Hampir saja Qaisha mahu rebah melihat keadaan Aysar. Aydin terus mendakap tubuh Qaisha. Risau mummanya jatuh rebah ke tanah.

"Elan bawa pengunsung. Aysar cedera parah." Arah Blade tatkala dia melihat ada darah yang mengalir pada bahagian pinggang Aysar.

Apa yang berlaku? Musuh serang ke?

Semuanya berkerja dengan pantas. Elan dan Chann membawa Aysar masuk ke bilik tetamu atas arahan Zahin memandangkan hanya di situ saja bilik yang terdekat untuk merawat kecederaan Aysar dengan segera.

Misyah berdiri kaku melihat orang-orang yang tidak dia kenali masuk ke dalam rumah Blade sambil membawa Aysar. Lututnya mula lemah longlai. Dia jatuh terduduk. Dia tidak pernah menghadapi situasi yang mencemaskan seperti ini.

Kedua-dua tangannya yang kotor dengan darah milik Aysar direnung. Tubuhnya menggigil ketakutan. Dia takut Aysar jadi apa-apa.

"Akak..."

Bahu Misyah terangkat. Dia mendongak melihat seorang gadis mengukir senyuman hambar padanya.

"Jomlah masuk. Cuci tangan dengan muka akak." Ajak Aiyla. Dapat dia melihat tubuh Misyah menggigil halus.

Misyah mahu bersuara tapi suaranya seakan-akan tersekat di kerongkongnya.

"Akak jangan takut. In Shaa Allah, Abang Aysar okey. Jom saya teman akak." Aiyla memimpin Misyah untuk masuk ke dalam rumah.

Keadaan agak tegang tatkala Misyah melalui bilik tetamu yang terletak tidak jauh daripada kawasan dapur. Dia tidak dapat melihat apa yang berlaku memandangkan bilik itu tertutup rapat.

"Kamu ni Misyah ya?"

Misyah tersentak. Dia yang sedang mencuci tangan segera menoleh ke belakang.

"Erkk ya saya, aunty..."

Qaisha mengukir senyuman segaris.

"Terima kasih bawa Aysar balik dengan selamat. Aunty tak tahu apa akan jadi pada Aysar kalau Misyah takde." Ucap Qaisha. Dia terhutang budi pada gadis itu kerana telah menyelamatkan nyawa Aysar.

Misyah segera mengeringkan tangannya yang basah sebelum menghampiri Qaisha.

"Sepatutnya saya yang ucap terima kasih sebab Aysar selamatkan saya daripada jadi mangsa ragut. Tapi sumpah  demi Allah saya tak tahu waktu tu sebenarnya Aysar cedera teruk. Sa-saya tak tahu apa yang berlaku sebelum Aysar tarik saya." Misyah menundukkan wajahnya. Dia masih terkesan dengan apa yang berlaku.

Melihat Misyah seakan-akan menyalahkan dirinya, Qaisha memeluk tubuh Misyah seraya menenangkan si gadis kecil ini.

"Misyah jangan salahkan diri. Tiada siapa yang salah. Semuanya dah berlaku. Cukup Aysar dan Misyah selamat daripada berlaku perkara yang buruk. Itu yang penting."

"Tapi saya tak peka dengan keadaan Aysar waktu tu. Kalau saya lebih cepat bertindak pasti Aysar tak kehilangan darah dengan banyak. Maafkan saya aunty..." Air matanya gugur jua kerana tidak dapat tahan daripada perasaan sedih yang membuak-buak dalam dirinya.

Qaisha mengusap lembut belakang Misyah. Walaupun dia turut sedih dengan apa yang berlaku pada Aysar tapi dia tidak mahu Misyah terus menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang berlaku.

Misyah membalas pelukan Qaisha dengan erat. Hangat dan menyenangkan. Sudah lama dia tidak merasa pelukan seorang ibu. Perasaan yang sudah lama hilang kini kembali semula. Dia memang memerlukan seseorang untuk menenangkan dirinya saat ini.

Lama mereka berpelukan seperti itu sebelum Misyah meleraikan pelukan mereka. Dia sedikit malu apabila memeluk ibu crushnya.

"Terima kasih aunty beri izin saya peluk aunty. Maaf kalau tindakan saya agak berlebihan."

Qaisha senyum kecil.

"Tak apa aunty tak kisah pun. Misyah tidur sini saja ya. Dah lewat malam ni. Bahaya Misyah balik sorang-sorang. Beri nombor phone penjaga Misyah biar aunty call minta izin Misyah tidur sini."

"Eh tak apa aunty, saya boleh je balik. Rumah pun tak jauh daripada sini. Simpang lain je. Lagi pun saya sebatang kara je. Umi dan abah lama dah meninggal. Nenek pula meninggal tahun lepas." Jawab Misyah dengan jujur. Segan pula dia mahu tidur di sini. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

"Innalillahiwainnailahirojiun... Maaf aunty tak tahu."

"Takpe aunty. Saya okey je."

"Kalau macam tu Misyah tidur sini je. Aunty lagi risau bila Misyah duduk rumah sorang-sorang balik lewat macam ni."

"Tapi..."

"Lebih baik kau stay sini Misyah. Bahaya kau balik sekarang." Sampuk Aydin dengan senyuman hambar. Dia baru saja keluar daripada bilik tetamu yang menempatkan Aysar.

Misyah ingin membantah tapi suara Blade membuatkan lidahnya kelu untuk bersuara.

"Takde apa yang perlu difikirkan lagi. Kami sekeluarga berterima kasih pada kamu sebab bawa Aysar ke sini dengan segera. Uncle tak nak sesuatu perkara buruk berlaku pada kamu kalau kamu balik sekarang. Kamu perempuan." Blade berdiri di tepi Aydin.

"Akak, jom naik bilik saya. Saya dah siapkan tempat untuk akak." Aiyla muncul daripada tingkat atas.

Misyah teragak-agak.

"Pergilah. Kesian Misyah, mesti penat kan?" Qaisha mendorong tubuh Misyah agar mengikuti Aiyla naik ke tingkat atas.

"Urmm terima kasih uncle, aunty..." Ucap Misyah dengan segan.

Qaisha hanya senyum saja manakala Blade mengangguk kecil. Elok saja Misyah sudah naik ke atas, Qaisha terduduk atas kerusi.

"Honey..." Blade terus mendapatkan Qaisha yang kelihatan tidak bermaya.

"Aysar macam mana? Okey ke?" Soal Qaisha dengan mata yang berkaca-kaca.

Blade senyum. Dia menguncup dahi Qaisha seketika.

"Aysar okey. Anak kita kuat. Elan dah jahit luka dia In Shaa Allah seminggu dua ni luka Aysar sembuh." Blade mendakap tubuh isterinya dengan kasih.

Qaisha menghela nafas lega. Dia mengucap syukur yang tidak terhingga pada Yang Maha Esa. Pelukan Blade dibalas. Dia memerlukan kekuatan daripada sang suami.

Aydin termenung. Kata-kata Aysar sebelum abang kembarnya itu ditidurkan bermain dalam fikirannya.

Misyah dah nampak 'dia'. 'Dia' pun dah nampak Misyah.

Aydin meraup wajahnya.

Apa lagi yang akan berlaku lepas ni?

Aysar...














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro