Bab 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pejam celik pejam celik lima bulan sudah berlalu. Banyak perkara yang berlaku tetapi sedikit pun tidak merosakkan kebahagian mereka suami isteri.

Misyah dimaklumkan oleh Adilah, Adam sudah bercerai dengan Raisha tanpa diketahui sebabnya. Tahu-tahu je bercerai. Lepas bercerai Adam terus ke luar negara. Manakala Raisha pula sudah kembali tinggal bersama dengan keluarganya.

"Sya, kau demam ke? Muka pucat serupa zombie. Dah makan ubat belum?" Tegur Yusuf prihatin.

"Hmm okey je tak demam pun. Pening sikit." Jawab Misyah sambil memicit kepalanya. Minyak angin dia sapu di dahinya sebelum dia urut perlahan.

"Suami kau macam mana? Elok dah dari muntah-muntah? Entah-entah kau berjangkit sama." Kata Zuhairi.

Misyah ada memberitahu mereka, Aysar kerap muntah-muntah dua tiga hari ni. Tak tahu sebab salah makan atau apa. Pergi klinik doktor cakap takde apa-apa. Nak kata keracunan makanan macam tak logik. Mereka berdua makan benda yang sama di rumah. Pergi kerja pun bawa bekal.

"Entah-entah kau pregnant Sya. Kau dah lama tak datang bulan kan?" Tebak Yusuf.

Misyah terkejut tapi dalam masa yang sama dia segan apabila Yusuf sebut tentang waktu periodnya.

"Tch, tak payahlah segan. Aku ada kakak. Kakak aku tu dia mana reti malu dengan aku. Asal datang bulan je mesti dia suruh beli 'roti' dia tu. Muka aku ni tebal sepuluh inci tau sampai jadi kebal dibuatnya." Kutuk Yusuf dengan selamba.

"Dengar dek Kak Syu mahu kau kena luku dengan dia." Kata Zuhairi dengan nada mengusik.

"Shhh jangan bagitahu dia. Ini rahsia antara kita bertiga."

Misyah tergelak. Tahu takut.

"Kau pergi lah check dekat klinik. Kut masin mulut aku hah."

"Nantilah, takut pula aku nak check."

"Nanti tu bila? Tak percaya aku. Kak Syu!!!!"

Terkejut Misyah tiba-tiba Yusuf jerit memanggil Syuhada. Nak tercabut jantung dia.

"Bongok kau ni, terkejut aku!" Zuhairi tepuk bahu Yusuf dengan kuat.

Allah.... Kalau dia ada penyakit jantung confirm dia rebah tak bangun dah.

"Aduhhh sakitlah.. Hahaha.. Saja je test pitching aku masih okey ke tak."

"Otak kau!"

Yusuf ketawa.

"Hah! Apa hal? Ada kerasukan ke terjerit-jerit macam orang kurang vitamin?" Syuhada muncul dengan apron yang masih tersarung pada pakaiannya. Dia tengah cuba buat resepi baru.

"Kak, kau bawa mak cik ni pergi klinik." Arah Yusuf.

"Huh? Kenapa? Sya demam ke?" Dia perasan wajah Misyah agak pucat. Berjangkit dengan suaminya lah kut.

"Naluri aku kuat mengatakan bahawa Puan Misyah Nur Atia kita ni tengah berbadan dua." Kata Yusuf dengan nada yang sangat yakin!

Mata Syuhada sudah bulat teruja.

"Hah jom! Kita pergi check up." Dia menanggalkan apronnya. Kek tu nanti-nanti je lah dia buat.

"Akak ni percaya je apa yang Yusuf cakap. Tak nak saya berharap apa-apa. Kang dah excited bila check negatif. Murung saya dibuatnya."

"Pedulilah positif atau negatif. Muka kau tu pucat Sya. Kalau demam ambil mc je." Kata Zuhairi tidak mahu Misyah berfikir bukan-bukan.

Mengandung atau tidak itu hal kedua. Perkara yang utama kesihatan Misyah. Macam yang Yusuf kata, muka serupa zombie.

Mahu atau tidak, Misyah akur jua. Dia mengambil begnya sebelum ikut langkah Syuhada yang sudah keluar daripada kedai.

"Kau rasa Sya memang pregnant ke?"

"Aku yakin seratus peratus!"

Mereka berdua menunggu dengan sabar kepulangan Misyah dan Syuhada daripada klinik. Untung klinik tidak jauh daripada kawasan kedai mereka. Jalan kaki je. Yusuf sempat keluar beli coffee untuk dia dan Zuhairi minum.

Hampir dua jam, pintu kedai dibuka. Terus dua jejaka itu bangun apabila Misyah dan Syuhada masuk dengan wajah yang agak sukar untuk di duga.

"Macam mana?"

Misyah melepas keluhan panjang. Manakala Syuhada masih kekal diam membisu.

Yusuf mula jadi serba salah. Tak pasal-pasal dia terbagi harapan dekat Misyah.

"Sya, sorry aku ingatkan kau hmmm..."

"Takpe, kau pun baru je kahwin. Enjoy je dulu hidup berdua."

Misyah dan Syuhada saling berpandangan sebelum ketawa terbahak-bahak. Tak tahan melihat muka mereka berdua yang jelas kelihatan serba salah dengannya.

"Woi, apa hal tiba-tiba gelak macam langsuir ni? Gila dah ke?" Orang punya lah rasa serba salah tiba-tiba kena gelak. Wah wah wah baik punya perangai.

"Lawak tengok muka korang berdua ahahahahaha.... Tak jadi nak habiskan lakonan ahahahahaa hahahahaha hahahahaa..." Gelak Syuhada tidak berhenti. Sampai terduduk dibuatnya.

Misyah menutup mulutnya agar ketawanya tidak terlalu berlebihan. Risau tak boleh nak berhenti. Tapi melihat Syuhada ketawa beria-ia membuatkan dia tak boleh berhenti ketawa.

"Nak kena azan ke ni?" Soal Zuhairi. Geram pula dia.

"Azan sekali ruqyah mak cik-mak cik ni." Balas Yusuf dengan nada geram.

"Hahahaha okey-okey. Ehem hehehe jangan marah-marah. Hahahaha adoiiii lawak lah." Syuhada masih mahu ketawa tapi ditahan saja. Tak pasal-pasal ada yang merajuk dengan dia.

Yusuf dan Zuhairi menunggu dua perempuan di depan mereka habis ketawa.

"Ehem, aku pregnant. 36 hari." Ujar Misyah dengan senyuman lebar. Perutnya yang masih kempis dipegang. Rasa bahagia saat mengetahui perkara itu di klinik masih tidak hilang. Tak sabar nak balik!

Yusuf dan Zuhairi saling berpelukan. Nak peluk Misyah mana boleh! Peluk member je lah.

"Alhamdulillah... Congratulations mummy to be..."

"Pembetulan, ibu to be..."

Ketawa mereka berempat. Masing-masing gembira dengan berita gembira itu.

Misyah senyum lebar.

Dia dan Aysar bakal bergelar seorang ibu dan ayah.

Ya Allah, terima kasih Ya Allah.

Misyah memakirkan keretanya di tepi kereta milik Aysar. Dia melihat perkarangan rumahnya. Nampaknya semua ahli keluarga Aysar ada di rumah.

Segera dia keluar daripada kereta dengan senyuman lebar. Tidak sabar mahu berkongsi khabar gembira dengan mereka semua.

"Assalamualaikum..."

Misyah pelik apabila salamnya tidak berjawab. Kipas di ruang tamu terpasang elok menandakan ada penghuni di dalam rumah.

Mana semua orang?

Dia duduk di sofa sambil termenung.

Dekat atas kut.

Bunyi derapan kaki yang berlari menuruni anak tangga menarik perhatiannya. Susuk tubuh Elvina yang laju menuju ke arahnga membuatkan dia senyum lebar.

Betul sangkaannya.

"Hai, Vina..."

"Sya, kau jangan naik atas buat sementara waktu." Bukan membalas sapaan Misyah malah melarang Misyah untuk naik ke atas dengan wajah yang serius.

Misyah kehairanan.

"Kenapa?"

Elvina menghela nafas panjang.

"Aysar, dia-..."

"Sayang!"

Mereka berdua menoleh ke arah tangga.

"Bie, how?"

Aydin meraup rambutnya.

"Ezra."

"Ezra?"

"Not Da?"

Soal mereka berdua serentak.

Aydin menghela nafas berat.

"Aku tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Tadi Da sekarang Ezra."

"Apa yang berlaku ni? Macam mana sisi Aysar boleh bangun tiba-tiba?" Soal Misyah sedikit gelisah. Perutnya terus dipegang.

Kenapa mesti waktu ini?

"Tengah hari Aysar tiba-tiba pengsan. Kau tahu kan Aysar demam. Mumma terkejut tiba-tiba dengar barang pecah dalam bilik Aysar terus naik untuk tengok keadaan Aysar. Sampai je mumma terkejut bila tengok sisi Aysar 'Da' yang berjaga. Syukur papa memang tak masuk kerja harini. Aku dengan Vina datang sebab Uncle Asyraf yang call. Baru je tadi sisi 'Ezra' pula yang berjaga." Aydin memicit kepalanya. Pening dengan apa yang berlaku.

Kali pertama kedua-dua sisi Aysar berjaga dalam hari yang sama. Tidak seperti sebelum ini.

"Ayaz mana? Ayaz tak nampakkan?" Perasaan risau mula hadir dalam hatinya. Setahunya Ayaz tidak pernah nampak kedua-dua sisi Aysar dalam keadaan yang mengganas. Hanya sisi Ezra sahaja itu pun Ayaz tidak tahu dek kerana lakonan Ezra pada waktu hari persandingannya.

"Ayaz tak nampak. Aku memang bersyukur gila Ayaz belum balik daripada tadika masa Da mengamuk teruk. Sekarang ni pun Aiyla bawa Ayaz pergi taman dengan mumma."

Misyah menghembus nafas lega.

"Kenapa Da mengamuk?"

Aydin dan Elvina geleng tidak tahu.

Misyah picit kepala.

"Kau okey tak? Muka kau pucat. Demam?"

Misyah geleng kepala. Dia mengukir senyuman kelat.

"Aku pregnant. 36 hari." Patutnya ini hari gembira mereka sekeluarga tapi keadaan tidak berpihak padanya. Rasa nak menangis pun ada.

"Sya pregnant?"

Suara Blade kedengaran.

Misyah senyum hambar.

Blade mengukir senyuman lebar.

"Alhamdulillah, tahniah Sya."

"Terima kasih papa..."

Blade menarik nafas panjang.

"Sorry Sya, keadaan agak tak sesuai tapi apa-apa pun papa, Aysar dan semua orang gembira dengan berita ni. Papa harap Sya tak terasa hati dengan keadaan Aysar ya."

Aydin dan Elvina angguk dengan senyuman kecil. Elvina memeluk tubuh Misyah agar wanita itu tidak terlalu rasa sedih.

Tiba-tiba sebuah pasu bunga sederhana kecil jatuh daripada tingkat atas. Misyah terjerit kecil. Terus dia memeluk tubuh Elvina.

"Blade!"

Suara Asyraf yang keras itu membuatkan Blade terus berlari naik ke atas semula. Mujur kaca-kaca yang berderai agak jauh daripada kawasan tangga untuk dia naik.

"Oh God! Sayang bawa Sya masuk dalam bilik tetamu. Kunci. Jangan keluar selagi bie tak suruh." Arah Aydin.

Elvina angguk. Terus dia bawa Misyah ke bilik tetamu. Tubuh Misyah jelas menggigil.

"Vina..."

"Takde apa, kau jangan fikir sangat Sya."

Pandangan Misyah mula berbalam-balam. Elok mereka berdua masuk ke dalam bilik tetamu, Misyah rebah.

"Sya!"

Aydin terbatuk-batuk. Wajahnya yang putih mula kemerah-merahan. Matanya tajam merenung wajah Aysar atau lebih tepat Ezra.

Ezra menyungging senyuman senget. Tangan kanannya kuat mencengkam batang leher Aydin.

"Ezra! Lepaskan Aydin! Dia adik kembar kamu!" Arah Blade dengan keras. Berderau darahnya melihat wajah Aydin semakin pucat tidak berdarah.

Macam mana boleh jadi macam ni? Semuanya berlaku dengan sangat pantas.

Saat dia berlari naik ke atas, dia melihat Asyraf sedang bergelut dengan Ezra. Baik Ezra mahu pun Asyraf, kedua-dua mereka tidak mahu mengalah dalam pergelutan. Terus dia menarik Ezra yang mahu menyerang Asyraf.

Asyraf sudah terbatu-batuk. Darah mula keluar daripada mulutnya. Terasa ngilu pada rusuk kanannya akibat ditendang kuat oleh Ezra.

"Wake up Aysar! It's me. Your father."

Ezra gelak besar. Dia memusing badannya menghadap Blade. Matanya tajam melihat raut wajah Blade yang sangat tertekan saat ini. Dia menyengih. Bahu Blade dipegang lembut.

"I know. You are my papa. My king. My favourite..." Ezra senyum sinis.

"Toy..." Terus ditolak Blade ke arah balkoni dengan kuat. Dia berlari laju ke arah Blade yang hampir ke belakang tapi sempat ditarik kuat oleh Aydin.

Terkejut besar apabila Aydin menyedari Ezra mahu menolak Blade agar jatuh ke bawah.

Entah macam mana Ezra mencengkam kuat batang leher Aydin dengan sebelah tangannya tanpa sempat Aydin mengelak.

Baik Blade mahu pun Asyraf terkaku.

"Aydin!"

"One step, his gone." Kata Ezra perlahan tetapi penuh dengan ancaman.

Blade buntu. Dia sedar mereka tak boleh buat apa-apa memandangkan nyawa Aydin dalam genggaman Ezra. Ezra betul-betul menekan urat nadi di leher Aydin.

"Please release Aydin, Ezra. I'm begging you." Blade sudah jatuh melutut. Dia tak kisah dia dicederakan tapi bukan anak-anaknya.

Ezra ketawa kecil.

"Okay..."

Blade mahu melepaskan nafas lega tapi sambungan ayat Ezra kembali menyesakkan dadanya.

"Bring my beautiful doll at here now. I know she's already here. Bring her to me."

"No! You can't! Aku tak izin arkhh!!!" Tangan Ezra dipukul apabila lelaki itu mencengkam lebih kuat lehernya. Dia mula susah untuk bernafas.

"Aydin!"

"Tik tok i don't know if he can breathe for a few more minutes." Tenang saja dia berbicara tanpa melepaskan pandangannya pada wajah Aydin. Semakin lama wajah Aydin semakin membiru kerana kekurangan oksigen. Tubuh Aydin mulai lemah.

"Okay, i will! But take your hands off!"

"No! I don't believe you. Bring her now or he will die." Tegas Ezra. Dia tidak peduli dengan keadaan Aydin yang sudah nyawa-nyawa ikan. Sedikit pun dia tidak kisah dengan apa yang berlaku. Dia cuma mahukan Misyah!

Blade tersepit.

"Blade..."

"It's okay, kau tolong tengokkan Aydin." Pintanya pada Asyraf. Cepat-cepat dia berlari ke bawah.

Asyraf angguk. Matanya tajam melihat gerak-geri Ezra yang masih tidak melepaskan genggamannya. Tapi dia perasan cengkamannya tidak sekuat tadi apabila Aydin sepertinya sudah mula bernafas walaupun agak payah.

Tak lama Blade kembali naik dengan wajah yang gelisah. Pandangan Ezra semakin tajam.

"You try play with me hurm?" Ezra bengang. Dia merasakan Blade sedang mempermainkannya. Akibatnya Aydin menjadi mangsa. Aydin memegang tangan Ezra yang semakin lama semakin kuat mencangkam lehernya.

"No! Sya-.... She collapsed. I swear i didn't lie to you, Ezra."

"Then, where is she?"

"Guest room."

Ezra terus melepaskan cengkamannya dan berlari keliar lalu melompat dari tingkat atas. Bilik tetamu di tuju.

Aydin jatuh terduduk. Dia terbatuk-batuk dan cuba mengatur nafasnya semula. Blade dan Asyraf berlari mendapatkan Aydin.

"Aydin, are you okay son?"

Aydin angguk laju. Dia batuk lagi. Sumpah dia rasa ajalnya sudah sampai.

Menitis air mata Blade melihat keadaan Aydin yang hampir menemui ajalnya. Asyraf mengusap lembut belakang menantunya itu.

"Sya-... Uhuk uhuk.... "

Blade memandang Asyraf.

"Aku turun tolong jagakan Aydin."

"Go now Blade, aku risau dengan Sya."

Blade berlari turun ke bawah. Dia melihat Ezra hendak menendang kuat pintu bilik tersebut.

Elvina yang berada dalam bilik tetamu itu mula ketakutan. Dia tak pernah menghadapi sisi ganas Aysar seperti ini. Dia memeluk Misyah dengan kuat.

"Ezra stop!" Laung Blade.

Terus tingkah Ezra mati.

"I will if you give my doll, now!" Urat-urat hijau mula timbul. Ezra mula hilang kawalan.

"Okay! But please don't hurt her. She's pregnant your baby. She need a rest. That's why she collapses." Terang Blade.

Ezra diam lama.

"My beautiful doll, pregnant? My baby? My little baby doll?"

"Yes."

Blade perhati Ezra yang berdiri tegak di hadapan pintu bilik tetamu.

"Then, she need me." Ezra berkeras nak masuk.

"Assalamualaikum, papa Ayaz dah balik!!!" Suara Ayaz mematikan perbualan mereka berdua.

Blade semakin resah apabila Ezra mengukir senyuman lebar. Dia dapat meneka apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu.

"Don't touch Ayaz!"

Ezra ketawa kecil.

"Then, open this door right now. I don't want repeat again."

Blade setuju.

Pintu diketuk.

"Vina, open the door."

Elvina ragu-ragu untuk membukanya tapi apabila Blade yang pinta dia buka jua. Tubuhnya menggigil kecil apabila pandangannya dan Ezra saling beradu.

"Get out."

Elvina mengeraskan tubuhnya. Dia takut Ezra mengapa-apakan Misyah.

"Vina, mari keluar."

"Tapi pa..."

"It's okay, dia takkan apa-apa Sya. Apa yang berlaku papa akan bertanggungjawab sepenuhnya."

Elvina mengalah. Dia keluar juga. Elok dia keluar, Ezra terus masuk dan mengunci pintu.

"Papa..."

Blade senyum kecil.

"Tolong Aydin. Papa nak cakap dengan mumma."

Elvina angguk kecil. Perlahan dia naik ke atas. Dia berharap Ezra tidak mengapa-apakan Misyah.

"My doll..." Dia melangkah ke arah Misyah yang tidur pulas. Tudung di kepalanya dibuka lalu dicampak ke lantai. Rambut Misyah di elus lalu dicium.

Wangi.

Dia turut baring dan memeluk tubuh Misyah. Bau badan Misyah membuatkan dia rasa tenang. Dicium semahu-mahunya.

"I miss you, my beautiful doll."
















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro