Bab 58

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Un-uncle..." Zahin memandang Blade dengan mata yang merah. Tangannya memegang objek yang telah dibalut dengan kain putih.

Blade yang baru tiba bersama Chann dan Elan mula rasa lain. Kain putih itu dipandang dengan perasaan berdebar-debar. Ditambah dengan keadaan Zahin yang mempunyai kesan darah membuatkan dia menjadi takut untuk mengetahui apa yang dipegang oleh Zahin itu.

"Za-zahin... Apa yang Zahin pegang?"

Zahin tidak mampu berkata-kata. Dia menyuakan objek tersebut kepada Blade. Bibirnya diketap kuat.

"Allahu Akhbar... Astaghfirullah... Ya Allah..." Hampir saja Blade jatuh terduduk jika Chann dan Elan tidak menahan dirinya.

"Blade!"

"Ya Allah... Cucu aku... Allah Allah... Cucu aku!!!" Blade meraung kuat. Janin yang telah dirobek-robek dalam balutan kain putih itu diambil lalu di dakap erat. Dia menangis teresak-esak.

Elan dan Chann tidak dapat menahan diri daripada menangis sama. Sebak melihat keadaan Blade meraung kesedihan seperti ini.

Zahin yang tidak sanggup melihat keadaan Blade itu segera membelakangi mereka bertiga. Hati dia tidak kuat melihat perkara itu. Air matanya di seka segera. Nafas ditarik lalu dihembus perlahan.

"Uncle, kita kena naik helicopter segera. Mi-misyah perlukan kita." Tuturnya.

Blade masih menangis. Dia cuba menguatkan dirinya agar diberikan sedikit kekuatan. Matanya dipejam. Lama. Giginya diketap kuat menahan diri daripada terus beremosi.

"Blade... We need to go now." Tutur Elan perlahan. Belakang badan Blade diusap lembut cuba memberi kekuatan pada sahabatnya itu.

Blade angguk kecil.

Helicopter yang sedang menunggu mereka di atas dipandang.

Zahin memanjat tali terlebih dahulu memandangkan mereka tidak dapat mendarat di ladang kelapa sawit ini. Berhati-hati Blade menyimpan janin cucunya itu ke dalam begnya. Air matanya masih mengalir.

Tidak mahu membuang masa, dia terus memanjat tali itu diikuti Elan dan Chann. Asyraf yang memandu helicopter turut bersedih dengan apa yang dikhabarkan oleh Zahin mengenai apa yang telah berlaku.

Dia dan Blade, seorang suami dan ayah. Mereka faham erti kehilangan orang yang tersayang. Terutama melibatkan keluarga sendiri.

"Go."

Asyraf angguk.

Bunyi helicopter menyapa halwa telinganya. Tubuhnya basah disimbahi peluh. Rasa takut mula merajai diri. Kakinya terus berlari sambil membawa tubuh kaku Misyah. Bau darah hanyir milik Misyah langsung tidak mengganggunya daripada terus berlari.

"Arghhh!!!"

Dia jatuh terduduk. Kakinya terasa pedih dan ngilu. Wajahnya berkerut menahan rasa sakit.

Da-darah?

Dia melihat kakinya. Ada sebutir peluru terbenam dalam kakinya. Bibirnya diketap kuat. Dia mencarut kuat.

Dia tahu dia ditembak!

Tapi siapa? Di mana?

Matanya meliar melihat sekelikingnya. Tapi hanya kegelapan malam saja dia nampak.

Tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang melintasi wajahnya. Pipinya terasa pedih. Terus dia menekap pipinya.

"Da-darah?" Adam mula ketakutan.

Antara Misyah dan nyawa, dia pilih nyawa!

Tanpa pedulikan Misyah yang terbaring kaku itu terus dia memaksa kakinya untuk bangun dan berlari selaju yang boleh. Jantungnya berdegup laju.

"Tak! Tak! Aku tak nak mati lagi!" Wajahnya berubah pucat memikirkan nyawanya seperti dihujung tanduk. Bila-bila masa saja ajalnya akan tiba.

Tak! Dia belum bersedia untuk mati!

Dia berlari sekuat hati tanpa mengendahkan kakinya yang semakin berlumuran dengan darah akibat tembakan yang diterimanya.

"Oh God! Misyah! Natsu, cepat nyalakan api biru!" Bulat mata Namjoon melihat keadaan Misyah yang sangat ngeri. Pistolnya disimpan. Segera dia memeriksa nadi Misyah.

Perlahan. Sangat perlahan.

Natsu terus mencampak sesuatu ke atas dan boommm!!! Percikan api biru terpancar di langit.

"Oh my God!"

"Help me Natsu. Bagi aku apa-apa kain yang boleh aku ikat pada perut Sya." Namjoon mengeluarkan pisau rambonya. Kulit dan daging yang terburai keluar daripada perut Misyah dipotong dengan berhati-hati agar Misyah tidak dijangkiti kuman. Malah sisa uri yang masoh melekat oada perut Misyah turut dipotong.

"Use this." Bandage diberi pada Namjoon. Sebelah tangannya menyuluh perut Misyah. Perut yang besar kerana mengandungkan seorang bayi kini sudah tiada.

Baik Namjoon mahu pun Natsu mereka berdua diam tidak berkata apa-apa. Masing-masing memikirkan emosi Aysar tatkala melihat keadaan Misyah seperti ini. Hati mereka dijentik dengan perasaan sebak.

Disebabkan itu, Namjoon bertungkus lumus memberi rawatan awal pada Misyah agar darah Misyah tidak mengalir dengan banyak. Dia sentiasa memeriksa denyutan nadi dan nafas Misyah.

Bunyi dentuman dan percikan api berwarna biru menghentikan langkah Aysar dan Aydin.

"Api apa tu?" Soal Aydin pelik.

Aysar menajamkan matanya untuk mencari arah percikan api biru tersebut. Dia tahu maksud itu. Keberadaan Misyah sudah dijumpai!

"Let's go!"

Aydin yang tak faham hanya ikut saja langkah larian Aysar. Tetapi hatinya kuat mengatakan pasti ada kaitan dengan Misyah. Dia berharap telahannya betul.

Bunyi derapan orang berlari membuatkan Natsu dan Namjoon berdiri sambil meluruskan muncung pistol di hadapan mereka. Bersiap sedia untuk melepaskan tembakan.

Aysar perasan. Terus dia arahkan Aydin untuk melepaskan ikatan kain hitam dan kaca mata hitam yang menutup wajah mereka berdua.

Melihat si kembar yang berlari ke arah mereka, pistol diturunkan.

"Kau dah jumpa Misyah?"

Natsu dan Namjoon kelu untuk bersuara.

"Aysar..." Berat Namjoon ingin meneruskan kata-katanya. Dia beranjak ke tepi untuk memberi ruang Aysar melihat belakangnya.

Aysar melihat ke belakang.

Zappppp

Dunianya gelap seketika.

"Ya Allah..." Bulat mata Aydin. Mulutnya ditutup dengan kedua belah tangannya.

"Sayang!!!!" Aysar jatuh terduduk di tepi kepala Misyah. Terketar-ketar  tangannya memangku kepala Misyah di pangkuannya. Bibirnya bergetar halus.

"Sa-sayanggg.. heyyy wake up pleasee... Sayangg... Jangan buat ayang macam ni...." Matanya mula bergenang dengan air mata.

Saat tangannya menyentuh perut sang isteri, tidak dapat ditahan dia meraung kuat. Tangisan yang ditahan pecah jua. Wajah Misyah disembam pada dadanya.

"Allahu Akhbarrr... Ya Allah... I'm so sorry sayangggg i'm so sorryyy.... Arghhhhhh!!!!" Tubuh Misyah di dakap erat. Dia menangis semahu-mahunya.

"Our baby... hiks hiks... I'm so sorry sayang... I'm late.. I'm so sorryyy..."

Aydin menekup wajahnya. Bibirnya diketap kuat agar esakannya tidak keluar. Remuk hatinya melihat keadaan Aysar dan Misyah.

Tak lama kemudian helicopter tiba.

Dua utas tali tebal jatuh ke arah mereka.

"Aysar, kita kena bawa Misyah naik. Denyutan nadi Misyah terlalu perlahan." Ujar Natsu setelah menerima arahan untuk membawa Misyah masuk ke dalam helicopter untuk menerima rawatan lebih lanjut.

Diam.

Aydin menyeka air matanya. Dia menyentuh bahu Aysar apabila abang kembarnya itu diam membisu. Pegangan Aysar pada tubuh Misyah masih erat.

"Aysar..."

Aysar mengangkat wajahnya. Pandangannya kosong dan mendatar tatkala pandangan mereka berdua bertaut. Aydin terkejut hingga dia terundur ke belakang.

"Aydin, kenapa?" Soal Namjoon.

"E-ezra... Da..." Aydin menjadi gugup.

Namjoon dan Natsu berdiri tegak. Mereka berdua mula memasang langkah berjaga-jaga. Terkejut mereka berdua melihat mata Aysar berlainan.

Mata kiri hitam pekat manakala mata kanan kelabu pekat.

Ezra dan Da berjaga serentak.

"H-how?"

Aydin diam. Ini kali kedua dia melihat kedua-dua sisi Aysar berjaga serentak.

"My beautiful doll.. I'm so sorry cause late.. I'm so sorryyy... I promise i will kill him like he kill our baby doll." Kedua-dua mata Misyah dikucup kasih.

"Arghhh i hate this feeling. Aku suka dia menderita. Tangisan dan raungan dia kedengaran sangat indah. Tapi kenapa aku rasa sakit hurmm my beautiful angel?"

Da Ezra bangun sambil mencempung tubuh Misyah dengan penuh berhati-hati.

"My moon..."

"Y-yes?"

"Please save my beautiful angel..." Rayu Ezra dengan pandangan redup.

"Angel aku kena hidup. Dia perlu ada di sisi aku." Sambung Da dengan pandangan tajam menikam.

Aydin jadi gerun apabila Da dan Ezra saling berkomunikasi dengannya.

"I will!" Aydin menyambut tubuh Misyah dengan penuh berhati-hati.

Namjoon dan Natsu membantu mengikat tali pada tubuh Aydin agar mudah untuk ditarik ke atas dengan selamat. Setelah memastikan Aydin sudah bersedia, terus Aydin ditarik ke atas hingga selamat masuk ke dalam helicopter.

Blade pandang Aydin dengan pandangan sebak. Dua orang ahli Eagle Eyes yang pakar dalam medic terus melakukan pembedahan awal pada Misyah.

"Papa..." Aydin mahu berkata sesuatu tapi tidak mampu. Air matanya tidak segan silu keluar membasahi wajahnya.

"Shhh papa ada.." Blade memeluk erat tubuh Aydin. Tidak dapat menahan kesedihannya, Blade turut mengalirkan air matanya. Dia menangis tetapi tangisannya ditahan agar tidak kedengaran.

"I need my cute baby..." Ujar Da Ezra dengan senyuman lebar.

Namjoon dan Natsu gelisah. Dia tahu apa yang lelaki itu mahukan.

"Your baby..." Muncul seorang lelaki sambil membawa seekor anjing yang dirantai dengan besi di lehernya.

"Rian!" Terkejut Namjoon dan Natsu melihat kemunculan lelaki itu.

Adrian senyum senget.

Da Ezra senyum lebar.

"My babyyy..."

"Woof woof..." Si anjing gembira apabila tuannya berada di depan matanya.

"I need you baby... Can you help me hurm?"

"Woof woof."

"Good boy." Da Ezra mengukir senyuman lebar.

Adrian menghulurkan sehelai kain yang mempunyai darah pada Da Ezra. Langsung dia tidak gentar berhadapan dengan kedua-dua sisi Aysar itu.

Da Ezra ambil. Dihidu kain itu lama. Bau hanyir darah masih kuat.

"Smell this..."

Sehelai kain yang mempunyai kesan darah dihidu lama. Ekornya digoyang ke atas dengan laju.

"Wooff wooff..." Lidahnya terjelir sambil matanya lurus memandang ke arah kanan.

"Woof woof..."

"Hold on baby... You know where he is hurm?"

"Woof..."

Bibirnya menyungging senyuman senget. Tangannya yang dipakai glove menyentuh kepala haiwan peliharanya dengan senyuman lebar.

"Time to hunt." Rantai besi yang melilit lehernya dibuka.

"Woof woof..." Dia berlari laju memburu si mangsa yang sedang berlari menyelamatkan diri.

"Pemangsa memburu mangsa."

Anjing baka rottweilers miliknya hilang dalam kegelapan.














Dia mula rasa penat. Wajahnya berkerut kesakitan.

"Argggghhh!!!" Dia jatuh tersungkur. Kakinya yang masih berdarah dipegang. Dapat dia rasakan bentuk peluru yang masih terbenam dalam betisnya.

Menggelupur tubuhnya tatkala dia menarik keluar peluru tersebut. Wajahnya semakin pucat kerana terlalu banyak kehilangan darah.

Nafasnya tersekat-sekat. Peluhnya semakin banyak. Rimas. Sangat rimas!

Dia cuba bangun tapi kesakitan pada kakinya membuatkan dia tidak boleh bergerak. Mahu gerakkan kaki pun tidak boleh.

"Tak guna!" Adam menumbuk tanah melepaskan rasa amarahnya. Dia tidak tahu dia berada di mana tapi dia yakin dia sudah terlalu jauh ke dalam ladang kelapa sawit ini. Pokok kelapa sawit sudah tidak kelihatan. Dia anggarkan dia sudah jauh terperosok hingga masuk ke dalam hutan.

Adam menyandarkan tubuhnya ke pokok. Dia terlalu penat. Penat melarikan diri daripada ditangkap. Bunyi helicopter sudah tidak lagi kedengaran di cuping telinganya.

Terbit ketawa kecil dibibirnya.

Ketawa kecil menjadi ketawa besar. Dia ketawa besar.

"Aku tak dapat Misyah, kau pun takkan dapat Misyah! Aku bunuh dia. Hahahahaha.... Memang patut perempuan tu mampus!" Gelaknya.

Kedua-dua tangannya di angkat. Tangannya penuh dengan darah kering milik Misyah. Masih dia dapat rasa janin milik Misyah dalam genggaman tangannya.

Dia ketawa lagi.

"Budak tu memang patut mati. Dia tak layak hidup!"

Wajah Adam berubah bengis. Benci tatkala melihat perut Misyah pada waktu itu.

"Jangan salahkan aku sayang... Salahkan diri kau. Kalau kau terima aku, kau takkan jadi macam ni. Kalau kau tak pilih jantan tu kau akan hidup bahagia dengan aku, sayang." Katanya dengan nada sinis.

Namun, dia menangis ketakutan. Kepalanya dipegang. Telinganya ditekup kuat.

"Tak! Tak! Aku tak salah! Bukan aku yang bunuh dia! Iskk iskk Misyahhh jangan tinggalkan aku!!!! Aku sayangkan kauuu!!!" Raungnya dengan esakan.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi ranting dipijak. Bukan itu saja bunyi semak samun yang seperti dilanggar membuatkan dia rasa gerun.

Dia mahu bangun tapi dia terjatuh semula. Kakinya tidak dapat digerakkan.

"Tak guna! Bangunlah!!!!" Kakinya tumbuk-tumbuk agar dapat bergerak. Tapi hanya kesakitan saja dia dapat. Tubuhnya menggeletar.

Semakin lama semakin dekat bunyi itu.

"Wooff!!!"

Bulat matanya apabila seekor anjing bertubuh besar menerpa ke arahnya dengan wajah yang sangat bengis.

"Jangan dekat!!!" Segala batu dan ranting yang berdekatan dengannya dibaling ke arah anjing itu. Akan tetapi balingannya itu langsung gidak mengenai anjing tersebut. Anjing itu tangkas mengelak. Mulutnya ternganga besar bersedia mahu menyerang mangsanya.

"Arghhhhhhh saaakiitttttttt!!!!! Argghhhhhhh!!!!!" Rasa nak terputus nyawanya apabila kakinya yang berdarah digigit kuat oleh anjing tersebut.

Bukan setakat digigit tapi kakinya seakan-akan sedang dikunyah oleh anjing itu.

Sakit!

Daging kakinya bagai dicucuk-cucuk dengan jarum besar secara paksa. Tajam!

"Arghhhhh!!!!" Adam menjerit sekuat hati menzahirkan rasa sakitnya yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Tiba-tiba tubuhnya jatuh terlentang. Makin kuat dia menjerit apabila anjing tersebut menarik kakinya dengan kuat dan berlari untuk mendapatkan tuannya semula. Mangsa sudah berada dalam mulutnya.

Jeritan Adam mula perlahan dan senyap. Pengsan. Darahnya sudah banyak mengalir. Tubuhnya terhuyung hayang mengikut larian si anjing yang ganas berlari tanpa peduli dengan keadaannya.

Da Ezra yang bersandar pada pokok tersenyum lebar apabila kesayangannya kembali sambil menggigit kuat kaki Adam.

"Woofff!!!"

Natsu dan Namjoon berdiri menyorok di belakang Adrian. Mereka berdua tegur liur tatkala melihat anjing baka rootweiler itu.

"Ah, my good boy..." Da Ezra mengusap kepala anjing itu lembut.

Bergoyang-goyang ekor si anjing kerana gembira dipuji oleh tuannya itu. Mulutnya yang berdarah dijilat sambil menyalak. Bangga apabila dia menjumpai mangsa yang dimahukan oleh tuannya itu

Da Ezra sengih.

"Hungry?"

"Wooff woofff!!!"

"You can eat that leg but not the body." Tutur Da Ezra dengan senyuman lebar.

"Woofff woofff!!!" Anjing itu terus membaham kaki Adam yang cedera itu dengan rakus. Bunyi tulang kaki Adam yang berlaga-laga amat mengerikan bagi sesiapa yang mendengar.

Natsu menekup mulutnya menahan diri daripada muntah. Melihat anjing makan dan mengunyah kaki manusia secara live sangat meloyakan.

Bulu roma Namjoon naik meremang. Untuk kali pertama dia melihat cara penyeksaan menggunakan haiwan membuatkan dia bungkam.

Adrian hanya beriak selamba. Dia berpeluk tubuh dan menyaksikan anjing kesayangan Da Ezra melahap kaki Adam dengan tenang seolah-olah dia sedang melihat seekor kucing sedang makan ikan mentah.

"Rian, kau boleh santai ek." Tegur Natsu. Dia tidak mahu menyaksikan kaki Adam diratah.

Adrian sengih.

"Aku dah biasa hadap sisi Aysar secara serentak. Ini bukan kali pertama. Masa dekat Turki sisi-sisi Aysar berjaga serentak dan lebih agresif daripada ni." Jawabnya tenang.

Selain Elan, dia juga ditugaskan untuk ke Turki bagi memantau keadaan Aysar sewaktu di sana. Kebetulan dia mempunyai urusan di negara itu jadi keluarga angkatnya sangat mempercayainya untuk ke Turki berbulan lamanya.

"Woof woff..."

"Good, let's go home baby."

"Woof!!"

Da Ezra berdiri di hadapan Adrian bersama anjingnya.

"Bawa dia ke markas."

Adrian angguk faham. Dia memakai glove sebelum menghampiri Adam yang sepertinya sudah nyawa-nyawa ikan.

"Tch tch, kau bermain dengan api yang salah adik." Tuturnya sebelum ketawa kecil. Tanpa perasaan, dia mencekak kolar baju Adam lalu menyeret tubuh lelaki itu sepanjang jalan.

Natsu dan Namjoon turut mengikuti langkah Adrian. Tidak mahu bersama Da Ezra. Takut!

"Let's go, baby boy."

"Woof!!!"

"Arghhhh!!!! Sakittttt!!!! Argghhhhh!!!!" Jeritan nyaring Adam langsung tidak dipedulikan.

Saat dia terjaga dirinya diikat pada kerusi dengan keadaan dia kehilangan kedua-dua belah kakinya yang masih berdarah dan langsung tidak dirawat. Ketulan daging dan serpihan-serpihan tulang belulangnya masih melekat-lekat pada daging pahanya.

Azab!

Sangat azab untuk dirinya!

Da Ezra masuk sambil menolak troli yang mempunyai satu tong besar yang berisi air panas.

Wajah Adam semakin pucat tagkala pandangannya bertaut dengan pandangan tajam milik Da Ezra.

"Lepaskan aku Aysar!!! Lepaskan akuu!!!" Jeritnya dengan kuat.

Namun jeritannya dibalas dengan ketawa kecil.

"Aysar? Tch tch he's sleeping right now."

"Kau gila! Gila!!!!"

Makin kuat Da Ezra ketawa. Suka melihat lelaki di hadapannya menjerit dan meraung di depannya. Arghhhh itu lah kepuasan untuk dirinya yang bernama Da. Ezra menyungging senyuman senget melihat lelaki yang telah membunuh anak cinta hatinya dengan pandangan sangat tajam.

Melihat tingkah itu, tidak ubah seperti seorang psycho. Adam menjadi tidak keruan. Tidak pernah dia melihat Aysar seperti ini.

"Scared? No no no you can't. Hehehe..." Gelak Da Ezra. Dia menghampiri Adam lalu kerusi yang di duduk oleh Adam di angkat.

"Lepaskan aku!!! Kau nak buat apa? Lepaskan aku!!!!" Jerit Adam dengan cemas. Matanya bulat apabila di dibawa ke arah tong yang berisi air panas.

"Sure."

Splashhhh

"Arghhhhhhh panasssssss saakittttt arrrghhhhhhh!!!"

Da Ezra ketawa kuat. Seronok mendengar jeritan dan rauangan lelaki itu. Matanya bulat gembira menyaksikan penderitaan yang dialami oleh Adam. Akan tetapi dia masih tidak berpuas hati. Hatinya mahu lebih daripada ini. Nafsu membunuhnya kian membuak-buak.

Melihat Adam yang menjerit meronta -ronta dalam tong air panas itu senyumannya mati. Matanya tajam. Terpancar api kemarahan dalam dirinya.

"Sakit? Masa angel aku menjerit sakit kenapa kau tak nak lepaskan dia hurm? Oh lupa, kau tak tahu macam mana rasa perut dirobek-robekkan?"

Adam geleng laju. Air mata laju menuruni membasahi wajahnya tapi sikit pun tidak terkesan. Sia-sia!

Da Ezra mengeluarkan Adam daripada tong air itu.

Dia mengeluarkan pisau kepunyaan Adam yang masih lekat dengan darah milik Misyah.

"Bunuh je lah aku. Aku tak sanggup kena seksa macam ni. Tolonglahhhh...."

"Hurm? No no no! Kau kena rasa macam mana angel, my beautiful doll feel it." Da Ezra menyengetkan kepalanya tanpa sebarang emosi.

Mata Adam terbeliak. Mulutnya menyemburkan darah pekat. Senak, sakit, ngilu!

"Give my baby doll back!" Serentak dia menarik pisau yang terbenam pada dada Adam ke bawah hingga ke pusat lelaki itu. Sekelip mata nyawa Adam direntap sebegitu saja. Darah terpancut keluar membuak-buak.

Da Ezra tak puas. Ditikam berkali-kali jasad tidak bernyawa itu dengan penuh emosi.

"Hidupkan angel aku!!!"

"Give my beautiful doll back!!!"

"Pulangkan anak aku!!! Bagi anak aku balik!!!!"

Dirobek-robek setiap organ milik Adam hingga hancur. Sehancur hatinya.

Aysar kembali sedar sepenuhnya tetapi itu tidak menghentikan dirinya daripada terus menggila. Wajah dan tubuhnya penuh dengan darah milik Adam.

Pintu dirempuh.

Blade menarik Aysar jauh lalu dipeluk kuat tubuh Aysar.

"Bagi anak aku!!!!!!!" Raung Aysar bagai nak gila.

"Istighfar nak, istighfar...."

Pisau yang digenggamnya terjatuh. Dia menangis teresak-esak dalam pelukan Blade.

"Anak Aysar papaaa isk isk anak Aysar.... Anak Aysar dah tak ada..." Rintihnya dengan esakan pilu.

Blade menahan diri daripada menangis. Sebak dengan keadaan yang melanda mereka sekeluarga. Diusap perlahan belakang Aysar dengan kasih.

"Lepaskan anak Aysar ya. Kesian dia. Mesti dia sedih tengok ayahnya macam ni. Allah lebih sayangkan anak Aysar. Lepaskan dia ya, Aysar. Papa tahu anak papa ni seorang yang kuat."

Aysar mencengkam kuat baju Blade. Dia menghamburkan tangisannya semahu-mahunya. Air matanya tidak berhenti mengalir.

Anak ayah dan ibu...















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro