Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam."

Aysar memandang Elvina yang turut memandang ke arahnya. Terangkat keningnya apabila Elvina berada di sini dengan seragam sekolah.

"Lama dah ke sampai?" Soal Aysar sambil melangkah ke arah sofa yang muat untuk tiga orang duduk.

"Baru je, sepuluh minit yang lalu." Jawab Elvina sambil mengunyah kacang dalam balang yang terletak elok atas meja kaca tersebut.

Bak kata Qaisha, buat macam rumah sendiri. Hehehe...

"Oit pendek kau rehatlah dulu dalam bilik ni. Nanti mumma bagi pakaian Aiyla dekat kau." Laung Aydin dari dalam bilik tetamu tanpa menyedari kepulangan Aysar.

Elvina berdecit.

"Pendek, pendek, macam dia tu tinggi sangat. Menyampah betul." Gerutunya dengan geram. Matanya dijuling ke atas.

Aysar yang mendengar kata-kata Elvina itu tersenyum segaris. Elvina dan Aydin mana pernah cakap elok-elok. Asyik nak bergaduh je macam takde kerja lain.

"Oit, kau pekak ke? Haih dak orkid ni susah betul kalau dah jadi pekak." Bebel Aydin sambil menapak ke arah ruang tamu.

"Aydin, your laguange." Tegur Aysar yang kurang gemar dengan perangai adik kembarnya yang suka berkata-kata dengan kasar.

"Opsss kau bila balik?" Terkejut Aydin apabila Aysar duduk tegak memandangnya dengan tajam. Tengkuknya digosok dengan sengihan. Hujung matanya menangkap Elvina menahan tawa daripada terburai.

Eh eh suka pula kau ya.

"Baru je. Mumma mana?" Tanyanya apabila kelibat Qaisha tidak kelihatan. Biasanya waktu-waktu macam ni Qaisha bersantai di ruang tamu sambil membaca buku.

"Mumma ada dekat atas tengah siap-siap nak pergi pasar. Nak beli barang dapur katanya." Jawab Aydin sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Aysar. Dia menyandar tubuhnya pada tubuh Aysar. Saja nak berkepit dengan abang kembarnya ini.

Elvina yang tidak mahu mencampur perbualan kembar tersebut terus bangun dan masuk ke dalam bilik tetamu yang telah dikemaskan oleh Aydin tadi. Apa entah yang dikemaskan pun tidak tahu.

Aysar diam sejenak.

Mumma nak pergi beli barang dapur? Hurmmm...

"Aysar? Baru balik?" Tegur Qaisha sebaik sahaja tubuh Aysar yang masih lengkap uniform sekolah menyapa pandangan matanya. Kelibat Elvina pula tiada di situ.

"Ya mumma." Jawab Aysar dengan senyuman nipis. Qaisha yang ayu bertudung litup itu di pandang.

"Mumma nak pergi beli barang dapur?"

"Ha'ah barang dekat dapur dah nak habis. Barang mandian pun nak habis dah." Jawab Qaisha.

"Mumma, Aysar nak keluar. Biar Aysar yang belikan." Ujar Aysar yang sudah bangun daripada duduk. Aydin memandang Aysar terkerbil-kerbil.

Qaisha tersenyum.

"Takpe mumma..."

"It's okay, mumma duduk je dekat rumah. Give me 20 minutes." Tidak menunggu kata putus daripada Qaisha, Aysar terus naik untuk mandi dan solat zohor.

Qaisha tidak dapat berkata apa-apa. Kepalanya di garu. Kalau itu kata Aysar memang tak boleh nak buat apa lah.

Dia memandang Aydin yang sedang sedap baring atas sofa sambil bermain game dalam handphone. PUBG lah tu.

Qaisha menapak menuju ke arah bilik tetamu di mana Elvina berada.

Tok tok tok

Elvina yang sedang duduk termenung tersentak. Rambut panjangnya yang sudah terurai di ikat semula. Cepat-cepat dia menuju ke pintu memandangkan dia kunci tombol pintu tersebut.

"Eh aunty..."

Qaisha mengukir senyuman kecil.

"Ni ada pakaian Aiyla untuk Vina pakai. Tuala untuk mandi ada je dalam almari tu. Telekung dengan sejadah pun ada sama dalam almari tu." Kata Qaisha sambil menghulurkan sepersalinan pakaian santai milik Aiyla pada Elvina.

Rasanya badan Aiyla dan Elvina lebih kurang je cuma bahagian atas saja yang agak berbeza. Serba salah pula Qaisha mahu memberikan pakaian Aiyla pada Elvina yang mungkin agak ketat pada bahagian dada gadis tersebut. Tapi dia kasihan pada Elvina seharian pakai uniform sekolah. Pasti tidak selesa.

"Susah-susah je aunty ni, terima kasih ya." Segan Elvina apabila merasakan telah menyusahkan Qaisha.

"Sama-sama, nanti petang kita makan sama-sama. Aunty masak special punya."

Elvina tergelak kecil.

"Masak biasa-biasa je aunty. Vina makan je apa yang orang masak. Tolak kayu dengan batu je." Guraunya.

Qaisha tergelak.

Setelah itu, Qaisha meminta diri untuk ke ruang tamu sambil menunggu Aysar bersiap. Kalau tadi dia melihat Aydin main game tapi sekarang Aydin duduk bersandar sambil mengunyah kacang.

Takde kerja sekolah ke budak ni? Santai sangat.

"Mumma, Aydin nak ikut Aysar boleh?" Pinta Aydin apabila Qaisha duduk di sofa single.

Ternaik kening Qaisha.

"Aik, jarang-jarang nak pergi ikut beli barang? Kena sampuk ke?"

Aydin menayang sengih.

"Takkan mumma nak pergi dengan Aysar tinggalkan Aydin dengan Elvina pula? Kalau kitorang kena tangkap basah macam mana? Hah tak pasal-pasal dapat kahwin free muda-muda ni. Bawah umur pula tu."

"Elok lah tu kahwin free jimat duit mumma dengan papa. Tak payah keluarkan bajet untuk majlis Aydin. Hidang cekodok dengan teh pun dah cukup." Balas Qaisha dengan nada mengusik.

Wajah Aydin mula cemberut. Ke situ pula.

"Tak baiklah mumma..."

"Apa yang tak baik? Islam kan mudah jangan rumitkan."

Aydin mencebik.

"Mumma ni macam menggalakkan anak-anak kena tangkap basah je."

Qaisha ketawa geli hati melihat wajah tak puas hati Aydin. Tu lah siapa suruh fikir sampai tangkap basah bagai. Jauh betul otak tu berfikir.

Makin cemberut wajah Aydin melihat Qaisha galak mengertawakannya. Dia punya lah serius mummanya gelakkan dia pula.

Derapan tapak kaki yang menuruni anak tangga membuatkan Qaisha berhenti ketawa. Dia berdehem kecil cuba mengusir rasa ingin ketawa.

"Mumma nak beli apa?" Soal Aysar sebaik saja berdiri di tepi Qaisha.

"Barang dapur dan barang keperluan mandi. Banyak Aysar nak kena beli ni. Mumma pergi dengan Aysar je lah ya." Dia pun dah siap tinggal nak pergi je.

"Takpe mumma. Mumma duduk je rumah Aydin pergi dengan Aysar. Jom Aysar!" Aydin terus bangun lalu memaut lengan Aysar dengan senyuman leret pada Qaisha.

Aysar memandang Aydin dengan hairan. Kut ya pun nak ikut tak perlu lah sampai nak peluk lengan dia. Tapi dia malas nak tepis. Nak buat macam mana kalau memang Aydin amat manja dengannya. Manja mengalahkan Aiyla. Aiyla pun tak manja macam ni.

Qaisha tergeleng kecil. Dia tertawa kecil.

"Boleh ingat ke?"

Aysar mengangguk kecil. Bukannya dia tak biasa pergi beli barang dapur dengan Qaisha. Kalau dia ada masa pasti dia ikut mummanya itu pergi pasar untuk beli barang dapur.

"Barang dapur beli beras, ikan, ayam, sayur, cili, bawang, telur, gula, kunyit, lengkuas, halia. Lepas tu sabun mandi, ubat gigi, sabun basuh baju, pewangi baju, sabun tangan, sabun lantai. Tu je."

"Okay got it. Anything else?"

Qaisha menggeleng. Sebetulnya dia mahu beli barang keperluannya tapi dia segan pula mahu Aysar belikan untuknya.

Aydin melopong. Wow sangat bagus ingatan abang kembarnya itu. Mantap!

"Kalau ada apa-apa mumma whatsapp je." Kata Aysar. Dia bukannya tak nampak wajah teragak-agak mummanya itu. Pasti ada sesuatu yang Qaisha ingin tetapi malu untuk beritahunya.

Qaisha menyengih.

"Ni duit." Qaisha menghulurkan beberapa keping not RM100 pada Aysar tetapi ditolak lembut olehnya. Wajah Qaisha berkerut hairan.

"Takpe, Aysar ada duit. Aysar pergi dulu." Tangan kanan Qaisha dipegang lalu dikucup lembut. Dahi Qaisha turut dikucup sama.

"Betul ni?"

Aysar mengangguk dengan senyuman nipis. Wallet dan handphonenya dimasukkan ke dalam porch bagnya.

Dia melangkah ke arah simpanan kunci yang tergantung di belakang pintu. Memandangkan banyak yang perlu dia beli, kunci kereta miliknya di capai.

"Uiii pergi beli barang naik 'ayang' ke tu?" Aydin mengangkat-angkat keningnya pada Aysar. Aysar diam tidak menjawab. Menyibuk je.

"Kau nak ikut?" Soal Aysar pada Aydin.

"Yes! Aku nak restock gula-gula aku semula. Kau belanja boleh?" Sengih Aydin dengan wajah yang sengaja dicomelkan.

Aysar tergelak kecil dan menggeleng sekilas.

"Iyelah."

Aydin sudah bersorak. Maklumlah Aysar kan dah bekerja dia pula masih muda belia untuk bekerja cari duit. Jadi, sebagai adik yang baik dia perlu kikis duit abangnya. Hikhik...

Aydin berlari ke arah kereta Honda HR-V warna hitam milik Aysar. 'Ayang' kepada abang kembarnya itu.

Aysar menekan button unlock agar Aydin masuk ke dalam terlebih dahulu.

"Ayuh Aysar, aku nak buka radio ni."

Tergeleng kepalanya. Sah dia nak memekak kejap lagi. Sabar je lah.

"Hon är farlig, helt olaglig
En riktig galning, habibi
Hon är tia som min nya
Mamacita, habibi
Hon är farlig, helt olaglig
En riktig galning, habibi
Hon är tia som min nya
Mamacita, habibi..."

Penuh semangat Aydin menyanyi dengan mimik muka yang penuh menghayati bait lirik tersebut.

Aysar tenang memandu menuju ke mall yang berdekatan memandangkan di sana kesemua yang Qaisha pesan ada di sana. Kebetulan kanvas lukisannya hampir habis jadi alang-alang boleh dia singgah ke kedai buku atau mana-mana kedai yang menjual kanvas.

Memandangkan waktu masih petang jadi banyak parking kosong. Tidak mahu parking jauh-jauh, Aysar terus memakirkan keretanya betul-betul berhadapan dengan pintu masuk.

"Sampai dah ke?" Soal Aydin apabila enjin sudah dimatikan. Terus radio pun mati secara automatik. Ceh baru nak feeling-feeling mafia. Hahahaha...

"Hmmm jom." Aysar sudah menanggalkan seat beltnya lalu membuka pintu untuk keluar.

Aydin turut melakukan perkara yang sama. Troli yang tersusun di tepi pintu masuk segera dia ambil. Dia menolak troli tersebut ke arah Aysar yang menunggu dirinya.

"Jom shopping abang sayang."

"Deli."

(Gila.)

Mereka berdua masuk ke dalam. Aydin menolak troli manakala Aysar di tepi troli dengan sebelah tangannya memegang troli.

"Nak beli barang basah dulu ke barang kering?" Tanya Aydin apabila mereka sudah berada dalam Jaya Grocer.

"Barang kering dulu baru barang basah." Jawab Aysar tanpa berfikir panjang.

Aydin sudah tersenyum lebar.

"Jom cari coklat dulu hehehe..."

Aysar diam tidak membalas tetapi dia mengangguk kecil.

Tiba di rak yang penuh dengan coklat, gula-gula dan jajan Aydin menjadi rambang mata. Baginya tempat sebegini adalah syurga dunia untuknya. Arghhhh boleh tak dia nak semua ni?

Aysar melihat Aydin yang sudah tersenyum lebar. Dia tertawa kecil. Matanya lurus memandang ke arah coklat yang disusun teratur dengan brand mereka tersendiri.

Tak silapnya Aydin gemar coklat cadbury hazelnut manakala Aiyla gemar coklat daim. Terus dia ambil dua bungkus coklat cadbury hazelnut dan dua bungkus coklat daim lalu diletakkan dalam troli.

"Tahu-tahu je aku nak makan cadbury."

"I know all about my family."

Aydin mencebik seketika sebelum tertawa. Memang betul pun, Aysar tahu segala-galanya tentang mereka semua. Apa yang mereka suka dan apa yang mereka tak suka. Sweet kan Aysar?

Dengan bersahaja Aydin mencapai apa saja yang dia mahu dan dimasukkan ke dalam troli. Aysar pula jenis tak kisah. Biarlah, asalkan Aydin bahagia.


Setelah itu, mereka menuju ke bahan barang basah. Aysar meneliti sayur-sayuran yang berada dalam bakul rak tersebut. Tak banyak pilihan yang ada. Aydin turut melihat sama.

"Macam tak banyak pilihan je yang ada ni." Kata Aydin. Jangan pandang dia sebelah mata okey. Walaupun dia lelaki dia dapat beza mana daun sup dan mana daun ketumbar. Mana limau kasturi dan mana limau nipis.

Aysar angguk setuju dengan kata-kata Aydin.

"Kita beli dekat pasar je. Tak silap aku area luar mall ni ada pasar." Cadang Aysar apabila bahagian seafood turut tidak banyak pilihan. Ada juga ikan dan ayam yang sudah tidak segar. Lebih baik dia beli di pasar saja. Banyak pilihan.

Aydin mengangguk setuju.

Mereka berdua menuju ke kaunter untuk buat pembayaran. Aysar mengeluarkan black cardnya lalu dia tap pada mesin card untuk bayar. Aydin tersenyum bangga. Muda-muda ada black card. Abang kembar dia ni, hikhik...

Dapat dia menangkap riak terkejut wajah cashier perempuan itu tatkala melihat black card yang dipegang oleh Aysar. Kau ada?

"Aku nak pergi beli kanvas, kau nak ikut tak?" Soal Aysar pada Aydin yang sedang minum tealive. Menyempat je beli.

"Of course nak ikut. Aku mana boleh hilang kau. Nanti aku rindu macam mana?" Cebik Aydin manja.

"Hmmm jom." Malas nak layan perangai Aydin, dia iya kan saja. Dia cuma tak nak Aydin bosan je nanti.















Part 1 saja nak buat ada part 🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro