Bab 60

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ezra..."

Ezra merenung wajah pucat Misyah tanpa lepas. Sesaat pun langsung dia tidak mengalihkan matanya daripada merenung wajah polos isterinya itu.

"Ezra, mari makan sikit."

Ezra geleng tidak mahu. Dia menggenggam tangan Misyah yang tidak dicucuk dengan sebarang wayar. Sesekali dia menguncup kekura tangan Misyah dengan kasih.

"Ezra... Ezra tak boleh macam ni sayang. Kalau Ezra tak makan nanti Ezra sakit. Dah tiga hari Ezra, Da atau pun Aysar tak makan apa-apa. Makan sikit ya? Mumma masak bubur daging ni."

"I want my doll open her eyes, my queen." Tutur Ezra perlahan.

Saat tubuhnya dipeluk, barulah dia menoleh memandang Qaisha dengan pandangan sayu. Wajah Ezra dipegang lalu dikucup dahi anak sulungnya itu lama.

"Kalau Sya dah sedar tengok keadaan Ezra macam ni mesti Sya lagi sedih. Ezra mesti tak nak Sya lagi sedihkan?"

Ezra angguk kecil.

"Makan sikit je. Dua suap pun takpe asalkan perut Ezra tak kosong. Boleh?"

Angguk lagi.

"Feed me, my queen."

Qaisha senyum nipis.

Penutup bekas dibuka. Aroma bubur yang masih panas menyapa rongga hidung Ezra. Sedikit sebanyak seleranya mulai bangkit.

"Bismillah..."

Qaisha senyum melihat Ezra makan.

Keadaan tubuh Aysar yang tidak menentu telah membuatkan dua sisi Aysar berjaga. Jika siang Ezra ambil alih, waktu malam pula di ambil alih oleh Da. Manakala Aysar 'lena' dalam tubuhnya sendiri. Aysar hanya dapat melihat keadaan melalui pandangan Ezra sahaja.

Hampir separuh, Ezra geleng tidak mahu. Botol mineral di ambil lalu diteguk perlahan. Dia kembali merenung wajah Misyah tidak lepas.

"Wake up doll. I miss you..."

Sedih Qaisha mendengar rintihan sayu Ezra itu. Diusap perlahan belakang tubuh Ezra.

"I miss our baby, my doll... I really miss you and our baby doll isk isk... I miss touching your belly when our baby is in this belly. I miss feel that kick again isk isk... Please wake up for me... I can't live without you, my doll." Esak Ezra. Wajahnya disembam pada perut Misyah. Diusap-usap perut Misyah yang sudah kempis tanpa di diami sebarang nyawa.

Qaisha cepat-cepat menyeka air matanya. Tak tahan melihat dan mendengar rintihan Ezra itu.

"Please open your eyes..." Rintihnya lagi.

Tidak mampu bertahan, Qaisha keluar daripada wad. Air mata yang sedari ditahan gugur jua.

"Sha..."

Qaisha mengangkat wajahnya. Blade yang baru saja tiba pantas dipeluk.

"Shhhh don't cry..." Pujuk Blade. Dia mengusap belakang Qaisha perlahan.

"Isk isk aku tak sampai hati tengok anak menantu kita macam ni isk isk it's hurt me."

"Hati aku pun sakit sama, honey tapi aku tak mampu nak buat apa-apa melainkan mendoakan yang terbaik untuk anak menantu kita. Buat masa sekarang kita kena fokus bagi sokongan pada Aysar. He need us."

Qaisha diam. Dia mengumpulkan kekuatannya sebelum meleraikan pelukannya.

Blade menyeka air mata Qaisha.

"Harini macam mana? Ezra makan?"

"Hampir separuh."

"Alhamdulillah..."

Qaisha merenung Blade yang berwajah tenang. Memang Blade seorang yang tenang walaupun banyak perkara yang berada dalam fikirannya.

"Ayaz tak ikut sekali?"

Blade geleng. Mereka suami isteri duduk di bangku yang disediakan di sebelah pintu wad Misyah.

"Ayaz ada dengan Aydin. Katanya petang nanti baru datang sekali bawa pakaian untuk Ezra tukar."

Qaisha angguk faham. Dia melentokkan kepalanya atas bahu Blade. Jari jemarinya dipaut erat oleh Blade.

"Tak sangkakan arwah cucu kita perempuan. I thought boy." Tutur Blade sekadar tidak mahu keadaan mereka sunyi sepi tanpa sebarang bicara.

"Same with me. Perut Sya lonjong, doktor scan pun lelaki tapi rupanya perempuan. What a good surprise for us right? Tapi Tuhan lebih sayangkan dia berbanding kita."

"Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Mungkin dengan kehilangan ini akan di ganti dengan sesuatu yang lebih indah. Kita tidak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita sebagai hambaNya. Jadi, sebagai hamba kita kena percaya pada Allah atas segala apa yang berlaku dalam hidup kita."

"Thank you ingatkan aku tentang ni. You know what husband? I'm so grateful to be with you."

Blade ketawa kecil.

"Me too. Thank you lahir dan besarkan anak-anak aku dengan didikan yang baik dan sempurna. Jasa kau tak mampu aku balas. Bila tengok seorang demi seorang anak kita besar dan kahwin buatkan aku rasa sebak sebagai seorang ayah. Tak sangka aku mampu bina keluarga sebesar ini." Tutur Blade dengan jujur.

Bila dikenangkan semula, sewaktu dahulu dia bermati-matian tidak mahu berkahwin. Dia fikir mempunyai pasangan dan berkahwin akan membebankan kehidupannya. Ternyata apa yang difikirkannya tidak benar sama sekali. Tahu-tahu je dia dah nak bercucu.

Qaisha duduk menghadap Blade. Dia melorek senyuman senget.

"Tak sangka kau yang muka bengis macam ni boleh cakap benda-benda romantik macam ni."

Ternaik kening Blade.

"Sekali sekala tak salahkan?"

Qaisha ketawa kecil. Hilang rasa sedih dalam hatinya apabila berbual dengan Blade. Pandai benar Blade menghiburkan hatinya yang sedang bersedih.

"Aku minta maaf sebab dari kita mula kahwin sampai nak dapat cucu aku sentiasa sibuk dengan kerja. Kadang kala tak balik rumah berhari-hari. Outstation beberapa bulan tinggalkan kau dengan anak-anak yang masih kecil. Kau isteri yang sangat sabar dan tabah. Sebab tu aku sayang dan cintakan kau. Hari-hari aku doa supaya sifat kau tu jatuh pada anak-anak dan ya doa aku makbul. Anak-anak kita semua kuat dan tabah dalam menghadapi ujian kehidupan."

Mata Qaisha kembali bergenang dengan air mata. Terharu dengan kata-kata yang dituturkan oleh Blade itu.

"Sekarang aku nak kau senyum depan anak-anak. Terutama Aysar Da Ezra. Anak sulung kita paling memerlukan semangat daripada kau sebagai seorang ibu yang sangat dia sayang. Sedih macam mana pun kau kena bagi kekuatan pada dia. In Shaa Allah, keadaan anak kita akan mula membaik perlahan-lahan. Aku percaya kau boleh."

Qaisha peluk Blade.

Blade membalas pelukan Qaisha.

Tanpa mereka berdua sedari, dari Blade sampai sampailah saat ini Aiyla memerhati tingkah mereka berdua dengan senyum tipis. Kebiasaannya apabila mumma dan papanya sedang bermesra pasti mereka adik beradik akan menyakat tapi untuk kali ini tidak kerana keadaan masih diselubungi kesedihan.

"Kau tak nak gerak?"

Aiyla tersentak. Hampir saja terlupa tentang lelaki yang mengikutinya ke sini.

"Urm kita lepak bawah nak? Aku tak nak kacau mumma dengan papa." Jawab Aiyla dengan senyuman dibuat-buat.

"Sure, anything for you sayang."

Aiyla mencebik.

Iyelah tu sayang.

"Kenapa buat muka macam tu? Tak percaya aku sayang kau? Okeylah aku cintakan kau. Sayang dan cinta. Nak aku panggil yang mana satu? Sayang or my love?" Soal lelaki itu dengan nada nakal.

Merona wajah Aiyla apabila diusik seperti itu.

"Eeiii diamlah, banyak pula kau cakap." Terus dia mengorak langkah terlebih dahulu meninggalkan lelaki itu di belakang. Nanti je lah dia masuk melawat.

Lelaki itu ketawa mengekek.

Matanya melihat langkah Aiyla yang sudah ke depan. Dia tersenyum.

Walau sudah bertahun masih tidak berubah.

"Sayang, tunggulah aku!!"

Aiyla menekup wajahnya. Malu!

Eeeiii mamat gila ni. Memang sengaja nak buat dia malu ke macam mana ni? Dah lah kuat jerit tu. Ishhhhh!!!

"Amboi, lajunya jalan."

"Diamlah Naqi. Ni hospital tempat orang sakit." Rengusnya.

Naqi meleretkan senyumannya.

"Aku pun sakit juga. Sakit menanggung rindu pada kau." Usiknya tapi dia berkata benar. Dia memang rindukan gadis pujannya ini.

"Siapa suruh duduk luar negara tu lama-lama?" Bebelnya perlahan.

"Hah? Apa?"

Aiyla gelabah. Cepat-cepat dia mengontrol wajahnya

"Mana ada cakap apa-apa. Perasan." Nafinya.

"Yeke? Aku dengar lain tadi."

"Apa-apa je lah. Malas layan." Makin laju Aiyla jalan ke depan.

Naqi menahan diri daripada ketawa.

Eleh, macam lah dia tak dengar. Rindu tu cakap je lah rindu. Malu-malu pula.














Jari jemarinya mula bergerak perlahan-lahan. Tak lama matanya pula mula bergerak-gerak. Matanya dicelik perlahan-lahan.

Kabur.

Matanya dipejam semula dan kembali dicelik beberapa kali. Pandangannya yang kabur perlahan-lahan mulai jelas.

Gelap.

Dia ada di mana?

Entah kenapa dia menjadi cemas. Liurnya diteguk. Matanya mula meliar sekeliling. Perutnya dipegang. Kempis.

"Kau dah bangun."

Dia tersentak. Dia mahu bangun tapi tubuhnya ditahan oleh seseorang.

"Ja-jangan... isk isk isk..."

"Shhh kau selamat. Ini aku. Da."

Mata hitam pekat milik Da ditatap. Serta merta tragedi yang berlaku saat Adam menikam perutnya berlayar di ingatannya. Terus dia menghamburkan tangisannya.

"Ba-babyy.. A-anak kita... Allahu Akhbar..."

Da terus memeluk tubuh Misyah dengan erat. Dibiarkan Misyah menangis di dadanya. Dia hanya diam membisu memberi ruang pada Misyah untuk melepaskan tangisan kesedihannya.

"Maafkan sayaaa isk iskk sa-saya gagal pertahankan anak kita... Maafkan sayaaaa ampunkan sayaaa... Ja-jangan bencikan sayaa..." Tangisnya dengan pilu. Dia menangis semahu-mahunya. Tubuh Da didakap erat tidak mahu Da pergi meninggalkannya.

Dia dah kehilangan anak, dia tidak mahu kehilangan suami yang dicintai. Hatinya sudah cukup sengsara dengan kehilangan anak mereka berdua.

"Siapa cakap aku bencikan kau hurm?" Wajah Misyah diangkat agar mata mereka saling bertatapan. Air mata yang mengalir pada wajah itu diseka lembut.

"Walau aku cuba nak bencikan kau tapi tetap tak boleh. Aku cuba sengsarakan hidup kau dan Aysar tapi aku tak sanggup. Raungan dan rintihan Aysar yang sentiasa aku gemari tidak lagi aku gemari. Semuanya disebabkan kau. Kau satu-satunya manusia yang buatkan aku tak keruan bila kau dalam bahaya. Soal anak? Anak boleh diganti tapi bukan kau, my beautiful angel. Thank you for wake up. I really miss you, my beautiful angel." Da memeluk Misyah dengan erat.

Menitik air mata Misyah saat mendengarkan kata-kata Da itu. Bibirnya dikemam kuat. Sisi Aysar yang satu ini sentiasa bengis di depannya tapi malam ini sisi Aysar yang ini kelihatan sangat sedih. Dia membalas pelukan Da.

"Jangan buat aku tak keruan lagi. Dada aku jadi sesak. Aku tak suka."

Makin laju air mata Misyah mengalir.

"Berhenti menangis, aku tak suka kau menangis."

Misyah menyembamkan wajahnya pada dada Da. Dia cuba menahan diri daripada tidak menangis tapi dia tidak mampu. Hati dan jiwanya tidak kuat.

"A-anak kita isk isk... Saya tak boleh... Sa-saya tak kuat macam awak, Da... Saya tak kuat... isk isk isk..."

"Kau menangis keluar air mata darah sekali pun, anak kita takkan dapat hidup balik. Kuat? Aku kuat? Kau yakin? Kau tak nampak betapa terseksanya Aysar saat dia kehilangan anak depan mata dan isteri yang hampir mati. Aysar paling terkesan dengan apa yang terjadi. Dulu aku suka dia macam tu tapi bukan sekarang. Tolong jangan seksa Aysar. Dia akan bunuh diri kalau dia tak dapat kawal emosi. Aku dan Ezra jadi saksi perasaan emosi dia yang hancur." Tutur Da tanpa perasaan tapi dia mengatakan hal yang jujur.

Kelu lidah Misyah tatkala diberitahu mengenai keadaan Aysar.

Jika dia merasakan kehilangan anak sudah cukup terseksa apatah lagi perasaan Aysar yang kehilangan anak mereka dan hampir kehilangannya juga. Tak dapat dia bayangkan jika nyawanya juga diragut sama pasti kedukaan Aysar bertambah teruk.

Teruknya dia kerana terlalu memikirkan perasaan diri sendiri tanpa memikirkan emosi dan perasaan Aysar. Isteri jenis apa lah dia ni. Tangannya digenggam kuat.

"Aku tak salahkan kau untuk bersedih tapi tolong kuat dan tabah. Aysar perlukan kau. Aku hanya sebahagian hidupnya yang gelap." Rambut Misyah diusap lembut.

"Rehat. Kau baru sedar dari koma."

Bagai dipukau, Misyah menurut. Dia memejamkan matanya dengan linangan air mata.

Dia kena kuat. Kuat demi Aysar!

Da berdiri tegak di samping Misyah yang kembali lena. Mata hitamnya merenung wajah pucat itu tanpa lepas. Perlahan-lahan matanya bertukar menjadi warna kelabu.

"My doll..."

Ubun-ubun Misyah dikucup sayang.

"Thank you so much."

Kedua-dua mata Misyah dikucup lama. Diseka air mata Misyah yang masih tersisa.

"I miss you, my doll." Tuturnya perlahan. Dia duduk menghadap tepat pada wajah Misyah. Lama-kelamaaan matanya mula kuyu dan dia terlelap.

Usapan lembut pada rambutnya menyedarkan Aysar daripada lenanya yang panjang.

"Ayang... Bangun..."

Suara itu.

Dia duduk tegak. Matanya saling bertatapan dengan sepasang mata yang paling dia rindui.

"Morning?"

Mata Aysar bergenang dengan air mata.

"Sa-sayang... Betul ke ni sayang?"

Misyah angguk dengan senyuman nipis.

Tidak berkata apa-apa dia memeluk tubuh Misyah. Dia menangis teresak-esak.

"You wake up isk isk isk thank you thank you..." Rintihnya.

Misyah mengemam bibirnya. Matanya terasa panas. Pelukan Aysar dibalas.

"Shhh tak hensem lah kalau menangis macam ni." Usik Misyah dengan harapan Aysar tidak terlalu bersedih.

Aysar tidak peduli. Makin erat dia memeluk Misyah.

"Ayang minta maaf sebab lambat sampai. Ayang minta maaf sebab ayang, kita kehilangan anak kita."

Air matanya gugur jua apabila Aysar menyebut mengenai anak mereka. Tangannya menggenggam baju Aysar dengan kuat.

"Ayang tak salah. Jangan salahkan diri sendiri. Jangan seksakan diri ayang. Sayang tak akan salahkan ayang. Ini dugaan untuk kita." Tuturnya memujuk Aysar dan juga dirinya sendiri.

Sukar untuknya untuk menerima khabar duka ini tapi siapalah dia mahu menyalahkan takdir Tuhan.

"Ta-tapi-..."

"Anak kita dah bahagia di sana. Mesti dia sedih bila dia lihat ayah dia menangis macam ni. Kita ikhlaskan pemergian anak kita ya?" Wajah Aysar dipegang lalu dia menguncup lama dahi Aysar.

Aysar memejamkan matanya. Kucupan hangat dari sang isteri sedikit sebanyak menyalurkan kekuatan padanya. Melihat Misyah ikhlas dan redha dengan pemergian anak mereka membuatkan dia rasa sangat sebak. Sepatutnya dia yang memberi kekuatan dan semangat pada Misyah bukan sebaliknya. Padahal Misyah yang membawa anak mereka dalam perut bukan dia. Sudah pasti yang lebih merasai kehilangan itu adalah isterinya bukan dia.

"Thank you wife but i'm really sorry." Wajah pucat Misyah dipegang. Puncak hidung mereka saling bersentuhan.

"Sayang sentiasa maafkan ayang walaupun ayang tak pernah buat salah pada sayang." Air mata Aysar diseka. Bibir Aysar dikucup kasih.

"Sayang perempuan yang cekal."

"Sebab sayang dikurniakan seorang suami yang sangat kuat dan hebat."

"Ayang kebumikan anak kita dekat mana?" Soal Misyah ingin tahu. Rasa sesak dadanya tatkala menuturkan perkataan 'kebumikan'. Air mata ditahan sebaik mungkin.

"Dekat dengan tanah perkuburan area rumah kita. Lepas sayang habis pantang kita pergi melawat ya."

"Apa nama anak kita?"

"Melda Da Oznur. I choose that name without asking you, i'm sorry."

Misyah geleng.

"Cantik nama tu. Apa maksud dia?"

"Pertempuran, cahaya cinta." Dia meletak nama anak perempuan mereka sempena ujian yang menimpa mereka serta bukti cintanya pada Misyah dan anak perempuan mereka berdua.












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro