Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Orang gila
-Aku dah sampai depan rumah kau

Terus Aiyla menjenguk ke bawah. Kelihatan sebuah kereta berwarna merah terpakir elok di depan rumah. Gila! Naqi betul-betul datang ke rumah! Persoalannya mana Naqi tahu dia tinggal sini? Takkan mamat tu senyap-senyap ikut dia balik?

Mustahil.

Kalau ada sesiapa yang mencurigakan pasti orang-orang papanya akan segera beritahu Aysar untuk mereka sekeluarga berwaspada. Hmmm...

Orang gila
-Tak payah intai, cepat keluar
-Ke nak aku keluar jumpa family kau terus?
-Boleh kenal rapatkan dengan bakal mertua 😉

Aiyla
-Jangan nak mengada
-Sabar!

"Tu ke mamat tu?" Soal Aydin tatkala melihat wajah Aiyla yang seperti tertelan cuka. Kelat semacam je.

"Hmmm aku pergi dulu. Apa-apa aku call kau." Aiyla menyalam tangan Aydin sebelum keluar daripada bilik.

"Hati-hati, jangan buat benda bukan-bukan." Pesan Aydin.

"Ish, takde maknanya. Aku tahu dosa pahala lagi."

Aydin sengih.

"Pesan je mana lah tahu kan."

Aiyla membuat muka toya. Dia melambai tangan pada Aydin sebelum dia berjalan malas menuruni anak tangga. Punyalah tahap tak suka keluar dengan Naqi sehingga dia hanya pakai ala kadar saja. Nak pergi keluar makan je kan?

Naqi bermain handphonenya sambil sesekali mengerling ke pintu utama rumah keluarga Aiyla.

"Dia ni cabar aku ke?" Handphonenya diletak tepi. Baru dia mahu menekan hon, kelibat Aiyla yang sedang menyarung kasut mematikan niatnya. Terukir senyuman sinis di bibirnya.

Ingatkan tak nak keluar.

Terus dia keluar daripada keretanya dan menunggu Aiyla yang sepertinya sengaja melambat-lambatkan langkahnya. Pakaian Aiyla diteliti. Simple tapi tetap menyerlahkan kecantikkan naturalnya.

"Kau memang sengaja lambat-lambat hurm?" Soal Naqi dengan kening terangkat.

Aiyla membuat muka.

"Kira bagus aku nak keluar daripada tak." Balas Aiyla dengan nada jengkel.

"Whatever, jom." Dia bergerak ke arah pintu sebelah pemandu dan membukanya untuk Aiyla.

Aiyla menjadi kekok. Erkkk...

Dia melihat tingkap biliknya. Ada bayang-bayang. Confirm Aydin tengah perhatikan dia. Confirm jadi bahan punya! Mampus!

"Tak perlu lah sampai buka pintu untuk aku. Aku tak kudung lagi."

"It's okay, untuk sayang aku semua aku nak buatkan. Kalau boleh nak je aku gendong kau masuk dalam kereta ni." Ujar Naqi dengan senyuman nakal.

Aiyla membuat muka geli.

"Gila."

"Gilakan kau." Naqi mengenyitkan matanya sebelum menutup pintu sebaik saja Aiyla masuk ke dalam.

Meremang bulu roma Aiyla. Sakit mata agaknya mamat ni. Haishhh menyeramkan!

Sebaik saja Naqi masuk, Aiyla terus memasang seatbelt. Naqi turut melakukan perkara yang sama. Apa-apa pun keselamatan perlu diutamakan.

"Kita nak pergi makan dekat mana?" Tanya Aiyla sambil tangannya menekan punat radio tanpa meminta kebenaran Naqi. Sunyi sangat takde lagu. Naqi langsung tidak melarangnya makin lah dia buat macam kereta ni kereta dia yang punya, muahahaha...

"Hmmm don't know, kau nak makan dekat mana? Kau yang nak belanja aku. Aku ikut je."

Aiyla berfikir sejenak. Ini yang dia malas ni. Isu makan dekat mana ni paling rumit untuk orang perempuan selesaikan.

Naqi diam menunggu jawapan Aiyla. Hujung ekor matanya melihat gelagat Aiyla yang sedang berfikir sambil memegang dagu. Comel. Bibirnya mengukir senyuman.

"Okey, aku ada tiga pilihan. Kau pilih je antara tiga ni."

"Apa?"

"Mcd, mamak dengan restoran. Tak kisah lah restoran apa pun. Tapi jangan jauh sangat abang aku tak bagi keluar lama-lama. Lepas makan terus balik." Sengaja dia nak babitkan Aydin biar Naqi tahu yang dia ada abang yang protective.

Naqi menayang wajah selamba. Ada dia kisah?

"I choose restaurant. Mcd bosan. Mamak area sini kurang. Kita pergi restoran tom yam. Kau okey?"

"Okey je. Sedap ke situ?"

Naqi angguk.

"Port favourite aku. Tom yam dia padu, aku suka. Situ pun ada jual bakso, kau kan suka makan bakso."

Aiyla terkejut.

"Mana kau tahu?"

Naqi ketawa.

"Macam aku cakap, i know everything about you."

"Kau ni menyeramkan lah. Takut aku."

Naqi ketawa lagi.

Aiyla memandang Naqi yang sedang ketawa itu. Kan dia dah cakap Naqi tu gila. Huihhh sumpah seram!

Naqi menyanyi mengikuti rentak lagu radio tatkala tiada apa yang mahu dibualkan mereka. Aiyla lebih selesa memandang ke luar tingkap. Entah bila nak sampai pun tak tahu. Sesekali dia mengerling ke arah Naqi yang bersahaja itu.

Hensem pula mamat ni bila tengok lama-lama.

"Aku tahu aku hensem jangan pandang aku macam tu. Tergoda."

Aiyla tersentak. Cepat-cepat dia pandang ke luar tingkap.

"Mana ada aku pandang kau. Perasan." Wajahnya mulai berona merah. Malu apabila tertangkap oleh Naqi.

Naqi menyungging senyuman sinis.

Ingat dia tak nampak?

Tak lama kemudian, mereka pun sampai ke kedai tom yam yang dikatakan oleh Naqi itu. Aiyla melihat persekitaran kedai tersebut. Tak kecik dan tak besar. Sedang-sedang saja tapi cantik. Nampak bersih dan kemas. Pokok bunga pun comel-comel je diorang letak.

Naqi melihat Aiyla yang tersenyum-senyum melihat luaran kedai tersebut. Senyap-senyap dia mengambil gambar Aiyla tanpa disedarinya. Puas hatinya apabila dia berjaya mengambil gambar Aiyla yang candid itu.

Cantik!

"Oiii, tak nak turun ke?"

Aiyla tersentak. Naqi yang sudah membuka pintu untuknya dipandang.

Aik, bila masa Naqi keluar?

Aiyla menggaru kepalanya sambil tersengih malu. Leka pula tengok pokok bunga kedai itu.

"Erkkk nak keluar lah ni. Sabar lah." Cepat-cepat dia membuka seatbelt dan keluar daripada kereta Naqi. Naqi menggeleng kepala dan terus lock pintu keretanya.

"Jom." Hujung lengan baju Aiyla dipegang lembut agar mereka berdua jalan beriringan.

Terkejut Aiyla dibuatnya. Dia merentap lengannya tapi Naqi memegang hujung lengannya dengan kemas. Malas nak bergaduh mulut, dia biarkan saja. Selagi mereka tak bersentuhan kulit dia diamkan saja. Matanya asyik melihat ruangan kedai tom yam ini.

Klasik.

Terpegun dia melihat dekorasi dalam kedai tom yam ini. Macam ala-ala kampung gitu. Rasa nyaman je.

Naqi senyum lucu melihat telatah Aiyla yang baginya amat comel. Macam kanak-kanak yang nampak permainan. Kakinya melangkah ke tempat biasa dia duduk. Sedikit tersorok dan hujung.

"Eh mana kau tahu kewujudan kedai ni? Cantik weh. Klasik betul kedai ni." Soal Aiyla ingin tahu.

"Cousin aku. Dia yang recommend kedai ni sebab aku suka tom yam. So, kedai ni dah jadi port favourite aku." Jawab Naqi sambil menongkat dagu.

Aiyla hanya meng'ooo'kan saja. Dia melihat buku menu tersebut. Seperti yang dikatakan Naqi, kedai ini ada menjual bakso. Terus dia kecur liur.

"Waiter." Panggil Naqi sambil mengangkat tangan.

"Kau makan apa?" Soalnya tanpa memandang Naqi kerana sibuk melihat menu-menu yang tertera di buku menu tersebut.

"Bihun tom yam je."

Aiyla angguk kecil.

"Ya? Order apa?" Soal waiter lelaki dengan ramah.

"Saya nak bihun tom yam seafood dengan carrot susu." Jawab Naqi.

"Saya nak bakso beranak extra pedas dengan apple juice." Buku menu terus ditutup.

"Noted, itu saja?"

"Tambahan pulut mangga satu. Itu je, thanks."

"Okey baik."

"Pulut mangga? Sedap ke?"

"Nanti kau try sendiri."

Aiyla mencebik.

"Hmmm apa-apa je lah."















"Aduh, makin lebatlah pula." Misyah mengeluh apabila hujan semakin lebat. Ingatkan tengah hari panas sampai ke petang tapi petang sambung hujan semula. Lebat pula tu. Kalau dia redah memang basah lencun baju dan begnya. Begnya bukan kalis air. Hmmm...

Rata-rata para pelajar sudah pun pulang menaiki van dan dijemput ahli keluarga masing-masing. Hanya tinggal beberapa orang pelajar saja yang masih menunggu seperti dirinya tapi rata-rata pelajar lelaki.

Menyesal tak bawa baju hujan.

Asyik dia termenung, tiba-tiba dia dijamu dengan satu plastik hitam. Terkejut dia.

"Ehhh?"

Wajah Aysar menjadi tatapan matanya. Lagi lah dia double triple terkejut. Dia berhalusinasi ke ni?

"Take it." Aysar masih menyuakan bungkusan plastik tersebut pada Misyah.

Teragak-agak Misyah mahu ambil tetapi melihat renungan tajam Aysar terus membuatkan Misyah mengambilnya dengan laju. Terus dia mengeluarkan isi dalam plastik hitam tersebut.

Baju hujan?

Terus dia melihat ke arah Aysar yang berdiri di sebelahnya sambil memegang basikal.

"Erkkk kau bagi aku ni kau punya ada ke?"

"Go. Kau sorang je perempuan dekat sini." Kata Aysar dengan tegas tanpa menjawab pertanyaan gadis itu. Dia bukan apa ikutkan hati dia malas nak ambil pusing tentang Misyah tapi dia ternampak sekumpulan lelaki yang masih tidak pulang kerap memandang ke arah Misyah. Sebelum berlaku sesuatu yang buruk lebih baik dia ambil tindakan terlebih dahulu.

Misyah menghela nafas berat. Suka sangat tak nak jawab pertanyaannya.

"Thank you Aysar. Eh, kau tunggu sini aku balik ambil baju hujan dekat rumah aku kejap. Tunggu aku tau." Misyah cepat-cepat menyarung baju hujan milik Aysar sebelum mengayuh basikal untuk pulang ke rumah.

Aysar diam tidak membalas. Matanya menatap dada langit yang gelap. Tanpa berfikir panjang, dia meredah hujan sambil mengayuh basikal. Sekejap saja tubuhnya sudah basah lencun dek hujan terlalu lebat. Langsung dia tidak fikir tentang buku-buku sekolahnya. Dia hanya fikir dia mahu ke markas dengan segera. Dia ada perjumpaan dengan Zahin malam ini.

Hujan makin lama lebat.

Sedang Aysar mengayuh basikal, tiba-tiba dia dihadang oleh empat susuk remaja lelaki di hadapannya. Terus dia menekan brek basikal daripada terlanggar mereka. Pandangannya kosong menatap wajah mereka satu per satu.

Adam, Wafi, Naim dan Kamal.

Matanya melorot ke tangan Adam.

Kayu besbol.

"Tepi." Tuturnya mendatar. Dia sudah pun turun daripada basikalnya. Disebabkan hujan terlalu lebat, suaranya tidak jelas di pendengaran mereka berempat.

Adam mara ke hadapan dengan wajah bengis. Matanya tajam menikam merenung Aysar yang turut menatapnya dengan pandangan dingin.

"Aku dah bagi amaran dekat kau kan jangan rapat dengan Misyah! Apa hal susah sangat kau nak dengar cakap aku? Kau ingat kau bagus sangat?" Sembur Adam tepat pada wajah Aysar dengan hati yang panas membara.

Jangan ingat dia tak nampak apa yang berlaku tadi. Aysar bagi baju hujan pada Misyah dan Misyah menyambutnya dengan senyuman.

Misyah senyum dekat Aysar, itu yang membuatkan hati dia panas!

"I'm not." Jawab Aysar tanpa nada.

Adam ketawa buat-buat. Makin panas hati Adam jadinya. Kayu besbol yang dipegang dihalakan pada dada Aysar lalu menolak Aysar ke belakang tetapi sedikit pun Aysar tidak berganjak.

Takut? Tidak sama sekali.

"Weh, ni bukan plan kita kan?" Soal Naim apabila melihat tindakan Adam itu. Entah kenapa dia mula rasa tidak sedap hati.

"Ye dowhhh aduhhh Adam ni buat hal betullah." Sama seperti Naim, Wafi turut merasakan perasaan yang sama.

Kamal masih bertenang. Dia mahu lihat sejauh mana Adam akan bertindak melempiaskan amarahnya. Jika berlebihan dia akan segera tarik Adam.

"Kau cakap tak? Hah ahaha hahahaha..." Kerana terlalu geram dan teramat marah dia tangannya laju menghayunkan kayu besbol tersebut pada belakang kepala Aysar dengan kuat.

Aysar langsung tidak mengelak dan menyebabkan dia rebah ke jalan tar dek pukulan kuat itu. Seketika kepalanya berdesing kuat.

'Lemah! Ahahaha kau lemah!'

'Bangun dan lawan lah mereka...'

'Darahhhh aku perlukan darahhhh...'

'Atau aku yang ambil alih hmm hahahaha...'

Aysar memejam matanya sambil memegang kepalanya dengan kuat.

Suara itu.

"Please don't...." Rintihnya dengan erangan. Sakit disebabkan pukulan tersebut tidak sesakit tekanan daripada suara-suara tersebut.

Adam menyungging senyuman senget. Aysar yang mengerang sakit dipandang.

"Apa? Tak dengar. Kuat sikit." Adam mendekatkan telinganya pada wajah Aysar.

"Don't..."

Adam ketawa terbahak-bahak.

"As you wish...."

Entah apa yang merasuki Adam tatkala itu, dia memukul dan memijak Aysar semahu-mahunya.

Sikit pun Aysar tidak melawan atau pun mengelak daripada dipukul oleh Adam kerana dia sedaya upaya menahan diri daripada membangunkan si 'dia' yang memberontak untuk berjaga.

"Adam, cukup bro! Kau nak bunuh dia ke apa?" Kamal dan Wafi terus menarik Adam daripada terus bertindak gila. Naim terkaku melihat tindakan Adam itu.

Adam tersenyum puas melihat Aysar sudah kaku tidak bergerak.

"Elok mampus je." Darah pekat yang mula membasahi baju seragam Aysar membuatkan mereka bertiga kecut perut. Adam hanya melihatnya tanpa sebarang perasaan.

Takut? Heh sikit pun tak.

"Dah jom blah mampus kalau ada orang nampak." Naim mula bersuara apabila dia mula ada keberanian untuk bersuara.

"Jom."

Aydin mundar mandir depan pintu ruang tamu dengan wajah yang gelisah. Entah kenapa dia tidak sedap hati sejak daripada tadi.

"Mana Aysar ni? Tak balik sekolah daripada tadi aduhhh..." Sekejap-sekejap dia mengintai ke luar pintu rumah untuk melihat kalau-kalau Aysar baru sampai rumah atau pun tidak.

"Jangan buat aku risau macam ni..." Aydin memangku kepalanya sambil beristighfar panjang. Dia cuba menyedapkan hatinya.

Tok tok tok

Bunyi sayup-sayup ketukan pintu menyentakkan Aydin. Terus dia melihat ke luar tingkap. Dia melihat basikal Aysar sudah terpakir elok di depan rumah. Dia melepaskan nafas lega. Cepat-cepat dia berlari ke arah pintu dan tetus membukanya.

"Hah reti pun balik aku ingat-.... Aysar!"

Aysar rebah dalam dakapan Aydin. Aydin tergamam.

"Ay-aysar... K-kau kenapa ni bro? T-tak lawak wehhh!!!" Belakang tubuh Aysar ditepuk beberapa kali.

Tiada respon.

Seketika matanya terpaku pada pakaian Aysar yang berdarah. Air liur ditelan payah. Tangannya menggigil-gigil mencari punca dari mana darah itu ada pada pakaian abang kembarnya.

Saat tangannya melekap pada belakang kepala Aysar, matanya membulat besar.

"Mumma!!!!"















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro