for you my friend..

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kepada MerieYoongi

Aku tahu kau sedih....aku tahu kau rasa terhina.....aku tahu yang kau rasa tak berguna...

Tapi itu tak bermakna kau tak berguna!! Semua manusia ada kebaikan dan keburukan sendiri....seperti diri aku..

Aku tak cakap aku sempurna..aku tak cakap hebat untuk jugde orang...tapi sebenarnya aku tak pernah judge orang dari dalam atau luar...sebab aku tahu..semua orang ada kebaikan mereka....

Sama seperti kau..aku juga dikhinati kawan aku...kawan yang aku percaya..aku yang aku fikir setia..tapi rupanya..dia tak pernah anggap aku sebagai kawan..dia anggap akh sebagai sampah..sampah yang hanya tunggu untuk dibersihkan....

Dia gunakan nama aku untuk dapatkan apa yang dia nak...dia jadi pembuli dalam diam..di depan aku dia jadi peramah dan baik..tapi di belakang...dia berubah 360°...

Dia tu yang selalu menyebabkan aku dipandang serong oleh orang lain, dia yang menyebabkan nama aku tercemar..dia yang menyebabkan aku..hilang arah..

Flashback(this is reality)

Aku tengah bersembang rancak dengan rakan² aku di kafeteria sampailah satu pengumuman di buat.

"Alina Elizibeth Farisca...sila laporkan diri di pejabat pengetua.."

Selepas dipanggil ramai pelajar melihat kearah aku. dengan pandangan yang sukar aku jelaskan..sedih...marah..

Tapi aku tak tahu puncanya.....aku keliru. Dalam kepala aku hanya terfikir'kenapa pengetua nak jumpa aku' tapi aku tak lengahkan masa..aku mula mengorak langkah ke pejabat pengetua.

Sewaktu aku tiba,guru² yang lain memandang aku dengan pandangan yang sekali lagi aku sukar jelaskan...hampa..

Aku mengetuk pintu pejabat dan membukanya bila perkataan 'masuk' sudah didengari..

Aku melihat kearah 2 pasangan yang sedang duduk berhadapan dengan pengetua. Jelas sekali mereka ialah waris pelajar..tapi kenapa mereka pandang aku macam nak makan aku je...

Pengetua: Alina...silakan berdiri sebelah meja ni..

Aku tidak membantah dan lakukan saja apa yang disuruh...

Pengetua:jadi Alina...apa kau nak cakap berkenaan kes ini..

Me: cakap apa tuan pengetua..?

Pengetua: ini adalah waris pelajar yang telah dibuli..malah bukan buli seberangan..dia telah dipukul dimuka tapi tidak menimbulkan kecederaan kritikal..

Me: apa kena mengena ni dengan saya,tuan pengetua?

Tetiba bapa kepada pelajar itu mengetuk meja dengan kuat menyebabkan aku hampir terkejut sampai boleh menjerit.

Waris1: dah tahu kenapa tanya lagi!? Kau yang pukul anak aku!! Sekarang kau nak berlakon tak bersalah!!

Pengetua: tuan! Saya berharap tuan bersabar!!

Aku sungguh terkejut...aku pukul orang..aku tak pernah buat macam tu..melainkan di dalam pertandingan tapi..ini berbeza..aku tak pernah nak buli orang...lagipun..aku tak boleh tengok orang tersiksa..

Waris 2: pengetua!! Kami takkan berdiam diri sahaja! Kami nak kan keadilan! Anak kami dah jadi mangsa buli! Dan orang yang cederakan dia ada kat depan kami sahaja!!

Pengetua: sabar puan..kami pasti ini adalah satu kesalahan..Alina bukan orang yang suka mencederakan orang ...

Tuan: hantarkan saja dia ke sekolah jurvana!!

Aku terkedu...jurvana.? Kenapa aku jadi mangsa untuk semua ni..?

Pengetua: dia baru 10...tak boleh hantar dia ke juvana..

Puan: habis nak biarkan saja orang tak berguna seperti dia ni?!

Tak....berguna..?

Pengetua: sabar..kami pasti ada sesuatu tak kena..pihak kami akan siasat tentang ni..

Tuan: baik cepat..atau kami telephone polis!

Mereka pergi dengan amarah yang tinggi..pengetua minta aku pulang. Dan selepas kejadian tu...ia jadi bualan gosip di sekolah..dan..tak ada siapa lagi yang percaya aku..

Flashback off

Aku tahu ia memeritkan bagi kau... Apa yang kau rasa tu..telah dirasai aku..

Tapi apa yang lebih sakit bila tahu siapa yang buat semua ni...

Flashback(start again)

Sudah sebulan aku tidak hadir ke sekolah...ibubapa aku risau dengan keadaan aku..

Tapi aku tak ...aku cuma nak tahu..kenapa aku? Kenapa aku perlu menanggung segala keperitan ini..

Pada pukul 9.00 pagi..mereka masih bersekolah pada waktu ini..dan aku sedang terpuruk dalam bilik..tak tahu apa yang berlaku..aku ni......memang sampah kan?

Aku hanya berbaring di katil tidak berbuat apa² hanya berguling ke kiri dan ke kanan....kemudian mata aku tertacak pada gambar aku dan kawan baik ku..Rozanne..

Kami berkawan sejak tadika dan sampai sekarang kami masih kukuhkan persahabatan itu..

Tapi tetiba satu bayangan imbas kembali mula muncul di kepala aku.

'Talang dua rupa dia...'

'Aku ingat dia baik..rupanya tak..'

'Rupanya kau kejam sama macam syaitan...dan syaitan sentiasa ada pengikut dia..'

Kata² tu memang kejam dan memeritkan..itulah apa yang mereka kata pada aku..tapi apa yang aku fikirkan ialah..

Kata² tu yang bawa aku ke jawapan yang aku inginkan. Aku terus berlari keluar dari rumah dan menunggang basikal aku. Tak perdulikan diri aku yang hanya memakai t-shirt biasa bersama shortpants.

Aku terpaksa merempuh pagar sekolah dan dikejar dengan guard sekolah sampai ke kantin. Aku bersembunyi disebalik dinding,mengintai apa yang jadi. Aku tahu sekarang ialah masa rehat...dan aku tahu setiap kes yang berlaku pada waktu rehat.

Dan aku tak percaya apa aku lihat. Rozanne..sedang memijak belakang seorang pelajar junior sambil minta berikan duit. Aku rapatkan telinga aku.

Rozanne: siapa yang masih tak bayar hutang...nanti Alina akan kerjakan korang..faham tak?!

Mereka kelihatan ketakutan bila nama aku disebut.

Rozanne: kenapa diam! Alina ialah boss aku..jadi kalau tak nak masalah dengan dia..bayar cepat..

Aku...tak dapat tahan lagi!! Aku terus meluru ke arah Rozanne dan menumbuk tepat di perutnya. Di tersunggkur kebelakang,dan melihat aku dengan pandangan terkejut.

Rozanne: A-Alina? Apa kau buat kat sini? Kau sepa-

Me: Diam!!

Rozanne terdiam bila aku tetiba menengking dia..ini pertama kali aku tengking Rozanne.

Me: kau..sanggup kau?! Kau gunakan nama untuk perdayakan orang lain!! Kau buat aku tersiksa!! Tapi.....apa yang lebih mengecewakan..kau..sanggup cederakan dan membuli orang yang tak dapat pertahankan diri!! Kau tahu kenapa aku berlajar seni pertahanan diri..untuk aku lindungi orang yang aku sayang...sanggup kau belot aku? Atas apa yang kita dah buat bersama..?

Aku hanya memandang dia. Rozanne tak bergerak..dia langsung tak jawab aku ...

Keadaan itu kekal sampailah pengetua dan beberapa guru datang.. Rozanne dibuang sekolah akibat membuli dan memfitnah..hari² berlalu seperti biasa...ada beberapa waris yang datang meminta maaf pada aku..tapi aku tak kisah..mereka hanya risaukan keselamatan anak mereka itu sahaja..

Flashback off

Perasaan kehilangan dan dibelot tak pernah lepas dari dalam aku.....Aku mungkin nampak bahagia..tapi aku still rasa terhina...Tapi keluarga aku masih berada di samping aku..

Dan Merie, aku tak pernah fikir kau lemah. waktu pertama kali kenal kau..aku fikir kau seorang yang baik dan ceria...lepas mengenali cerita kau..aku tahu kau seorang yang tabah,berani dan setia..

Memang sifat manusia, senang lupa akan budi orang lain.

Tapi kau masih ada kami..aku tahu yang kita tak pernah bersemuka.... Tapi kau dah jadi sebahagian dari kawan aku.....keluarga aku.. Dan aku takkan biarkan kau bersedih seperti aku dulu!! Takkan!!

Jadi aku nak bangkit dan lawan perasaan tu!! Kau seorang yang kuat! Jadi kau boleh lawan mereka..tak kira apa yang mereka kata pada kau..kau tetap adalah diri kau!! Dan selagi aku masih berdiri disini...

Aku takkan biarkan kau....






































































































































Bersedih..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro