PROLOG

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



TANGAN kiri dipimpin oleh seorang perempuan berpakaian formal serba hitam. Matanya melilau ke sekeliling. Kini, mereka di sebuah gedung beli-belah yang terbesar di Kuala Lumpur.

"Cik Rosella nak beli apa-apa?"

Perlahan si kecil itu menggeleng kepala. Perempuan tadi iaitu penjaga Rosella hanya mengangguk perlahan sebelum meneruskan langkah.

Leka berjalan, pandangan Rosella tertumpu ke arah sebuah restoran yang dipenuhi pelanggan. Yalah, sekarang waktu makan tengah hari, tak pelik jikalau semua restoran dihujani manusia pada hujung minggu seperti ini.

Sebuah keluarga kecil meluangkan masa makan bersama-sama dengan riang ria. Hati Rosella bagai dijentik dengan suatu perasaan. Perasaan yang kerap dia alami namun dibiarkan pendam dalam hati.

"Termenung apa tu?" tanya Amira selaku penjaga Rosella.

Si kecil Rosella hanya menggeleng perlahan.

"Kak Mira, Rose nak aiskrim," pinta Rosella dengan senyuman nipis menghiasi bibirnya.

Amira senyum lebar. "Jom, akak belikan aiskrim untuk Rose." Amira menghulurkan tangan kepada Rosella, dengan perlahan huluran itu disambut baik. Kemas tangan kecil Rosella berada dalam genggaman Amira.

Tapi, apa yang membuatkan si kecil Rosella berasa hiba ketika ini?



E-book
November 2022

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro