❤️15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Habis waktu sekolah,mereka merancang untuk ke restoran Hyeri bertanyakan khabar Minho.Kelihatan Hyeri sedang duduk termenung di kaunter.

"Annyeonghasayeo...Hyeri Unnie?",Heejin masuk terlebih dulu.Hyeri tersenyum lemah melihat kawan-kawan adiknya datang.

"Eoh...masuklah...korang nak makan apa-apa?",tanya Hyeri.Dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya.Mereka menggeleng kerana niat mereka ke situ untuk bertanya keadaan Minho.

Hyeri menyertai mereka duduk di meja sebaik tahu niat sebenar mereka.Mukanya sedikit sembap akibat menangis pagi tadi.Dia pun kuatkan dirinya memberitahu keadaan sebenar Minho.Betapa terkejutnya mereka bila tahu penyakit Minho.Hyeri kembali teresak-esak.Heejin dan Yuna memeluk Hyeri.Hyunjin hanya mampu mengalirkan airmata sebaik tahu keadaan Minho.Soobin pula memandang lantai.Sebak,kecewa, perasaannya itu bercampur baur.

Hampir setengah jam masing-masing mendiamkan diri.Air yang dihidangkan langsung tak berusik.Kenapa Minho boleh dapat penyakit begitu sedangkan dia sangat sihat.

"Macam mana dia boleh disuspek ada Leukemia?",tanya Heejin.

"Doktor cakap,kadang-kadang semua tu boleh jadi secara tiba-tiba",terang Hyeri.Mereka mengangguk faham.Yuna memegang tangan Hyeri untuk memberinya semangat semula.Matanya juga sudah bengkak kerana menangis.

Menjelang petang,mereka minta diri.Hyeri ketika itu juga nak ke hospital.Disebabkan doktor tak bagi Minho dikunjungi pelawat,mereka membuat keputusan untuk pulang.

                               •••••••••

Soobin menghantar Yuna balik ke rumahnya manakala Hyunjin dan Heejin singgah ke taman yang berhampiran kedai runcit hari itu.Suasana sepi tanpa suara.Heejin yang melihat keadaan Hyunjin faham dengannya.Sejak hari pertama Minho di sekolah lagi,mereka sudah rapat.Bila dikhabarkan dengan berita begitu,kawan mana yang tak sedih.Heejin menyandarkan kepala Hyunjin di bahunya.Saat itu juga,Hyunjin menangis dengan teruk sekali.Dia tak dapat lagi nak membendung perasaannya.Heejin juga turut mengalirkan airmata.Itu kali pertama dia melihat Hyunjin menangis teruk.

                              •••••••••

Hyunjin mengurung diri di dalam bilik sejak balik dari restoran tadi.Puan Choi risau dengan kelakuan anaknya itu.Dia sempat nampak muka Hyunjin yang sembap tadi.Berkali-kali dia mengetuk pintu namun masih tak ada jawaban.

Hyunjin memeluk bantalnya.Ketukan pintu tak diendah.Buat masa itu,dia mahu bersendirian.Dia membuka galeri di telefonnya.Air matanya mengalir sekali lagi melihat gambarnya dengan Minho.Gambar yang diambil semasa menunggu Soobin ke tandas di shopping mall.


"Kita tak ada gambar berdua lagi",Hyunjin pun mengeluarkan telefonnya untuk bergambar."

"Minho-yaa,buat peace cepat sebelum Soobin keluar".

"Aku nak jugak..",rengek Soobin,Hyunjin menyimpan semula telefonnya mengusik Soobin.Mereka ketawa bersama-sama.

Hyunjin meletakkan telefon di dadanya.Dia mengambil tualanya lalu ke bilik mandi.

Selepas siap mandi,dia turun untuk makan.Dia juga tak nak merisaukan Eommanya.Puan Choi menarik nafas lega bila Hyunjin turun untuk makan.Dia menyediakan pinggan.Encik Hwang pula balik lewat malam itu kerana ada mesyuarat.

                               •••••••••

Hari di sekolah terasa lain tanpa kehadiran Minho.Satu kelas sudah maklum dengan apa yang menimpa Minho.Hyunjin meletakkan kepalanya di atas meja.Tabiat lama dia sudah datang semula.Soobin membiarkan Hyunjin.

"Korang...Hyeri Unnie ada mesej cakap yang hari ni kita dah boleh melawat Minho.Korang nak pergi ke?",tanya Yuna.Hyunjin mengangkat kepalanya.Dia mula bersemangat mendengar yang dia boleh melawat Minho.

"Lepas sekolah kita pergi terus ea",pinta Hyunjin.Soobin mengangguk.Yuna dan Heejin juga setuju.

                              ••••••••

Minho tersenyum gembira dengan kehadiran kawan-kawannya.Yang paling beria sudah semestinya Hwang Hyunjin.Dia dulu mengambil tempat di kerusi pelawat.Yang lain terpaksa berdiri di hujung katilnya.Hyeri pula ketika itu ke kedai membeli makanan.

"Kau sihat?Sakit kepala lagi...nak pitam ke?",tanya Hyunjin tanpa berhenti menarik nafas.Dah macam rap pun ada.Minho menggeleng.

"Aku ok....over la kau ni.Aku bukan yeochin kau pun",jawab Minho.Hyunjin menarik nafas lega.

"Doktor ada cakap apa-apa?",tanya Yuna pula.Minho diam seketika sebelum menjawab.

"Buat masa ni,saya kena duduk hospital supaya senang doktor nak pantau.Penyakit saya pun belum pasti lagi...cuma suspek Leukimia kalau nak ikutkan pemeriksaan doktor.",terang Minho.Soobin merenung Minho.

"Kalau kau sakit cakap terus.Kau cakap kau ok walaupun hakikatnya tak.Jadi jangan nak tipu kiteorang lagi.Arasseo?",bebel Soobin.Heejin memukul lengan Soobin.Orang sakit dibebelkan pula.Berkerut muka Soobin dibuatnya.

Mereka pulang sebaik waktu melawat habis.Penuh satu meja dengan buah-buahan yang dibeli mereka berempat.Hyeri gembira melihat adiknya yang sedikit ceria dengan kehadiran kawan-kawan.

Dalam perjalanan,

"Kita rasa tak perlu risau sangat kot.Sebab Minho dah nampak lagi sihat dari semalam.",Soobin bersuara.Hyunjin mengangguk mendengar kata-kata Soobin.

"Mianhae Heejin.Kebelakangan ni,kita kurang luangkan masa sama-sama.",Hyunjin menarik tangan Heejin yang berjalan sebelahnya.Heejin menggeleng.Dia faham dengan keadaan dan dia juga bukan jenis yang asyik nakkan perhatian.Soobin terbatuk-batuk melihat adegan itu.

"Dekat sini juga kau nak minta maaf.Banyak lagi tempat.Belakang tiang elektrik pun ada kosong.",Soobin menunjuk ke arah tiang elektrik  yang tak jauh dari mereka.Hyunjin menendang punggung Soobin.

"Yuna,kenapa lah awak pernah suka kat dia.Dia ni tak lain tak bukan pembuli nombor satu.Dia ada kat sini pun sebab saya belum report kat polis.Kalau nak ikutkan lama dah dia mereput dalam penjara.",Soobin merapu.Yuna menggeleng kepalanya.Soobin kalau tak merapu dalam sehari tak sah.

                                •••••••••

Sekolah berjalan seperti biasa.Bagi pelajar tahun akhir sedikit berbeza memandangkan mereka sudah habis peperiksaan.Pejam celik,tinggal seminggu lagi sebelum hari penyampaian sijil penghargaan untuk pelajar tahun akhir.

Kerusi Minho kosong tiada penghuni.Setiap hari mereka berempat akan melawat Minho.Keadaannya juga semakin bertambah baik mengikut hari.Dapatlah mereka ke sekolah dengan tenang.Setiap kali melawat pasti Soobin akan menceritakan perkara yang berlaku di sekolah termasuk Park seonsaeng yang akan berkahwin buat kali kedua.

"Petang ni kita makan di restoran Hyeri Noona.Lama kita tak pergi sana sejak Minho sakit.",ajak Soobin.Namun tiada jawaban dari mereka.Masing-masing buat-buat tak dengar.

"Aku belanja korang",sambung Soobin.Barulah mereka mengangguk.Hyunjin menggosok kepala Soobin.Memang itu yang diharapkan.Makan menggunakan duit sepupunya,Choi Soobin.

                              •••••••••

Mereka makan dengan berselera sekali.Soobin juga menyuruh Hyeri membungkuskan sekali makanan untuk Minho.Belanja katanya.Hyeri hanya mengikut kehendak Soobin walaupun hari-hari Minho makan makanan yang memang dari restorannya.

"Banyak duit kau",tanya Hyunjin.Selama ini,setiap kali nak bayar mesti Soobin menghilangkan diri.

"Appa bagi aku duit belanja.",jawabnya ringkas.

"Komawo Soobin",Yuna bersuara.Heejin juga mengucapkan perkara yang sama.Soobin mengangkat tangannya tanda itu bukanlah perkara yang besar.

Hyeri pula sedang membungkuskan makanan yang dipesan Soobin.Dia menyeluk poket di apronnya bila telefonnya berdering.

"Annyeonghasayeo..Lee Hyeri bercakap.",dia perkenalkan namanya kepada nombor yang tak dikenali.Memang selalu dia dapat panggilan begitu untuk penghantaran makanan.

Sebaik mendengar penjelasan di telefonnya,Hyeri meninggalkan makanan yang dibungkusnya tadi serta merta.

Hyunjin yang sedang rancak berbual dengan kawan-kawan pelik melihat Hyeri yang seperti tergesa-gesa.

"Hyeri Noona!",panggilnya.Hyeri pandang ke arah mereka.

"M-minho"jawabnya pendek.

----------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro