BAB 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"EH, ye ke? Nadiah kerja dengan Faisel?" Datin Noor antara orang paling terkejut bila Nadiah buka cerita tentang dia dan Faisel di meja makan.

"Ya, aunty." Nadiah tunduk segan. Mana tak segan! Termakan satu meja dengan bos dan ibu bos, siap terduduk sebumbung pula tu. Banyak betul TER nya.

"Kuat betul jodoh kau orang berdua ya." Datin Noor ketawa besar disambung Puan Suraya.

"Apa usik orang muda macam tu! Malulah dia orang nanti." Puan Suraya menampar peha Datin Noor padahal dia sama sakan ketawa dengan sahabatnya itu.

Nadiah jeling ibunya. Amboi, ibu. Sejak jumpa geng ni dah sisihkan anak sendiri ya? Dia sedar tak dia tu siapa?

"Tak ada lah, aunty. Kebetulan..." Seketika Nadiah teringatkan sesuatu dan dia pandang Faisel tenang menikmati makanannya di meja makan itu. Lelaki itu dari tadi diam sahaja dan sesekali tersenyum mendengar perbualan mereka.

Dia janggal ke? Atau tak selesa sebab Nadiah dan ibu? Yelah, tiba-tiba orang asing masuk rumah dia siap makan semeja dan borak macam dah kenal lama. Lagi-lagi dia satu-satunya lelaki dalam rumah itu. Banyak benda privasi yang dia tak boleh cakap terbuka dengan ibunya di hadapan orang luar.

Fikir soal itu, Nadiah mula rasa tidak enak. Dia kena kerja keras carikan duit untuk menyewa rumah selesa buat dia dan ibu. Walaupun Datin Noor dan Faisel sudah baik hati mempelawa berteduh dalam rumah itu. Dia tidak boleh mengharapkan bantuan orang seratus peratus.

Dia sudah besar. Sudah sampai waktu untuk dia berdikari dan biarkan ibu bergantung padanya seorang tanpa campur tangan orang luar...

Tapi macam mana nak cari duit dalam waktu yang singkat? Dia perlukan duit untuk bayar deposit dan barang-barang di dalam rumah. Duit simpanan ibu ada tapi... Kalau ibu sakit atau ada apa-apa yang buruk berlaku macam mana? Duit itulah yang mereka harapkan untuk tujuan kecemasan yang tak terduga.

Dia tak boleh harapkan gaji kerja semata-mata...



"URGH! Penatnya!" Nadiah hempas beg pakaian di atas katil dalam bilik sementaranya. Boleh tahan luas juga bilik itu. Dua kali ganda luas dari bilik dia di rumah lama. Siap ada wardrobe room lagi. Sayangnya dia pakai untuk sementara waktu sahaja.

Nanti dah cukup duit untuk rumah sewa dia akan tinggalkan bilik itu. Tak apalah, dapat duduk sekejap pun jadi lah. Merasa juga duduk bilik kayangan.

"Ada satu lagi beg dalam kereta..." Dengan malas Nadiah keluar dari bilik dan turun ke bawah mahu mengambil sisa beg pakaiannya. Biasalah perempuan, satu beg mana cukup. Baju dia sahaja dah berguni-guni plastik sampah tadi. Kesian juga orang yang tolong kemas tu.

"Nad." Langkah Nadiah terus terhenti mendengar namanya diseru satu suara garau. Siapa lagi suara garau dalam rumah ni?

Toleh belakang, Nad terus terkebil-kebil melihat Faisel tenang berbaju T putih kosong dan seluar kasual panjang bewarna hitam menghampirinya.

"Ya?"

Mata Faisel jatuh melihat baju Nadiah yang turut bewarna putih. Dengan seluar tidur petak bewarna hitam. Gadis itu tidak sedar agaknya yang baju-T dipakainya mungkin agak nipis. Garu dahi Faisel dibuatnya sebelum dia lempar pandangan ke arah lain.

"Ada apa, tuan?"

"Faisel." Laju Faisel membetulkan.

"Nama saya Tun Faisel bin Tun Amzar. Ada tuan dalam nama saya? Tun tu adalah."

"Baiklah, tun."

Mata Faisel terus menyipi. Nad pula ketawa halus sendirian.

"Tapi awak tuan saya."

"Tuan kat office bukan tuan kat rumah." Jangan sampai dia tukar panggilan tuan tu jadi abang nanti, biar perempuan tu tahu nak bezakan kerja dan peribadi.

"Yelah, ada apa awak panggil saya? Nak tolong saya angkat barang? Barang pun dah nak habis dah baru awak muncul. Tangan saya siap timbul biceps angkut barang masuk ke bilik," rungut Nadiah.

"Kenapa tak panggil?" Manalah dia tahu Nadiah nak angkut barang. Kalau dia tahu, tak adanya dia biar perempuan tangan kecil tu angkat barang seorang diri.

Serba salah Faisel lihat tapak tangan Nadiah yang sudah kemerah-merahan. Kalaulah dia boleh capai tangan itu dan sapu ubat kat bahagian merah tu sendiri.

"Mana berani saya bagi arahan kat bos sendiri." Penat berdiri, Nadiah sandar tubuh pada badan kereta sambil dia silang tangan ke dada.

"Stop, Nadiah..." Faisel nampak tak selesa.

"Ada apa awak panggil saya?"

Giliran Faisel peluk tubuh memandang tepat ke wajah Nadiah. "Saya ada dengar gosip awak kat office."

"Oh pasal tu..." Nadiah ketawa pahit.

"Kenapa?" soal Faisel pula.

"Entahlah. Saya tak boleh nak tutup mulut orang yang bercakap buruk pasal saya. Bila orang dah tak suka kita, tanpa sebab munasabah dan tanpa bukti kukuh pun mereka boleh sebarkan benda buruk yang hanya secebis mereka dapat. Kita selamanya tak akan jadi baik kat mata orang yang dah benci kita and I don't chase for acceptance. Let them think whatever they want."

"Saya suka cara awak berfikir."

Sesaat Nadiah terkedu menatap senyum tipis di bibir Faisel.

"But why don't you turn the tables and use your weapon to trap them back? Make them feel embarrassed for the way they've been thinking about you? Saya tertanya-tanya, bilalah awak nak guna video yang susah payah kita dua dapatkan haritu."

Sesaat sahaja mata Nadiah membulat besar. "Oh pasal video tu..."

"Yes, apa yang awak nak buat dengan video tu. Orang dah hina awak. Orang dah gunakan awak untuk tutup kejijikkan mereka. Kalau saya ada di tempat awak, saya tak boleh dan lihat sahaja. Even if you don't chase for acceptance, at least don't let your dignity be trampled." Sebelah kening Faisel terjungkit menunggu respon.

"Saya dah ada rancangan tentang video tu. Tapi saya rasa timing tak sesuai. Kalau video tu tersebar, orang yang dituduh mestilah saya. Sebab saya yang baru putus dengan Affan sekarang. Saya tak mahu burukkan nama saya lagi."

"Nak saya bantu?"

"Saya tak akan pernah libatkan Tuan Faisel." Laju Nadiah menolak.

"Sayangnya, saya kena masuk campur juga, Nadiah."

Nadiah terkedu. Kelu sejenak melihat senyum tenang di bibir lelaki itu.

"Maksud awak...?"

________

SEBAIK semua pekerja sudah diseru, Faisel pandang sekilas ke arah Nadiah tertunduk-tunduk di tempatnya. Dari awak Faisel berucap tentang projek baru hinggalah habis perbincangan, perempuan itu tak senang duduk.

Faisel menahan senyum. Saat kertas projek diedarkan, dia curi masa sekejap mencapai telefon bimbitnya dan menghantar pesanan kepada perempuan itu.

"Awak okay? Kenapa nampak pucat je tu."

Setelah butang send ditekan, dia pandang Nadiah kembali. Gadis itu kelihatan menyibukkan diri membelek kertas diedarkan kepadanya tanpa memegang telefon bimbit. Sesaat Faisel rasa mahu tepuk dahi sendiri. Dia lupa, dia sendiri melarang pekerja menggunakan telefon bimbit semasa mesyuarat.

Padahal dia nak sangat tahu apa yang Nadiah rasa sekarang...

"Sebelum kita akhiri pertemuan kita hari ini. Saya ada perkara yang nak beritahu." Semua mata tertacap pada Faisel.

"Seperti yang kita sedia maklum, syarikat kita ada bagi banyak insentif kepada pekerja. Salah satunya potongan harga sebanyak 50% perkhidmatan hotel LVIRA memandangkan kita ada hubungan baik dengan syarikat LVIRA. Tetapi baru-baru ini saya mendapat berita yang kurang enak daripada pihak LVIRA tentang tindak-tanduk staff syarikat kita."  Nada suara Faisel berubah tegas dan sedikit keras.

"Ada yang gunakan insentif yang syarikat bagi untuk melakukan perkara terkutuk di hotel tersebut." Semua orang di situ tergamam. Nadiah pula teguk air liur dan sekilas mencuri pandang ke arah Affan dan Farah yang berlagak tenang. Tak rasa sentap ke dua ekor ni?

"Saya dapat aduan daripada staff LVIRA dan perkara ini sangat mencemarkan imej syarikat kita. Siap pakai seragam kerja pergi check in dan buat benda bukan-bukan kat sana. Sekali lagi saya ingatkan, insentif diberi atas tujuan kerja sahaja. Jangan ambil kesempatan dengan buat perkara terkutuk dan cemarkan maruah syarikat. Boleh faham semua?" Faisel pandang semua orang di situ dan sekilas pandangannya berhenti lama pada Nadiah yang tajam merenung Affan dan Farah.

Tak apa, Nadiah. Sabar sedikit sahaja lagi.

"Ish, siapa pula yang buat kerja kotor tu?"

"Patutlah Tuan Faisel marah! Malu nama syarikat kot!"

"Ish budak manalah yang gila sangat ni."

Terdengar bisikan-bisikan kurang senang di sekelilingnya. Affan dan Farah tenang berwajah kosong sahaja seperti tidak pernah melakukan kerja terkutuk itu. Pandai sungguh mereka berlakon ya?"

__________

"ASSALAMUALAIKUM..." Sunyi rumah seperti tiada penghuni. Nadiah kerut dahi memandang sekeliling. Dia boleh masuk ke? Kereta Faisel pun tak ada kat garaj. Aduhai, segan pula nak masuk buat macam rumah sendiri.

"Cik Nad dah balik?" Lega Nadiah dengar suara bibik datang menyambutnya.

"Datin dengan ibu saya ke mana, bibik?" Nadiah dengan rasa janggal melangkah masuk sambil si bibik memegang pemegang pintu.

"Datin dan Puan Suraya kan ada kelas mengaji hari ni," jawab bibik pula.

Nadiah terus tepuk dahi. "Ha'ah lah! Saya lupa! Er..." mata Nadiah melilau seperti mencari sesuatu.

"Faisel dah balik ke?" soalnya takut-takut.

"Sudah balik. Tapi dia dah keluar dengan Encik Aril. Biasanya petang macam ni dia orang pergi main tennis."

"Encik Aril tu siapa?" soal Nadiah lagi. Dia patut tahu, tak ada lah nanti tiba-tiba bengong tak kenal orang. Sudahlah menumpang rumah orang.

"Encik Aril tu sepupu Encik Faisel. Dia selalu datang sini lepak dan luang masa dengan Encik Faisel dan Datin Noor."

Nadiah angguk-angguk kepala. Maknanya tiada sesiapa kat rumah sampai ke petang hari ini? Dia nak buat apa ya?

"Harini menu apa, bik?" mata Nadiah tiba-tiba membulat teruja.

"Hari ini bibik tak tahu lagi nak masak apa."

"Okay! Saya naik mandi kejap, lepasni saya turun. Bibik tunggu tau." Nadiah sudah berura-ura mahu naik ke biliknya.

"Eh, tapi Cik Nad nak buat apa?"

"Tunggu!" Setelah itu Nadiah berlari-lari anak ke biliknya.

_______

TIBA di perkarangan rumah, Aril terus keluar dari perut kereta menonong masuk ke dalam rumah. Katanya sudah tak tahan nak terkucil. Memandangkan di antara rumah dia dan rumah Aril, rumahnya paling dekat, Faisel bawa Aril pulang ke rumahnya tanpa sempat dia beritahu tentang Nadiah dan ibunya ada di rumah itu.

Macam mana dia nak beritahu, mulut Aril macam bertih jagung. Ada sahaja topiknya sampai Faisel lupa apa yang dia nak cakap.

Faisel sangkut tennis bag ke bahu dan turut melangkah masuk ke dalam rumah. Tolak sahaja pintu hidungnya terus menangkap bau enak dan manis. Awalnya bibik masak hari ini. Mommy ada suruh bibik buat kuih ke?

Spontan kaki Faisel memesong ke dapur. Sangkakan bibik rupanya ada susuk lain sedang berdiri di hadapa counter top dapur dengan siap berapron. Rambut pula disanggul gaya bun dan tinggal sedikit anak rambut pendek terjuntai di leher jinjang itu. Tuan badan pula tegap gigih mengacau sesuatu di dalam bekas kaca. Nampak seperti coklat.

"Nad."

Spontan Nadiah paling tubuhnya. "Faisel? Awak dah balik?" Matanya teruja melihat Faisel berbaju sukan dengan tennis bag tersangkut di bahu. Ada kesan peluh melekat di leher dan rahang membuatkan tubuh lelaki itu kelihatan sedikit berminyak.

Kacaknya jodoh orang lain ni...

"Awak buat apa?" Faisel buang debar dengan buat-buat bertanya. Dadanya rasa mahu pecah melihat wajah bare face Nadiah. Tanpa solekan, Nadiah kelihatan lebih polos, cerah dan indah di matanya. Cantik dan comel rasa nak gigit pipi jernih gadis itu. Bak kuih pau yang mulus dan enak.

"Tadi bibik tak tahu nak masak apa makan malam nanti. Saya tolong masakkan. Alang-alang tu saya buatkan kek batik kurang manis untuk orang dalam rumah ni." Nadiah tunjuk kek batik yang sudah dia penyet di dalam bekas kaca, siap untuk dimasukkan ke dalam peti sejuk.

"Dah boleh makan?" Faisel menghampiri dan berdiri di sebelah Nadiah. Perfume apa agaknya lelaki ni pakai, walaupun berpeluh, baunya maskulin sekali.

"Belum lagi. Saya kena letak dalam peti ais dulu. Nanti dinner kita boleh makan." Nadiah dongak pandang wajah Faisel serentak itu dia tersenyum lebar. Senyum yang buat Faisel turut tersenyum. Manis sekali.

"Okay. Saya tak sabar nak makan kek yang..."

"What?!!"

Belum sempat Faisel habiskan ayat, dia dan Nadiah sama-sama terperanjat mendengar jeritan nyaring seseorang. Serentak mereka toleh ke tepi memandang Aril yang terkulat-kulat memandang ke arah mereka.

"Faisel! Bila kau kahwin?" Tak fikir panjang, Aril terus tanya soalan itu. Ini salah satu contoh kebodohan ye, anak-anak. Sebab itu kita digalakkan berfikir dahulu sebelum membuka mulut.

"Dia? Bukan ke dia..." Aril tak habiskan ayat malah dia tekup mulutnya dengan tapak tangan tanda dia sedang sangat terkejut.

"Kau mengarut apa? Itulah pasal. Bercakap lagi sampai tak ingat dunia. Aku tak sempat nak cerita pasal dia bila kau asyik bergosip pasal orang lain je," omel Faisel sambil memeluk tubuh memandang sepupunya. Mata disipi dan wajah mendatar.

"Okay serius, kau orang berdua ni sebenarnya apa?"

Soalan Aril buat Faisel dan Nadiah sama-sama terkedu dan berpandangan mata sesama sendiri.

Pandangan mata seperti melempar soalan. 'Kita ini apa?'

Majikan pekerja?
Kawan
Atau...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro