BAB 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Niat hati hanya mahu sebentar di RNR, entah bagaimana Nad terperangkap dalam situasi cemas. Tidak, dia lempar dirinya masuk dalam situasi cemas itu sendiri. Awalnya dia duduk di bangku mengunyah roti coklat sebelum dia lihat satu sosok perempuan dengan wajah pucat berjalan laju masuk ke dalam tandas. Nadiah fikir perempuan itu dah tak tahan mahu melepaskan hajat, tapi beberapa ketika ada sosok lelaki pula yang dengan tidak beragak-agak masuk ke dalam tandas itu. Kebetulan RNR di situ tidak ramai, jadi tidak ada ada yang perasan perbuatan lelaki itu.

Ada kaitan dengan perempuan tadi kah? Akhirnya Nad memberanikan diri mengekori lelaki itu hingga turut masuk ke dalam tandas itu.

"I tunggu you bertahun-tahun. I tunggu you balik pada I macam dulu. I tunggu you macam orang gila, Lora. Kenapa sekali lagi you nak tinggalkan I? Huh?"
Krekk!

Mata Nad membesar melihat lelaki itu menolak pintu tandas satu demi satu dengan. Sah! Dia orang gila!

"You dah janji tadi nak datang balik pada I. I tunggu you lama.." Entah apa lelaki gila itu karutkan seorang diri!

"Encik! Ni tandas perempuan!" Nadiah memberanikan diri menjerkah lelaki itu. Dia yakin, perempuan yang dia lihat tadi bersembunyi di dalam tandas terakhir.

"So?" Lelaki gila itu memandang Nadiah dengan jengkel.

"Encik tak boleh ada kat sini. Keluar sekarang."

Lelaki itu hanya melempar senyum sinis pada Nadiah dan tanpa rasa bersalah dia pulas tombol pintu tandas tempat persembunyian perempuan tadi.

"I tahu you kat dalam Lora! Buka sebelum I pecahkan pintu ni!" Lelaki itu mengabaikan amaran Nadiah malah menampar-nampar pintu tandas itu.

"Kalau Encik degil. Saya panggil orang sekarang!" Nadiah cuma ingin membantu. Kalau bukan dia, siapa lagi? Bagaimana dengan nasib perempuan itu kalau dia tidak bantu?

"Keluar Lora!"

"Encik!!" Nadiah menjerkah kuat. Dia ketap gigi lantas dia berpaling menuju ke muka pintu tandas dan...

"Tolong!! Tolong!!" Kuat dia menjerit meminta bantuan.

Ump!! Baru sahaja menjerit, dia rasa tubuhnya ditarik mengejut dari belakang. Mulutnya ditekup dan badannya didakap kuat. Besar mata Nadiah menatap lelaki gila yang sekarang mencerlung mata seperti ingin membunuhnya.

Ktak!

Pintu tandas dibuka. Seorang perempuan keluar memandang lelaki gila itu dengan linangan air mata. Nadiah bungkam sejenak. Perempuan itu pasti ketakutan. Dia tidak tahu situasi mereka seperti apa, tapi dia yakin, perempuan itu betul-betul memerlukan bantuan.

"Lepaskan dia Fikri."

Oh, nama lelaki gila ini, Fikri?

"Lo..Lora. You balik pada I kan? You tak akan tinggalkan I kan?" Lelaki ini sah mental dah parah!

"Lepaskan dia, Fikri." Perempuan bernama Lora itu masih cuba menyelamatkan Nadiah.

"Kalau you datang pada I. I akan lepaskan dia." Sebelah tangan Fikri hulur pada Lora dan sebelah lagi merangkul badan Nadiah dengan menekup mulut itu.

Mata Nadiah mengecil geram. Dia lihaf perempuan bernama Lora itu teragak-agak
melangkah menghampiri Fikri. Tiba-tiba dia menangis teresak-esak, mungkin terpaksa mengalah kerana tidak mahu Nadiah menjadi mangsa.

"Shhh! Jangan menangis sayang. Datang sini.."

Dada Nadiah berombak menarik nafas dalam sebelum dia angkat sebelah kakinya lantas...

Pak!!
"Arghh!"

Hari ini Nadiah rasa bersyukur kerana memakai kasut bertumit yang keras dan padu! Dia yakin, lelaki yang yanya memakai selipar itu sudah kesakitan hingga berjaya melepaskan tubuh Nadiah lantas menunduk menegang kakinya.

"Kau!"

"Jom!" Nadiah tarik lengan Lora mengekorinya. Lantas berlari keluar dari tempat itu.

"Lora!!" Nadiah fikir mudah. Lelaki gila itu tak mudah mengalah. Kaki dihayun mengejar langkah wanita kesayangannya.

"Cepat!!" Lora tinggalkan kasut tumit
tingginya dan berlari ayam menyamai larian
Nadiah.

"Arghh!!"

"You ingat you boleh lari jauh daripada I lora!" Tangan Lora tiba-tiba ditarik dari pegangan Nadiah.

"Lepas! Kau dah gila Fikri!! Lepas!!"
Dalam bergelut melepaskan tangan dari
pegangan kemas Fikri, Lora kuat menjerit
menarik perhatian orang-orang yang tak
begitu ramai RNR itu.

Tapi sayang, tiada seorangpun datang
membantu dia. Mata Nadiah meliar memandang sekeliling. Daripada membantu, orang-orang lebih rela merakam situasi itu. Dunia apakah yang mereka duduk sekarang?

"Lepaskan dia! You nak In report polis
ke?" Kuat jerkahan Nadiah.

"Kau jangan masuk campur! Ini urusan aku dan dia! Kami suami isteri!"

"Siapa isteri kau?! Kau dah gila Fikri! Lepas!"

"Lepaslah jantan!" Nadiah memberanikan diri menolak tangan Fikri dari menggenggam Lora tapi sakit pula singgah padanya.

'Buk!'

Kuat tumbukan dihentam pada wajah Nadiah. Cukup buat tubuh kecil itu terbaring dengan kepalanya menghentam pasu bunga berhampiran. Darah mula mengalir dari wajah.

"Fikri!!!"

"Aku dah cakap jangan masuk campur betina! Puih!"

"Awak!" Baru Lora ingin tunduk membantu Nadiah, tangannya direntap Fikri hingga dia kembali menegak menatap wajah dingin lelaki itu.

"I tak kira! You kena ikut I juga."

Nadiah berusaha untuk bangun sambil dia pegang kepalanya yang rasa berpinar-pinar.

"I isteri orang Fikri! I tak boleh kahwin dengan you selagi I masih sah isteri kepada Zaiden!"

Bangun, Nadiah... Baru sahaja Nadiah cuba untuk bangun, dia lihat ada sosok seorang lelaki muncul dan terus menumbuk wajah lelaki gila itu. Entah kenapa. Nadiah puas.

________

VIDEO Nadiah dicederakan di RNR tersebar dengar cepat. Kini satu bangunan pejabat sudah melihat babak itu. Ketepikan rasa prejudis mereka, kini masing-masing mula rasa bersalah dan merisaukan keadaan Nadiah. Ada yang cuba menghubungi Nadiah tapi tak dapat disambung.

"Cuba call manager kat sana. Tanya dia Nadiah dah sampai ke belum? Sepatutnya masa ni Nadiah dah sampai." arah Puan Masyitah tegas. Kini team kerja Nadiah tidak dapat duduk tenang. Lagi-lagi Puan Masyitah. Apa dia nak jawab dengan Tuan Faisel? Sepatutnya dia hantar seorang pembantu untuk pergi bersama Nadiah, tapi dia biarkan Nadiah pergi sendiri.

Sekarang keadaan sudah jadi seperti baru dia mahu kalut memikirkan keadaan Nadiah.

"Baik, puan."

"Ya? Saya dari team operation Puan Masyitah. Saya cuma nak tanya, Cik Nadiah dah sampai ke sana ke?"

Puan Masyitah peluk tubuh menunggu orang bawahannya membuat panggilan.

"Oh dah sampai?"

Kedua belah kening Puan Masyitah terjungkit.

"Oh, ya. Betul, kami ada dapat video tu. Baguslah kalau dia tak apa-apa."

"Baik. Okay. Terima kasih."

Setelah itu panggilan dimatikan. "Macam mana? Nadiah mana?"

"Dia orang cakap Nadiah sampai lewat hari ni dan terus masuk meeting. Dia orang pun dah dapat video Nadiah kena pukul kat RNR. Nadiah datang tadi dengan kepala dia dah bertampal, mungkin dia dah ke klinik."

Puan Masyitah hela nafas lega. "Baguslah."

"Tapi dia orang cakap, Nadiah nampak lemah... Mu-mungkin semalam pun dia tak cukup rehat..."

Puan Masyitah terkedu bila dia ingatkan sesuatu. Semalam dia bagi Nadiah kerja yang terlalu banyak dan dia yakin Nadiah cukup penat hari ini.

"Kesian kan dia?" Entah dari mana ada satu suara menyampuk buat semua yang berkumpul di situ tersentak.

Semua mata terarah pada Afri yang entah sejak bila duduk di situ mendengar perbualan mereka.

"Dalam keadaan sakit pun dia paksa diri dia bekerja untuk nama team. Sudahlah ada gosip buruk pasal dia sekarang yang entah betul entah tidak..." Afri tersenyum sinis.

"Orang yang dekat dengan dia pun boleh percaya buta-buta. Kesian betul Nadiah tu. Lagi kesian kalau semua gosip tu menipu je." sambung Afri penuh sinis.

"Mana kau tahu gosip tu menipu? Benda tak akan tersebar kalau tak ada yang nampak." Puan Masyitah masih memegang ego. Jujur dia sedikit rasa bersalah tapi sebabkan dia sudah terlanjur menuduh dan melayan Nadiah dengan teruk, dia ingin pastikan dirinya betul.

"Mana puan tahu yang gosip tu betul? Tuduhan perlukan bukti." Afri membalas tenang.

Semua di situ terdiam.

Tiba-tiba Afri melepas tawa ramah. "Janganlah terkejut macam tu. Tak apa, kita serah atasan untuk siasat. Sekarang team HR dah tahu dan Tuan Faisel arah dorang untuk sahihkan gosip tu. Kalau Nadiah bersalah, kita sama-sama dapat tengok dia kena hukum nanti."

"Tapi... kalau Nadiah tak salah?" Afri jungkit sebelah kening.

"Rasanya hukuman apa yang layak untuk orang yang dah fitnah dia bukan-bukan tu, ya?"

_________

Nadiah lihat dirinya dari biasan cermin. Sekarang kepalanya bertampal band-aid. Di sebelah bibirnya pula sudah lebam bekas tumbukan lelaki gila tadi.

Macam mana dia nak balik dan tunjuk wajahnya seperti ini pada ibu? Apa dia nak jawab pada ibu nanti? Macam mana kalau ibu terkejut dan sakit lagi?

"Ah, aku tak nak balik..." Nadiah gumam sendiri.

Sekarang urusannya di Melaka sudah selesai. Sepatutnya dia sudah bertolak balik, tapi dia masih berada di pejabat itu memikirkan keadaan dirinya. Tak sanggup dia tayang muka dia seperti itu pada ibu. Lagipun, kepalanya rasa berputar-putar sejak tadi. Mungkin semalam dia sudah cukup penat dengan kerja dan tekanan, dan hari ini ditambah lagi dengan kemalangan seperti ini.

Sejak dia menjak ini nasib betul-betul tak menyebelahi kau Nadiah.

"Cik Nadiah!" Sedang mengelamun sendiri di dalam bilik air, pintu tiba-tiba dibuka dari luar.

"Ya?" Nadiah toleh ke belakang melihat kerani seorang pekerja perempuan termengah-mengah di hadapannya. Kena kejar dengan hantu ke?

"Baik Cik Nadiah keluar sekarang."

"Kenapa?" Nadiah terpinga-pinga. Ada apa-apa jadi ke?

"Cepat!!"

"O-okay."

Buka sahaja pintu bilik air, Nadiah tercengang melihat sosok Faisel dengan wajah berkeringat peluh berdiri tepat di hadapannya. Mata Nadiah terus membulat.

"Faisel?"

Faisel ketap gigi. Dia tarik bahu Nadiah dan menarik dagu Nadiah ke atas. Seluruh wajah Nadiah ditenung dengan tajam.

"Kalau sakit kenapa paksa diri untuk kerja?" Suara Faisel kedengaran sangat keras.

Mata hitam Nadiah meliar melihat orang-orang yang sekarang mengiringi Faisel memandang pelik ke arah mereka.

"Sebab tak sakitlah saya datang kerja."

"Jangan nak keras kepala sangat boleh tak?"

"Faisel, kita kat depan orang. Please control yourself. Awak tu CEO, saya ni pekerja." Nadiah berbisik dan serta merta itu dia tolak tubuh Faisel menjauhinya.

Barulah Faisel melonggarkan tubuhnya yang tegang tadi. Dia terlalu dikuasai amarah sampai lupa di mana dia berada sekarang.

"Maaf, Tuan Faisel. Saya tak berniat nak menyusahkan sesiapa. Saya betul-betul rasa saya masih larat untuk masuk kerja. Dan pasal accident kat RNR tadi, saya akan bagi kerjasama pada polis untuk bersihkan nama company kita. Saya betul-betul minta maaf." Nadiah tunduk kepala.

Faisel ketap gigi.

"Masuk. Meeting room. sekarang." Faisel lontar arahan pada Nadiah sebelum dia beredar diikuti beberapa orang pekerja di situ.

Nadiah rasa lututnya melemah. Masalah apa lagi ni?

Seperti diarahkan Faisel, Nadiah masuk bilik mesyuarat dan hanya Faisel seorang di situ menunggunya. Dia teguk air liur. Dia tak sangka Faisel yang dia kenal boleh jadi sedingin ini.

Dia tahu dia buat salah, tapi dia tak tahu Faisel boleh marah sampai macam ni sekali.

"Explain." Sepatah kata keluar dari mulut Faisel. Matanya seperti helang menatap Nadiah di hadapan.

"Masa kat RNR tadi saya ada nampak lelaki cuba culik perempuan. Saya cuma nak tolong perempuan tu. Kalau saya tak tolong tadi, entah apa jadi pada dia..."

"Awak tak perlu nak jadi hero sangat. Awak tu perempuan, Nadiah! Kalau lelaki tu bawa pisau atau senjata apa-apa macam mana?" Faisel bangun dan terus melangkah lalu berhenti tepat di hadapan Nadiah.

"Saya baru tahu nak tolong orang kena tengok jantina dulu? Sedangkan kat RNR tu, saya dah cuba jerit minta tolong tapi tak ada pun lelaki yang tolong! Yang ada cuma merakam dan sebarkan video tu. Saya bukan nak tunjuk saya hero, tapi saya nak tunjuk saya ni manusia. Orang dalam kesusahan, kita tolong."

Faisel terdiam dengan kata-kata Nadiah.

"Saya minta maaf buat awak susah hati macam ni." Suara Nadiah perlahan-lahan mengendur.

"Zaiden dah call saya. Dia dah explain A to Z. Saya marah dia sebab dia tak reti jaga isteri dia sampai awak luka macam ni." Suara Faisel mengendur. Perlahan-lahan tangannya naik menolak rambut ke belakang telinga dan menilik lebam di wajah Nadiah. Hatinya sakit lagi.

"Zaiden?" Nadiah kerut dahi.

"Suami perempuan yang awak tolong tadi. Kami kenal dalam dunia korporat tapi tak rapat."

"Oh... Dia tak salah, kenapa awak marahkan dia?"

"Saya tak boleh control diri saya bila tengok video tu. Saya marah. Saya nak marah semua orang sebab awak luka macam ni."

"Yelah. Tapi dia orang tak salah. Saya yang degil nak tolong Lora tu! Awak tak payah salahkan dia orang!"

"So, you finally realize you made a mistake?" Mata Faisel yang tadi ralit menilik luka Nadiah kini bergerak menatap tepat ke dalam mata Nadiah.

Gulp!

Tatapan Faisel buat Nadiah kaku. Matanya mengatakan segala yang ada pada Nadiah adalah miliknya. Jika Nadiah ingin melukakan dirinya sekali pun, dia harus minta izin pada Faisel.

Apa yang kau fikir ni, Nadiah?

"Saya akan bawa awak balik. Awak tinggal kereta awak kat sini. Esok saya minta Afri ambil."

"Saya tak nak balik." ujar Nadiah tiba-tiba.

"Tak nak balik?" Faisel kerut dahi.

"Tuan Faisel saya nak minta cuti beberapa hari. Saya akan tinggal kat Melaka beberapa hari. Sekarang lebam kat muka saya jelas sangat, saya tak boleh nak tipu ibu kalau dia nampak. Luka ni saya boleh tipu terhantuk meja ke apa. Tapi lebam ni..." Nadiah terdiam. Sebab dulu ibu pun pernah ada lebam yang sama. Bekas suami tak guna itu pernah hadiahkan lebam seperti ini di wajah Puan Suraya.

"Kenapa tak nak ceritakan benda sebenar?" soal Faisel datar.

Laju Nadiah geleng kepala. "Saya kenal ibu saya. Nanti ibu akan risau dan fikir bukan-bukan. Lepastu dia akan sakit... Saya tak nak ibu sakit..."

Faisel menghela nafas panjang. "Okay."

"Saya akan cakap ada sesuatu berlaku kat kilang dan awak kena stay sini sementara waktu. Itu sahaja yang saya boleh tolong awak. Saya tak boleh nak tolong kalau video tu sampai ke tangan aunty."

"Baik. Terima kasih!"

__________

NADIAH fikir segalanya sudah selesai.

"Eh?" Dia tercengang melihat Faisel selamba menolak pintu bilik hotel di sebelahnya.

"Kenapa?" soal Faisel selamba.

"Awak tak balik?" soal Nadiah kembali.

"Kenapa saya kena balik?" soalan dibalas soalan.

"Faisel! Awak dah tak ada urusan kat sini. Pergilah balik!"

"Macam mana saya nak balik? Awak tu tengah sakit, Nadiah. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Faisel tak nak kalah.

"Saya dah cakap saya sihat! Saya cuma nak bagi lebam ni hilang dulu!"

"Saya tak nak balik. Bye!" Sebaik itu Faisel masuk ke bilik hotelnya dan terus menutup pintu.

Mata Nadiah membesar. Lelaki ni... Degil! Urgh!!

ENTAH berapa minit Faisel berdiri di hadapan bilik Nadiah. Di tangannya ada sebungkus makanan yang dia bungkus untuk Nadiah. Puas loceng ditekan. Pintu tak dibuka. Sudah berpuluh kali dia menelefon Nadiah. Tidak berjawab.

Wajah Faisel mula pucat kegusaran. Dia raba poket seluar mengeluarkan satu keping kad hotel milik Nadiah yang dia pegang. Siang tadi dia yang memesan bilik hotel untuk Nadiah. Setiap bilik dapat dua kad hotel. Faisel ambil satu kad hotel Nadiah tanpa memberitahu gadis itu. Dia tahu dia salah memegang kad hotel perempuan itu. Tapi, dia buat semua itu kerana paranoidnya. Dia takut sesuatu berlaku pada Nadiah dalam keadaan gadis itu seperti itu.

Seperti sekarang...

Apa dia nak buat? Perlu ke dia terjah masuk dalam bilik Nadiah sekarang? Macam mana kalau Nadiah baru siap mandi dan dia masuk melihat gadis itu dalam keadaan mengaibkan?

Telinga Faisel berubah warna dan wajahnya rasa panas. Apa dia fikir ni?!

Tak apa. Dia tunggu lagi lima belas minit.

Selepas lima belas minit, loceng bilik Nadiah kembali ditekan. Telefon Nadiah juga dihubungi beberapa kali. Kali ini Faisel nekad. Dia guna kad itu untuk buka pintu bilik Nadiah.

Perlahan-lahan dia melangkah masuk. "Nadiah?"

"Nadiah!!" Bulat mata Faisel melihat Nadiah terbaring di atas lantai dengan berbungkus comforter.

"Nad! Awak okay tak ni?" Faisel dakap tubuh Nadiah. Comforter diselak sebelum dia dukung tubuh Nadiah yang begitu terasa hangatnya lalu dibaringkan perlahan-lahan di atas katil.

"Nad? Awak dengar saya?" Faisel tekap tangannya di kepala Nadiah. Panas! Nadiah demam sejak bila ni?

"Nad, saya bawa awak ke klinik ya?"

Nadiah tak larat membalas. Dia sangat lemah. Seluruh tubuhnya menggigil. Air matanya mengalir tak henti.

Tanpa menunggu jawapan Nadiah, Faisel dukung gadis itu lalu dibawa ke klinik. Dia hanya bawa kad pengenalan Nadiah yang diletak di dalam dompetnya.

Nadiah demam panas. Suhunya 39 celcius! Dia ditahan sekejap di ruang kecemasan dan pukul 4 pagi barulah dibenarkan pulang. Doktor mahu masukkan Nadiah ke wad, tapi laju Nadiah geleng kepala siap merengek dan menangis meminta Faisel tidak masukkan dia ke dalam wad.

Akhirnya Faisel mengalah.

Malam yang begitu panjang. Faisel sampai tidak tidur menjaga gadis itu. Selepas pulang dari hospital, Faisel bawa Nadiah yang separuh sedar kembali ke hotel. Sempat dia singgah belikan roti dan cool fever untuk gadis itu.

Keadaan Nadiah masih sama. Merengek seperti anak kecil. Berbeza 360 darjah daripada Nadiah yang selalu dia kenal.

"Makan roti sikit."

"Emm..." Nadiah merengek sambil dia geleng kepalanya.

"Janganlah menangis. Saya suruh makan roti je." Faisel mengeluh. Macam jaga budak umur 3 tahun!

"Nadiah... makan sikit je. Perut awak kosong tu."

Nadiah geleng kepala sambil dia tarik comforter menutup tubuhnya yang mengigil.

"Sejuk ke?"

Nadiah angguk.

Faisel menghilang sekejap ke biliknya dan kembali bersama sehelai lagi comforter. Dia selimutkan tubuh Nadiah dengan comforter miliknya.

"Makan dulu."

Nadiah geleng kepala lagi.

"Noor Nadiah! Makan!" Kali ini suara Faisel sudah tegas.

Nadiah cebik bibir. Dia menangis teresak-esak lagi tapi akur membuka mulut.

"Saya suruh makan. Bukan saya dera awak pun." Faisel kesat air mata Nadiah dengan tangannya sebelhm dia suap cebisan roti ke dalam mulut perempuan itu. Perlahan sahaja gadis itu mengunyah. Dalam keterpaksaan dan lemah.

Separuh roti disuap ke dalam mulut Nadiah sampai Nadiah geleng kepalanya. "Tak nak..." Air mata mengalir lagi.

"Tak nak dah? Okay, minum air sikit." Faisel sekali lagi mengesat air mata Nadiah sebelum dia bangun menyang air mineral ke dalam gelas lalu disua ke mulut Nadiah.

Melihat Nadiah yang sukar untuk bangun. Sebelah tangannya menyelup ke belakang tubuh Nadiah untuk membantu gadis itu bangun untuk minum air.

Akhirnya Faisel puas hati.

"Tidurlah." Faisel kembali membaringkan tubuh Nadiah. Dia kemaskan comforter lantas menghela nafas panjang.

Lama Faisel merenung gadis itu. "Very complacent." rungutnya sendiri.

Tangan naik meraup rambut. Niat mahu berehat sejenak di sofa tapi matanya menangkap telefon yang Nadiah letak di atas meja di sisi katil. Spontan tangannya mencapai telefon itu.

"Nad, saya nak tengok phone awak kejap. Cuba awak buka." Faisel letak skrin telefon tepat di hadapan muka Nadiah.

"Huh?" Nadiah yang separuh sedar membuka matanya.

"Dah unlocked. Thank you. Tidurlah balik." Faisel senyum sendiri sebelum dia bawa dirinya berehat di sofa sambil menggesek-gesek telefon Nadiah.

Banyak pesanan masuk. Mata Faisel terus ke bawah sampailah matanya menangkap nama Affan tertera di situ.

Faisel pandang Nadiah sejenak. Mereka contact lagi?

Dia buka pesanan dihantar Affan pada Nadiah. Semuanya tak dibalas.

Nad? Are you okay?

Nad? Saya dengar awak kena pukul?

Dah balik ke?

Reply later if you dah free.

Nad? Can I call you? I'm really worried.

Patutlah ada banyak panggilan tak dijawab. Affan salah satunya. Muak sungguh Faisel baca pesanan dihantar lelaki itu.

Faisel sandar diri pada sofa dengan helaan nafas panjang sambil dia kibas kolar bajunya. Tiba-tiba dia teringatkan gosip buruk tersebar pasa Nadiah di office.

Faisel pandang telefon Nadiah kembali.

Sekilas dia pandang Nadiah yang lena di atas katil kemudian Faisel menegak. Senyum sinis tersungging di bibir.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro