BAB 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi deringan telefon buat Nadiah yang hampir terlelap sedikit tersentak. Layan sakit hati punya pasal, sampai mengantuk dia dibuatnya. Jam baru menunjuk ke angka 9 malam tapi dia dah hampir nak tidur.

Nama Fira tertera di skrin telefon. Fira teman baik dia di kampus. Sejak berkerja ni, mereka jarang bertemu sejak masing-masing dan mula dibebani komitmen. Nak jumpa mungkin sebulan sekali.

"Hello, Fira?"

"Err Hello Nad, sorry ganggu kau. Dah tidur ke?" Fira kelihatan teragak-agak di talian.

"Aku nak tidur. Kenapa ni?" Nadiah bangun meraup rambut.

"Boleh kau datang kat aku sekejap? Aku rasa ada sesuatu yang perlu kau tengok sendiri." Fira berkata lagi. Nadiah kerut dahi.

"Apa kau ni? Cakap je lah kat phone."

"Aku takut kau tak percayakan aku. Baik kau datang tengok sendiri."

"Sejak bila aku tak percayakan kau, Fira? Kau ni jangan buat lawak boleh tak?" Nadiah cuba berjenaka tapi tiada tawa dibalas Fira dari sana.

"Ada apa ni?" Nadiah kembali menyoal.

"Aku send kau location. Kau datang ya. Maaf ganggu kau."

"Kalau kau dah cakap macam tu. Aku datang." Nadiah senyum tipis. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tidak enak.

"Alright."

Ting!

Satu pesanan masuk, dan location sebuah restoran mewah dihantar Fira padanya. Tak menunggu, Nadiah terus bersiap ala kadar. Mungkin apa-apa kejutan yang ingin dibuat Fira padanya. Nakal sahabatnya seorang itu bukan boleh kira.

'Aku dah sampai. Depan pintu restoran.' - Nadiah.

Satu pesanan dihantar kepada Fira. Tak lama telefonnya berbunyi menandakan pesanannya dibalas Fira.

"Kau jalan terus ke depan, belok ke kiri, ruang VIP. Ada sesuatu yang kau patut tengok kat situ." - Fira.

Nadiah kerut dahi, dalam tertanya-tanya dia melangkah juga mengikut arah diberitahu sababatnya. Lorong kiri dituju dan matanya menangkap signboard ruang makan VIP. Masuk sahaja ke dalam ruang itu, matanya terus melilau mencari Fira

Dalam ralit memerhati segenap ruang. Matanya terhenti pada satu pasangan yang sekarang sedang ralit berbual dalam dunia mereka sehingga tidak sedar kehadirannya disitu. Nafas Nadiah berombak kencang. Panas mata hingga ianya berair melihat tangan mereka berdua bersatu di atas meja.

Lagi-lagi senyuman lebar Affan mengelus jemari Farah. Sakit, terlalu sakit hingga jatuh air matanya melihat adegan itu. Dia pernah membayangkan semua ini, dikala hubungan Affan dan Farah semakin hari semakin dekat. Tidak sangka bayangannya selama ini satu kebenaran.

Sekarang dia faham sakit yang pernah dialami ibunya dahulu. Tidak terkata hingga akalnya memerintah dia melakukan sesuatu memuaskan hatinya.

Kosong akal Nadiah melangkah ke satu arah. Mata berkaca melihat dua susuk manusia itu dari jauh. Hingga dia berhenti di satu meja. Tangan mencapai gelas yang ada di meja makan yang dihuni dua orang jejaka. Terketap-ketap gigi melihat wajah bahagia Farah disamping kekasihnya.

Baru sahaja dia angkat gelas di meja itu dan ingin melangkah mencurah air ke muka orang-orang itu. Langkah Nadiah terhenti.

Kalau dia lakukan semua itu apa yang dia dapat?

Malu? Ya dia malu. Kerana kalah dengan seorang perempuan yang sudah berjaya merampas haknya. Apa bezanya kalau dia mengamuk melepas segala amarahnya. Dia tidak akan dapat apa-apa. Mungkin sakitnya lebih parah jika Affan membela Farah lebih darinya.

Mungkin Affan akan memarahinya dan menengking dia sama seperti dilakukan ayahnya pada ibu satu ketika dahulu. Tak. Dia tak akan ulang rasa sakit yang pernah dirasai ibunya dahulu.

Perlahan-lahan Nadiah berundur dan letak kembali gelas di atas meja tadi. Dia tatap dua jejaka yang jelas terpinga-pinga keliru dengan apa yang sedang dia cuba lakukan.

"So..sorry." ujar Nadiah perlahan.

"Are you okay, miss?" Soalan seorang lelaki dibalas anggukan oleh Nadiah tanpa sedar air matanya laju mengalir dari mata kirinya.

Aril dan Faisel sama-sama berpandangan. Siapa nak pujuk sekarang?

"Sorry." Malas berlama disitu Nadiah berpaling, dan baru sahaja dia ingin melangkah dia lihat Farah dan Affan turut bangun dari meja makan mereka. Spontan Nadiah kembali berpaling membelakangi mereka dan kembali menghadap dua jejaka dihadapannya.

Dia kalah. Dia akan kalah dengan Farah dan Affan andai mereka melihat air matanya sekarang. Dia sudah melihat betapa puasnya hati mak tirinya dahulu saat melihat ibunya merayu dan menangis meminta belas dari ayahnya. Mungkin itu yang ada diriak wajah Farah andai gadis itu melihat air matanya sekarang.

Tak dipinta bayangan lama bermain di ruang mata buat air mata Nadiah makin lebat mengalir. Derap langkah Affan dan Farah menghampiri makin buat dia tidak keruan. Dia tak mahu mereka tahu, dia tak mahu mereka lihat kekalahan dia.

"Sini." Nadiah sedikit tersentak apabila lengannya tiba-tiba ditarik seorang jejaka yang ada di hadapannya.

Faisel tolak kepala Nadiah kebahu dan dia dapat merasa tangan gadis itu bergetar mencengkam kemejanya.

"Don't cry." Perlahan bisikan lelaki itu masuk ke gegendang telinga memujuk pilu di hati Nadiah.

Bunyi derap langkah dua manusia itu makin hampir, Nadiah semakin menggenggam erat kemeja lelaki itu dan wajahnya jatuh bersembunyi di bahu lelaki yang membantunya.

Faisel angkat wajah dan serentak itu matanya bertembung dengan mata Affan. Masing-masing terkejut.

"Tuan Faisel?" Affan janggal menyapa.

Faisel senyum tipis.

"Tak sangka jumpa Tuan Faisel kat sini." Affan kelihatan mahu berbasa-basi. Siapa tak terkejut jumpa bos besar kat restoran itu. Sudahnya dia serba salah mahu menegur atau apa.

"Ah ya. Awak dating?" Mata Faisel jatuh menangkap genggaman tangan Affan dan Farah.

Masing-masing kelihatan sedar apa yang dilihat Faisel. Mahu menafikan sudah terang-terang ditunjuk.

"Y..ya." Affan garu belakang leher dan serentak itu dia lepas genggaman tangan bersama Farah. Sekilas dia pandangan perempuan dalam dakapan Faisel. Tak tahu pula Faisel ada perempuan istimewa.

Faisel senyum tipis apabila dadanya rasa sakit dicengkam Nadiah. Tahulah geram, tak perlu cengkam dada orang sampai macam tu sekali.

"Kalau tak ada apa kami minta diri dulu." Affan tunduk meminta diri. Dan serentak Aril dan Faisel mengangguk kepala.

Sempat mata Farah dan Affan mengerling pada perempuan yang sekarang dalam dakapan Faisel. Siapa agaknya perempuan tu? Dari belakang macam tak asing.

Perasan mata curiga dua manusia itu. Faisel angkat tangan menutup bahagian leher dan rambut Nadiah. Senyum ramah dihulur meminta dua manusia pergi daripada masuk campur urusan peribadinya.

Bunyi derap langkah menjauh, Nadiah perlahan-lahan melepas cengkaman di dada lelaki lantas tunduk menjauhkan wajah dari bahu lelaki itu. Dia tidak tahu apa yang patut dia rasa sekarang. Hancur berkecai begitu sahaja sebuah perancangan yang pernah dia bina bersama Affan dahulu.

Dirampas oleh perempuan seperti ibu tirinya. Nasib dirinya sekarang tidak jauh sama seperti ibunya. Cuma dia tidak akan benarkan dia kalah dan merayu cinta lelaki itu lagi. Bukan dia yang patut melutut, tapi mereka.

"Maaf! Saya minta maaf." Berkali-kali Nadiah tunduk meminta maaf dari Faisel.

"Ah tak apa." Faisel sapu kesan kedut hasil cengkaman Nadiah di kemejanya.

"Terima kasih sudi tolong saya. Saya minta diri dulu.."

"Nad!!" Baru sahaja Nadiah ingin bangun, seseorang datang berlari anak ke arahnya.

Faisel dan Aril berpandangan sesama sendiri. Dua-dua sudah berubah kelat. Mereka sebenarnya mahu makan dengan tenang.

"Fira, aku dah tengok apa yang kau suruh tengok.."

"Tak cukup! Ada lagi perkara yang kau kena tengok."

"Maksud kau?" Nadiah kerut dahi memandang sahabatnya.

"Aku tak ada masa nak explain. Kau bawa kereta?"

"Aku datang naik grab."

Fira tepuk dahi.

"Kereta kau mana?" Nadiah soal sahabatnya kembali.

"Kereta aku, abang aku pakai."

"Naik grab lah." Jawab Nadiah polos.

"Kau ingat sempat ke? Banyak benda penting yang kau kena tengok dengan mata kau sendiri." Fira cekak pinggang.

"Erm miss? Perlukan pertolongan kami? Kami ada kereta." Aril menyampuk pertelingkahan dua gadis itu. Faisel pula menahan diri mahu menghempuk sepupunya. Kenyang pun belum, tiba-tiba mamat tu jadi rajin nak tolong dua perempuan tu!

"Siapa ni?" Fira soal Nadiah. Dia tengok dari jauh, Nadiah siap berpeluk sakan dengan salah seorang lelaki disitu.

Nadiah angkat bahu tanda dia tidak kenal.

"Okay kejap." Fira keluarkan telefon dan sepantas kilat menangkap gambar dua jejaka itu.

"Tolong kami ya." Siap menangkap gambar, Fira senyum tak bersalah. Dia tak kira siapa lelaki itu, alang-alang dah dapat bantuan, dia terdesak mahukan Nadiah tahu semua perkara buruk dilakukan lelaki bernama Affan itu dibelakang Nadiah.

"Tapi kenapa tangkap gambar kami?" Aril kerut dahi.

"Saya send gambar awak berdua kat abang saya. Kalau kena culik, tahu-tahulah abang saya cari saya." Mudah jawapan Fira buat Faisel kemam bibir menahan senyum melihat wajah terkulat-kulat Aril. Itulah, rajin sangat nak tolong orang kan. Tak pasal-pasal kena cop penculik.

"Okay." Aril bangun dengan helaan nafas berat. Sekarang kenapa dia dan Faisel turut terheret sama dalam menyiasat kes curang pasangan orang lain!

________

AKHIRNYA mereka berempat menaiki satu kereta. Fira dan Nadiah dibahagian belakang, Aril memandu dan Faisel duduk disebelah.

"Hotel?" Nadiah soal Fira.

"Shh kau tunggu. Stop sini." Serentak itu Aril mengambil parkir dengan arahan Fira. Mereka berempat diam menunggu dalam perut kereta.

"Kita tunggu apa?" Nadiah menyoal lagi.

"Sabar."

Kali ini Nadiah diam. Kalut Fira buat dia lupa apa yang terjadi tadi. Tak sempat dia nak menangis, huru-hara pula jadinya.

"Tengok tengok. Dorang dah keluar kereta." Mata Nadiah sedikit membesar melihat kereta Affan terparkir tidak jauh dari mereka. Dua susuk keluar dari perut kereta itu, Affan dan Farah. Dua-dua sama beriringan menuju ke lobi hotel.

Nadiah tarik nafas panjang.

"Macam mana kau tahu semua ni Fira?" soalnya.

"Aku dah tahu beberapa minggu lepas. Aku jumpa dia orang kat restoran tadi, dan lepas makan kat restoran tu dia orang terus datang ke hotel ni. Dah dua kali aku tengok. Kali ni kali ketiga, aku nak kau jadi saksi semuanya. Biar kau nilai sendiri." Panjang jawapan Fira buat Nadiah diam bersandar memeluk tubuh.

"Aku tak tahu apa nak buat sekarang."

"Aku nak kau tahu semua ni. Lagi seminggu kau nak bertunang dengan dia. Jadi kau sempat.."

Tak jadi Fira habiskan ayat, dia terdiam melihat Nadiah tunduk menekup wajah.

"Nad.." Tangan Fira naik mengusap bahu sahabatnya.

"Aku tak nak rasa apa yang ibu aku rasa. Aku tak nak kalah dengan dia orang.." bergetar suara Nadiah memecah hening ruang kereta itu.

"Kau tak akan rasa apa yang ibu kau rasa. Sekarang kau patut bersyukur, ALLAH dah tunjuk kebenaran sebelum kau jadi tunang dia." pujuk Fira.

"Call Affan dan batalkan pertunangan kau orang." sambung Fira.

Nadiah angkat wajah memandang wajah sahabatnya. Apa yang dia perlu buat sekarang? Putuskan pertunangan sama sahaja dia membuka ruanh kebahagiaan buat mereka. Akhirnya yang nampak kejam cuma dia.

"Aku..."

"Kejap!" Fira menyelongkar beg tangan mengeluarkan telefon bimbit. Terkebil-kebil dia melihat nama abangnya tertera di skrin telefon.

"Ya Khaliq?

"Ha? Macam mana boleh accident?!" Kuat Fira berteriak di dalam kereta itu.

"Kau kat mana? Kereta aku macam mana?"

"Hospital mana ni?"

"Okay okay aku datang." Fira mengeluh sebaik mematikan talian.

"Siapa accident?" Nadiah menyoal.

"Maaf Nadiah, aku nak teman kau. Tapi Khaliq accident. Aku kena pergi hospital sekarang."

"Kau nak pergi dengan siapa?" Nadiah menyoal. Fira terdiam memandang pemandu dihadapan.

Faisel jeling Aril, dan kali ini lelaki itu kelihatan mengeluh sambil memegang stereng keretanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro