BAB 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"AMBOI, Datin Noor, cantik macam dia pula yang nak pergi bertunang." Faisel mengusik mamanya kelihatan cantik berdandan dan mengenakan baju kurung bewarna biru laut pada tubuhnya.

"Eh cantik sangat ke, Faisel? Mama tukar bajulah macam tu." Datin Noor berura-ura mahu berpaling menukar baju tapi tangannya ditahan Faisel.

"Tak ada beza pun kalau mama tukar baju pun." ujar Faisel tenang.

Dahi Datin Noor berkerut. "Kenapa? Baju mama semua terlalu menonjol ke? Seganlah mama." Sejak dua menjak ini dia segan mahu memakai baju yang terlalu eye-catching. Mahu besederhana sahaja.

"Tak. Sebab mama cantik. Pakai apapun tak ada beza. Cantik tetap cantik."

"Ish, Faisel! Betul-betullah!" Bahu Faisel ditampar Datin Noor. Suka sungguh menyakat orang anak sulong dia seorang ini. Mesti menurun daripada arwah bapa dia.

"Jomlah, mama. Nanti lambat anak kawan mama tu dah siap bertunang." Faisel hulur tangan kepada mamanya.

Datin Noor hela nafas panjang. Dia tatap Faisel lantas bibir itu perlahan-lahan melorek senyum sambil dia geleng kepala beberapa kali. Ada-ada sahaja Faisel ni.

Tangan diletak di atas tapak tangan anaknya dan mereka sama-sama berpimpin tangan keluar dari rumah agam itu. "Faisel tak ada rasa nak bercinta lagi?" soal Datin Noor tiba-tiba.

"Mama dah cukup dalam hidup Faisel." jawab anak itu.

"Tapi mama sunyi kalau kita berdua sahaja."

Faisel tiba-tiba memberhentikan langkah. "Mama sunyi?" Wajah sedikit gusar.

"Tak! Maksud mama... Mama nak juga ada menantu perempuan dan cucu... Faiselkan selalu busy. Mama perlukan kawan juga."

"Ohh..." Faisel garu kening yang tidak gatal.

"Nantilah Faisel fikir."

"Asyik nanti dan nanti je. Fikirlah dari sekarang. Faisel tu makin lama makin tua tau! Karang tak ada orang yang nak." Datin Noor membentak.

"Aip, mama! Lelaki ni makin tua makin ramai yang nak, tahu? Mama cakap je berapa menantu mama nak. Empat orang pun Faisel mampu bagi." Faisel menyakat lagi.

"Besar sungguh angan kamu nak isteri sampai empat orang? Ini nak bercinta ke cari pekerja?" Lain macam."

Serentak itu Faisel ketawa terbahak-bahak. Dia sengaja mengusik. Suka mendengar mamanya mengomel macam dulu.

Sampai sahaja di rumah Aunty Suraya, Faisel hanya tinggal mamanya di luar pagar. Malas nak masuk, bukan dia yang bertunang. Lagipun mesti ramai kaum perempuan di sana. Tak ada kawan pula tu. Buat bosan je.

Mommy pula dari semalam sudah teruja nak ke rumah kawan baiknya itu. Katanya anak perempuan Aunty soraya ada bertunang hari ini. Sama hari dengan Nadiah yang turut bertunang hari ini.

Ingat soal itu, raut wajah Faisel berubah. Betul juga, hari ini Nadiah bertunang. Dia tidak tahu apa yang Nadiah cuba buat sekarang. Tapi hatinya kuat menyatakan perempuan itu sedang merancang sesuatu...

__________

"FAISEL..."

"Amboi, Nadiah. Dah nak tunang pun sebut nama lelaki lain? Faisel? Siapa Faisel?" Imani menyoal sepupunya. Tangan bergerak membetulkan solekan di wajah yang sudah cantik itu. Nadiah cantik, sangat cantik hari ini. Mana taknya, sebentar lagi sudah mahu bergelar tunangan orang.

"Aku teringatkan seseorang. Kau dah siap ke?" Nadiah tegak menilik wajah pada cermin di hadapannya. Sejenak dia tersenyum tipis.

"Dah siap. Dah cantik dah pun kau ni." Punya lama menunggu keluarga lelaki sampai sampai solekan di muka Nadiah terpaksa dibetulkan banyak kali.

"Lamanya keluarga bakal tunang kau, Nadiah? Dia orang tak jumpa rumah ke apa?" soal Imani sudah mengeluh lelah sambil dia hempas punggung di atas katil Nadiah.

"Entahlah. Affan kenal rumah. Takkan lah tak jumpa." Nadiah menyedapkan hati. Sejenak dia dongak memandang jam di dinding. Memang betul-betul lewat.

"Nadiah, Affan tak sampai lagi ke?" Puan Suraya pula muncul di hadapan pintu bilik anak gadisnya. Wajah sedikit gusar kerana majlis sepatutnya berlangsung pukul 1.30 tengah hari tadi. Sekarang sudah hampir pukul 3 petang. Tiada khabar dari pihak sana.

"Imani, cuba kau bagi phone aku kejap." Nadiah hulur tangan meminta telefon bimbitnya.

Dia lihat ada satu pesanan baru masuk lima minit yang lalu. Nadiah terus teguk air liur.

'Nad, sorry. Saya tak boleh nak teruskan pertunangan ni.' - Affan

Nadiah berwajah tenang. Walaupun dia sudah dapat meneka semua ini, tetap hatinya rasa dipijak-pijak hingga dia tidak tahu riak apa yang patut dia buat pada mereka yang sedang memerhati dia sekarang.

"Nad?" Imani menyapa.

"Ibu... Maafkan, Nadiah-" Nadiah angkat wajah memandang ibunya.

"Sebab malukan ibu hari ni. Affan tak boleh teruskan pertunangan ni." sambungnya dengan suara getar.

Imani dan Puan Suraya serentak terpana. Puan Suraya pula terus menerpa masuk mendapatkan anak perempuannya.

"Nadiah..." Dia hilang kata.

"Nad minta maaf sebab dah jatuh cinta dengan lelaki yang salah..."

"Tak..." Tangan Puan Suraya terketar-ketar menyentuh kedua belah pipi puterinya.

"Nad sepatutnya ambil iktibar daripada kisah ibu. Tapi Nad buat kesilapan sama."

"Nad tak salah, Nad..." Serentak itu Puan Suraya dakap tubuh anaknya.

Nad diam sahaja. Sepatutnya dia menangis tapi dia tiada rasa ingin menitiskan air mata sekarang. Hanya Puan Suraya terhinjut-hinjut menangis memeluk tubuh puterinya.

Si cantik Nadiah. Dia yang selalu nampak kuat berdiri di samping ibunya selama ini. Dia yang menjadi saksi kesengsaraan ibunya. Dan dia jugalah penyembuh duka Puan Suraya.

Apa dosa anak itu hingga dia juga dikhianati seperti ini?

"Ibu jangan sedih. Nad lebih bersyukur macam ni daripada Nad kahwin dengan lelaki yang tak pernah bersedia nak bahagiakan Nad. Syukurlah hubungan kami cukup sampai sini..." Nad senyum sambil dia memujuk ibunya.

Imani yang melihat dari atas katil sudah menitis air mata.

________

MATA Anita menjenggil memandang skrin telefon. Dia baru dapat berita dari kawannya yang anak Suraya iaitu bekas madunya tak jadi bertunang. Lelaki yang sepatutnya bertunang dengan Nadiah tak datang-datang sampai ke sudah! Tak cukup itu kawannya itu siap hantar gambar bukti pelamin dan makanan yang sudah Suraya siapkan di rumah itu.

Anita terus tersenyum sumbing. Dari dulu sampai sekarang memang macam tu ajelah nasib kau orang. Nak buat macam mana, keturunan tak bernasib baik. Lelaki pun susah nak lekat.

"Abang! Abang!! Mari sini kejap!" Lihat suaminya Razif melintasi dia di ruang tamu, Anita terus memanggil.

Razif turutkan sahaja dan henyak punggung di sebelah isterinya. Tangan terus naik merangkul bahu Anita.

"Tengok ni anak perempuan abang. Entah apa dibuatnya sampai tunang pun lari masa majlis tunang. Nasib baik majlis tunang! Kalau majlis nikah? Malu oi!" Anita tunjuk skrin telefon memapar gambar dikirim kawannya.

"Tunang pun tak bagitau aku. Tak berkatlah tu." Razif menambah. Naik menyampah dia teringatkan bekas isteri dan anak perempuannya yang sombong itu.

"Kan abang? Tapi kan... Kalau seingat saya, rumah yang dia orang duduk ni atas nama abang eh?" Dahi Anita berkerut-kerut cuba mengingati sesuatu.

"Ya, rumah tu atas nama abang." Penuh lagak Razif membalas.

"Kenapa abang tak ambil? Abang bagi kat janda abang macam tu je? Syoklah dia orang, abang!" Anita tak puas hati. Menggelegak cemburu hatinya mengenangkan sebuah rumah teres hak milik suaminya diberi kepada perempuan itu.

"Rumah tu dah nak kena lelong dulu sebab abang tak sempat bayar. Abang sempat bayar deposit je, selebihnya Suraya yang bayar sampai habis," jawab Razif.

Sejenak Anita terdiam. Kepalanya berputar memikirkan sesuatu.

"Tapi kalau ikut undang-undang abang ada hak atas rumah tu kan? Rumah tu masih atas nama abang kan?"

"Ye lah atas nama abang. Suraya tak mau tukar dulu. Sampai sekarang dia tak minta tukar. Mungkin dia malas nak tengok abang dah. Abang pun tak ingin nak tengok muka dia."

"Abang ambil jelah rumah tu balik. Kita buat sewa! Sekarang dengan kos sara tinggi, duit belanja pun kurang... Anak kita tiga orang tu masih belajar dan perlukan duit," hasut Anita. Berharap permintaannya ditunaikan. Dia terlampau cemburu melihat Suraya senang lenang duduk di rumah itu walaupun dia yang bayar.

"Ish! Tak tergamaklah abang. Dia orang nak duduk mana nanti? Abang noktahkan rumah tu pembahagian harta sepencarian abang dengan dia dulu."

"Ish! Si Nad tu dah kerja kan? Pandai-pandailah dia cari rumah. Dia kerja pun tak ada ingatkan abang? Duit kat abang? Ada dia bagi? Tak ada. Dia pun dah tak anggap abang ayah dia." Dengar kata-kata Anita, Razif pula yang bengkak hati mengenangkan ada betulnya. Sejak dia dan Suraya berpisah, tak ada pun dia dengar khabar anaknya itu. Dah berjaya pun lupa ayah sendiri.

Anak tak tahu diri!

________

"KENAPA murung aje mama Faisel ni? Ada apa-apa jadi kat kenduri tadi?" Faisel menegur sambil dia pandang sekilas pada mamanya di sebelah. Biasanya kalau masuk kereta dari jumpa kawan, mesti laju aje Datin Noor bercerita itu ini.

Peliknya sekarang dia diam termenung di tempat duduk.

"Mama sedih sikit."

"Sedih kenapa?" Lembut Faisel menyoal.

"Tadi kenduri anak Aunty Suraya kamu tu... Pihak lelaki tak datang..."

"Hah?" Faisel sedikit terkejut.

"Habistu macam mana, mama?" sambungnya lagi.

"Tak jadi tunanglah. Kesian mama tengok Suraya tadi. Dia sehabis baik layan juga tetamu walaupun majlis dan batal. Sudahlah dia dulu pun kena tinggal dengan suami dia. Sekarang anak dia pula yang kena." Datin Noor kesat air mata di hujung mata. Sebak teringatkan wajah pahit Suraya tadi.

"Aunty Suraya pernah kena tinggal dengan suami dia?" soal Faisel lagi.

"Ya. Suami dia tinggalkan dia untuk bini ke dua. Siap halau Suraya tu macam pengemis. Terkontang-kanting dia hidup dengan anak dia dulu lepas kena tinggal dengan suami."

Faisel terdiam. Dia sebagai lelaki pun malu dengan lelaki yang jenis lepas bosan, buang. Kalau tak reti menjaga permata, sebaiknya jangan berani meminta permata. Habis dirosaknya benda bernilai dek ketamakan sendiri.

"Faisel jangan jadi lelaki macam tu, ya?"

"Mama rasa Faisel macam tu ke?" Faisel jungkit sebelah kening sambil dia lorek senyum nakal.

"Mana tahu! Nanti dah ada bini tiba-tiba bosan pergi cari bini baru."

"Mama, lelaki yang kurang guna akal je buat macam tu. Nak buat macam mana? Nafsu diorang yang jalan dulu sebelum akal." Faisel membalas dengan riak datar.

"Pandai juga anak mama ni berfikir sampai ke situ eh. Dah ada calon isteri ke?"

"Ish! Kesitu pula mama ni." Faisel mengecilkan mata. Kecil besar dia pandang mamanya sebaik dia dengar tawa halus wanita itu.

"Haih... mama tak sabar nak tengok Faisel kahwin dan ada isteri..."

Faisel garu kening. Aduh... dia minta isteri pula dah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro