escapee

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku tersenyum sinis, sebagai pengakhir kepada cerita sleeping beast tadi. Ivy di sisi aku pandang lama, kemudian dapat kulihat sebuah senyuman penuh makna terbit dari bibirnya.

Aku membalas senyuman itu dengan kenyitan mata dalam diam. You're so cool lah, Thia.

"So that's it? She's the villain of the story now?" soal Emperor tidak puas hati. Aku tersenyum melihat reaksinya itu. Aku dah agak dia mesti berminat punya. Guru aku nenek Anne lah, sudah tentunya skill bercerita aku sama hebat macam dia! Hebat kan plot twist aku.

Semuanya ajaran nenek Anne.

"Nope. She's not the villain. She's still the hero."

"No, she's still weak. Dia still boleh bunuh that witch in the forest when dia ada peluang. The witch can't kill her because of the curse, right?"

Wajah yang tersenyum nakal itu aku pandang. Sesungguhnya lelaki di hadapan aku ni memang fikir nak bunuh orang je kerja tanpa plan apa-apa.

"You fool. Dia buat tu sebab nak umpan witch tu supaya fikir yang dia lemah. That's a strategy, idiot."

"You can't change someone's mindset in just a minute, m'lady." Dia menongkat dagunya sambil kaki disilangkan.

"Oh yeah? But you'll never know your enemy's plan either." balasku balik. Tak puas hati ni. Serius.

"Whatever their plan is about, aku sentiasa tahu yang aku akan sentiasa menang. Even without doing anything."

Bongkak. Sombong. Lelaki ini memang berlagak gila nak mati. Eeee, nak je aku lempang dia sedebik biar kurang sikit pride dalam diri dia tu. Dia fikir dia bagus sangat ke?

"Cerita tu ajar aku satu benda. Kau nak dengar pengajaran dia tak?" 

Kening lelaki itu terjongket, menyuruhku meneruskan kata-kataku. Aku membalas pandangan mata cantik itu, lama. Seakan ada rasa electricity yang mengalir, entah kenapa.

"Never think that you are one step ahead from your enemy." Aku tersenyum sinis seusai mengakhirkan kata-kata itu.

Serentak itu, guard yang menjaga di aku dan Ivy tiba-tiba tersungkur jatuh. Kenapa?

Sebab dengan pantas aku menikam kakinya dengan pisau yang aku keluarkan daripada sisipan di pinggangku. Tertutup, dilindungi oleh baju oversize ini. Nasib baik aku tepis daripada kena raba awal-awal masa spotcheck tadi.

Gari di tanganku yang terbuka sedari tadi aku campak ke tepi dan aku bangun, menghadap wajah sombong yang kian berubah itu.

"Surprise?"

Guard yang lain menyerang kami selepas itu lalu aku dan Ivy cepat-cepat berlari ke pintu besar. Entah kenapa, mungkin mata aku salah melihat, tetapi aku dapat lihat segaris senyuman terukir di wajah adonis itu apabila aku berpaling.

Sah otak dia ni dah tak betul.

Keliru macam mana aku boleh terlepas? Tch. Brooch pemberian nenek sentiasa aku simpan dan bawa kemana-mana sahaja aku pergi.

Dan beruntung betul diri aku, sebab aku ni terlalu handal bukak benda berkunci hanya menggunakan jarum. Mungkin sebab dah biasa lari dari rumah disebabkan dikurung dalam bilik.

"Come on, Thia. Kita kena cepat!" ujar Ivy cemas. Tangannya masih bergari itu aku pandang. Ah tak sempat!

Aku tahan diri daripada mencarut apabila salah seorang daripada mereka cuba menghunus pedangnya menimbus tubuh aku namun cepat-cepat aku mengelak. Tak guna, laju gila diorang ni. Aku mendengus perlahan.

Cepat-cepat aku menanam pisau yang masih tergenggam di tangan aku itu ke peha salah satu daripada mereka dengan kejam sekali sebelum mata aku membulat dengan sendirinya apabila darah lelaki itu tidak berhenti langsung daripada mengalir keluar. Oh no, I hate blood.

Ivy menggesa untuk aku lari menuju ke pintu utama ruang ini dan dalam masa yang aku nak tergelak pula bila tengok dia lari dengan tangan berikat macam tu. Gosh, Thia, fokus!

Pintu besar itu semakin dekat dan aku tersenyum teruja sebelum tiba-tiba muncul satu susuk tubuh betul-betul di hadapan kami, menghalang pintu. Dan apabila aku melihat senyuman sinis tersungging di bibir merah itu, terus aku berdecit geram.

Mamat ni lagi laju. Dia ada kuasa teleportation ke apa?

"Yes, Thia. You surprised me." ujarnya bersahaja memandang aku. Aku rasa mahu koyak-koyakkan bibir dia yang sedang tersenyum kat aku tu. Mengejek aku ke apa, aku tak tahu, yang pasti aku meluat sangat!

"But I've handled worse." Sekilas dia memandang Ivy dan bibirnya tersenyum sinis. Aku mengacukan pisau yang aku pegang itu ke arahnya dengan pantas membuatkan lelaki itu tergelak terhibur melihat aku.

Apa yang kelakarnya gila!?

Mata uniknya itu memandang lama pisau yang aku pegang dan.. aku tak tahu apa yang terjadi tapi seakan-akan ada satu force yang menolak tanganku kuat menyebabkan pisau itu tercampak dan terseret ke tepi. 

Dup. Masa seakan berhenti berputar. Apa yang terjadi?

Aku tergamam lantas memandang pisau di lantai itu bergilir-gilir dengan wajah bongkak di hadapanku ini. Dia ke yang buat tu tadi? Dia ada kuasa telekinesis ke apa?!

Makhluk apa yang ada kat depan aku ni? Alien? Folktales' monster?

Kemudian, tiba-tiba pisau itu terapung di udara membuatkan mataku membulat dan mulutku terlopong, begitu juga dengan Ivy. Terkelip-kelip mata aku memandang objek di tengah udara itu, tidak percaya.

Sekelip mata, sepantas kilat pisau itu bergerak dan mata pisau itu betul-betul tepat di leherku.

Te. Ra. Pung.

What kind of sick joke is this? Just what the hell?

Pisau tu terapung seakan tiada langsung graviti. Menangis Sir Isaac Newton kalau dia lihat dan saksikan benda yang terjadi sekarang ini. Urat leherku terasa tegang apabila aku dapat rasa kesejukan hasil daripada hujung mata pisau besi itu.

Kalau aku gerak sedikit, mungkin tidak semena-mena pisau itu boleh tertusuk ke nadi leherku. Aku langsung tak boleh buat apa-apa. Statik. Mungkin menunggu masa untuk nyawa dicabut oleh lelaki di hadapanku ini.

So weak, Cynthia. Kau bukan macam Aurora dalam cerita kau tu, tahu tak. Takkan pernah jadi sebab kau tu lemah. Kau hanya manusia, nak lawan dengan makhluk dekat depan kau ni memang tak layak langsung.

Mungkin dia ada kuasa lain yang boleh hapuskan kau sekelip mata je, Thia.

Lelaki itu mendekatkan jarak antara kami, namun Ivy cepat bertindak. Aku tak tahulah kenapa Ivy bodoh sangat nak lindung aku daripada mamat tak guna dekat depan aku ni.

Terasa annoyed dengan Ivy, lelaki itu menggunakan kuasa telekinesisnya sekali lagi dan sekelip mata tubuh Ivy terpelanting ke tepi. 

"Ivy!" jeritku sebelum aku berdesis apabila merasakan pedih di leherku. Tak guna betullah. Mata pisau itu betul-betul menekan di leherku sehingga langsung tak benarkan aku untuk bercakap sekalipun.

Apa je yang dia tak boleh buat? Cis, sekarang ni aku memang tak boleh main-main dengan lelaki di hadapanku ini. Sumpah kalau aku tahu akan jadi macam ni, serius aku buat plan lain. Tapi apa kelemahan dia masalahnya? Kalau dia takde kelemahan macam mana?

"I really really want to kill you, you know. And they said, human's blood is the best wine." Jarak kami semakin dekat sehinggalah terpisah hanya dengan beberapa inci sahaja.

Psycho! Dia fikir dia Edward Cullen ke apa? Edward tu pun gentle lah!

"What are you? Vampire?" soalku sambil tergelak sinis. Boleh je dia selamba cakap darah aku ni wine? My blood is priceless!

"I'm more than that, my dear. Kau ingat aku jadi Emperor sebab apa?" Jari telunjuknya mengusap lembut jawline aku dan aku keraskan wajah. Suka hati dia je nak sentuh-sentuh aku!

Kalau ikutkan dah lama aku tepis tangan dia tapi keadaan yang sekarang ini memang tidak berpihak langsung kepada aku tidak mengizinkan. Selagi ada masa, selagi tu kita boleh negotiate dengan dia bukan?

Takkanlah jadi Emperor tak reti negotiate kan?

Serta-merta ingatanku berputar semula semasa kali pertama aku bertentang mata dengan lelaki di hadapanku ini. Oh shit, jangan cakap dia bukan jenis orang macam tu.

Aku menelan air liur kasar. Bagaikan pasir yang melalui esofagus aku ketika ini. Nafas dihela kasar.

"Then kenapa kau still tak bunuh aku lagi dari tadi? You should have killed me at the first place." provokku pula. Dalam masa yang sama, aku curious. Ye tak ye jugak eh. Dia kan tak suka aku. Aku pulak berani sangat nak lawan dia. Kenapa dia hapuskan aku je?

"Kau nak ke?"

Aku menentang pandangan kosong miliknya itu. Entah, bukan kosong sebenarnya, tapi aku tak dapat lihat satu pun emosi di sebalik mata itu.

"Aku tak sangka pulak kau mintak consent bagai untuk bunuh someone." Wajahku aku dekatkan ke wajahnya sehingga aku dapat rasakan hangat nafasnya itu berhembus di wajahku.

Sumpah aku kata, kalau keadaan kami lain sekarang ini, dia bukannya Emperor dan di sini ialah dunia sebenar, aku dah lama cium lelaki cantik ni.

Wait, what?

Gross, Thia! What the hell?!

Mentally, aku tampar diri sendiri. Sumpah, makin lama kau dekat dengan lelaki ni, makin merepek jadinya. Ew, you whore.

"As I recall, kau tak macam tu, kan?" sambungku setelah aku jumpa balik kewarasan diri.

Lelaki itu tersenyum senget, sebagai jawapan kepada soalan aku itu. Mungkin dia amuse dengan aku. Aku tak tahu. Yang pasti entah kenapa aku seakan tak mahu menjauhkan diri dari tubuh hangat lelaki ini yang sangat rapat.

Aku tahu dia jahat, aku tahu kalau aku submit maksudnya aku ada stockholm syndrome, or maybe worse than that. Tapi hati aku rasa lain. Kau pernah rasa tak?

Hmm, what should I say eh?

Déjà vu.

Hati aku rasa hangat tanpa sebab. Seakan sekarang ini sepatutnya aku annoyed. Like, what the hell is actually going on?

Aku mendengus geram. Sebelum keadaan jadi makin kritikal, aku berundur selangkah ke belakang.

"I guess I'm not in the mood then. And... yeah. Sebab kau berjaya entertain aku tadi, so sila berambus." Mendengarkan ayat lelaki itu membuatkan riak wajahku berubah kepada tidak percaya.

Apa sebenarnya yang dia sedang rancang ni? Sumpah bipolar sungguh Emperor di hadapan aku ni. Sebentar tadi bukan main lagi psycho aku, tapi sekarang tiba-tiba bermurah hati nak lepaskan aku?

Seriously I don't understand him.

"I am a man of my words, làgnos." sambungnya lagi serentak dengan pandangan intense dari mismatched eyes nya itu.

Tak, apa benda panggilan pelik yang dia panggil aku tu? Mentang-mentang aku bukan orang sini, nak mencarut kat aku dengan bahasa ibunda diorang pulak.

Lelaki itu melangkah ke tepi, memberi laluan kepada aku. Tubuh Ivy aku angkat lalu aku papah sambil mataku masih tajam memerhatinya. Mana tahu dia ada pasang trap ke apa kan?

"You two, guide them to the dungeon." arah Emperor sombong itu kepada dua orang guard yang berjaga di pintu itu.

Saat aku melepasinya, lantas aku terfikir satu soalan yang tidak pernah aku terfikir untuk bertanya kepada lelaki sombong itu.

"What?" Dia seperti dapat membaca aku. Aku menarik nafas.

"Apa nama kau?"

Entah kenapa jantung aku berdebar lain macam ketika ini.

Lelaki itu tersenyum senget mendengar soalan aku itu. Mungkin tidak percaya bahawa selama dia hidup, tidak pernah orang bertanyakan soalan itu kepadanya.

Yelah, dia kan Emperor. Semua orang pasti kenal dia. Lagi-lagi dengan sifat kejam tidak berperikemanusiaannya itu.

Namun, jawapannya kepada persoalanku seakan-akan meragut soul ku untuk keluar dari jasad.

"Cicero."

Aku rasa macam jantungku sudah mahu tercampak keluar dari badan.

Coincidence apakah ini? Nenek?

Sekarang ini memang tengah terjadi ke apa kisah yang dia selalu ceritakan pada aku itu? Cuma bezanya, kisah Cicero ini tidak lengkap.

Tanpa berkata apa-apa, aku terus melangkah keluar dari dewan itu. Nama Cicero itu masih terngiang-ngiang dalam mindaku, berulang tanpa henti.

Jika ada Cicero, pasti ada Azalea kan?

Cyntherellia tu bukan, sebab tu aku, tak mungkin lah aku masuk dalam cerita sebab nenek memang selalunya ada-adakan dan tukar nama aku jadi main character.

Tapi kenapa aku yang rasa goosebumps?

Tiba-tiba mataku membulat seakan teringatkan sesuatu. Langkahku serta-merta terhenti, meninggalkan Ivy yang masih sedang berjalan itu.

Jangan kata... Perempuan dress purple yang selalu aku nampak tu Azalea? Tapi mustahil. Muka Azalea tu memang sebijik sama dengan aku kot.

Apa semua ni? Sumpah aku tak faham. Argh. Aku menggenggam rambut. Nenek, sumpah Thia keliru gila-gila ni.

Siapa Azalea sebenarnya? Tak, soalan yang paling betul ialah,

Siapa aku sebenarnya?

Aku ni sudah tentu watak tambahan yang masuk dalam cerita ni bukan? Ya, aku rasa lambat laun, aku memang akan mati sebab memang watak tambahan biasanya begitu kan?

Aku tersentak tatkala badanku ditolak oleh seseorang. Wajah garang pengawal istana memenuhi ruangan kornea mataku.

"Jangan cuba nak lari."

Ivy menarik tanganku mendekatinya apabila dia baru perasan yang aku langsung tidak berjalan sedari tadi.

"Haish, ingatkan diorang tak ikut kat belakang tadi." Dapat kudengar ngomelan Ivy dari dekat, sedikit sebanyak membuang gundah dalam hatiku.

Aku cuba untuk tidak fikir pasal 'nama' itu. Ya, mungkin kebetulan. Tak ada kena mengena pun dengan cerita nenek. Mungkin aku yang terlalu overthinking.

"Psst, Thia. Bila awak nak bukak gari saya ni?" bisik Ivy rapat. Oh ya! Baru aku ingat.

Aku tergelak-gelak entah kenapa. Rasa kelakar lagi-lagi tengok muka budak milik Ivy ni. Aku macam tak percaya dia lagi tua dari aku.

Gari Ivy itu aku pegang dan brooch di dalam poket aku keluarkan lalu aku gunakan skill aku lagi sekali untuk buka garinya itu.

Wajah speechless milik guard itu aku pandang dengan riak wajah bangga.

"How did you even do that?" Ivy teruja memandangku sebelum brooch yang berada di tanganku tadi tiba-tiba dirampas kasar oleh guard di belakangku.

"Hey! Bagi baliklah!" Aku cuba merampas semua brooch pemberian nenek namun disebabkan mereka tinggi dari aku, sudah tentulah aku tidak dapat capai.

Tak guna!

Ivy menarik aku kembali di sisinya.

"Nanti kita escape betul-betul, saya tolong awak ambil balik benda tu." bisiknya perlahan di telingaku.

Escape?

Senyuman penuh makna Ivy aku pandang lama.

"We already planned it for a looong time, so don't worry." bisiknya lagi sebelum menepuk-nepuk bahuku lembut.

We? Ivy dan siapa?

Ah lantaklah, yang pasti aku dapat keluar dari neraka ni jauh jauh.








































idk what im doin

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro