foreign

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gelap. Aku hanya nampak gelap. Seakan kegelapan betul-betul sudah menelan aku masuk sedalam-dalamnya. Seakan tidak ada jalan keluar lagi untuk aku. Pelbagai soalan menggigit-gigit minda aku, yeah, curiosity is so hurt.

Aku dah mati ke? Aku kat mana?

Ya, persoalan itu sangat cliche, tahu, tetapi manusia hidup dengan cliche. Manusia selamat dengan cliche. Happy ending. Tidak ke mereka tahu kalau tiada cliche dalam kehidupan ini, mereka akan jadi bodoh? 

Mereka tidak boleh predict masa depan, hidup sentiasa dalam keadaan gelisah, tak tenteram, tak selamat. Jadi mengapa perlu benci cliche?

Sesungguhnya aku nak sangat kehidupan yang cliche. Aku terlalu teringin. Aku tak nak sentiasa hidup dalam sad ending yang tidak berkesudahan.

Ah sudah. Apa pulak yang aku merepek ni? Sepatutnya aku patut fikir sekarang ni sebenarnya aku dah mati atau tidak?

Bangun, Cynthia, bangun. Sedarkan diri kau. Mungkin kau masih hidup.

Tetapi kenapa gelap ini bagaikan tiada hujungnya?

"Cyntherellia."

Kedengaran suara perempuan itu betul-betul berbisik di telingaku. Seakan dia berada di sebelahku. Namun, aku tidak nampak apa apa. Kosong. Gelap.

"Find him."

Familliar sangat suara itu. Sangat. Macam aku pernah dengar banyak kali. Macam tiap-tiap hari aku dengar suara itu. Persoalannya, siapa?

Siapa kau?

"Kill him."

Dup! Kill? Bunuh? Siapa yang kena aku bunuh? Apa yang perempuan ni merepek?! Aku tak nak bunuh sesiapa!

"Cyntherellia." 

Aku berpaling ke arah punca suara itu. Perempuan itu berpakaian sama sepertiku. Mirip. Dan apabila aku melihat wajahnya, aku bagaikan terkaku. Mukanya juga... seiras denganku.

Perempuan tu... aku ke?

Dia menarik senyuman psiko sehingga menampakkan gigi membuatkan aku rasa seram sejuk. Mustahil itu aku kan? Aku tak pernah senyum macam tu.

"Cyntherellia!"

Perempuan itu tiba-tiba berlari menuju aku. Terlalu pantas namun aku masih kaku. Aku tak dapat bergerak. Aku bagaikan dikawal.

"Aaahhhh!!!!" Aku menjerit sekuat hati.

Bangun, Cynthia, bangun!

"Miss? Miss, wake up."

Aku terus bangun secara mendadak dan menarik nafas dalam menggunakan mulut. Terasa seperti tiada langsung oksigen dalam badan aku. Aku tercungap-cungap seperti baru tamat larian 500 meter. Oksigen berpusu-pusu masuk ke dalam peparu deras menyebabkan aku sedikit terbatuk.

Aku menenangkan diri dan cuba mengawal pernafasan. Mata dipejam serapat yang mungkin. Lelah.

"Miss, are you okay?" Segelas air disua kepadaku dan aku menerimanya sambil mengangguk perlahan.

"Do you need anything, miss?" Aku menggeleng lalu mengangkat wajah. Pandanganku menyapa seorang perempuan berambut pendek paras bahu dan hujung rambutnya diwarnakan ungu neon. Budak swag ni ke yang selamatkan aku?

Pandanganku beralih ke sekelilingku pula. Tempat ini sangat asing bagiku. Bukan ke sepatutnya budak ini perlu hantar aku ke hospital? Kenapa dia bawa aku ke rumahnya pula?

Kenapa tak call je ambulans? Pelik budak ni. Mungkin dia tiada telefon.

"Siapa nama kau?" soalku padanya. Aku kena ambil tahu pasal orang yang dah selamatkan nyawa aku ni. Aku sungguh terhutang budi dengannya. Agaknya kalau dia takde, aku dah kena makan kot dengan binatang buas dekat hutan ni.

 Aku cuba bangun dari katil, tapi tubuhku yang sakit menghalang. Aku mengaduh sambil melihat kesemua luka aku yang sudah dibalut. Sumpah rasa sengal-sengal kat badan macam baru lepas beranak.

Aik, kau pernah beranak pulak, Thia?

Ah apa-apapun, mustahillah badan kau okay je lepas kena langgar dengan batu besar tengah sungai kan? Ni dah kira okay daripada kau patah kaki ke tangan ke. Tak pasal-pasal jadi makin sedih hidup kau yang dah memang sedih ni, Thia.

"Oh. Saya Ivy. Selamat berkenalan. Awak?" Dia jawab soalan aku dengan riang sekali. Aku tersenyum melihat gelagatnya itu.

"Cyntherellia." jawabku tanpa berfikir. Seketika kemudian, baru aku tersedar bahawa aku tersebut salah nama. Nampaknya aku dah terlalu serabut dengan cerita nenek sampaikan aku tidak tahu mana satu yang betul dan mana satu yang salah.

Mata gadis itu membulat mendengar nama aku.

"Cyntherellia?" Tangannya menekup mulut terkejut membuatkan aku hairan seketika. Kenapa nak terkejut sangat dengar nama tu? I mean, nama tu mana famous sangat kan? Sekadar nama tipu-tipu yang nenek berikan pada aku untuk menceritakan kisah folklore nya itu.

"Kenapa?"

"Oh no, awak tak boleh guna nama tu. Sangat bahaya. Nanti mereka tangkap awak." Ivy kelihatan cemas pada penglihatanku. Bahaya? Apa yang bahayanya? Nama je kot. Bukannya mantra, mandrem yang boleh bunuh orang pun kan?

"Mereka? Kenapa diorang nak tangkap aku?" Pelbagai persoalan bermain-main jongkang-jongket di dalam kepala otak aku. Aku dekat mana sebenarnya sekarang ni? Kenapa pelik sangat orang dekat sini? Atau mungkin budak ni sahaja yang memelikkan aku.

"Tak boleh. Saya tak boleh beritahu awak. Sekarang ni, kita kena tukar nama awak." Ivy mula berfikir nama yang sesuai untuk aku. Tangannya mengusap-usap dagu sambil matanya melilau.

Dramatik betul budak swag ni.

"Haa! Faartz!" 

What the hell?

"Farts?"

"No! Faartz. Say with me. Fa-artz." Aku buat muka tidak percaya sebelum aku meletuskan ketawa dengan kuat. Sumpah lah budak ni nak bagi nama aku berdasarkan kentut?

Hina sangat ke aku ni?

Ivy memuncung apabila aku hanya menggelakkan dirinya. Oh god, dah lama aku tak ketawa teruk macam ni.

"Aku nak tahu sangat nama anak kau nanti bila kau dah ada anak." Dan apabila memikirkannya membuatkan aku ketawa lagi.

Mungkin Mr. Butt? Pooh Key Mark?

"Okay, fine! Kalau tak suka, cakaplah. Saya fikir nama lain." Ivy buat muka geram kepadaku. Mungkin rasanya dia menyesal sebab selamatkan aku dari sungai tadi.

"Dah, dah. Tak payah. Panggil aku Thia je." Cepat-cepat aku potong sebelum dia bagi nama-nama pelik lagi yang boleh buat perut aku terburai.

"Hmmm. Thia. I like it." Ivy tersenyum sendirian mendengar nama itu. 

"Ivy, how old are you actually?" soalku penuh minat. Aku agak dia dalam umur 16-17 begitu. Dia nampak macam budak sangat. Dengan rambut hipsternya itu.

"Erm, you really don't wanna know my age." Ivy menggosok belakang lehernya dan wajahnya kemerahan. Dia malu dengan umur dia? Kenapa pulak nak malu? Aku lagi bangga kalau umur aku lagi kecil dari orang lain.

"Cakap jelah berapa." Serius aku nak tahu.

"272 tahun." Ivy tersenyum menampakkan gigi manakala aku pula sudah melopong hebat. Aku ni sekarang tengah bermimpi atau budak ni sengaja main-main dengan aku?

Gila ke umur 200-an macam ni nampak macam umur 17?! Sah budak ni main-main dengan aku.

"Orang serius lah." Aku ketawa kecil lalu menolak bahunya perlahan. 

"Saya pun serius. Hmm, saya nampak muda sangat ke?" Ivy memuncung sedih seakan tidak suka kelihatan muda pada pandangan orang. Aku pula sudah terkelip-kelip mata, tidak percaya bahawa sesenang itu je aku dapat diperbodohkan.

Muka aku ni nampak macam bodoh sangat ke?

"Semua cerita yang nenek pernah cerita... Mungkin pernah betul-betul terjadi."

Sayup-sayup kedengaran suara nenek di telinga aku. Jadi, aku sekarang ni bukan di dunia lah?

Huh? What the hell? Am I really insane? Aku rasa aku dah boleh masuk wad sakit mental dah kalau macam ni kondisi aku.

"Ivy. Lempang aku sekarang."

"Huh?" Ivy seakan terkedu dengan permintaanku itu. Ah tak kira. Aku kena pastikan yang aku betul-betul tak gila.

"Slap me. Now. Hardly." pintaku sambil memandangnya serius. Ivy seakan takut-takut melihat muka serius aku sekarang ni.

"But I don't want to hurt you." Ivy menggeleng tidak mahu.

"For Pete's sake, just slap me!" Geram apabila Ivy langsung tidak mahu menyedarkan aku, lantas aku melepaskan tamparan ke wajahnya kuat.

Ivy sepertinya terkedu sebelum dia membalas tamparan aku dengan sekuat hatinya.

Oh sheit. Sakitnya. Ni dah lebih ni.

Aku menamparnya semula dan bermulalah adegan tampar-menampar antara kami. Rambut aku dan Ivy kedua-duanya sudah kusut akibat daripada perbalahan sebentar tadi.

Aku terkedu di atas katil manakala Ivy sudah memuncung sambil mengusap-usap pipinya yang merah.

Maknanya semua ni real. Aku sekarang ini berada dalam folktales yang nenek cerita. Maknanya segala cerita nenek tu mungkin betul.

Tapi kenapa nama Cyntherellia seakan toksik di tempat ini? Bukankah Cyntherellia sepatutnya dilayan seperti queen? Heroin dalam semua cerita nenek semuanya tidak menghampakan.

Semuanya membakar semangat aku untuk menjadi seperti mereka.

"Awak ni gila lah. Kenapa lempang saya?" Ivy masih lagi tidak berpuas hati. Dia membetulkan rambutnya yang kusut pula kali ini.

"Aku nak pastikan aku betul-betul hidup ke tak ni." ujarku sambil menghela nafas. Sumpah aku masih tidak dapat percaya semua ini. Tak bermakna aku suka semua cerita nenek bermaksud aku nak hidup dalam cerita nenek.

Entah-entah aku jadi watak tambahan je dalam story nenek ni.

"Ivy. Tak nak bawak aku keluar rumah ke?" Aku memandang Ivy lama. Aku teringin nak tengok luar. Betul ke seperti apa yang diceritakan nenek?

Fairy? Pft, rasa kelakar pula sebab tiba-tiba aku hidup dalam imaginasi budak-budak yang percaya Disney Princess tu betul.

Atau mungkin? Entah!

Aku sendiri tidak tahu. Sumpah sekarang ini aku rasa aku ada trust issues dengan semua benda. Aku tak boleh percaya semua benda. Sebab dalam cerita nenek, tak semua orang dalam tu baik. Ada yang double-face. Teringatkan tentang itu, aku pandang Ivy semula.

Ivy ni baik atau tidak sebenarnya? Mana tahu nanti tiba-tiba dia bertukar jadi witch dan kemudian makan aku?

Buuuuurrrrr, aku rasa macam nak muntah memikirkan tentang itu.

"Boleh je. Tapi awak larat ke ni?" Ivy memandang badanku yang penuh dengan luka. Wajahnya kembali prihatin. Mungkin Ivy ni baik. Mungkin.

"Larat je." Aku cuba kuatkan diri untuk turun dari katil. Badan diregangkan lenguh. Agaknya berapa lama eh aku terlantar kat katil tu?

Ivy memimpin aku ke luar rumahnya. Serta-merta mata aku disapa dengan sebuah sungai yang pastinya di mana Ivy menyelamatkan aku dari terus dibawa arus. Keadaan sungai ketika ini tak sederas seperti semalam. Mungkin kedudukan sungai semalam berdekatan dengan hulu.

Pandanganku beralih kepada kawasan hutan di sekeliling aku. Cantik. Cantik sangat. Macam betul-betul dalam Disneyland rekaan imaginasi kanak-kanak. Cuma aku tak nampak unicorn lagi lah setakat ini.

Mata dipejam lantas aku menghirup udara nyaman ini. Tenang. Aku rasa macam nak tinggal dekat sini selamanya.

"Hey Ivy!" Aku dan Ivy menoleh mendengarkan suara itu. Kelihatan seorang lelaki berambut blonde tersenyum kepada kami sambil memegang kapak di tangannya.

"Oh hi Gabriel." Ivy tersipu-sipu menjawab panggilan itu. Aku berkerut dahi memandang Ivy. Kemudian, pandanganku beralih kepada lelaki tadi yang bernama Gabriel itu.

Ohhh budak ni suka Gabriel tu ke?

Aku tersenyum terhibur.

"Who is she?" Gabriel merujuk kepada aku. Malas aku mahu memperkenalkan diri, aku berjalan mendekati sungai.

"Oh dia kawan baru saya! Nama dia Cyn.... ehh nama dia Thia!" Dengan gelabah Ivy membetulkan ayatnya sebelum kantoi bahawa nama aku sebenarnya seperti nama penjenayah terkemuka dekat tempat ni.

Lututku menyentuh tanah dan aku menyentuh air sungai yang jernih itu.

"Cyntherellia."

Mataku membulat mendengar bisikan yang datang entah dari mana itu. Sama seperti suara dalam mimpi aku.

Aku mengangkat pandangan dan mata meliar.

"Cyntherellia."

Sekali lagi namaku dipanggil. Dan mataku menyapa susuk tubuh di seberang sungai dan disebalik sebuah pokok besar.

Perempuan itu berpakaian dress berwarna ungu paras lutut dan dia tersenyum kepadaku. Yang paling menyeramkan aku ialah mukanya sama seperti muka aku!

Aku rasa seperti aku sedang pandang cermin ketika ini. Cuma bezanya, mukaku penuh dengan calar-balar manakala mukanya bersih tanpa kesan apa-apapun. Jelas di situ kami berbeza.

"Come here, Cyntherellia." ujarnya kepadaku. Walaupun kami jauh, aku dapat dengar suaranya itu bagaikan angin yang membayu di telingaku. Dia seperti berbisik.

Aku terduduk ke tanah. Badanku menggigil. Perempuan itu melambai kepadaku, menyuruhku datang kepadanya.

Tak nak! Siapa kau?! Kenapa kau sama seperti aku?!

"Thia? Thia? Awak okay ke?" Aku tersedar tatkala Ivy menyentuh bahuku manakala Gabriel melutut di sebelahku.

Aku menggeleng laju.

"Siapa tu?" Aku menuding ke arah perempuan yang sedang tersenyum kepadaku itu.

Ivy dan Gabriel menoleh ke arah tudingan jari aku itu.

"Siapa apa ni, Thia?" Ivy menyoal kehairanan.

"Perempuan tu... siapa dia?" Dengan payah aku menyoal.

Ivy semakin berkerut mendengar persoalanku. Begitu juga dengan Gabriel.

"Mana ada sesiapa pun kat situ, Thia. Awak nampak siapa?"

Oh, please just kill me.







































jeng jeng

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro