02

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kereta berjenama Audi A8 diberhentikan dihadapan tempat menunggu bas yang ada di luar Universiti Kuala Lumpur itu. Kelibat seseorang dicari.

Secara tiba-tiba pintu sebelah kirinya dibuka dari luar. Spontan kepala Noah melihat ke arah kirinya.

"Abang dah lama ke sampai?" soal Nura sebaik sahaja memasuki perut kereta abangnya itu.

"Baru je sampai."

Noah memulakan pemanduan. Nura disebelah hanya mendiamkan diri melihat pemandangan disekelilingnya. Noah mengerling ke arah adik perempuannya seketika.

"Dik, kau teman abang pergi mall boleh?" soal Noah tanpa memandang adiknya itu. Dia tahu pasti Nura mahu.

"Uish, mestilah boleh!" jawab si gadis teruja. Alang-alang diajak teman ni, bolehlah dia pau abangnya yang satu ini sekali. Tapi, buat apa abangnya mahu ke mall?

"Tapi abang nak beli apa dekat mall? Tak pernah-pernah Nura tengok abang pergi mall?" Nura menongkat dagu di tengah-tengah antara mereka sambil memandang tepat pada wajah tampan abangnya itu. Kadang dia pun jealous tengok rupa abang dia.

Noah mengerling kecil.

"Abang nak beli barang untuk keluarga arwah isteri abanglah. Kau kena teman abang harini. Tak sibuk kan?" Pandangan beralih ke arah adik perempuannya seketika sebelum menghadap jalan kembali.

"Oh... Tak, Nura tak sibuk. Alang-alang tu bolehlah cari jodoh. Adik arwah Kak Fea–"

Terhenti bicara Nura saat dahinya dijentik Noah. Nura mengerut dahi kerana sakit sambil mengusap pada bahagian yang dijentik itu.

"Aduh... Sakitlah bang!"

"Belajar sampai habis dulu," ujar Noah mendatar. Dia tak akan benarkan adik perempuannya itu bercinta atau mendekati mana-mana lelaki selagi tidak habis belajar.

Nura mencebik.

"Tapi Nura nak habis belajar dah pun. Takkan nak berkawan dengan lelaki pun tak boleh?" rungut gadis itu langsung memeluk tubuh dan bersandar pada badan kerusi.

"Tak boleh. Kalau kau kesiankan umi, dik kau tak boleh berkawan dengan lelaki. Jodoh akan datang bila tepat pada masa. Kau tak perlu pun berkawan, buat dosa je." ujarnya.

Nura tersentap lalu mengalihkan pandangan merenung kotaraya. Fikirannya berbicara sendiri, kadangnya dia berasa rimas apabila dikongkong sebegitu namun dia bersyukur sekurang-kurangnya dia tahu bahawa ahli keluarganya itu sangat menyayanginya.

Langkah mereka berdua menuju ke arah sebuah pasaraya yang besar terletak di dalam mall tersebut. Sebuah troli diambil oleh Nura.

"Abang nak beli apa?" soal Nura. Bukan dia tak tahu yang abangnya itu tak tahu apa-apa pasal barang basah kering ini.

"Barang dapur."

Nura mencebik.

"Barang dapur ada dua jenis bang. Basah atau kering?" soal Nura lagi. Geram. Abangnya ini memang pernah teman arwah Kak Sofea pergi beli barang ke apa?

"Kau carilah apa yang patut dik. Asalkan barang dapur." Berkerut-kerut dahinya mendengar tentang barang basah dan kering. Ada ke macamtu?

"Okay, Nura tahu nak ambil apa. Abang ikut je Nura okay?" putus gadis itu.

Noah akur.

Nura berjalan terlebih dahulu diikuti Noah dari belakang menuju ke arah rak yang menempatkan makanan bertin serta berpaket.

Nura menilik setiap jenis barang yang ada di atas rak dan memilih lalu dimasukkan ke dalam troli. Pelbagai jenis barang yang diambilnya termasuk ayam dan ikan.

Setelah hampir setengah jam mengelilingi pasaraya itu akhirnya, hampir kesemua barang sudah ditemui.

"Okay, dah. Ada apa-apa lagi yang abang nak tambah?" soal Nura setelah selesai mengambil sayur yang ditimbang tadi. Tunggu keputusan abangnya sahaja samada mahu menambah lagi atau ke kaunter untuk membayar.

"Abang rasa cukup kut."

Nura menjengilkan matanya. Ini dah malas ambil peduli maknanya. Tengoklah, duduk hadap telefon je sejak ikut dia cari barang. Bukan nak tolong. Nura sudah mula merungut di dalam hati.

Noah memandang Nura hairan lalu kening dijungkit menyoal si adik dengan isyarat itu.

"Ish, abang bukan tolong pun Nura. Mengadap telefon je! Cuba ambil tahu sikit pasal barang-barang dapur ni. Nanti nak kahwin takkan nak susahkan isteri juga!" bebel Nura sambil menolak troli sendirian untuk menuju ke kaunter.

Tiba-tiba langkah gadis itu terhenti tatkala troli yang dibawanya itu dihentikan oleh tangan seseorang. Nura mendongak. Terpapar dekat wajah tidak berperasaan Noah di hadapannya. Troli itu bertukar tangan.

Noah menolak troli perlahan.

"Abang takkan ganti arwah isteri abang dengan sesiapa pun. Sorry, susahkan kau cari barang untuk abang, dik." Noah terus menolak troli tersebut meninggalkan Nura yang termangu di belakang.

"Eh Ya Allah, Noah! Susahkan kamu je beli barang dapur semua ni..." Terkejut Puan Amina tatkala melihat menantunya itu membawa berplastik-plastik yang berisi barang dapur.

Noah tersenyum nipis.

"Tak ada apalah, ibu. Noah dah janji dengan Sofea nak jaga ibu dengan keluarga ibu," ujar Noah sambil membawa masuk barang-barang tersebut ke ruang dapur rumah Puan Amina.

Puan Amina tersenyum kecil. Terharu.

"Untungnya Sofea. Ada suami yang ingat keluarga mertua, baik hati pula tu. Mesti Sofea gembira kalau tahu suami dia jaga makan minum kami. Terima kasih banyak-banyak, Noah," ucap Puan Amina.

"Sama-sama, ibu. Ini semua pun tak mampu balas jasa Sofea dan ibu yang dah lahirkan Sofea untuk saya walaupun sementara saja saya mampu miliki dia."

Kata-kata Noah menyentapkan tangkai hati Puan Amina dan Nura disebelahnya. Sungguh kuat cinta Noah terhadap Sofea sehinggakan dia mengucapkan kata-kata itu tadi.

Puan Amina tersenyum nipis.

"Allah Maha Adil, Noah. Mesti ada hikmah yang Allah akan hadirkan untuk Noah," tutur Puan Amina.

Setelah pulang dari rumah ibu mertuanya, Noah menghantar Nura pulang dan dia terus pergi ke pejabat disebabkan ada banyak kerja yang perlu dia lakukan.

Enjin dimatikan lalu kot hitamnya dicapai di bahagian belakang sebelum tangannya membuka pintu kereta. Kereta dikunci setelah memastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Selepas itu, Noah melangkah ke arah pintu utama bangunan yang terletak kira-kira 20 langkahnya.

Saat ralit memerhati sekeliling, Noah terpandang seorang wanita yang sedang ralit menghadap telefon ketika sedang berjalan. Noah mengecilkan mata.

Sepantas kilat, langkah dibuka besar lalu mendekati wanita tersebut. Lengan wanita itu dipegang lalu ditarik untuk berpusing menghadapnya.

Wanita itu tersentak lalu matanya membulat memandang wajah Noah di hadapannya. Manakala Noah terkaku memandang wajah wanita itu.

"Sofea?" Entah di mana fikirannya, bibirnya menyebut nama arwah isterinya.

"Encik?" Wanita itu cuba melepaskan tangannya. Tidak selesa dipegang sedemikian. Sudahlah erat.

Noah masih lagi dalam khayalannya.

"Encik!" jerit wanita itu lebih kuat.

Noah tersentak lalu cepat-cepat tangannya melepaskan lengan wanita itu.

"Maaf," ucap Noah.

"Encik, lain kali jangan suka hati sentuh tangan perempuan macamtu. Saya bukan macam perempuan dekat luar sana yang suka disentuh. Tak apa, kali ni saya maafkan Encik," ujar wanita itu lebar.

"Ah lagi satu, saya bukan perempuan yang bernama Sofea yang Encik sebutkan tu. Nama saya Anggun. Anggun Cahaya." sambung wanita itu lagi.

Noah berdehem kecil.

"Sofea tu arwah isteri aku..." gumamnya.

"Encik cakap apa? Saya tak dengarlah."

"Nothing, by the way aku tak tanya pun nama kau," ujar Noah lalu berpusing ingin beredar.

"Eh, saya cuma bagitahu. Manalah tau kan kita berjumpa lagi lepas ni kan? Terkejut saya tadi ada lelaki handsome tegur saya. Enciklah tu," seloroh Anggun lalu tertawa kecil.

Dahi Noah berkerut seribu. Perempuan ni tak tahu malu ke? Main slumber je cakap, tak ada tapis langsung. Tanpa menghiraukan kata-kata Anggun, Noah terus beredar meninggalkan kawasan tersebut.

Beberapa saat kemudian, tangan yang menyentuh lengan wanita tadi dia pandang redup lalu digenggam. Mata dipejam seketika sebelum dibuka dan menghela nafas lelah.

'Sayang, maafkan hubby. Wajah dia sama macam sayang sampai hubby tersentuh kulit dia. Maafkan hubby sebab fikir sayang masih ada.'

Langkah terus diatur menuju ke arah lif khas untuk penghuni tingkat 9. Sebaik sahaja dia memasuki lif tersebut, seorang wanita pantas menyerbu masuk ke dalamnya. Noah mengerling wanita itu.

"Hai, Noah! Lewat you datang kerja? You pergi mana?" soal wanita itu sambil mendekatkan jarak mereka.

"Kau tak payah sibuklah, Diey. Urusan aku bukan urusan kau." Noah kembali mencipta jarak. Rimas apabila sepupunya, Dieyana mendekatkan jarak mereka.

Dieyana mencebik.

"Kenapa pula? I kan keluarga you juga jadi I berhak tahu you pergi mana, ish!" bentak Dieyana kecil. Kasut tumitnya turut dihentak sama.

Noah berdecit.

"Kau berhak tahu?" soal Noah lalu kepala berpusing melihat Dieyana dengan wajah penuh sinis.

Dieyana mengangguk tanpa segan silu. Polos.

"Kau bukan isteri atau ibu bapa aku. Jadi, kau tak berhak tahu langsung pasal aku. Kau cuma sepupu, Diey."

Tepat. Pintu lif terbuka. Noah melihat ke arah angka tingkat yang terpapar pada skrin digital di dalam lif tersebut. Pantas langkah dibuka meninggalkan Dieyana yang terkedu di dalam lif tersebut.

To be continued ˚ ༘♡ ⋆。˚

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro