Chapter 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejak seminggu yang lalu, Jimin mula mengambil berat terhadap Jin tetapi secara depan-depan bukan diam-diam lagi. Jimin sentiasa buat Jin rasa gembira dan ketawa bila dia rasa sedih dengan ahli BTS yang lain.

Hari ini, Jimin dan ahli BTS yang lain pergi ke pasar raya untuk beli barang keperluan peribadi masing-masing. Cuma Jin dan Suga sahaja yang tidak ikut. Jin sedang mengemas di ruang tamu manakala Suga pula sedang tidur di dalam biliknya.

Selesai sahaja mengemas ruang tamu, Jin terus menyimpan peralatan mengemas dan mula naik ke atas. Dia ingin mengejutkan Suga supaya bangun mandi dan makan sarapan yang disediakan 30 minit yang lalu. Jin membuka pintu bilik Suga secara perlahan-lahan. Dia mula melangkah masuk ke dalam bilik yang sejuk serta gelap itu. Tangannya pantas menekan suis lampu apabila berjaya ditemui. Kelihatan Suga masih ketiduran di atas katilnya walaupun jam sudah menunjukkan pukul 11:29 pagi.

"Suga... Suga... Bangun dah pukul 11:29 pagi dah ni" kejut Jin dengan lembut.

Tetapi kelihatan Suga masih berdegil tidak mahu bangun dari tidurnya yang panjang. Malah Suga mengalihkan badannya membelakangi Jin. Jin hanya menghela nafas. Dia tidak ingin mengejutkan Suga dengan keadaan marah.

"Suga... Suga... Bangunlah" ujar Jin sekali lagi.

"Ish! Pergilah sana! Jangan kacau orang boleh tak?!" tengking Suga.

Suga terus bangun. Dia memandang Jin agak lama. Suga terus berdiri dan terus masuk ke bilik air untuk mandi. Manakala, Jin masih terkaku di situ. Ya, hati dia terasa dengan tengkingan Suga. Tapi dia cuba kuatkan diri lalu keluar dari bilik Suga.

Jin terus keluar dari dorm dan menuju ke dance room. Sampai di sana, Jin terus buka lampu dan aircorn lalu duduk di salah satu kerusi yang ada. Jin bersandar di kerusi sambil memejamkan mata.

'Salahkah aku kerana mengejutkan Suga? Tapi... Aku cuma nak kejutkan dia...  Sebab aku rasa sungguh sunyi' bisik Jin di dalam hati.

Air matanya mengalir dengan perlahan. Dia hanya biarkan sahaja. Tiba-tiba dia terbatuk-batuk tanpa henti. Jin menekup mulutnya. Selepas batuk dia telah hilang barulah Jin melepaskan tangannya dari mulutnya.

'Aku lupa nak makan ubat lagi sekali' kata Jin di dalam hati.

Jin hanya termenung sahaja. Memang hatinya agak terasa dengan Suga sehingga sekarang. Jin menghela nafas. Dia cuba untuk menghilangkan perasaan sedih itu. Tiba-tiba, pintu bilik dance room dibuka dan kelihatan Jimin meluru masuk pergi kearah Jin.

"Jin hyung!" jerit Jimin.

"Ada apa Jimin-ah?" tanya Jin.

"Jimin baru dapat tau yang Suga hyung tengking Jin hyung tadi. Suga hyung marah-marah sambil sebut nama Jin hyung. Bila Namjoon hyung tanya, Suga hyung cerita yang dia tengking Jin hyung. Jimin terus lari datang sini sebab tau yang Jin hyung mesti datang sini kalau sedih. Jadi... Jin hyung okay tak?" terang serta soal Jimin tanpa henti.

Jin ketawa seketika melihat Jimin yang terlalu risaukan dirinya. Jin sedikit gembira bila melihat masih ada ahli BTS yang ambil peduli pasal dirinya.

"Hyung okay ajalah Jimin" jawab Jin sambil tersenyum.

Jimin hanya pandang Jin dengan perasaan serba salah. Dia yakin yang Jin betul-betul sedih bila Suga menengking dirinya.

'Kalaulah aku ada masa Suga hyung tengking Jin hyung, mungkin aku boleh pertahankan Jin hyung dan bagi dia rasa tak terlalu sedih macam ni' bisik Jimin di dalam hati.

Jin hanya diam bila melihat Jimin termenung. Dia memandang kearah jam dinding yang ada dalam dance room. Jam menunjukkan pukul 12:51 tengah hari. Jin terus bangun dari kerusi dan menepuk bahu Jimin perlahan.

"Jom, kita balik dorm. Hyung kena masak makan tengah hari untuk kamu dan yang lain. Pasti kamu semua laparkan?" kata Jin sambil tersenyum.

Jimin hanya mengganggukkan kepalanya. Jin dan Jimin terus menutup suis lampu dan aircorn lalu keluar dari dance room. Jin berjalan di hadapan manakala Jimin berjalan di belakang. Sambil berjalan ke dorm semula, Jimin sentiasa memandang kearah Jin yang berada di hadapannya.

'Jin hyung sungguh baik. Walaupun kami dah buat jahat dengan hyung, hyung masih ambil berat pasal kami. Ah!! Kenapalah kami semua buta sangat untuk melihat kebaikan hyung?' soal Jimin di dalam hati.

Akhirnya, mereka telah sampai di hadapan dorm mereka. Jin terus membuka pintu dan melangkah masuk diikuti oleh Jimin. Jin terus berjalan menuju ke dapur untuk masak makan tengah hari manakala Jimin pula berjalan menunju ke biliknya.

Bila Jimin buka pintu biliknya, dia terus berjalan dan baring di atas katil. Jimin memandang siling biliknya lama. Kemudian, perhatiannya teralih ke arah bingkai gambar yang ada di atas meja tulisnya. Gambar dia bersama ahli BTS yang lain termasuklah Jin. Jimin memejam matanya rapat dan apabila dia buka matanya kembali kelihatan air matanya mengalir keluar.

"Maafkan Jimin, Jin hyung. Jimin tak patut buat macam tu kat hyung termasuklah yang lain" bisik Jimin perlahan.

Sementara itu, Jin sedang memotong sayur-sayuran dengan cermat sekali di dapur. Tiba-tiba, Namjoon datang ke dapur. Dia memandang Jin dengan perasaan amarah.

"Wei! Masak cepat sikit boleh tak? Kau tau tak dah pukul 1:45 tengah hari sekarang?!" tengking Namjoon.

"Ma... Maafkan hyung. Hyung akan masak cepat sikit" balas Jin sambil tunduk.

"Lembap" kata Namjoon sebelum keluar dari dapur.

Jin terus tergamam. Dia betul-betul tidak sangka yang Namjoon sanggup mengatakan dirinya lembap kerana terlambat masak untuk makan tengah hari. Jin mengetap bibirnya. Dia sedaya upaya untuk tidak menangis.

'Aku kena kuat! Aku tak boleh nangis selalu! Kuatkan diri kau Kim Seok Jin!' kata Jin di dalam hati.

Jin terus sambung memasak cepat-cepat. Selepas selesai, Jin terus masuk ke dalam biliknya. Jin terbatuk-batuk tetapi ditekup mulutnya agar tiada sesiapa dengar batukan dia. Jin terus mengambil ubat dia lalu makan serta minum air. Dia menghela nafas panjang.

Dia terus berjalan kearah meja tulisnya lalu menarik kerusi dan duduk. Jin memandang kearah bunga rose putih yang dijaganya. Dia mengusap salah satu kelopak bunga yang sudah sedikit layu.

"Kalaulah suatu hari nanti aku pergi, apa yang korang akan buat?" soal Jin sendirian.

Jin tersenyum sedih. Kalender yang dilekatkan di dinding dipandangnya. Kelihatan ada satu tarikh dibulatkan dengan pen merah oleh Jin. Terlihat ada satu tulisan yang ditulis menggunakan pen biru.

"Aku akan kesana. Aku akan pergi juga pada akhirnya" kata Jin sendirian.

Dia memandang tulisan yang ditulis oleh dirinya sendiri. Nama sebuah negara yang bakal dia pergi ke situ. Nama negara itu ialah...

Australia.

~Bersambung

Fuh~siap juga akhirnya untuk chapter kali ni. Harap semua sukakannya!!💕 kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen. Bye!!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro