Chapter 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Ketua gengster yang pukul hyung sehingga masuk hospital a.k.a appa hyung sendiri"

Mereka semua memandang kearah Jin dengan tatapan tidak percaya. Terus mereka semua masuk ke dalam kedai makan tersebut. Selepas memesan makanan, mereka semua diam tidak terkata. Sehinggakan makanan mereka tiba pun, masing-masing masih senyap.

Mereka semua makan tanpa berkata apa-apa. Akhirnya, Jimin buat keputusan untuk hentikan suasana senyap ni. Dia meletakkan sudu dan garpu lalu menghela nafas seketika.

"Jin hyung" panggil Jimin.

"Hm? Ada apa Jimin?" tanya Jin.

"Boleh tak hyung tolong ceritakan segalanya pasal... Appa hyung?" soal Jimin.

Semua yang sibuk makan, akhirnya berhenti dan memandang kearah Jin. Mereka juga ingin tahu pasal kisah silam Jin. Sebelum ini, mereka tidak pernah tahu pun. Jin menarik nafas lalu dilepaskan semula.

"Hyung akan ceritakan semuanya termasuklah kehidupan sebenar hyung" jawab Jin.

Flashback (waktu Jin berusia 15 tahun)

Aku hanya duduk disisi katil ku. Air mata terus mengalir tanpa henti. Dia tidak mengerti. Dia langsung tidak faham. Sejak dia berusia enam tahun, ibubapa dia lebih menyanyangi hyungnya. Dia hanya diam tidak mengatakan apa-apa.

Setiap hari, dia selalu dibuli oleh rakan-rakannya di tadika. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan. Dia selalu menjadi hamba kepada mereka. Satu hari, dia menghabiskan semua duit belanjannya untuk para pembulinya. Setibanya di pulang dari rumah, ibunya terus menanyakannya tentang duit belanjannya.

"Jin" panggil ibunya.

"Ya Omma" sahut Jin.

"Mana baki duit belanja hari ni?" tanya Ibunya.

Jin terus diam. Dia terketar-ketar sebelum menjawab semula soalan tersebut.

"H-habis" jawab Jin.

"Habis?! Macam mana boleh habis?!" marah ibunya.

"J-Jin b-belanja kawan-kawan waktu rehat" kata Jin.

Ibunya terus naik baran. Ibunya mengambil penyangkut baju lalu memukul Jin. Jin terus menjerit kesakitan.

"Sakit!! Omma sakit!! Sakit!!" jerit Jin.

"Kau tau sakit?! Kau tak tau sakitnya hati aku ada anak macam kau ni hah?!" bentak ibunya.

Ibunya terus memukulnya tanpa henti. Jin menjerit kesakitan. Air matanya mengalir dengan deras. Apabila ibunya berhenti memukulnya seketika sebab penat, Jin terus bangun lalu berlari masuk ke biliknya. Jin terus mengunci pintu biliknya.

Ibunya terus mengetuk pintu bilik Jin tanpa henti. Amarah ibunya membuat Jin betul-betul ketakutan. Itu ketika dia berusia enam tahun, belum ketika dia berada di sekolah rendah. Ibunya selalu marah-marahkan dirinya. Ibubapanya selalu memukulnya tanpa henti kalau dia ada buat silap.

Walaupun sedikit kesilapan kecil. Jin sentiasa menangis. Ayahnya tidak pernah layannya dengan baik kecuali di depan semua orang. Ibunya juga tidak jauh beza dengan ayahnya. Mereka selalu membanding-bandingkan Jin dengan hyungnya. Jin tidak pernah bencikan hyungnya. Jin juga tidak bencikan ibubapanya. Walaupun dia cuba sekalipun, dia tetap tidak mampu membenci mereka.

Selama sembilan tahun, Jin menderita. Keluarganya melayannya layak seperti orang luar. Dia tidak mempunyai kawan di sekolah. Dia selalu dibuli tetapi dia hanya diam sahaja. Dia bukan tidak ingin beritahu guru atau keluarganya tetapi apakah mereka akan ambil berat tentangnya?

"Kim seok Jin!!" jerit ayahnya.

Jin yang teringat kejadian lalu seketika tersentak. Dia terus berdiri lalu berlari kearah meja belajarnya. Dia menyorok di tepi meja belajarnya. Dia memeluk kedua-dua kakinya. Air matanya terus mengalir. Badannya mengeletar hebat. Ketakutan menguasai dirinya.

"Dasar anak tak guna!! Kau ni memang menyusahkan aku jelah!! Aku harap kau bukan anak aku!!" marah ibunya.

Jin terus tergamam. Matanya membulat besar. Dia menekup mulutnya. Dia terus memandang kearah balkoni seketika. Jin terus bangun dan mengambil beg pakaiannya. Semua pakaiannya dimasukkan ke dalam beg. Jin terus mengambil beg tersebut. Dia juga tidak lupa mengambil telefon dan dompetnya sekali. Dia memandang ke bawah dari balkoni.

Dia terus mencampak begnya ke bawah. Selesai mencampaknya, Jin terus menjenguk ke bawah. Begnya berada dalam keadaan yang baik.

"Kim seok Jin! Jaga kau nanti! Bila aku dapat buka pintu ni, siap kau aku kerjakan!!" marah ayahnya.

Jin terus memandang kearah pintu biliknya. Nampak gayanya, ibubapanya tidak akan lepaskannya hidup-hidup kali ini. Dia terus melompat ke bawah dari balkoni. Dia terjatuh di atas begnya. Jin terus bangun dan mengambil begnya lalu berlari selaju yang boleh. Dia nak lari dari situ sejauh yang dia boleh.

End Flashback

"Sejak hari tu, Hyung hidup bersendirian. Tapi satu hari, mereka dapat jumpa hyung sebab mereka nampak debut pertama kita di tv. Jadi kalau kita ada konsert di Seoul, mereka akan datang. Hyung terpaksa berlakon. Bila kita ada program dengan rancangan tv, hyung pasti akan menipu tentang keluarga hyung. Hyung cakap mereka ajar hyung perkara yang baik. Ya. Mereka memang ajar hyung. Mereka pukul hyung. Hyung ambil masa yang lama untuk lupakan semuanya. Itu sebab masa dekat Gwacheon, hyung kena belasah. Itu semua bawahan appa hyung. Appa hyung marah sebab hyung larikan diri masa tu" terang Jin.

Mereka semua memandang Jin dengan tatapan tidak percaya, terkejut, tergamam dan macam-macam lagi. Mereka tidak menyangka kehidupan Jin suatu ketika dulu seteruk itu. Mereka tidak sangka, Jin hadapi semuanya sendirian. Mereka memandang kearah Jin. Air matanya mengalir dengan deras. Badannya menggeletar.

"Hyung rasa takut sangat. Hyung takut. Hyung takut" kata Jin.

Hati mereka hancur mendengar kata-kata Jin. Mereka tidak pernah nampak Jin setakut ini. Mereka terus memeluk Jin untuk menenangkannya.

"Korang janji dengan hyung. Jangan tinggalkan hyung sorang-sorang?" kata Jin.

"D-dah t-tentulah kami tak akan tinggalkan hyung sendirian lagi" balas Namjoon mewakili mereka semua.

Selepas membayar makanan, mereka semua terus masuk kereta lalu mula bergerak pulang ke dorm mereka semula. Di dalam kereta, mereka semua senyap sahaja. Namjoon hanya memandu tanpa berkata apa-apa. Sejak masuk kereta, Jin terus tertidur di bahu Suga.

"Kesian Jin hyung" kata Jungkook.

"Betul tu. Tak sangka, Jin hyung hadapi semua tu sendirian" kata Taehyung.

"Jin hyung seorang yang baik. Walaupun mereka dah buat Jin hyung macam tu, Jin hyung tetap menyanyangi mereka. Jin hyung tak pernah nak bencikan mereka" kata Jhope.

"Lepas ni, hyung nak kita semua akan terus bersama Jin hyung. Hyung tak nak tengok Jin hyung menderita lagi. Cukuplah derita yang keluarga dia bagi. Cukuplah dengan derita yang kita serahkan. Kita harus berubah. Kita perlu jaga dan sayangkan Jin hyung macam mana dia jaga dan sayangi kita" kata Suga.

Mereka semua menganggukan kepala serentak. Betul kata Suga, mereka harus hentikan semua penderitaan Jin. Tiada lagi tangisan. Mereka akan jaga dan sayangi Jin macam mana Jin buat pada mereka. Pada mereka, Jin seorang yang amat baik. Terlalu baik.

Dan ia amat menyakitkan apabila mendengar cerita Jin. Melihat keadaannya yang ketakutan membuat mereka tekad untuk melindunginya. Mulai saat ini, mereka akan sentiasa bersama Jin.

~Bersambung

Huwah!!😭😭 Nia rasa sedih sangat bila baca chapter ni balik. Okaylah semua. Kalau suka vote, kalau nak cakap apa-apa komen! Bye semua!😘😘

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro