11 + gula-gula strawberi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

11 + gula-gula strawberi

JEMARINYA mengetuk meja tidak berhenti. Thorn yang sedari tadi memerhati ketua berbuat begitu mengangkat keningnya. Hampir tersedak angin Thorn melihat wajah tegang Gempa, apa ada yang menyakitkan hati ketua?

Seram.

"Ketua?"

Pak! Ternaik kedua-dua bahu Thorn apabila Gempa menepuk mejanya kuat hingga retak. Air liur ditelan. Hampir tercabut jantungnya.

'Kenapa Hali tak jumpa aku? Apa dia belum tahu? Dia kan harusnya minta aku jelaskan kenapa semua ni terjadi!' gumam hati Gempa agak kesal. Dia fikir Halilintar akan terkejut dengan Oak Valley.

Tidak mungkin Halilintar tidak tahu bahawa sekolah ini merupakan perkuburan bagi para murid yang gagal melindungi diri. Setiap malam berjaga di sini ingin melakukan kerja yang menumpuk di atas meja, Gempa sudah terbiasa 'diganggu'.

Kali ini pen yang digunakan untuk mengetuk meja. Wajah tidak puas hati cuba disorokkan sebaik mungkin.

'Apa Hali dah tahu tapi dia tak terlalu peduli? Aku tunggu lama-lama semata-mata ingat dia akan minta aku jelaskan! Apa aku dipermainkan?' Tangan dikepal kuat. Halilintar sedang menguji kesabarannya.

Menggigil tubuh Thorn kerana ketakutan melihat Gempa seperti itu. Dia mula menuangkan teh ke dalam cawan seraya menghampiri Gempa. Gempa yang perasan kehadiran Thorn, mengangkat kepalanya.

Thorn hanya memamerkan senyuman manisnya.

"Ketua akan lebih baik kalau minum ni," kata Thorn masih tersenyum. Gempa terdiam seketika mendengarnya.

Senyuman manis Thorn dibalasnya dengan senyuman. Matanya tersenyum memandang Thorn sambil itu menerima huluran secawan teh daripada Thorn. Yeah, Thorn tiada salah apa-apa. Thorn wajahnya manis dan polos, tiada sebab untuk Gempa menyakitinya.

Gembira hati Thorn tatkala Gempa menerima hulurannya.

"Thanks. Lain kali jangan buatkan aku teh, kau bukan pelayan aku. Mana Ice dan Blaze? Mereka tak berniat nak ponteng, kan? Apa mereka tak tahu kerja kat sini menumpuk tak habis-habis?" bebel Gempa buat Thorn tersengih-sengih.

Teh mula dihirup Gempa perlahan kerana masih panas. Hatinya sedari tadi tidak tenang kerana asyik memikirkan Halilintar. Bawah bibir digigit lembut.

Tidak boleh jadi, dia kena menemuinya!

"Ketua nak pergi mana?" soal Thorn aneh apabila Gempa mula menyarung blazer hitam ke tubuhnya. Gempa mengambil telefonnya di atas meja seraya sempat mengatakan sesuatu kepada Thorn.

"Tolong berjaga kat sini sampai aku kembali!" Tercengang Thorm mendengarnya. Apa Gempa ingin dia duduk di sini sampai malam?

Kalau 'diganggu' bagaimana? Laju Thorn menggeleng kepala. Dia cuba untuk membuka pintu, namun sudah dikunci Gempa. Hatinya mulai resah.

"Huwaa! Ketua, bukalah! Ketua!"

+++

TERCUNGAP-CUNGAP nafas Gempa, akhirnya sampai ke kediaman Grandville. Dia berada di hadapan kamar tidur Halilintar, air liur ditelan.

"Hali!" jeritnya seraya membuka pintu dengan kasar. Nasib tidak kunci.

Terangkat kepala Halilintar saat mendengar suara Gempa. Halilintar yang sedang membuka kancing kemeja sekolahnya memandang Gempa yang kaku tidak bergerak. Mata merahnya bertembung dengan sepasang iris emas milik Gempa.

"Abang? Bukan ke sepatutnya abang balik esok?" soal Halilintar agak tertanya-tanya.

Merah padam wajah Gempa. Laju lelaki itu mengalihkan pandangan tidak memandang Halilintar buat kening Halilintar terangkat. Gempa mengetap bibirnya kuat, dia sudah pernah tidur dan mandi bersama Halilintar sejak kecil, kenapa sekarang malu-malu pula?

Dahi diurut perlahan oleh Gempa. Cuba memberanikan diri memandang Halilintar.

"Apa kau baik-baik sahaja kat sekolah?" tanya Gempa buat Halilintar terdiam.

Kemeja sekolah pula yang sudah dileraikan mula diletakkan di atas katil. Almari dituju lalu mengambil baju yang ingin dikenakan.

"Abang tak perlu risau, aku tak ada buat masalah," jelas Halilintar. Gempa hanya mampu mengetap bibirnya, bukan itu yang ingin dia dengar.

Disarung t-shirt putih oversize ke tubuh.

"Kau tak nak aku jelaskan?"

Halilintar terdiam seketika. Kakinya melangkah menuju pasu yang sudah dihias dengan bunga matahari. Pasu bunga matahari tersebut diperlihatkan ke arah Gempa buat Gempa tergamam.

"Happy birthday, abang," ucap Halilintar buat Gempa berpaling tidak memandang lelaki itu.

"Aku memang nak abang jelaskan, tapi aku akan bertahan hidup. Jadi abang, boleh izinkan aku?" Permintaan Halilintar. Saat mata Halilintar menatap mata emas ini, Gempa merasakannya.

Bahawa dunia Halilintar dan dunianya berbeza. Halilintar ialah anak pungut yang tidak diketahui asal-usulnya, manakala Gempa ialah pewaris satu-satunya Grandville yang sah. Namun kerana rasa sayangnya kepada Halilintar buat Gempa ingin melindungi Halilintar.

Bukan kerana Halilintar tiada pertalian darah dengannya, tetapi Gempa menganggap lelaki itu umpama adik kandung sendiri.

Mana mungkin dia ingin melihat Halilintar bertahan hidup di neraka buatan itu?

"Apa kau boleh janji kau akan tetap hidup? Jangan mati, Hali. Kau tahu kalau kau mati, aku sendirian di dunia ni, kan? Kau ialah keluarga aku, satu-satunya keluarga yang aku ada. Jadi jangan mati, bertahanlah untuk hidup."

Terangkat kening Gempa apabila Halilintar tiba-tiba menyuakan ajar kelingking. Halilintar sedang menatapnya buat Gempa menelan liur, terasa pahit. Perlahan Gempa tautkan jari kelingking dengan jari kelingking Halilintar.

"Aku janji," kata Halilintar buat senyuman di bibir Gempa terukir.

+++

DAN beberapa hari selepas itu.

"Kyaa! Husband aku!"

"Kau lihat? Aku tak pernah nampak lelaki sekacak dia di dunia ni!"

"Jantungku..."

Paras yang memikat. Hanya kerana wajah ini begitu dikagumi, Halilintar tidak mengerti. Bukankah semua manusia diberikan wajah, apa mereka tidak berfikir itu semua sama? Setiap melangkah, telinganya mendengar jeritan para pelajar perempuan yang begitu nyaring.

Bunyi langkah yang asing menghentikan jeritan para pelajar perempuan. Halilintar berhenti melangkah seraya mengangkat kening.

"Sakura masuk ke ruangan!"

Abang. Abang yang sentiasa bersinar di mana pun. Halilintar berpaling memandang ahli Sakura berjalan di tengah-tengah pelajar.

Bahkan semua mata tertuju ke arah mereka. Bagaikan bintang yang sentiasa bersinar.

"Huwaa! Thorn comel! Jantungku..."

"Kyaa! Ice pandang sini! Kami mencintaimu!"

"Bukan ketua lebih mempesona? Mata emasnya boleh buat aku kenyang setahun!"

Para pelajar lelaki hanya menayangkan wajah aneh.

"Lebih kacak aku."

"Mereka tiada apa-apanya."

"Itu bukan Taufan? Dia kan baru masuk Oak Valley! Gila!"

Namun, mata Halilintar bukan tertuju ke arah Sakura. Melihat seseorang yang tersembunyi di balik iris biru aqua. Tidak lama itu wajahnya muncul perlahan-lahan buat Halilintar terdiam. Tanpa sedar mata mereka berdua bertaut.

Seakan tarikan magnet. Dia terus menatap iris jingga itu, seolah-olah waktu juga berhenti.

+++

Sebelum dijadikan anak pungut Grandville,

"KEJAR budak tu!"

Halilintar berlari dengan kedua-dua kaki yang tiada tersarung selipar, hanya berkaki ayam. Sesekali mata merahnya memandang belakang melihat beberapa orang lelaki yang mengejar hanya kerana Halilintar mencuri roti.

Dipeluk erat roti hangat agar tidak jatuh.

"Akh!" Kakinya tersadung batu buat Halilintar jatuh meniarap. Para lelaki itu tersenyum senget melihatnya.

Halilintar mula mengundurkan dirinya sambil memeluk roti dengan erat, tajam tatapan merah memandang para lelaki berbadan besar itu. Jalan mati.

Tidak akan dia menyerahnya, roti ini untuk keluarganya. Halilintar mengetap bibir, sedikit tiada rasa takut dalam diri.

Pedang diacukan hampir mengenai kulit lehernya. Halilintar menelan liur, namun tatapannya masih tajam. Para lelaki berbadan besar itu ketawa seperti orang gila, apa benar-benar otaknya bermasalah?

"Tengok mata budak ni, berani dia tatap aku dengan tajam. Kau nak mati, hah?" Dengan nada yang mengancam lelaki itu berkata.

Tersentak para lelaki berbadan besar itu apabila Halilintar tiba-tiba memegang pedangnya dengan tangan kecil itu. Menitis darah keluar dari tangan Halilintar buat mereka berpeluh-peluh.

"Hoi... lepaskan pedang aku!"

Tidak apa, asalkan dirinya kuat, dia pasti dapat melindungi keluarga, kan? Disalurkan kuasa kilatnya pada pedang hingga tubuh besar itu terkena renjatan elektrik. Terkejut rakan-rakannya melihat ketua mereka sudah tumbang dalam sekelip mata.

"Si... siapa kau? Siapa hantar kau?"

Halilintar menatap tajam wajah mereka satu per satu. Sedang berniat ingin menyerang mereka dengan kuasa kilatnya.

Menggigil sudah tubuh besar mereka takut diserang Halilintar. Namun belum sempat Halilintar mengeluarkan kuasa kilatnya, api mula membakar para lelaki berbadan besar itu dengan kejam buat Halilintar tergamam.

Mata merahnya cuba mencari gerangan yang mengeluarkan api tersebut.

"Kau okey?" Ternaik bahu Halilintar saat bertembung dengan sepasang iris milik jingga itu.

Tubuhnya kecil, bagaimana boleh ada kuasa sekuat itu? Bibir budak lelaki itu tersenyum memandang Halilintar, dia mula mendekati Halilintar. Halilintar perasan cara pemakaian budak lelaki di hadapannya seperti sedang menyamar.

Apa dia keluar rumah tanpa izin ibu bapa?

"Kau bisu?" Laju Halilintar menggeleng. Lelaki itu ketawa kecil.

"Apa kau tak pandai bercakap?" Perlahan-lahan Halilintar mengangguk.

Tiada siapa yang mengajarnya bercakap. Dia ada suara, tetapi tidak tahu cara bercakap. Lelaki beriris jingga itu perasan Halilintar sedang memeluk rotinya buat Halilintar lantas menyorok roti di belakang tubuh. Takut dirampas. Lucu dengan tindakan Halilintar buat dia tidak tahan menahan tawa.

Giginya menarik kuat kain hingga terkoyak. Lelaki itu menyuruh Halilintar menghulurkan tangannya buat Halilintar berasa ragu-ragu.

"Aku nak balut kau." Halilintar yang sepertinya faham, menghulurkan tangan buat lelaki itu tersenyum.

Kain itu digunakan untuk membalut tangan Halilintar. Bibirnya cuba bergerak ingin berterima kasih, namun Halilintar tidak tahu bagaimana.

"Kau nak terima kasih kat aku?" Halilintar tersentak. Dia mengangguk buat lelaki itu tertawa kecil.

Gula-gula strawberi mula dikeluarkan dari poket lalu dihulurkan ke arah Halilintar. Halilintar terpinga-pinga melihatnya. Tidak mengerti.

"Kalau kau terima gula-gula ni, aku akan ajar kau cara bercakap, membaca dan menulis. Untuk lebih adil, kau nak tak jadi kawan aku?"

Kawan. Selama ini tiada siapa yang ingin mengajaknya berkawan, namun lelaki itu ingin. Apa dia boleh menerimanya? Dirinya yang serba kekurangan ini, apa tidak akan menjadi beban untuk lelaki ini? Bawah bibir dikemam Halilintar.

Gula-gula strawberi itu diterimanya buat lelaki itu tersenyum.

Bibirnya mula bergerak sedikit buat lelaki itu mengangkat kening. Halilintar cuba menyoalnya walaupun agak payah.

"Nama aku?" Laju Halilintar mengangguk.

Sehingga sekarang, Halilintar sentiasa mengingat nama itu.

"Blaze Emerson."

Finished on Friday, 9 February 2024
Published on Tuesday, 20 February 2024

1529 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro