13 + bilik muzik

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

13 + bilik muzik

"AYAH!" Ayah menghilang.

Hayes berhenti berlari tatkala merasakan nafasnya tidak cukup. Berpeluh-peluh tubuhnya berlari keluar dari Oak Valley semata-mata mencari Halilintar. Kenapa semua ini boleh terjadi? Dia kembali ke tubuh ayahnya lagi.

Dunia sedang mempermainkannya.

"Ayah kat mana? Aku dah cari merata tempat, kenapa dunia ni luas sangat?" omel Hayes tidak puas hati. Sudah dia tidak begitu kenal dengan dunia ini.

Buk!

"Sial! Mata letak kat lutut ke?" marah lelaki dengan botol araknya. Hayes menayangkan wajah jengkel, dia yang melanggarnya dahulu!

Melihat wajah lelaki itu merah-merah sepertinya mabuk. Dasar, pagi-pagi dah mabuk apa dia gila? Sepatutnya kesiankan anak bini dekat rumah, tengok muka je Hayes dah tahu lelaki ini kahwin empat.

"Pak cik yang langgar saya dulu," kata Hayes tidak mahu kalah. Tangannya memegang bahu acah-acah sedang sakit.

Menjegil mata lelaki itu menatapnya. Botol arak sengaja mengetuk kepala Hayes buat Hayes berasa panas dengan perbuatannya.

"Kau melawan? Budak zaman sekarang kena diajar macam mana nak hormat orang tua!" Dipecahkan botol arak itu mengenai kepala Hayes.

Orang-orang sekeliling yang tadi sibuk membeli barang jadi tergamam melihat lelaki itu berbuat begitu terhadap seorang remaja. Dapat dirasakan darah mulai mengalir dari atas kepalanya.

"Encik, apa yang encik lakukan?" Lelaki yang merupakan polis itu mula menyoal. Tiba-tiba ada polis di kawasan ini, Hayes tidak menyangka lelaki mabuk ini berani menyerangnya.

"Abang polis, dia se... serang saya! Sa... saya tak tahu apa-apa!" beritahu Hayes segera bersembunyi di belakang abang polis. Sempat lidahnya menjelir ke arah lelaki mabuk itu.

Lagipun dia tidak dapat lakukan apa-apa kerana polis sudah menjadi saksi perbuatannya. Hayes hanya perlu berlakon dan memenangkannya sahaja. Lagipun kepalanya sudah terbiasa terkena kaca, batu, dinding apa semua yang keras, jadi tidak apa!

Lelaki mabuk itu mengetap rahang tidak puas hati.

"Aku tak bersalah!"

"Apa maksud encik tak bersalah? Encik dah melukakan seorang remaja, jadi encik bersalah! Mari kita ke balai," desak abang polis itu cuba mengheret lelaki mabuk itu. Tetapi lelaki mabuk itu tetap berkeras tidak mahu.

Rasanya ini akan mengambil masa yang lama.

"Ke tepi kau! Aku dah kata aku tak bersalah, tak bersalahlah! Kau tak faham bahasa ke?" herdik lelaki mabuk itu tidak mahu mengaku salah.

Hayes jadi kesian dengan abang polis terpaksa berhadapan dengan lelaki mabuk ini. Apa dia boleh menggunakannya sedikit? Abang polis sudah menyelamatkannya. Dia jadi berhutang budi.

Ternaik bahu abang polis itu apabila Hayes tiba-tiba mendekati lelaki mabuk itu. Dia cuba menghalang Hayes.

"Adik, bahaya kalau dekat dengan dia," beritahu abang polis berasa khawatir. Hayes hanya tersenyum tipis memandang abang polis.

"Saya cuma nak ringankan beban abang polis, boleh?" pinta Hayes. Tangan lelaki itu ditariknya secara paksa buat lelaki mabuk itu tersentak. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

"Lepaskan aku!"

Hayes mula menyalurkan kuasa kilatnya. Tidak lama itu, lelaki mabuk itu terkena renjatan elektrik daripadanya buat Hayes tersengih senang.

"Argh!"

Terkilan mata-mata yang memandang termasuk abang polis. Sampai aiskrim pun terkeluar dari mulut dan jatuh ke tanah melihatnya. Abang polis tidak percaya apa yang sedang dia lihat, sehingga matanya perasan blazer hitam yang dikenakan Hayes.

Apa lelaki ini ahli Sakura?

"Abang polis, saya dah berjaya ringankan beban. Ah, pasal luka saya jangan terlalu risau. Saya dah terbiasa. Terima kasih sebab selamatkan saya tadi, abang polis," ucap Hayes penuh sopan santun.

Abang polis menggaru belakang kepala, malu-malu kucinglah tu.

"Memang sudah tugas saya. Terima kasih sudah membantu. Bo... boleh saya minta tanda tangan adik?" Bersinar-sinar mata abang polis melihatnya sambil mengeluarkan kertas dan pen. Mana datang benda tu?

Hayes menelan liur.

"Saya juga nak tanda tangan!"

"Aku juga!"

"Abang pilihlah saya!"

Orang-orang mula berkerumun meminta tanda tangan buat Hayes tidak tahu berbuat apa. Dia cuma ingin mencari Halilintar, kenapa boleh jadi begini? Dalam sekelip mata Hayes terkenal kerana mengalahkan lelaki mabuk, dia terpaksa memenatkan tangan untuk tanda tangan selama lima jam!

Dunia ini gila. Bukan, tempat orang gila tinggal sepatutnya.

"Akh... sakit. Baru aku sedar betapa sakitnya kepala aku," keluh Hayes seraya duduk menyandar pada pokok besar. Rasanya pokok ini sudah tua.

Sesekali bibirnya tersenyum melihat anak-anak kecil bermain bersama keluarga mereka. Ada juga pasangan sweet-sweet yang datang mencemari mata para single yang ada di situ. Ternyata dunia yang asing ini juga terasa tenang buatnya.

"Hayes," panggil seseorang buat Hayes segera berpaling.

Alangkah terkejutnya Hayes apabila Halilintar berada di hadapannya. Bawah bibir diketap, kenapa baru sekarang lelaki ini muncul?

Tiba-tiba Halilintar mengeluarkan sesuatu dari belakang. Menunjukkan roti yang masih hangat ke arah Hayes buat Hayes terkebil-kebil. Halilintar mengetap bibir seraya mengalihkan pandangannya.

Halilintar berfikir bahawa Hayes menyukai roti hangat.

"Aku... curi roti. Kau rasa perbuatan aku salah?" soal Halilintar masih tidak mahu menatap Hayes.

Ayah yang mencuri roti untuknya.

"Terima kasih, ayah. Tapi aku lebih suka kek, heheh," beritahu Hayes tetap sahaja memakan roti hangat pemberian Halilintar.

Terangkat kening Halilintar mendengarnya. Tangan dikepal erat seraya mengemam bibir menarik perhatian Hayes.

"Be... begitu, ya?" Apa dia tidak sengaja menggoreskan perasaan ayah? Terbatuk-batuk Hayes memikirkannya.

"Air... air," pinta Hayes buat Halilintar cepat-cepat memberikan air yang sempat dibelinya.

Air tersebut dihirup Hayes sepuasnya. Lega tekaknya.

"Lain kali... aku akan beri kek," beritahu Halilintar tidak memandang Hayes. Hayes dapat lihat dengan jelas pipi Halilintar yang sedikit merona merah.

Apa ayah sudah mulai selesa dengannya? Hayes tersenyum tipis. Roti hangat dipatahkan menjadi dua bahagian. Roti yang dipatahkan dihulurkan ke arah Halilintar buat Halilintar terkebil-kebil.

Perlahan-lahan dia menerimanya.

"Apa ayah tahu kenapa kita boleh bertukar tubuh lagi?" soal Hayes yang masih belum jelas dengan tanda tanya ini. Kepalanya mendongak memandang langit biru.

Rasanya begini ponteng sekolah, dia pernah melakukan ini bersama Miguel hanya kerana ingin melihat konsert Kim Yerin.

"Setiap seminggu, tubuh kita tertukar. Apa kau tak sedar?" Membesar mata Hayes mendengarnya. Itu dia!

"Rupanya begitu... jadi minggu depan ayah akan kembali ke tubuh ayah semula? Tapi tetap saja aku kena kembali ke dunia asal, hah..." Sekarang Hayes hanya mampu mengeluh. Entah sebesar apa dosanya sampai kembali ke masa lalu.

Halilintar yang perasan kepala Hayes berdarah mula mengigit kainnya buat Hayes tertanya-tanya. Apa ayah begitu lapar sampai menggigit pakaian sendiri?

Ternaik bahu Hayes apabila dapat dirasakan Halilintar membalut kepalanya yang berdarah dengan kain yang digigit. Bawah bibir dikemam lembut.

"Thanks," ucap Hayes perlahan.

Hayes sesekali melirik Halilintar. Apa dia boleh menceritakannya kepada Halilintar? Tetapi Halilintar tetap sahaja kena tahu. Mana mungkin dia boleh berahsia dengan Halilintar.

"Ayah, tadi aku jumpa ibu." Halilintar mula berpaling menatap Hayes saat Hayes berkata begitu.

"Apa ibu kandung kau? Kau dah jumpa keluarga kau?" Laju Hayes menggeleng. Hish, dasar ayah tak peka.

"Bukanlah. Ibu yang aku maksudkan ialah ibu yang akan bertemu ayah suatu hari nanti. Ayah akan jatuh cinta pada ibu, begitu juga ibu. Makanya, lahirlah aku..." Ayat terakhir diperlahan sedikit, harap-harap tidak dapat didengari Halilintar.

Halilintar tekun mendengarnya, meskipun agak tidak faham. Tidak mungkin Hayes anaknya kerana dia belum berkahwin dan berhubungan malam pertama dengan seorang perempuan.

"Jadi aku harap kali ni aku lahir lebih lambat," ujar Hayes perlahan.

"Kau kan memang dah lahir."

"Hish, ayah tak fahamlah! Malas aku nak cakap dengan ayah!"

Halilintar blur seketika. Apa dia buat kesalahan?

+++

'AKU melupakan beg ayah,' gumam hati Hayes segera kembali ke Oak Valley semula. Sekarang sudah malam, mungkin hanya ada beberapa pelajar yang ada kerana sesetengahnya duduk di asrama.

Tercungap-cungap nafasnya kerana berlari datang ke sini. Ternyata masih ada beberapa pelajar. Apapun dia kena cepat ke kelas Halilintar dan mengambil begnya. Halilintar sudah memberitahu di mana kelasnya.

Usai mengambil apa yang patut, Hayes menghembus nafas lega. Sekarang waktunya balik ke kediaman Grandville. Saat langkah kaki Hayes ingin pergi, pendengarannya menangkap suara tusukan yang tidak terkira banyaknya.

Shrak! Shrak!

Di tempat yang tersembunyi. Hayes mengambil langkah berhati-hati mendekati bilik muzik yang seperti dimasuki seseorang. Pintunya tidak terkunci.

Mata merahnya melihat dengan jelas dari kaca pintu. Seorang lelaki sedang menusuk pisau yang dibaluti dengan kuasa cahaya menikam jantung seorang lelaki. Dapat dirasakan seluruh tubuhnya merinding melihat itu.

Darah.

"Ibu, Hayes akan cari penawar untuk ibu. Tunggu Hayes!"

"Hayes tak nak ibu mati... bertahanlah untuk Hayes, ibu!"

"Hayes tak nak sendirian... jangan tinggalkan Hayes."

Seluruh tubuhnya menggigil melihat itu. Betapa kejamnya lelaki itu melampiaskan amarah dengan membunuh lelaki itu berkali-kali sedangkan lelaki itu sudah mengakhiri nafasnya.

Dadanya terasa sesak. Nafas terasa tidak cukup. Digenggam kuat dadanya, cuba menenangkan dirinya yang tidak baik-baik sahaja.

"Hayes anak ibu, ibu tak apa-apa. Ibu percaya Hayes boleh hidup tanpa ibu, anak ibu kuat, kan?"

Kenapa ibu boleh mengatakan hal menyakitkan itu sambil tersenyum? Rasanya ingin menangis, air matanya sudah tidak dapat tahan dari keluar deras. Hayes cuba tahan agar tidak menangis, dia takut suara esakannya kedengaran.

Dia... harus segera kembali menemui Halilintar.

'Lari... aku perlu lari!' getus hati Hayes. Tidak peduli apa yang akan berlaku seterusnya, dia harus selamat.

Solar mengelap darah yang terpercik di wajahnya. Tajam mata kelabunya menatap mangsa yang menjadi tikaman pisau cahayanya. Bibirnya tersenyum menyeringai, andai sahaja lelaki itu tidak menegurnya. Nyawa dia akan selamat.

Kening Solar terangkat saat mendengar bungi langkah kaki yang berlari. Matanya terjegil, berpaling memandang ke arah pintu yang sedikit terbuka.

Finished on Wednesday, 14 February 2024
Published on Sunday, 25 February 2024

1512 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro