20 + hidup seperti boneka

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

20 + hidup seperti boneka

"DIA gay? Like... seriously?"

Alette hanya mengangguk kecil. Gadis yang berambut merah dengan iris mata birunya agak tidak percaya apa yang dikatakan Alette. Tidak mungkin, selama ini Alette kesayangannya begitu mencintai lelaki itu.

Tangan digenggam membentuk penumbuk.

"Kalau aku jumpa depan-depan memang hancur terus muka handsome dia tu." Seram Alette mendengarnya.

Melantha Sebastian. Dia adik Thorn, tetapi berlainan ibu.

"Jangan cakap kau masih cintakan dia, Al? Dia gay kut!" marah Melantha apabila Alette sepertinya masih mencintai kunyit itu.

Alette mengukir senyuman tipis, sengaja bermain-main dengan rambut putihnya. Dia tahu kawan baiknya sedang membuak-buak marah terhadap Halilintar. Melantha mula mengusutkan rambutnya, serabut.

"Maaf, Mel. Aku rasa aku dah terlanjur cintakan dia, nak buat macam mana? Dia hampir cium aku," beritahu Alette, wajah Alette memerah apabila mengingatinya. Tersentak Melantha mendengarnya.

Ci... cium?

"Dasar lelaki tu! Dia main-main ke apa, hah? Al, dengar cakap aku. Buang jauh-jauh lelaki tu dari hati kau, dia tu sampah!" Hampir meletup gunung berapi dalam diri Melantha. Bahkan gadis itu sampai menumbuk meja hingga retak. Kuasanya ialah kekuatan menghancurkan sesuatu.

Alette terlopong. Dia tahu keluarga Sebastian kaya, buat masalah pun boleh selesai dengan duit. Berbeza dengan Thorn, abangnya polos dan selalu menjadi contoh teladan. Baik hati dan murah senyum.

Namun Melantha, suka naik angin. Membuat masalah dan menyusahkam keluarga. Pemalas dan selalu melawan cakap cikgunya.

"Mel, malulah orang tengok," kata Alette. Sudah, semua jadi memandang mereka yang berada di dalam kelas ini.

Melantha mendengus kesal.

"Lagipun aku rasa aku tak boleh buang dia dari hati aku. Dia tunang aku, aku rasa aku kena ubah dia jadi lelaki yang normal semula. Ah, kenapa dia boleh suka lelaki?" Ingin menangis Alette dibuatnya. Tidak menyangka lelaki yang dicintainya selama ini menyukai sama jenis.

Melantha makin serabut mendengarnya. Sah, Alette dah mabuk cinta dengan mamat kunyit tu! Apa yang ada pada lelaki kunyit itu sampai Alette tidak boleh membuangnya? Hanya handsome sahaja!

"Kau ni kan Al, dia tu gay. Nafsu dia terhadap perempuan tu zero tahu tak? Macam mana dia nak suka kau kalau nafsu dia ada kat lelaki?" Terdiam Alette mendengarnya.

Dia tahu Melantha merisaukannya. Melantha ialah kawan sejak kecil Alette, semua masalahnya dia ingin Melantha tahu. Janji mereka masa kecil jangan sesekali menyimpan rahsia masih diingati sampai sekarang.

"Kau tahu ke tips nak buat lelaki tergoda dengan perempuan, heheh," sakat Alette seraya tersengih-sengih.

"Aku tak main-main, Al!" Aduh, singa dan mengamuk. Alette memuncung bibir, melabuhkan kepalanya di atas lengan yang berada atas meja sambil menatap Melantha.

Melantha mengeluh kecil. Kawannya yang satu ini benar-benar degil.

"Malas aku nak layan kau. Lebih baik aku ponteng kelas." Selamba sahaja Melantha bangun dari duduknya buat Alette mengembungkan pipi. Haish, si singa ini merajuk pula.

"Kau ni asyik-asyik ponteng kelas! Kesian abang kau tahu tak?" marah Alette.

"Biarlah! Aku nak jadi bodoh seumur hidup." Alette tercengang mendengarnya. Biar betul Melantha ini.

Lantas Alette bangun dari terus duduk, kalau dia biarkan Melantha memang betul-betul bodoh kawannya nanti.

"Mel! Cepat kembali ke kelas!" Ditarik pergelangan tangan Melantha, namun Melantha tidak mempedulikannya. Masih dengan rajuknya.

"Tak nak! Tak nak!"

Eii, ada nanti Alette kasi penyepak free. Nasib sayang.

+++

"DAH balik?"

Terhenti langkah Halilintar saat disapa seseorang. Mata emas itu sedang menatapnya sambil menyilangkan tangan, tubuh Gempa menyandar pada pintu kamar tidur Halilintar. Menatapnya terus.

Mata Gempa terpandang tangan Halilintar yang sepertinya terhiris sesuatu. Lantas lelaki itu menarik tangan adiknya. Ini luka bermain pedang.

"Siapa buat tangan kau macam ni?" soal Gempa khawatir. Halilintar hanya bereaksi tenang.

"Aku main pedang." Tersentak Gempa mendengarnya. Pedang?

"Aku kan tak izinkan kau main pedang! Kau dah kenapa, Hali?"

Halilintar tidak menjawab, sebaliknya dengan berani menatap mata emas milik Gempa. Gempa mula melepaskan kasar tangan Halilintar seraya mengusutkan rambutnya. Apa Halilintar sengaja mencabar kesabarannya?

"Jangan main pedang lagi," ujar Gempa sambil menatap tangan Halilintar yang terluka.

"Ice yang ajar aku main pedang, jadi abang tak perlu risau." Membulat mata Gempa mendengarnya.

"Hali!" herdiknya kuat. Halilintar mengenggam tangannya membentuk penumbuk.

Dia muak hidup sesuai keinginan Gempa. Halilintar bukan boneka, melainkan manusia. Tetapi keluarga ini telah membesarkannya, Halilintar berasa dia tidak layak melawan. Namun sedikit sahaja, dia ingin berasa bebas walaupun sedikit.

Namun Gempa tidak pernah mengertinya.

"Aku tak kisah siapa ajar kau main pedang ke tak, tapi aku tetap tak izinkan kau main pedang, Hali. Kenapa kau belum faham? Aku buat semua ni demi keselamatan kau, tolonglah mengerti," pujuk Gempa cuba tidak memarahi Halilintar. Dia begitu menyayangi Halilintar, kerana itu Gempa ingin Halilintar hidup sesuai keinginannya.

Walaupun beribu kali Halilintar cuba memahami mengapa Gempa membuatnya begini, dia masih tidak mengerti.

"Aku takkan susahkan abang." Halilintar masih berkeras buat Gempa mulai resah.

Tidak. Bukan ini yang Gempa mahukan. Kedua-dua belah bahu Halilintar digenggamnya kasar buat Halilintar berasa sakit, tajam tatapan Gempa terhadapnya. Sepertinya Halilintar telah membuat kesalahan.

"Aku mohon ikut cakap aku, Hali," desaknya dengan nada yang tegas.

"Kau boneka aku, jadi turutkan semua apa yang aku cakap. Mengerti?" Halilintar meneguk liur. Suara yang cuba mendiamkannya, bahawa Gempa sahaja yang layak menentukan hidupnya.

Apabila menjadi hantu, Halilintar berasa bebas. Dia bebas melihat dunia luar, melihat para manusia yang bekerja mencari rezeki. Baginya, itu kebahagiaan. Tiada yang lebih indah selain itu.

"Kenapa?" Terangkat kening Gempa apabila Halilintar tiba-tiba bersuara.

"Kenapa aku tak boleh hidup macam orang lain?" Terseksa. Dia ingin berkawan dengan ramai orang dan ketawa bersama mereka.

Halilintar mengimpikannya, kebahagiaan itu. Dia ingin bebas memilih hidupnya seperti apa. Bukan mengikut kemahuan Gempa.

"Kau tak boleh, Hali. Kau milik aku, selamanya. Aku tak boleh biarkan kau hidup tanpa keinginan aku. Aku akan buang kau kalau kau melawan. Jadi Hali, jangan cuba-cuba untuk menaikkan marah aku."

Halilintar mengetap bibir. Itu bukan pernyataan cinta atau sayang, namun keserakahan ingin memiliki sesuatu dalam dirinya.

"Kau adik yang baik, kan?"

Betapa kejinya.

+++

NERAKA buatan.

"Makan." Taufan memandang lemah otak manusia di hadapan matanya. Apa dia kena makan ini lagi? Setiap hari makanannya hanya ini.

Tiga bulan, Taufan hanya perlu bertahan tiga bulan di tempat seperti neraka ini. Dia hanya ingin Halilintar selamat dan tidak perlu memikirkan dirinya, Taufan tetap mahu berpura baik-baik sahaja.

Sedangkan dirinya benar-benar tidak baik.

Semakin lama, tatapan mata Taufan tiada perasaan. Dia memakan otak manusia, diikat leher dan dicekik, dipukul dengan besi. Dan yang paling mengerikan, dia harus berlawan dengan orang lain secara paksa.

Bahkan sampai membunuh.

"Okey, sekarang kamu semua berlawan untuk hilangkan stress selama ini." Fikiran bodoh. Dia cuma ingin kami semua mati di tempat ini. Taufan mengetap bibir.

Ada satu lelaki berlari datang menyerangnya tanpa berfikir panjang buat Taufan berdecit kesal. Buku limanya menumbuk kuat bawah dagu lelaki itu hingga tewas. Keringat yang mengalir disekanya kasar.

"Serang dia!"

"Yah!"

Taufan mengelak beberapa tumbukan yang dikenakan terhadapnya dengan cekap. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang membawa pisau buat Taufan membulat mata. Dari mana datangnya pisau itu?

Lantas Taufan berpaling memandang Fang yang dari tadi tersenyum sinis. Apa lelaki itu yang memberinya pisau? Saat Taufan lengah, lelaki yang membawa pisau itu menyerangnya. Pipi Taufan yang terkena mata pisau lelaki itu mulai mengeluarkan darah.

"Mati kau!" jerit lelaki itu dengan marahnya yang membuak-buak. Saat lelaki itu ingin menikam Taufan dengam pisau, laju Taufan mengenggam pergelangan tangan lelaki itu. Pisau di tangannya dibiarkan jatuh ke bawah secara paksa.

Lelaki itu mulai panik. Taufan sengaja menendang perut lelaki itu hingga jatuh ke tanah buat dia mengerang kesakitan. Mata biru laut Taufan memandang pisau yang sengaja dijatuhkan.

Menggigil ketakutan lelaki itu apabila Taufan sedang memegang pisau.

"Ja... jangan apa-apakan aku! Aku bersalah! Tolong... tolong aku!"

Namun tiada siapa yang peduli pertolongannya. Mereka sibuk berlawan sampai mati. Taufan memandang datar wajah lelaki yang ketakutan memandang pisau di tangannya.

"Tapi aku perlu hidup," ujar Taufan lemah. Lelaki itu mengetap bibir memandang Taufan, dia takut. Takut dibunuh.

"Aku perlu kuat untuk lindungi dia. Dia satu-satunya kawan aku, selama ini aku berusaha tarik perhatian dia. Aku tak nak usaha aku sia-sia. Jadi kau kena mati," luah Taufan memandang ke arah lelaki itu.

"Tolong... tolong jangan apa-apakan aku. Aku nak hidup..."

Rayuannya tidak dipedulikan Taufan. Ditusuk kuat pisau mengenai jantung lelaki itu buat lelaki itu mengerang kesakitan yang teramat.

Shrak! Shrak!

"Argh! Akh! Argh!"

Tidak dipedulikan dengan tatapan mereka yang menatapnya membunuh lelaki ini dengan kejam. Taufan bagaikan kehilangan diri, terus menusuk pisau itu mengenai jantungnya dengan laju tanpa henti. Darah yang terpercik di wajah dibiarkan.

Satu-satunya kawan. Walau ada beribu kawannya, tetap Halilintar nombor satu.

Kerana Halilintar pernah menyelamatkannya di saat semua berpaling. Taufan fikir Halilintar tidak mengingati itu, betapa bodohnya dia sahaja yang ingat Halilintar pernah menyelamatkannya, tetapi Halilintar tidak.

"Maaf... aku terpaksa. Demi bertahan hidup di neraka buatan ni."

Dijatuhkan pisau yang terus menikam jantung lelaki itu. Taufan cuba tidak memandang perbuatannya. Bawah bibir diketap kuat.

"Maaf."

+++

MELANTHA SEBASTIAN [kehancuran]
[warna mata : biru]

+ berusia 15 tahun
+ adik Thorn, sukakan cabaran, suka ponteng kelas
+ tukang buat masalah, keras kepala, merajuk tak bertempat

+++

Finished on Sunday, 25 February 2024
Published on Sunday, 10 March 2024

1460 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro