28 + kematian

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

28 + kematian

"AKH... argh..." Dada digenggam sakit. Dia sudah menyuruh Thorn melarikan diri. Tangannya setia berpaut pada dinding, cuba membangunkan diri yang jatuh terkena serangan lelaki syaitan di hadapannya.

"Uhuk! Uhuk!" Batuknya mulai mengeluarkan darah buat Gempa tergamam. Namun belum sempat Gempa melancarkan serangan, lehernya dicekik lalu dijatuhkan sekali lagi tubuhnya.

"Lawan aku!" desak lelaki syaitan di hadapannya. Matanya merah, dan taring yang tajam. Ada dua tanduk di atas kepalanya.

Kenapa tubuhnya melemah begini? Gempa tidak tahu alasannya. Tubuhnya masih sakit terkena serangan ketika menyelamatkan Thorn. Namun ini aneh, kenapa seakan-akan ada yang ingin mencabut nyawanya?

Sakit. Apa dia ada terminum racun?

Lelaki syaitan itu mula memandang Gempa dengan tatapan bosan. Tiada serangan daripada Gempa buat hatinya kesal. Gempa menderita dengan sakit yang dihadapinya, tidak henti-henti batuk darah yang kedengaran.

Terangkat kening Gempa apabila lelaki syaitan tersebut sepertinya menghampiri sesuatu. Membulat matanya.

Dengan keadaannya sekarang, apa berhasil?

"Jangan berpaling dari aku!" jeritnya lantang seraya mengeluarkan tanah pelindung. Namun dalam sekelip mata pelindungnya hancur diserang lelaki syaitan itu.

"Cis, aku ingat kau dah mati! Dari tadi batuk je kerja," marahnya kesal buat Gempa mengetap bibir.

Sesekali Gempa berpaling ke belakang, nafas dihembus lega saat dia berhasil menghalang serangan lelaki syaitan tersebut mengenai Blaze dan Ice. Blaze dan Ice yang kebetulan jalan bersama ingin memburu syaitan.

"Kau orang okey? Maaf, pertahanan aku terlalu lemah buat masa sekarang. Aku tak dapat lindungi kau orang, jadi berusahalah untuk selamat," ujarnya lemah. Gempa mulai mengelap keringat yang mengalir.

Berubah air muka Blaze dan Ice mendengarnya. Mana mungkin mereka berdua biarkan Gempa berjuang sendirian mengalahkan lelaki syaitan di hadapan mata. Blaze mula mengetap bibir, maju ke depan tanpa sedar menyentakkan Gempa dan Ice.

"Apa kau cuba bu... uhuk!" Terbatuk Gempa belum sempat meneruskan ayatnya. Tajam Blaze menatap lelaki syaitan di hadapan matanya.

Blaze mempersiapkan diri untuk menyerang lelaki syaitan di hadapannya. Lelaki syaitan tersebut memandangnya sinis, lantas tangannya pantas menyerang tubuh Blaze. Cepat-cepat Blaze menunduk seraya melayangkan pukulan api tepat mengenai wajahnya.

"Biar aku saja, kau lari sana, ketua," arah Blaze mulai menyerang sekali lagi syaitan. Dia tidak hiraukan jika tubuhnya terluka mengenai serangan lelaki syaitan tersebut.

"Aku juga ikut serang." Tergamam Blaze apabila Ice berada di sebelahnya.

Ice mula mengeluarkan pedangnya. Busur memanah yang amat besar dikeluarkan lalu pedang dijadikan sebagai anak panah. Ice percaya diri melepaskan pedangnya, kerana itu dia berlatih bersungguh-sungguh demi ini.

Memanah dan pedang.

"Badan kau sekecil tu Ice, memangnya kau dapat tarik anak panah sebesar tu? Lagi-lagi tu pedang." Khawatir pula Blaze lihat Ice.

"Apa kau pernah lihat aku tak berhasil?"

Terkelu lidah Blaze mendengarnya. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Lelaki syaitan itu sudah tersenyum menyeringai, merasakan suasana mulai menarik.

"Apa-apa pun Blaze, jangan sampai kalah."

"Aku tahu, kau pun sama! Kita akan serang sama-sama."

Gempa tergamam. Tidak menyangka Blaze dan Ice sanggup berada di hadapan untuk melindunginya. Bawah bibir digigit kuat, apa gunanya jawatan ketua ini? Dia tidak dapat melakukan apa-apa.

Sekurang-kurangnya... dia ingin membantu sedikit.

"Ketua, kau perlu selamatkan adik kau, kan? Jangan fikirkan kami. Pergilah!" teriak Blaze yang sedang menahan serangan lelaki syaitan tersebut. Ice bersiap sedia ingin menarik pedangnya.

Hali. Adiknya lemah, Halilintar tidak akan mampu bertahan di dunia yang kejam ini. Gempa berusaha bangun dari terus jatuh terduduk, dia perlu ke tempat Halilintar berada. Hatinya berkali-kali memohon agar Halilintar baik-baik sahaja.

Lari. Dia perlu lari sepantas mungkin. Walau kakinya ingin putus, walau batuk darahnya tiada penghujung, walau tubuh ini terus sakit-sakit.

Jatuh, bangun lagi.

Halilintar ialah satu-satunya keluarga yang Gempa ada.

'Diri aku terlalu teruk, tak layak dianggap abang oleh kau.'

'Tapi aku mohon bersungguh-sungguh, kau yang merupakan satu-satunya keluarga.'

'Aku harap aku sempat.'

"Hali!" Gempa jerit, meski suaranya hampir hilang. Nafas tercungap-cungap kerana berlari ingin menemui Halilintar.

Halilintar berpaling saat namanya diseru. Mata merahnya bertembung dengan sepasang iris keemasan milik Gempa. Entah kenapa jarak mereka berdua sangat jauh, terlalu jauh. Apa Gempa dapat meraihnya?

Halilintar ada di hadapan mata, tapi Gempa rasa jauh.

"Abang?" Membesar mata Gempa apabila melihat syaitan ingin melancarkan serangan ke arah Halilintar.

Lari, lari dan lari.

Ruangan yang sunyi, hanya kedengaran bunyi Gempa yang mengerang sakit akibat belakangnya ditusuk tangan syaitan tersebut, menembus jantungnya. Matanya terpejam-pejam, berasa sakit. Halilintar yang hilang kata-kata, melihat Gempa melindunginya.

Kematian. Halilintar menyaksikannya. Kasar sahaja syaitan tersebut menarik kembali tangannya buat Gempa terbelalak mata.

"Cis!" Syaitan tersebut berasa kesal.

Perlahan-lahan tubuh Gempa jatuh terduduk di hadapan Halilintar. Halilintar diam tidak bersuara, sedangkan bola matanya bergetar hebat.

"Kau... okey?" soal Gempa. Halilintar mengetap bawah bibir.

"Ke... kenapa?" Suara Halilintar bergetar hebat. Perasaan aneh. Kenapa matanya memanas? Kenapa dadanya terasa sesak tiba-tiba?

"Abang akan pergi? Abang... nak tinggalkan aku?" Ini aneh. Kenapa sesak begini?

Untuk saat-saat terakhir, Gempa melemparkan senyuman buat Halilintar. Dia jadi teringat, kenangannya. Detik-detik bersama Halilintar amat berharga, dia menyayangi lelaki itu. Namun pada masa yang sama, Gempa membencinya.

Tetapi semua ini kerana salahnya, bukan Halilintar. Dia tidak layak membenci adiknya sendiri.

"Ka... kalau aku mati sekarang, janji dengan aku... janji untuk terus hidup. Maaf... aku tak dapat bersama kau lebih lama."

Terdiam Halilintar mendengarnya.

"Kenapa bos tiba-tiba suruh balik ni? Aku belum puas enjoy lagi," rungut syaitan tersebut kesal setelah menerima panggilan.

Syaitan tersebut mula menghilang bagai debu menyentakkan Halilintar. Apa yang telah berlaku? Para syaitan tiba-tiba beredar, sedangkan ini kesempatannya untuk membunuh Halilintar yang berada di hadapan mata.

Halilintar mula menundukkan tubuhnya. Mata yang terpejam dan tiada lagi kedengaran nafas daripada Gempa. Hati-hati tubuh Gempa didukung sehingga darah abangnya mengenai tangan Halilintar.

Tanpa sedar air matanya mengalir mengenai wajah Gempa. Semakin deras, tidak berhenti turun. Betapa sesak dadanya ketika ini, menyaksikan abang sendiri mati dibunuh dengan kejam. Semakin kuat Halilintar menggenggam tubuh Gempa.

"Ha... Hali." Terhenti Blaze dari meneruskan ayatnya, Ice turut tergamam di sebelah Blaze. Mereka berlari ingin berjumpa Gempa setelah membunuh syaitan.

Thorn yang baru datang bersama penawarnya, diam tidak berkutik. Tiada gunanya lagi, dia sudah terlambat. Gempa sudah mati.

Bahkan mereka tidak dapat menyelamatkan semuanya.

+++

"PERINGATAN semua! Lindungi diri kalian kerana sekarang terjadi pembunuhan beramai-ramai. Selamatkan diri kalian! Ah, tentu sahaja aku takkan melepaskan kalian semua."

Terangkat kening Halilintar. Pembunuhan? Seperti yang disuruh Hayes, dia memerhati Taufan di tempat hukuman. Saat mendengar pengumuman tersebut, para pesalah yang berada di tempat hukuman mulai berasa cemas.

Ini terlalu mendadak. Siapa yang mulakan pembunuhan?

Apa dia selamatkan sahaja?

"Bunuh... bunuh dia! Aku tak nak mati lagi!" jerit salah satu pesalah mula menghampiri Taufan yang nyenyak tidur, siap berdengkur lagi. Halilintar tersentak.

Para pesalah mula berkumpul di hadapan Taufan yang sedang tidur. Ada yang menelan liur, ada yang menggigil seluruh badan, ada yang percaya diri dengan kekuatannya. Air liur ditelan Halilintar, pahit.

Menyusahkan, haih.

Belum sempat seorang lelaki ingin menghancurkan kepala Taufam menggunakan kerusi, laju Halilintar menarik kuat pergelangan tangan Taufan yang sedang tidur. Automatik segar mata Taufan, dia kaget seketika.

Halilintar hanya cuba-cuba sahaja, kenapa dia boleh menarik tangan Taufan? Sedangkan sekarang dia hantu.

"Ah! Siapa tarik aku ni? Lepaskan aku!" Taufan menjerit keras. Tangannya tetap tidak dilepaskan.

Apa pun, selamatkan dulu!

Taufan yang masih tertanya-tanya kenapa dirinya dibawa halimunan, secara tidak sedar sudah keluar dari tempat hukuman. Halilintar keluar menggunakan jalan selain ke kamar Sakura agar nanti tidak bertemu Gempa.

Ada satu pintu khas untuk melarikan diri dari musuh.

Sesekali Halilintar melirik ke arah Taufan, tangannya yang masih menarik pergelangan tangan lelaki itu mula dilepaskan buat Taufan tersentak.

"Kau... kau siapa? Kenapa aku tak boleh lihat kau? Aku betul-betul rasa ada orang tarik aku. Apa aku dah gila macam Hali?" Entah kenapa Halilintar kesal mendengarnya. Apa sia-sia sahaja usahanya menyelamatkan Taufan?

Taufan masih berfikir, tetapi dia sudah keluar dari tempat hukuman. Bukankah ini bagus? Walaupun masih tertanya-tanya macam mana dia keluar dari sana.

Halilintar memandang tangannya yang tadi menarik pergelangan tangan Taufan. Ini aneh. Ternyata dia boleh menyentuh manusia jika ingin menyelamatkan sesuatu. Jadi kena ada rasa ingin buat sesuatu itu selamat, ya?

Halilintar cuba membuat tangannya tembus pada wajah Taufan. Benar-benar tembus.

"Kenapa aku rasa pelik, eh?" Taufan menyoal sendiri sambil menggosok tubuhnya sendiri. Tiba-tiba merinding.

Tadi ada pembunuhan katanya? Pasti Hayes tidak baik-baik sahaja. Halilintar berfikir apa dia dapat membantu dalam bentuk hantu begini. Tiba-tiba Halilintar mendapat idea.

Tajam matanya menatap Taufan yang masih lagi berfikir.

"Kenapa sekarang aku rasa ada yang pandang aku pulak ni? Jangan-jangan aku betul-betul dah gila?" fikir Taufan seraya menggelengkan kepala berkali-kali. Tidak mungkin.

Ini kesempatan bagus!

Finished on Sunday, 10 March 2024
Published on Friday, 29 March 2024

1420 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro