46 + kamar sakura

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

46 + kamar sakura

HALILINTAR sembunyi di balik pokok sambil mencuri pandang. Sekarang Halilintar dalam bentuk hantu, tetapi untuk berhati-hati sahaja.

Kerana 'perempuan' itu boleh melihatnya.

Merah-merah wajah Halilintar saat melihat orang yang ingin dilihatnya. Selepas kejadian itu, Halilintar jadi tidak tahu ingin berbuat apa. Dia masih tidak dapat melupakannya, bahkan kini jantung Halilintar berdebar sedangkan jarak mereka berdua jauh.

"Alette..." Nama gadis itu disebut Halilintar perlahan. Sah, dia sudah angau.

Bukan 'nenek', tetapi nama gadis yang hampir mengambil ciuman pertamanya.

"Kau gunting rambut?" soal Melantha yang perasan rambut Alette sudah pendek.

Alette mengangkat kening, tersenyum kecil. Baju sukan tersarung pada tubuh, menandakan kelas mereka akan melakukan aktiviti sukan.

Pemanasan dilakukan Alette terlebih dahulu. Cuba membuang jauh-jauh ingatan memalukan tempoh hari.

"Fuh... jom!"

Lama Halilintar memerhati, sampai tidak sedar kedua-dua pipi mulai merah dan bibir tersenyum tanpa sedar. Tingkah Halilintar benar-benar seperti lelaki miang yang tidak lepas melihat perempuan. Namun, cuba jelaskan mengapa jantungnya berdegup begitu laju?

Halilintar lantas menekup wajah yang terasa bahang.

"Apa yang kau lakukan, Hali? Aku dah gila."

"Akh!"

"Al, kau okey? Kenapa kau tak fokus?" soal Melantha seraya membantu Alette berdiri. Gadis itu terjatuh akibat terkena lemparan bolanya.

Selalunya Alette tidak begini. Apa yang mengganggu fikiran gadis ini? Alette hanya tersenyum kelat, membiarkam sahaja Melantha membantunya berdiri. Sedangkan dia sudah berusaha melupakan kejadian tempoh hari.

Halilintar tersentak. Alette terluka?

"Kau rehat dekat bilik rawatan. Muka kau macam tak sihat je ni," suruh Melantha agak risau. Alette menggeleng perlahan, dia masih mampu lagi.

"Aku okey," balas Alette.

"Dengar cakap aku, Al! Kau tak okey, jangan sampai aku heret kau pergi bilik rawatan. Aku risau." Melantha menunjukkan kekhawatirannya, dia benar-benar tidak mahu Alette menyembunyikan rasa sakit.

Sekuat-kuat Melantha, dia lemah terhadap orang yang dia sayang.

Alette mengeluh berat. Melantha mendesaknya.

"Okey, okey. Aku pergi." Kalau nak bercakap mengenai ini secara berterusan, memang takkan habis. Lebih baik Alette mengalah dan menuruti sahaja.

"Bagus. Dah, pergi sana. Shuh! Shuh!" Tangan mengarah untuk menghalau Alette.

Alette pasang wajah sedih. Bibir memuncung ke depan. Macam suka sahaja Melantha kalau dia tiada. Dengan langkah yang lemah Alette berjalan pergi ke bilik rawatan setelah mendapatkan izin daripada guru. Punggung dilabuhkan atas katil.

Keluhan berat dilepaskan. Rambut dikusutkan Alette, berasa serabut. Automatik wajahnya membahang panas.

"Aku rasa kena jumpa doktor, aku betul-betul dah tak normal. Kenapa aku tak boleh berhenti ingat dia? Al, anggap je semua tu tak pernah wujud!" omel Alette kepada dirinya sendiri. Sengaja memukul kepala sendiri.

"Argh!" Jeritan dilepaskan. Muka disembamkan pada bantal seraya selimut ditarik menutupi seluruh tubuh. Baik dia tidur sahaja.

Malas memikirkan jantungnya yang asyik berdetak kencang daripada tadi.

Halilintar menjengukkan kepala saat sedar Alette sudah melelapkan mata. Dengan langkah berhati-hati dia mendekati gadis yang sudah tertidur, meskipun Halilintar dalam bentuk hantu sekarang. Dia hanya tidak mahu ketahuan kerana Alette boleh melihatnya.

Plastik yang berisi ubat luka dilihat Halilintar, Halilintar sempat pergi curi dekat farmasi.

"Aku buka sekejap," katanya perlahan. Hati-hati Halilintar membuka selimut yang menutupi wajah Alette.

Ternyata gadis itu benar-benar tidur. Air liur ditelan Halilintar. Tangannya mula menyapu ubat pada dahi Alette yang terluka kerana terkena lemparan bola. Halilintar meniup lukanya perlahan.

Dahi Alette yang sudah disapu dengan ubat mula dilekatnya dengan kapas. Bibir Halilintar tersenyum tipis. Lama menatap wajah cantik itu tertidur tanpa menyedari kehadirannya.

"Maaf. Aku dah hampir curi ciuman pertama kau."

"Ne... Al... Alette. Aku teruk." Merah padam wajah Halilintar mengatakannya. Dia memanggil nama gadis itu.

Halilintar benar-benar sudah hilang akal. Tanpa membuang masa, dia menutup semula wajah gadis itu dengan selimut. Kaki membuka langkah pergi dari bilik rawatan. Saat dirasakan tiada tanda-tanda kehadiran Halilintar, selimut ditarik keluar.

Alette laju menekup mulut.

"Apa yang awak buat, Hali?" Jantungnya seakan mahu tercabut. Mana mungkin Alette tidak sedar kehadiran lelaki itu.

Alette cuba menghindarinya, namun Halilintar malah mendekat senyap-senyap. Berguling-guling Alette atas katil kerana malu yang tidak tertahan, sampai tangan mulai menyentuh dahi berbalut kapas.

Tanpa sedar terukir senyuman di bibir Alette.

"Hali panggil nama aku, heheh."

[♡]

"JELASKAN kepada aku, Thorn."

"Ap... apa jadi? Thorn!" Bergegas ahli Sakura lainnya berlari masuk ke dalam kamar Sakura saat mendengar kamar Sakura mengalami kerosakan parah.

Thorn menunduk sambil memeluk Tonton, tidak lama itu Thorn angkat kepala menatap sepasang iris kuning keemasan milik Gempa. Mata bertaut mata. Bibir bergetar hebat, cuba mengatakan sesuatu sedangkan hati berasa gelisah.

"Begini... ketua."

"Thorn!" jerit Solar yang turun naik nafasnya. Bagai dikejar hantu saat dia mendengar Thorn terlibat dalam merosakkan kamar Sakura.

Thorn tergamam apabila Solar berlari seraya memeluk tubuhnya erat. Gempa dan ahli Sakura lainnya kehilangan kata-kata melihat itu. Tonton yang berasa sesak kerana dihimpit di tengah-tengah antara Thorn dan Solar cuba melepaskan diri.

Mengiau kuat.

"Meow... meow!" Lepaskan Tonton!

"Thorn, kau cedera?" soal Solar setelah merasakan lama memeluk tubuh Thorn. Dileraikan pelukan, kuat Solar menggenggam kedua-dua bahu lelaki itu.

Thorn tersenyum kecil. Solar menangis tanpa sedar, lantas Thorn membuka blazer hitamnya lalu ditutup kepala lelaki itu. Agar tiada yang melihat Solar baru sahaja mengalirkan air mata. Seketika Solar terdiam, cuba angkat kepala memandang Thorn.

Daripada terus tercegat, Thorn lantas melepaskan Tonton. Kakinya melangkah sambil mata hijau bersih itu memandang lima manusia yang berada di hadapan mata. Saat berhadapan dengan Gempa, Thorn tidak sedar telah menelan liur.

"Maaf, ketua. Aku boleh jelaskan."

Gulp.

"Apapun, duduk dulu," ajak Gempa mula mengeluarkam keluhan. Dia tidaklah begitu kejam menyuruh semua ahli Sakura berdiri lama-lama.

Taufan yang mendengar tersengih-sengih canggung.

"Ketua... sofa kan dah rosak," celah Taufan.

"Lantai ada, kan?" Automatik ahli Sakura duduk bersila atas lantai. Kecuali Ice, lelaki itu sudah terlebih dahulu membaluti diri dengan selimut dan memeluk plushie ikan puas yang baru dibeli atas lantai.

Hayes menekup mulut yang terasa mahu menguap. Benar-benar kacau. Eirene yang tidak tahu apa-apa yang berlaku, seronok bermain dengan patung beruang kesayangannya. Sampai Taufan dan Blaze memandang aneh ke arah Halilintar a.k.a Hayes.

Tidak akanlah Halilintar sudah menjadi ayah. Bukankah sekarang terlalu muda?

"Psst! Anak Hali ke tu?" soal Taufan yang sudah mula menyebarkan gosip bukan-bukan. Blaze tersentak, lagi-lagi Solar turut mencuri dengar. Nak tahu juga.

"Aku dengar. Eirene bukan anak aku." Tanpa ragu-ragu Hayes terus menyampuk. Suara Taufan bahkan amat jelas.

Taufan menepuk mulut sendiri. Berasa malu dengan kata-katanya sendiri. Jadi nama budak perempuan itu Eirene?

"Apa jadi?" Prang! Pintu yang hampir hancur, sepenuhnya hancur disebabkan kekuatan Melantha. Bergegas Melantha ke kamar Sakura saat mendengar berita kamar Sakura mengalami kerosakan.

"Hik!" Tanpa sedar Taufan cegukan, cepat-cepat lelaki itu menyorok belakang tubuh Hayes mengagetkan Hayes yang sedang melayan Eirene. Sudah buang tabiatkah?

"Wow! Aku tak sangka kau sekuat ni Mel, nanti kita adu kekuatan, argh!" ajak Blaze penuh bersemangat bersama matanya yang mulai bersinar-sinar teruja. Bila orang kuat, memang Blaze tidak mahu melepaskannya.

Melantha pasang wajah jengkel.

"Gempa! Jelaskan kepada aku!" jerit Melantha dengan lantang. Gempa sudah mengeluarkan keluhan entah kali keberapa sudah, pintu hancur sepenuhnya.

Kemudian Gempa memandang Thorn semula buat Thorn terhinjut bahu tanpa sedar. Bunyi dengkuran tidur Ice tidak mengganggu Thorn dalam menyampaikan apa yang terjadi sampai menyebabkan kamar Sakura bersepah sana sini.

"Sebenarnya... Tonton."

"Tonton?" soal mereka semua aneh kecuali Ice yang tidur mati. Entah bila agaknya mahu bangun.

Thorn menggaru kepala yang berasa gatal tiba-tiba.

"Nama kucing aku. Aku tadi siram pokok, lepas tu Tonton hilang. Nasib aku letak alat berupa rantai loceng yang boleh buat aku jejak lokasi Tonton. Rupanya Tonton berjaya masuk Oak Valley dan merosakkan kamar Sakura. Aku tak sangka sampai sejauh ni... aku cuai."

Terlopong hebat mereka semua kecuali Ice mendengar kisah menyayat hati mahupun menyakitkan hati itu daripada Thorn. Sekuat apakah kucing yang bernama Tonton sampai membuat kerosakan teruk begini? Kekuatannya luar biasa! Sampai almari terbelah dua.

"Thorn... mana kau kutip kucing tu?"

Thorn mengangkat kening. Tonton, ke?

"Tonton sebenarnya kucing dari keluarga ibu Mel, tapi ibu Mel beri kat Thorn sebagai hadiah ulang tahun. Heheh!" terang Thorn teruja buat mereka semua kecuali Ice bungkam teruk.

Patutlah kekuatan Tonton itu luar biasa, ternyata kucing keluarga ibu Melantha. Mengingat Melantha yang pernah diberi nama panggilan iaitu 'Gadis Pemusnah', menegakkan bulu roma secara mendadak.

Gempa tatap wajah ahli Sakura yang berada di hadapan matanya. Tiada cara lain lagi selain pilihan ini. Pilihan yang dapat mengubah kamar Sakura menjadi tempat yang layak dipanggil kamar!

"Ahli Sakura, mari cari kerja!"

Rain akan delete kiss scene (bibir) yg berada dlm book ni dan book ii lain rain, harap maklum :)

Finished on Friday, 10 May 2024
Published on Tuesday, 21 May 2024

1408 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro