5 + masa lalu

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

5 + masa lalu

MATA yang lama terpejam dibuka. Bola mata merahnya melilau sekeliling, kosong. Hayes berasa aneh, bukankah tadi dia tidur menyandar pada pohon sakura? Tubuhnya mula bereaksi aneh, seakan-akan mahu lemas.

Hayes yang merasakan bakal lemas di dalam airnya yang begitu dalam, dia seperti melihat seseorang cuba datang menyelamat.

Lelaki itu menarik tangannya, keluar dari air yang terasa begitu dalam. Bagaimana dia boleh lemas? Hayes tidak tahu, ini aneh sekali. Tubuhnya digoncang-goncang lelaki tersebut, cuba menyedarkannya.

"Kau orang pergi mana, hah? Tak sedar Hali lemas? Semua dipecat, jangan pernah tunjukkan muka kau orang kat aku! Pergi!" marahnya buat beberapa pelayan di situ mula mengundurkan diri. Tidak menyangka mereka malah dipecat.

Kepala adik lelakinya dipangku atas paha, digunakan segala cara untuk menyedarkan Halilintar. Tidak lama itu, perlahan-lahan adik lelakinya mencelikkan mata buat lelaki beriris kuning keemasan automatik menyentuh kedua-dua belah pipi Halilintar.

Hayes membuka matanya. Ada seorang lelaki yang menghiasi pandangannya.

"Hali, kau dah sedar? Apa kau berniat nak bunuh diri dengan cara ni? Kau nak tinggalkan aku?" soalnya berkali-kali buat Hayes berkerut dahi. Siapa pula yang bernama Hali ini?

Hayes menepis tangan lelaki tersebut yang menyentuh pipinya. Gempa tergamam.

"Siapa kau?" Terdiam Gempa mendengarnya. Mata merah itu sedang menatapnya, seolah-olah tidak mengenali siapa dia.

Gempa cuba tersenyum. Tidak mungkin Halilintar terus hilang ingatan, apa Halilintar sedang melawak dengannya?

"Apa maksud kau? Aku ni abang kau. Kau adik aku, Halilintar Grandville. Hahah." Gempa ketawa canggung buat Hayes berkerut aneh. Dia menjarakkan diri daripada Gempa.

Lelaki beriris kuning keemasan itu masih menatap adiknya. Ada apa dengan Halilintar? Kenapa lelaki ini tiba-tiba sahaja pura-pura tidak mengenalinya? Apa dia ada berbuat salah?

Ini salah. Dunia ini dan lelaki di hadapannya. Mata merahnya melilau kiri dan kanan, sungguh berbeza. Di sini bukan Oak Valley, melainkan kediaman mewah. Apa dia sedang bermimpi? Mungkin begitu. Hayes yang tiba-tiba menampar muka sendiri menarik perhatian Gempa.

"Hali... kau okey? Kenapa kau ni? Kau ingat dengan cara ni aku akan ajar kau bunuh diri?" Gempa cuba mendekati Hayes. Hayes berkerut dahi.

Apa maksudnya? Siapa yang ingin diajar bunuh diri? Apa lelaki di hadapannya ini gila? Muka sahaja tampan tetapi sesuka hati menyentuhnya! Saat tangan Gempa ingin menyentuhnya, laju sahaja Hayes menepis.

"Jangan sentuh aku!"

"Kenapa dengan kau? Kau betul-betul tak ingat aku? Aku, aku abang kau. Gempa Grandville, kita membesar sama-sama di sini," jelas Gempa bersungguh-sungguh.

Abang? Hayes tiada abang. Lelaki ini mengaku abangnya, apa dia benar-benar gila? Selepas menyelamatkannya, lelaki yang mengaku abang ini ternyata gila. Hayes mula bangun lalu cuba melarikan diri. Gempa tercengang.

"Ha... Hali!"

Sial, lelaki gila itu mengejarnya! Hayes menggigit bawah bibir. Sebenarnya apa masalah lelaki tersebut? Mengaku abang pula itu.

"Berhenti, Hali! Mari kita berbincang, tolonglah dengar cakap aku!"

"Tiada apa yang perlu dibincangkan, dasar gila! Jangan kejar aku!" marah Hayes tidak puas hati. Mana pintu keluar kediaman ini? Menyusahkan betul.

Apa sebenarnya yang terjadi? Kenapa dia boleh ada di sini? Saat Hayes sedang melarikan diri, dia sampai ke taman bunga ros yang bermekaran indah. Dapat dirasakan pergelangan tangannya ditarik seseorang.

Ros merah.

"Argh... umph!" Lelaki itu menekup mulutnya apabila Hayes ingin menjerit. Hayes mengangkat kening.

Dia bertemu hantu.

"Ayah?" Terangkat kening hantu tersebut. Bagaimana hantu boleh menyentuhnya, itu tidak dipedulikan Hayes. Terkejut hantu tersebut apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk Hayes.

Halilintar perlahan-lahan membalas pelukannya. Dia tidak tahu kenapa ada orang lain dalam tubuhnya dan masih tertanya-tanya mengapa menjadi hantu lagi. Siapa orang yang sedang berada dalam tubuhnya?

"Ayah, maafkan Hayes. Hayes tahu ni mimpi, tapi Hayes nak sangat jumpa ayah. Maafkan Hayes." Halilintar terkebil-kebil. Orang dalam tubuhnya ini aneh! Kenapa tidak takut memeluk hantu?

"Ni bukan mimpi." Hayes mendongak kepalanya memandang Halilintar.

Berbeza. Ini memang ayah, tetapi kenapa ayah dalam bentuk hantu? Dan tubuh ini seperti bukan tubuhnya.

"Tolong kembalikan tubuh aku," pinta Halilintar meleraikan pelukan. Apa maksudnya?

"Hali!" Serentak Hayes dan Halilintar memandang gerangan yang menjerit. Gempa masih mengejar buat Hayes menelan liur.

Halilintar melirik tubuhnya yang dihuni orang lain. Spontan pergelangan tangan Hayes ditarik keluar dari taman bunga ros buat Hayes jadi bertembung dengan sepasang mata milik Halilintar. Ini mata ayah.

'Ibu, Hayes bertemu ayah. Ini bukan mimpi, kan?'

"Masuk sini. Kita berbincang," ajak Halilintar menyuruh Hayes masuk ke dalam kamar lama yang sudah lama tidak diguna.

"Ayah nak bincang apa?" soal Hayes tercungap-cungap nafasnya. Kenapa larian Halilintar begitu laju? Lebih laju daripada larian kilatnya.

"Ayah? Siapa ayah kau?" soal Halilintar bingung. Dari tadi orang ini memanggilnya 'ayah', sudahlah senang-senang menggunakan tubuhnya.

"Apa maksud..." Hayes mula memandang cermin yang berada di dalam kamar ini.

Wajah disentuhnya. Matanya membulat tidak percaya. Di mana tubuhnya? Wajah ini bukan wajahnya, melainkan wajah ayah yang sedang menjadi hantu. Benar-benar mirip. Apa dia memang sedang bermimpi?

Tetapi ayah kata ini bukan mimpi.

"Ni bukan aku. Kenapa aku boleh ada dalam ni? Ayah, ayah! Sekarang tahun apa?"

Halilintar berkerut dahi.

"2008."

Tergamam Hayes mendengarnya. Dia kembali ke masa lalu dan berada dalam tubuh ayahnya, bukankah ini amat mengarut? Terangkat kening Halilintar apabila Hayes tiba-tiba ketawa, apa dia sudah gila?

Bibir digigit Hayes. Wajah ini, tubuh ini, suara ini juga bukan miliknya. Apa ayahnya memang sekacak ini? Ini wajah langka! Entah kenapa Hayes jadi tidak suka melihatnya lama-lama. Lelaki itu mula berjalan ke kanan dan ke kiri berulang kali, Halilintar hanya memerhati sambil duduk di atas katil.

"Eotteoke? Haish!" Rambut dikusutkan Hayes. Ini tidak benar. Dia mula menatap tajam ke arah Halilintar.

"Macam mana ayah boleh sentuh aku?" Terangkat kening Halilintar. Ayah yang dimaksudkan dia?

"Aku tak tahu. Tapi aku cuma boleh sentuh kau." Muncul idea dalam otak Hayes mendengarnya. Ternaik bahu Halilintar apabila tiba-tiba Hayes duduk di sebelahnya.

Dia memberi isyarat kepada Halilintar suruh menyerahkan tangannya. Halilintar hanya menurut, rasanya aneh melihat dirinya ada dua. Hayes menelan liur. Tangannya cuba menyentuh tangan Halilintar.

Namun hampa, malah tembus.

"Kenapa boleh tembus? Cuba ayah pegang aku." Halilintar hanya mengangguk. Dia cuba menyentuh Hayes, tetapi tetap sahaja tembus.

Hayes sudah kehilangan kata-kata. Kenapa boleh begini? Tadi Halilintar dapat menyentuhnya. Hayes mula meraup muka, berasa kesal. Apa yang dia boleh lakukan supaya kembali ke dunia asal? Ini bukan pintanya. Hayes tidak minta untuk kembali ke masa lalu.

Di dunia ini, tiada siapa menemaninya. Fikir Hayes dapat jumpa ayahnya sudah cukup, tetapi ayah tidak mengenali Hayes. Takut.

Apa yang dia boleh lakukan?

"Aku tak tahu macam mana nak keluar dari tubuh ni. Maaf, ayah." Halilintar terdiam mendengarnya. Kenapa lelaki itu seolah-olah ingin menangis?

Ada pertanyaan yang ingin Halilintar soalkan.

"Kenapa kau panggil aku ayah?" soal Halilintar ingin tahu.

Hayes angkat kepala memandang Halilintar. Dia tersedar bahawa Halilintar kelihatan sebaya dengannya, bahawa Halilintar belum pernah berjumpa ibu. Kalau hantu ini memang benar-benar ayahnya, kenapa ayah bunuh diri? Apa kerana ayah terlalu sedih dengan kematian abangnya?

Anehnya, dia kembali ke masa ini, apa dia boleh mengubah masa depan?

"Kita pernah bertemu? Aku tak ingat." Tawa kecil keluar dari bibir Hayes menarik perhatian Halilintar.

Bibirnya cuba tersenyum memandang Halilintar yang sedang blur.

"Cepat betul ayah lupa." Halilintar mengangkat keningnya.

Lelaki ini sebenarnya siapa? Halilintar menyedari sesuatu setelah melihat wajahnya yang digunakan Hayes. Ternyata dia boleh ketawa dan tersenyum seperti itu kerana Hayes. Halilintar bersusah payah cuba ketawa dan tersenyum.

Tidak sedar Halilintar berasa kagum.

"Apa nama kau? Apa kau bukan dari dunia ni?" Ternaik kedua-dua bahu Hayes. Bagaimana ayah tahu dia bukan dari dunia ini?

Luar biasa.

Bibirnya mengukir senyum kecil. Ibu, ayah tidak tahu namanya. Bukankah ini lucu?

"Hayes." Ini bukan kisah tentang Hayes, bukan juga kisah tentang Halilintar.

Melainkan kisah ayah dan anak.

Btw watak utamanya hali dan hayes, heheh <3

Finished on Sunday, 14 January 2024
Published on Wednesday, 7 February 2024

1278 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro