53 + dulu terasa bahagia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

53 + dulu terasa bahagia

"ASAL aku rasa kita banyak bertemu dekat hospital ni?" rungut Solar tidak puas hati. Tempoh hari Halilintar masuk hospital kerana pengsan, kali ini Blaze pula pengsan kerana pening kepala.

Yang lain hanya mendiam tidak membalas soalan Solar. Solar mendengus kesal, walaupun begitu dia tetap datang menjenguk Blaze. Terangkat kening Halilintar tatkala perasan riak wajah Ice yang sedang menggenggam tangan Blaze.

Wajah Ice kelihatan khawatir. Apa Blaze baik-baik sahaja? Seperti ada masalah.

"Ice, kenapa Blaze boleh masuk hospital?" Gempa mula memecahkan kesunyian. Yang lain hanya tertumpu kepada Gempa.

Ice mengetap bibir.

"Dia pening kepala." Berkerut dahi lima jejaka mendengar hal tersebut.

"Blaze betul-betul okey?" soal Thorn dengan nada yang sebak. Walaupun Blaze orang yang panas baran, namun hati Blaze baik.

Pak! Pak!

Taufan menepuk tangan tiba-tiba. Tidak nyaman dengan suasana yang mulai suram, tawa sengaja dilepaskan.

"Blaze takkan apa-apa! Jangan risau," pujuk Taufan buat Gempa tersenyum tanpa sedar.

Solar berdecit kecil. Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar, jujur sahaja hatinya khawatir dengan keadaan Blaze namun ego lebih diutamakan. Lihat Thorn sedih kerana Blaze masih tidak sedarkan diri sempat mengusik hatinya.

Dia betul-betul lemah kalau Thorn mulai menunjukkan reaksi sedih.

"Mel mana?" soal Gempa pelik. Melantha kini ahli Sakura, sepatutnya berada di sini menjenguk Blaze yang sama ahli dengannya.

Thorn takut-takut menjawab.

"Aku lupa beritahu, heheh. Jap! Aku call dia dulu!" Cepat-cepat Thorn berlari keluar, takut dimarahi Gempa.

Gempa hanya mengurut dahi. Nak marah pun tidak dapat.

"Apa dia sakit? Kau pasti dia cuma pening kepala?" Tiba-tiba Halilintar mencelah setelah lama berdiam diri. Ice yang mendengarnya ternaik kedua-dua belah bahu tanpa sedar.

Hayes yang merupakan hantu cuba memahami situasi sekarang. Sebenarnya apa yang ayah cuba sampaikan? Sejak tadi dia tidak mengerti.

"Apa maksud kau, Hali?" soal Gempa tidak mengerti. Selalunya Halilintar diam, pelik kerana Halilintar tiba-tiba ingin tahu.

"Gempa... tolong jaga Blaze. Ada yang aku nak katakan dengan adik kau," beritahu Ice seraya berpaling menatap Halilintar.

Mata biru aquanya berlaga dengan sepasang iris merah milik Halilintar.

"Panggil aku ketua." Keluhan berat dilepaskan Gempa.

Spontan pergelangan tangan Halilintar ditarik Ice buat Halilintar tersentak hebat. Tindakan tersebut mendapat perhatian mereka semua yang berada di sini. Bawah bibir diketap Ice, tidak sangka tiba juga hari di mana dia perlu menceritakan semuanya.

Hayes hanya mengikuti mereka berdua. Ingin tahu juga apa yang dibicarakan, nasib sekarang Hayes dalam bentuk hantu.

"Kau nak bawa aku ke mana?" soal Halilintar membiarkan sahaja Ice menariknya.

"Ke tempat yang hanya ada kita berdua."

Terteguk liur Halilintar tanpa sedar tatkala Hayes mula menatapnya maut. Apa maksud tatapan itu? Hayes mengeluh berat, dia masih teringat perasaan ayah terhadapnya sampai terbawa-bawa kepada situasi sekarang.

"Ayah, kalau ayah rasa berdebar-debar beritahu aku," pinta Hayes berharap. Halilintar terkebil-kebil seketika.

Walaupun tidak mengerti, angguk sahaja.

"Okey..."

Sampai sahaja di tempat yang tidak banyak dilalui orang, tangan Halilintar dilepaskan Ice. Tercungap-cungap nafas Hayes, laju betul mereka berdua berlari. Mahu semput Hayes dibuatnya.

"Apa yang kau nak katakan?" soal Halilintar ingin tahu. Setahunya dia tidak berapa dekat dengan Ice.

Ice hanya mengajarnya main pedang, itu sahaja.

"Kau tak ingat aku?" Soalan berbalas soalan. Hayes yang merasakan suasananya mulai mengelirukan, memandang mereka berdua silih berganti.

Drama tak berbayar.

"Kau siapa?" Cukup santai Halilintar menyoal balik. Ice menunduk memandang tanah.

Itu kan hanya masa lalu.

"Tapi kau ingat Blaze." Sinis Ice berkata buat Halilintar memasang wajah tidak selesa.

Nafas ditarik Ice sedalam-dalamnya. Walaupun dia cuba merahsiakan ini, hanya Gempa yang tahu rahsia ini. Dia tidak boleh merahsiakannya lagi kepada Halilintar kerana Halilintar berhak tahu. Apa yang terjadi pada masa lalu.

"Blaze menghidap amnesia sejak kecil."

Tergamam Halilintar mendengarnya. Amnesia?

"Tapi semua tu terjadi secara tiba-tiba. Seolah-olah ada seseorang yang cuba memadamkan ingatan Blaze. Ingatan aku sempat dipadam, nasib aku ada kekuatan untuk menangkisnya."

Terlahir genius, Ice Lucille. Sejak kecil dia selalu mendapat pujian kerana kemampuannya dalam mengawal kuasa melebihi orang-orang yang bertahun-tahun latihan. Tidak hanya mempunyai paras rupawan, dia cemerlang dalam apapun.

Halilintar menundukkan kepala tatkala mendengarnya. Patutlah Blaze tidak mengingatnya sedikit.

"Tapi kenapa aku tak ingat kau?" Halilintar menyoal keliru. Ice tersenyum tipis.

Hayes sudah ternganga menonton drama tidak berbayar di hadapannya. Tidak sangka mamat api itu hilang ingatan, rupanya ada kisah antara Halilintar dan mamat api juga mamat ais! Kenapa selama ini Hayes tidak tahu?

"Blaze pernah bawa budak berambut paras bahu. Selalu berpakaian perempuan. Mata biru macam aku."

Membesar biji mata Halilintar.

"Itu kau? Tapi budak tu nama dia bukan Ice." Ice mengangguk kecil. Mengingat sewaktu kecil arwah ibu suka menghiasnya seperti anak perempuan.

"Icy. Tu nama perempuan aku. Hah..." Usai mengatakannya, Ice menekup wajah. Merah mukanya. Blaze yang memberikan nama itu.

Nasib Blaze hilang ingatan, sampai sekarang Ice tidak pernah memberitahunya.

Halilintar mengetap bibir, Ice mengatakan ada seseorang yang boleh memadamkan ingatan. Dia seperti teringatkan seseorang yang boleb berbuat begitu. Seakan-akan semua ini dirancang agar Halilintar tidak berhubungan dengan Blaze dan Ice.

"Cuba ceritakan lebih lanjut. Mungkin aku tahu sesuatu," pinta Halilintar buat Ice terdiam seketika.

"Dulu..."

+++

Beberapa tahun yang lepas,

DULU, semuanya terasa bahagia.

Tidak usah memikirkan masalah, kerana fikiran asyik mahu main.

"Icy!"

Rambut panjang yang kembang, diikat tocang kecil sebelah kanan. Kepala berpaling saat nama panggilannya diseru, automatik mata biru aquanya berlaga dengan sepasang iris jingga. Gaun yang dikenakan Ice terserlah kecantikannya.

Seperti anak perempuan.

"Aku ada kawan baru!" katanya teruja. Lelaki beriris jingga ini namanya Blaze.

Ketika usia mereka berdua masih tujuh tahun.

"Kawan baru?" Ice menyoal. Blaze angguk seraya menarik pergelangan tangannya agar ikut bersama.

Ice resah.

"Nanti ibu cari aku macam mana?" Blaze tertawa suka mendengarnya.

"Jangan risau! Aku yang akan selesaikan semuanya, heheh." Ice terangkat kening mendengar itu.

Langkah kaki kecil yang berlari, semuanya bermula saat Blaze memperkenalkan budak lelaki itu. Beriris merah seperti mawar merah, kadang seperti warna darah.

Tercungap-cungap nafas mereka berdua, akhirnya berhenti lari.

"Mana kawan baru kau tu?" Ice bertanya sambil melilau kiri kanan. Blaze malah membawanya ke semak samun.

Blaze tersenyum lebar. Tangannya melambai bebas buat Ice ikut berasa pelik. Kepada siapa Blaze melambai? Tidak mungkin hantu.

"Hali! Sini aku nak perkenalkan kawan aku!"

Ternaik kedua-dua bahu Ice saat ada yang keluar dari belakang semak samun. Hali? Sepertinya itu nama kawan baru Blaze.

Seorang budak lelaki mula keluar berhati-hati dari berlindung di sebalik semak samun. Kedua-dua tangan kecilnya menggenggam hujung pakaian yang kotor tidak dicuci bertahun-tahun. Wajahnya comot. Kerana keluarganya miskin, bekalan air kurang mencukupi. Selalunya digunakan untuk menghilangkan haus semata-mata.

Mata merah dan wajah langka. Meski penampilan seperti pengemis, namun wajahnya seperti keturunan bangsawan. Ice seketika terpana melihat keindahan wajah budak lelaki yang diperkenalkan Blaze.

"Hali, ni kawan aku. Kau boleh panggil dia Icy," beritahu Blaze mula mendekati Halilintar yang agak blur.

Ice tersenyum tipis. Tangannya dihulurkan ke arah Halilintar untuk bersalam buat Halilintar terkebil-kebil.

"Hai, kau kawan Blaze, kan?"

Laju Halilintar mengangguk.

"Kau... juya kawan Blaze?" soal Halilintar berasa gugup tiba-tiba. Dia baru sahaja belajar bercakap, jadi agak pelat sedikit. Mengejutkan kerana Halilintar jenis yang cepat belajar. Ice masih mengekalkan senyuman di bibirnya.

"Kau nak tak berkawan dengan kami?" Tergamam Halilintar mendengar perkataan yang meluncur keluar daripada bibir Ice.

Blaze yang mendengarnya ikut kaget. Ice yang selalunya malas bergaul dengan orang, malah mengajak berkawan dengan Halilintar yang baru ditemuinya? Entah kenapa Blaze ingin menyokong perbuatan tersebut.

"Baru kali ni aku setuju dengan kau, Ice! Hali, kita bertiga berkawan sekarang!" Tersengih-sengih Blaze memutuskannya.

"Kau tak nak sambut?" tanya Ice apabila Halilintar masih tidak menyambut tangannya.

Halilintar telan liur. Berkawan? Ini terlalu kejutan baginya. Perlahan-lahan tangan kecilnya menyambut huluran Ice. Mata merah bertaut dengan sepasang iris biru aqua tersebut.

Ketika ini, Halilintar tidak tahu apa yang bakal terjadi. Kerana semuanya terlalu mendadak.

+++

B O N U S

HALILINTAR GRANDVILLE
BLAZE EMERSON
ICE LUCILLE

Finished on Friday, 31 May 2024
Published on Saturday, 8 June 2024

1292 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro