55 + rumah rahsia

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

55 + rumah rahsia

"SIAPA kau?"

Kenyataan yang menyakitkan. Kita berbaring atas katil yang sama, cuma jarak bersebelahan. Ice yang sedar, melihat Blaze di sebelahnya terbaring atas katil. Sedang menyoal hal yang mampu mengusik sekeping hati milik Ice.

Bertaut mata.

"Aku tanya kau. Aku kat mana? Siapa aku?"

Hati Ice berasa sebak. Dia cuba meraih Blaze yang katil bersebelahan dengannya. Tersentak Blaze tatkala tubuh kecilnya dipeluk erat oleh Ice, dapat dirasakan baju hospital yang dikenakan terkena air mata Ice.

Tubuh Ice yang memeluknya, bergetar hebat.

"Maafkan aku. Kalau kita lebih cepat. A... aku tak dapat lindungi sesiapa. Aku... gagal." Tersekat-sekat Ice menuturkan kata. Hal yang dia sesali kerana tidak dapat melindungi semuanya. Sampai Blaze tidak dapat mengingat apa-apa.

Blaze terkelu lidah. Tidak tahu ingin bereaksi apa-apa, semua ini terasa kejutan baginya. Perlahan-lahan dia cuba membalas pelukan Ice, menyalurkan kekuatan.

"Jangan nangis."

Tanpa sedar air mata Halilintar mengalir sendiri tatkala mendengar segala yang diceritakan Ice. Hayes yang hanya menjadi tukang lihat dan tukang dengar terkejut melihat ayah mulai menitiskan air mata, begitu juga Ice.

Membesar mata Halilintar apabila Hayes tiba-tiba menutup matanya daripada belakang. Namun Halilintar tetap dapat lihat ke hadapan kerana pandangannya boleh tembus. Hayes kan hantu. Tetapi kenapa Hayes berbuat begini?

"Kenapa menangis?" soal Hayes perlahan buat hati Halilintar bergetar hebat.

Kerana kedengaran menyakitkan. Kerana yang didengarinya sangat menyakitkan. Hal-hal yang berbaur menyakitkan.

Sampai rasanya sesak.

"Kalau boleh, aku teringin nak usap air mata ayah. Tapi sebab tu mustahil, aku buat begini. Ayah boleh rasa air mata ayah diusap? Ni tanda kasih sayang. Ayah kalau rasa sebak, menangislah. Aku akan usap air mata ayah sampai kering," beritahu Hayes sempat tertawa kecil.

Halilintar mengetap bibir. Dia tidak dapat merasakan air matanya diusap, namun apabila Hayes mengatakan begitu. Dia ingin merasainya. Ice tersenyum tipis melihat Halilintar yang sedaya upaya menahan air mata.

Perlahan-lahan Ice tarik tubuh Halilintar ke dalam dakapannya buat Halilintar tergamam. Tidak tahu apa harus dia membalas pelukan ini. Semakin erat Ice memeluknya.

"Maaf kami berdua tak ada di saat kau memerlukan kami. Aku fikir kau dah mati... tapi kau tiba-tiba muncul. Rasanya gembira sangat. Rupanya aku belum kehilangan orang yang aku sayang." Luahan Ice, kedengaran sedih.

Hayes tersenyum mendengarnya. Ternyata dia tidak perlu terlalu mengkhawatirkan Halilintar kerana Halilintar ada kawan yang sangat hebat. Kawan yang masih mengingatinya, kawan yang menyayanginya.

Halilintar terkelu mendengar itu. Perlahan-lahan pelukan Ice dibalasnya erat, bawah bibir digigit sekuat mungkin. Kalau mengalirkan air mata sekarang, apa kelihatan cengeng?

"Ayah nangis saja. Aku tolong lapkan."

Tempat itu penuh darah, seperti warna matanya. Kerananya, kerananya, kerananya. Katanya kerananya.

"Maaf... aku tahu terlewat untuk mengatakan sekarang. Maafkan aku tiba-tiba menghilang... aku terseksa. Sakit sekali..." Tersekat-sekat Halilintar mengatakannya, dia menghamburkan air mata yang tidak dapat ditahan.

Kenangan yang berharga itu telah hancur. Apa dia tidak boleh lagi kembali ke detik itu semula?

Dulu terasa bahagia.

"Kalau sakit jangan dipendam. Aku ada walaupun aku tak tahu cara mengubatinya, aku akan faham. Kita tetap kawan, kan? Kau tak sakit sendirian, kita sama-sama sakit," luah Ice seraya memejamkan matanya. Menepuk lembut belakang tubuh Halilintar.

"Hah..." Ingin menjerit namun suaranya tidak mahu keluar. Itu pertama kali Hayes melihat ayahnya menangis seperti itu. Pasti ayah memendamnya lama sekali.

Mulut Halilintar tidak henti-henti mengucapkan 'maaf'. Akhirnya mereka berdua saling meleraikan pelukan, Halilintar mengesat air mata yang asyik mengalir tiada henti. Hingus ditarik. Ice yang melihat wajah sembab Halilintar lantas memalingkan pandangan menarik perhatian Halilintar.

"Kenapa?" soal Halilintar aneh. Ice menggeleng perlahan, cuba menahan tawanya.

"Kau luar nampak kuat, rupanya dalaman kau rapuh. Hahah." Merah padam wajah Halilintar mendengarnya.

"Diam... la." Hampir tidak kedengaran suara Halilintar, malu pula kalau teringat dia menangis teruk. Ice sudah tidak dapat tahan tawanya, terlepas begitu sahaja.

Halilintar menghempaskan punggung pada kerusi panjang yang tersedia. Ice tersenyum tipis, dia turut duduk di sebelah Halilintar. Kelihatannya Halilintar merajuk kerana dia ketawa sebentar tadi.

"Ayah jangan merajuk lama-lama, hihi," usik Hayes yang dari tadi memerhati. Halilintar mengetap bibir.

Sesekali Halilintar melirik ke arah Ice. Mereka berdua diam tanpa bicara, hanya membiarkan angin lalu menampar pipi. Tidak lama itu, Ice tiba-tiba memecahkan kesunyian.

"Lepas kau menghilang, ibu ayah aku pergi buat selamanya. Mereka meninggal dunia dalam keadaan tidur," beritahu Ice buat Halilintar tergamam.

Kepala Halilintar tunduk memandang lantai. Pasti Ice merasakan hidup bakal berakhir kerana ibu ayahnya telah pergi buat selamanya. Kain seluar digenggam Halilintar erat. Tidak tahu ingin memberi balasan seperti apa.

"Awal-awal memang sedih, lama-lama aku kena terima hakikat bahawa mereka dah tak ada. Aku dan Blaze tetap bersama walaupun Blaze tak ingat aku yang dulu. Aku jalani hidup aku dengan baik. Terkadang aku memikirkan kau, apa kau makan minum teratur? Aku tak dapat tidur nyenyak," kata Ice panjang lebar.

"Tapi bila aku dapat tahu kau jadi adik angkat Gempa, aku gembira sampai tak terkata. Rupanya kau masih hidup, aku tak perlu risau hidup kau baik-baik saja atau tak. Aku senang dapat beritahu kau semua ni," sambungnya.

Barisan gigi yang tersenyum diperlihatkan kepada Halilintar buat Halilintar terdiam sesaat.

"Jangan merasa bersalah. Kau tak salah apa-apa."

Acap kali mengingat masa itu, Halilintar takut akan apa yang bakal berlaku ke hadapannya. Namun mendengarkan ayat Ice itu buat hati Halilintar kembali sebak.

Ternyata dia baru tahu dirinya boleh menangis kerana dia manusia.

+++

Beberapa bulan kemudian,

"TAUFAN, kau... kau memang terbaik!"

"Ehem, iya, kan?"

Bersinar-sinar mata Blaze apabila Taufan berniat menunjukkan kejutan kepada semua ahli Sakura. Ternyata kejutannya ini!

"Akhirnya kita ada tempat rahsia! Aku terharu setengah mati!" Blaze mengatakannya sambil memegang dada kanan, mengganggap itu keberadaan jantungnya. Ice di sebelah menayangkan riak jengkel.

"Jantung kau kiri, bukan kanan. Lembab," beritahu Ice tanpa tapis-tapis buat Blaze merah mukanya.

"Ak... aku tahu la! Tadi aku cuma nak melawak!"

"Hm."

"Jangan tak layan aku!"

Gempa mengurut dahi, asal ada Blaze sahaja mesti ada pergaduhan. Taufan yang tersengih-sengih mendapat pujian daripada Thorn tanpa hentinya sempat dijeling. Dia menghampiri lelaki itu.

"Mana kau jumpa tempat ni? Bagus juga," puji Gempa buat Taufan terkebil-kebil terharu.

Gempa... memujinya? Uhuk! Bukan mimpi?

"Hoho, aku dah lama cari. Rupanya ni rumah kosong yang tak diguna, jadi aku curi buat jadi rumah rahsia kita!"

Tercengang yang lain mendengarnya. Curi? Semudah itu?

"Yang lain bila nak sampai?" soal Ice mula menguap. Dia mula melompat atas katil yang sememangnya tersedia. Mantap betul rumah rahsia ini ada katil, seakan-akan tahu dia bakal tidur di sini.

"Hali dan Solar bertugas hari ni. Mel aku tak tahu," beritahu Taufan. Dia sudah menghubungi Melantha banyak kali, namun satu pun tidak dijawab.

Mendengar itu lantas kesemuanya menatap Thorn kecuali Ice yang sudah lama dibuai mimpi. Thorn pasang wajah blur tidak mengerti.

"Kau kan abang Mel!" Blaze sudah pasang wajah bersemangat. Hanya Thorn yang berani hadap Melantha, mereka tidak mampu!

"Ya, Thorn... tolonglah kami yang hina ni," pinta Taufan yang sudah mengelap air mata palsunya. Thorn jadi rasa bersalah yang amat.

"Biar aku sahaja hubungi." Gempa mula menawarkan diri buat yang lain tidak dapat mempercayainya. Gempa yang selalu cuba menjauhkan diri daripada perempuan berniat melakukan itu?

"Kami serahkan semuanya kepada ketua!" Serentak Taufan dan Blaze menunduk hormat buat Gempa tercengang. Thorn turut dipaksanya menunduk.

Gempa menggeleng perlahan.

Usai menghubungi, mereka menunggu beberapa jam. Akhirnya selesai melatih kesabaran, Hayes, Solar dan Melantha tiba jua.

"Sial! Siapa lukis peta tak jelas ni? Aku cari rumah ni macam orang tak betul," marah Solar tanpa tapis-tapis seraya mengoyakkan peta buat yang lain melihatnya tercengang.

Hayes di sebelah hanya berdiam diri. Kenapa cikgu menyuruhnya bertugas membersihkan kelas bersama Solar? Menyebalkan sungguh.

"Mulut kau jaga sikit... Thorn yang lukis kenapa? Kau tak puas hati?" Blaze membalas seraya bersiap-siapa ingin menumbuk Solar bila-bila masa. Taufan turut mengangkat pasu bunga yang tersedia ada untuk membaling ke arah Solar.

Solar menelan liur. Dia perasan tatapan Thorn ke arahnya, Thorn tersentak lantas mengalihkan pandangan. Solar dapat lihat dengan jelas bibir Thorn muncung ke hadapan seperti mulut itik. Tubuh Solar automatik mengeras.

Dia mengoyakkan kertas di hadapan Thorn... peta yang dilukis Thorn. Dosa besar apakah yang telah dia lakukan hari ini?

"Thorn... aku minta ma..."

"Diam kau orang. Woi, ketua. Kenapa minta berkumpul jauh-jauh? Siapa yang jumpa rumah ni? Buruk," potong Melantha. Hilang kata mereka semua yang mendengarya. Melantha memeluk tubuh, pandang tajam wajah masing-masing.

"A... aku yang jumpa. Memang kenapa kalau buruk? Buruk yang terbaik!" Teragak-agak Taufan mengakuinya. Dia menyerang Melantha dengan kata-kata.

"Betul tu! Mentang-mentang kau kata rumah ni buruk, aku dan Taufan yang terseksa selalu dipandang sebelah mata ni macam mana? Tak cukup tampan ke kami?" Giliran Blaze pula menyokong. Kenapa topiknya ditukar?

"Ketua, Hali, Ice dan Thorn semuanya handsome!" sokong Taufan.

"Aku? Aku tak termasuk?" celah Solar tidak puas hati. Kenapa dia tidak dianggap tampan? Sedangkan wajahnya ini cukup okey.

Taufan dan Blaze memandang biasa wajah Solar buat Solar cegukan. Tergamam hebat.

"Kau bodoh, ya? Mana mungkin kau boleh masuk dalam golongan orang tampan tu! Tak boleh!"

Solar terdiam seribu bahasa. Tidak menyangka dia malah kalah bicara dengan mereka berdua punya mulut. Sempat Taufan dan Blaze bertampar tangan, puas melihat wajah tidak percaya Solar.

Gempa mengurut dahi. Hayes mendekati Gempa yang sedang mengawal kemarahan. Pasti sulit untuk menjaga mereka yang suka buat bising.

"Kita akan adakan festival sekolah..."

"Sini kau!"

"Kita akan adakan fes..."

"Hei, hei! Gempa nak cakap sesuatu!" teriak Hayes cuba menghentikan mereka yang mahu bertengkar.

Namun mereka langsung tidak peduli. Lantas tanpa ragu-ragu Taufan mengoyakkan tisu seraya dibaling ke arah Solar buat Solar berasa kesal tiba-tiba. Blaze turut berbuat yang sama.

"Wah, pesta salji!" Ceria Thorn mengatakannya buat Gempa dan Hayes mengeras tubuh.

Kenapa tempat rahsia ini jadi tempat permainan anak-anak?

"Hali ikut juga!" Selamba Taufan menarik pergelangan tangan Hayes buat Hayes tersentak hebat.

"Ketua juga! Seronok tau!" ajak Thorn terus merangkul lengan Gempa.

Entah apa yang terjadi, mereka semua jadi seronok mengoyakkan tisu dan saling membaling antara satu sama lain. Melantha yang bagaikan patung cendana diam tidak bergerak. Sepertinya dia salah tempat.

"Bodoh! Jangan baling kat aku!"

"Hahahah!"

"Grook... grook..." Bunyi dengkuran Ice.

"Sehari jadi gila tak apa, kan?" Melantha tergamam saat Gempa mula menghulurkan tangan ke arahnya. Jadi gila katanya?

Tanpa ragu-ragu Melantha menepis tangan Gempa, dia maju ke arah mereka yang sibuk melempar tisu sendirian. Gempa tercengang.

"Mainnya jangan sendiri! Ajak aku!" Terhinjut bahu Hayes, Taufan, Blaze, Thorn dan Solar mendengarnya. Tidak lama itu bibir mereka berlima tersenyum lebar.

"Wuhuu! Ada perempuan!"

"Hidup aku warna-warni!"

Gempa mengukir senyuman tanpa sedar. Melihat Melantha yang selamba mengikat Taufan, Blaze dan Solar menggunakan tisu. Hayes yang ikut main hanya tertawa berdekah-dekah melihat mereka bertiga ditangkap. Thorn lantas menampar belakang badan Hayes buat Hayes mengaduh sakit. Itulah akibat ketawakan orang.

Soal festival sekolah yang bakal berlangsung nanti sahaja dia beritahu.

Finished on Thursday, 6 June 2024
Published on Friday, 21 June 2024

1788 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro