59 + kau tak sendirian

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

59 + kau tak sendirian

AKHIRNYA dia kembali ke sini lagi.

Hayes menarik nafas dalam lalu hembus. Inilah keputusannya setelah berfikir banyak kali. Pokok yang kelihatan ngeri ditatap Hayes, air liur ditelan pahit. Pintu pokok dibukanya, cahaya menyilaukan menerobos masuk ke mata Hayes.

Lantas Hayes menutup matanya. Silau.

Kakinya masuk ke dalam. Automatik, pintu tertutup sendiri. Perlahan-lahan Hayes membuka mata, luar yang nampak mengerikan dalamnya seperti istana.

"Anak muda?" Ya, Hayss bertemu atuk jerung.

Atuk jerung tersenyum kecil. Dia mula mempelawa Hayes untuk duduk. Tidak lama itu, air teh yang berisi ikan kecil di dalam minumanya disajikan buat Hayes. Entah kenapa Hayes berasa de javu dengan ini.

"Apa hajat kau ke mari?" soal atuk jerung sambil memandang Hayes yang datang menemuinya.

Air yang dihulurkan kepadanya diminum Hayes.

"Mungkin atuk tahu sesuatu."

Terangkat kening atuk jerung mendengarnya. Deheman sengaja dikeluarkan atuk jerung. Mata atuk jerung sempat melirik ramai anak jerung lainnya sedang bermain, gelak tawa mereka menghuni pokok ini.

"Atuk, saya ada masalah. Ada seseorang yang saya curiga," beritahu Hayes seraya menghembus nafas berat.

Akhirnya Hayes menceritakan semuanya kepada atuk jerung. Atuk jerung tekun mendengar. Hayes tunggu balasan daripada atuk jerung yang sedang berfikir mengenai ceritanya. Mungkin sahaja ada petunjuk untuk Hayes menyelesaikan masalah ini.

"Anak muda, mungkin sahaja yang kau curiga tu syaitan. Sentiasa hati-hati, keselamatan ayah kau tidak dapat dijamin baik atau tak," balas atuk jerung buat Hayes terkelu lidah.

Syaitan. Bawah bibir diketap Hayes, apa benar Eirene ialah syaitan yang membahayakan Halilintar?

"Apa kau tahu diri sebenar ayah kau?" Soalan atuk jerung buat Hayes berkerut dahi. Memang ayah ada rahsia lagi?

Ayah cuma memberitahu rahsia yang dia pernah membunuh orang. Yang lain-lain sudah diceritakan bagaimana kehidupannya sebelum diambil sebagai anak angkat oleh Grandville. Apa ada lagi yang Hayes belum tahu?

Sebenarnya seberapa banyak rahsia Halilintar?

Tangan Hayes pula diusap lembut oleh atuk jerung buat Hayes terangkat kening.

"Anak muda, baliklah jika kau ingin balik. Pergilah datang menemui pokok sakura yang lebih mekar berbanding lainnya, di sana ada pintu yang menghubungkan dunia kau. Kalau kau rasa semua ni berat, baliklah. Kami semua tak apa-apa terkurung dalam ni selamanya." Suara atuk jerung cuba menenangkan Hayes, namun Hayes tahu jikalau atuk jerung ingin sekali kembali ke air.

Di sini, atuk jerung dan lainnya terkurung. Jika Hayes kembali semula ke dunia, apa ada yang berubah? Apa ayah tetap mati meninggalkan ibu dan dirinya? Atuk jerung mula melemparkan senyuman buat Hayes.

Dia tahu Hayes banyak fikiran.

"Jangan fikirkan kami. Memang mustahil mengubah masa depan, kan? Kau masih muda, masih jauh perjalanannya. Semua ni berat untuk kau lalui, manusia seperti kau tak dapat mengalahkan syaitan. Menyerahlah."

Saat atuk jerung mengatakannya, kepala Hayes tunduk memandang teh yang berisi ikan kecil. Sedangkan dia sudah sejauh ini, apa mengubah masa depan sangat mustahil? Apa Halilintar memang tidak akan dapat melihatnya lahir?

Jika ayah tiada, ibu sedih dan kesihatannya memburuk. Pergi meninggalkan Hayes yang terpaksa menghadap pelbagai manusia yang penuh niat tertentu.

Bawah bibir diketap Hayes.

"Atuk, biar aku fikirkan dulu."

Atuk jerung hanya tersenyum kecil. Terpejam mata Hayes saat rambutnya digosok lembut.

"Aku sentiasa berada di pihak kau. Kau dibawa ke sini pasti kerana kaulah akan menjadi penyelamat dunia yang bila-bila masa akan dikawal syaitan."

"Hayes Grandville, kau manusia terpilih."

Tergamam Hayes mendengarnya.

"Kau tak sendirian, kan ada kami."

Tawa Hayes terkeluar mendengarnya. Lantas jari menyeka air mata yang mahu jatuh, kenapa hatinya berasa sebak? Ya, ada mereka. Dia tak sendirian, kerana ada mereka.

Ketua dan ahli Sakura, atuk jerung dan gengnya, ayah ibu.

Hayes tidak sendirian.

"Terima kasih atuk."

+++

'AYAH, kenapa tidak pernah ada?'

'Ibu, seperti apa ayah?'

Dan ibu menjawab.

"Ayah handsome macam Hayes ibu ni."

Ada banyak pernyataan yang Hayes tanya, namun ibu selalunya mengatakan bahawa ayah tidak salah. Ayah selalu baik. Ibu tidak pernah menyalahkan ayah, buat Hayes yang masih kecil tertanya-tanya. Kenapa?

Ah, ternyata cinta.

Hayes yang baru sahaja keluar dari pokok, berniat ingin pulang. Mata merahnya memandang pokok Sakura yang mekar indah. Memang bukan musim bunga, namun pokok-pokok Sakura di dalam sekolah ini kekal mekar kerana digunakan kuasa.

"Kenapa kau suka aku?"

"Awak kenapa? Jangan ikut saya!"

"Kau suka aku sebab wajah?"

"Jawab aku."

"Jangan pergi..."

Entah kenapa Hayes tidak asing dengan suara itu. Lantas dia berpaling ke belakang, membulat matanya. Dia melihat Halilintar dan Alette di hadapan kedai makan. Halilintar yang berada dalam bentuk hantu kelihatan sedang memaksa Alette menjawab soalannya.

Orang lain sudah merinding melihat situasi tersebut. Alette jerit tiba-tiba, nampak waras ke? Tetapi bagi Hayes, itu nampak waras kerana dia boleh melihat hantu.

"Kenapa dengan awak ni? Jangan memaksa boleh tak?" marah Alette berasa tidak senang. Sudahlah wajah Alette memerah, acap kali melihat wajah dan mata merah itu, jantungnya berombak ganas.

Halilintar mengetap bibir. Dia cuma ingin memastikan perasaan Alette terhadapnya. Apa nampak begitu memaksa?

"Maaf," ucap Halilintar perlahan. Pandangan dialihkan memandang tempat lain.

Canggung.

Hayes menghembus nafas berat. Tanpa ragu-ragu Hayes mendekati mereka berdua sambil menyilangkan tangan. Tidak menyangka akan bertemu ibu dan ayah di sini, ternyata dunia ini begitu kecil. Terangkat kening Halilintar dan Alette saat sedar kehadiran Hayes.

Dehemen kecil dikeluarkan Hayes.

"Hai. Berdua je ke?" Dengan lagak, Hayes menyapa. Anak rambut sengaja diraup ke belakang menampakkan dahi licinnya.

"Hayes!" Terjerit Alette tatkala sedar Hayes berada di hadapan mereka berdua.

Halilintar mengalihkan pandangan, cuba memasang riak tenang. Apa Hayes tadi melihat dia menarik tangan Alette? Pasti Hayes menganggapnya sampah yang menyakiti perempuan. Hayes hanya mengukirkan senyum tipis.

Terlihat ibu dan ayah bertengkar kecil sebentar tadi. Membulat mata Halilintar saat Hayes menarik tangan Alette mengikutinya. Sempat Hayes melirik memandang Halilintar, menghadiahkan senyuman lebar ke arahnya.

Alette yang ditarik Hayes blur tidak mengerti. Ah, Halilintar sedang melihat!

"Ayah, aku datang culik ibu," beritahu Hayes sengaja menyakat. Jelas kelihatan wajah Halilintar tidak puas hati.

Hayes sudah sedar perasaan Halilintar terhadap Alette, mana mungkin Hayes lepaskan peluang untuk bermain-main?

"Kita lari, ibu!" Terbeliak mata Alette saat Hayes dengan selambanya mengajak lari bersama.

Tawa terlepas daripada bibir Hayes sambil menarik tangan Alette agar berlari mengikuti langkahnya. Halilintar yang tertinggal di belakang sudah mengepal penumbuk. Dia tahu Alette tidak menyukai Hayes, tetapi kenapa tetap sahaja Halilintar tidak suka melihatnya?

"Wah, ayah kejar kita!" Nada mengejek dikeluarkan Hayes, rasa teruja tiba-tiba.

Halilintar cuba menahan rasa malu. Persetankan dengan ego, dia akan mengejar Hayes!

Alette melirik wajah tertawa Hayes. Wajah dan tubuh ini memang Halilintar, tetapi di dalamnya ialah Hayes. Tanpa sedar tawanya ikut keluar, rasa seronok dengan situasi sekarang.

"Hayes, berhenti. Kau buat begini sebab tahu aku tak dapat guna kuasa sekarang, kan?" ujar Halilintar bernada geram. Dalam bentuk hantu, Halilintar memang tidak dapat menggunakan kuasanya.

"Aku baru tahu, terima kasih infonya!" ucap Hayes terkekeh ketawa.

Aksi kejar-mengejar itu berlangsung 30 minit tanpa henti. Akhirnya Hayes dan Alette kelelahan sendiri. Manakala Halilintar tidak berasa lelah mungkin kerana dia hantu, riak tidak puas hati dilemparkan buat Hayes dan Alette.

Hayes tersengih-sengih comel.

"Jelaskan kenapa kau buat ni, Hayes." Gulp! Nada Halilintar begitu dingin.

Alette sudah memandang kedua-duanya silih berganti. Halilintar yang dulu pernah suka Hayes, kini tergila-gila kepadanya. Hayes yang dulu pernah tolak perasaan Halilintar, kini? Rumit sekali hubungannya. Hayes juga selalu memanggilnya dengan sebutan 'ibu'.

Sampai sekarang Alette tertanya-tanya.

"Hayes, kenapa awak panggil kami ibu ayah? Kami kan bukan ibu ayah awak, macam mana Hali boleh mengandungkan saya dan saya beranakkan awak, awak dah sebesar ni? Awak pun nampak sebaya dengan saya dan Hali." Soalan maut dikeluarkan Alette tiba-tiba. Automatik Halilintar dan Alette memandang ke arah Hayes, serentak.

Hayes menelan liur.

"Aku pun tak tahu macam mana dia boleh masuk badan aku. Kau guna apa?"

"Entah-entah awak dari dunia lain? Siapa awak sebenarnya?"

"Jawab, Hayes. Selama ni aku diam sebab tak nak lebih-lebih, tapi kau dah tahu cerita aku. Apa aku tak boleh tahu cerita, kau?"

"Kalau kami betul ibu ayah awak, apa awak ada buktinya? Kenapa awak tak jawab?"

Soalan bertubi-tubi dikeluarkan ibu ayah. Hayes mengeluh berat, dia sudah mengagak perkara seperti ini akan berlaku tidak kira cepat atau lambat. Punggung dilabuhkan atas pejalan kaki, tidak dihiraukan mata-mata yang sedang melihatnya.

Ibu dan ayahnya. Kalau dia mengatakan apa yang berlaku pada masa depan, pasti mereka berdua tidak percaya.

Hayes melakar senyum kecil.

"Aku tak dapat cerita. Tapi kau orang memang ibu ayah aku. Aku tahu sebab aku anak kau orang. Muka aku dan kau orang berdua mirip, kan?" katanya sambil menampakkan barisan gigi.

Kerana tiada siapa yang akan percaya. Hayes akan selesaikan semua ini secepatnya.

Agar masa depan yang baru akan terlihat perubahannya.

"Kau tetap tak cerita." Perlahan suara Halilintar kedengaran. Alette hanya mengeluh kecil.

"Kalau tu pilihan awak, kami akan cuba terima. Tapi, jangan pendam semuanya sendiri. Walaupun kami tak ingat awak, mulai sekarang kami takkan lupakan awak!"

Kata-kata ibu menghadirkan rasa sebak dalam diri Hayes. Dunia ini, ibu dan ayah tidak mengenalinya. Seolah-olah sudah lupa akan dirinya. Hayes tertawa kecil, lantas memeluk mereka berdua seerat mungkin.

Halilintar yang tetap tembus dipeluk Hayes membiarkan sahaja. Ada juga manusia peluk hantu.

"Terima kasih."

Hayes akan pastikan semuanya menemui kebahagiaan masing-masing. Kerana itulah alasan mengapa dia berada di sini.

Finished on Sunday, 30 Jun 2024
Published on Monday, 22 July 2024

1518 words

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro