OBS|12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng



BANGUNAN YG ENT ditatapnya penuh makna.

Sut yang berwarna hitam dibetulkan sedikit,
tidak lupa juga rambutnya yang sudah digayakan berbeza dari yang dulu  dirapikan dengan tangan.

Dia melangkah masuk kedalam bangunan mewah itu.
banyak mata-mata yang memandang nya gatal.tidak dinafikan dia sememangnya kacak walaupun dengan rambut yang digayakan berbeza.

Ada perempuan yang mengenyit kan mata kepada dia namun dibalas dengan jelingan tajam.

Sekarang dia perlu berjumpa dengan manager jihyo.
sesuatu yang diluar jangkaan dia lakukan ialah menyamar berkerja sebagai bodyguard baru kepada song jihyo.

Tidak lain tidak bukan, min suga.

Manager Jihyo yang sudah menunggu kehadiran suga tersenyum sebaris setelah mendapati suga yang berjalan ke arahnya

Suga menunduk hormat bergitu juga manager Jihyo turut menunduk hormat sebelum mereka bergegas pergi ke ruangan dimana ada nya song jihyo dan bodyguardnya yang lain.

Sudah dikhabarkan kepada Jihyo,
bahawa gadis itu akan menerima bodyguard baharu bagi menggantikan gong Yoo yang sedang koma akibat kemalangan tempoh hari.

Manager Jihyo mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum masuk kedalam bilik ruangan Jihyo,
suga yang berada dibelakang hanya membuntuti langkah manager Jihyo

"Annyeong !"

Sapa manager Jihyo.
serentak itu Jihyo yang bermain dengan telefon pintarnya mengalihkan pandangan kepada managernya.turut serta juga bodyguard Jihyo yang baru lepas bergaduh berebut snack kacang.oleh kerana terkejut snack yang sudah dibuka itu terpelanting kebawah kaki, bertaburan snack di atas lantai

Manager Jihyo menggeleng kan kepala melihat perlakuan bodyguard Jihyo yang berperangai seperti budak-budak.kalau diluar mereka menjadi bodyguard yang sangat tegas,
tapi hanya Jihyo dan dia sahaja yang tau bagaimana telatah bodyguard Jihyo yang nakal dan suka bergosip itu.

"Seperti yang korang semua tau, dibelakang saya ialah bodyguard baru untuk jihyo,sila perkenalkan diri kamu."

Suga melangkah kedepan.
dia menunduk hormat sebelum memulakan sesi perkenalannya

"Annyeonghaseyo suga imnida"

Mukanya yang sedia tegang itu dipamerkan.

Bodyguard Jihyo sudah mengekek ketawa

"Pft sugar?apa tu gula ke?"

"Menurut kepandaian English aku sugar tu syurga"

"Ya ampun bodohnya kau,
sugar tu gula la bukan syurga! Syurga heaven !"

Suga sudah berasap telinganya mendengar namanya menjadi bahan ke dua antara 4 bodyguard jihyo

"Boo seungkwan , Ong seong wu"

Manager Jihyo menyebut nama kedua bodyguard Jihyo yang terpaling kepoh.
menyuruh mereka agar berhenti berloya buruk.sekelip mata mereka terdiam seribu bahasa dan kembali fokus kepada suga yang digelar gula itu.

Suga menjeling keduanya namun dibalas dengan jelir lidah boo seungkwan dan Ong seong wu.
tidak takut sama sekali dengan ketegangan muka suga

"Suga Shii selamat berkerja"

Ujar manager Jihyo sebelum berlalu keluar.
memberi ruang untuk Jihyo dan suga mengenali antara satu sama lain.

Jihyo tersenyum sebaris

"Saya song jihyo"

tangan dihulurkan kepada suga.
berharap sambutan tangannya disambut.namun hambar suga hanya memandang kosong tangan itu

Merasakan tangannya tak disambut suga.dia menarik kembali tangannya dan tersenyum kekok.

4orang bodyguard Jihyo hanya memandang kosong suga.tak berminat untuk membuat apa-apa sesi perkenalan.
memandangkan suga kelihatan sombong,jadi mereka membuat kerja sendiri sahaja

Keadaan itu tidak lama sebelum suga memulakan perbualan.tidak betah dengan suasana yang membuang masa

"Kau ada jadual apa-apa Harini?"

Soal suga tanpa basa basi.
jihyo yang tidak pasti suga berbicara dengan siapa mula menunjukkan muka menggunakan jari telunjuk

"Tanya saya ke?" Soal Jihyo,blur.

" Tak,aku tanya lantai.sah-sah aku tanya kau.artis siapa je aku jaga sekarang ni?"

Ujar suga malas,
dia bukan nak berkasar dengan jihyo.dia cuma tak biasa dengan perempuan.lagi -lagi perempuan cantik macam Jihyo.

Boo seungkwan yang sedia tidak suka dengan layanan suga kepada Jihyo,
menjeling tajam lelaki itu

"Ohh,ada.kejap lagi ada fanmeeting di mall square"

Suga mengganguk paham.sebelum keadaan kembali sepi.jihyo yang tidak tau berbuat apa hanya membalas chat dari jungkook

Manakala suga hanya curi-curi memerhati jihyo.

Lama mereka berkeadaan seperti itu sebelum masa untuk bergerak ke mall square fanmeeting Jihyo.

Suga memakai mask hitam serta topi hitam  menutup separuh dari pandangan matanya

Ong seong wu yang seakan pelik dengan suga segera bertanya.

"Asal kau pakai camtu?kau bukannya artis pun"

Soal Ong,tangan juga disilangkan didada sambil memandang datar suga.dia bukan apa,
suga antara manusia yang dia takpernah kenal,bahkan tadi tiada langsung sesi perkenalan yang dilakukan mereka.masing-masing ego

Kawan rapat Ong iaitu boo seungkwan juga menerpa ong.penampilan suga juga dilihat pelik olehnya

"Suka hati aku la nak pakai apa pun"

Balas suga dingin.
dia tak suka nak menjawab mana-mana  soalan,lagi-lagi dari orang yang dia tidak berapa kenal

Ong dan boo menjeling menyampah sebelum mengambil tempat disebelah jihyo.manakala dua pengawal lagi sudah mengambil tempat didepan Jihyo

Suga berada dibelakang.
lakonannya sebagai pengawal bermula.
Pagi-pagi lagi sudah kedengaran jeritan peminat jihyo yang menyebut nama gadis itu

Suasana yang riuh itu langsung tidak sebati dengan suga.
dia amat benci situasi seperti ini.mahu sahaja dia menjerkah kesemua peminat jihyo,namun siapa lah dia untuk berbuat sebegitu.

telinga dia terasa ingin berdarah sahaja mendengar jeritan gila peminat jihyo.
tangannya juga bergerak menolak peminat jihyo yang agresif ingin mendekati Jihyo.ditolak kasar peminat itu,lantak la nak jatuh ke apa bukannya dia kisah.

Berpenat lelah mereka keluar dari kelompok peminat jihyo,
akhirnya berjaya juga.

Suga memandang kosong peminat jihyo melalui dalam van hitam khas.berpikir menjadi artis sangat lah sukar, dan dia tidak sukakan suasana yang bising seperti tadi.

Jihyo yang memerhati suga mulai menegur,
walaupun suga sombong terhadapnya namun dia sama sekali tidak kesah.

" suga Shii gwaenchana?"

Soalan Jihyo mengejutkan lamunan suga.
lantas sahaja dia menoleh memandang Jihyo sebelum mengangguk menandakan dia baik-baik sahaja.

Setelah sampai di mall square.jihyo keluar seperti biasa.peminat yang sudah menunggu diluar menjerit-jerit nama gadis itu

Bodyguard Jihyo seperti biasa melindungi gadis itu.tapi tak bagi suga,dia hanya duduk dibelakang jihyo dan memerhati sekeliling.mencuba mencari sesuatu yang tidak kena atau lebih tepat mencari suspek yang dia buru.

tiada apa yang mencurigakan namun bukan suga la kalau kata dia mengalah mencari suspek.
dia pasti suspek juga berada disini tapi mungkin berselindung dimana-mana.
dia perasan boo seungkwan memandangnya seakan tidak suka jadi terus dia memberi tumpuan kepada jihyo, membantu gadis itu untuk teruskan perjalanan masuk ke dalam mall

Sampai sahaja di tempat untuk fanmeeting jihyo.
boo seungkwan secara tiba-tibanya menolak kuat tubuh suga kebelakang

"Kau asal huh?! Makan gaji buta? sepatutnya kau jaga Jihyo bukannya duduk belakang macam orang bodoh!"

Tengking boo Seungkwan,
Jihyo yang terkejut mencuba menghentikan pergaduhan mereka namun Ong terlebih dahulu menahan jihyo.biar ong yang uruskan mereka

Suga yang berang ditolak boo seungkwan mulai naik angin.
baru sahaja  dia ingin melayangkan penumbuk berbisa nya dimuka suci boo ,namun tidak sempat.ong terlebih dahulu menahan tangannya dari menumbuk muka boo

"Sudah lah ,kita dekat fanmeeting Jihyo sekarang ni.
lagi 5 minit lagi fans masuk,korang tak malu ke gaduh macam budak kecik camni"

Tegas ong.boo menjeling suga tajam bergitu juga suga.masing-masing mengambil tempat jauh,
suga berada dipenjuru.manakala boo seungkwan berada dibelakang jihyo.keadaan sepi seketika sebelum peminat Jihyo mulai masuk kedalam ruangan fanmeeting

Kini ruangan fanmeeting dipenuhi peminat - peminat jihyo.
namun disebalik  peminat Jihyo ada yang lain dari yang lain.dengan memakai baju serba hitam,topi hitam ,kaca mata hitam dan juga mask hitam.identitinya ditutup rapat.

Hampir 1jam setengah Jihyo melayan karenah peminatnya.
ada sesetengah peminat  menceritakan tentang kisah keluarganya yang kedekut,ada juga yang menceritakan tentang bagaimana minatnya dia terhadap songjihyo.

Itulah tugas Jihyo waktu itu,
melayan karenah peminat nya yang pelbagai ragam.

Suga  kelihatan letih berdiri sambil menunggu jihyo menghabiskan sign nya kepada peminat.
untuk seketika dia mulai fokus

Fokus mencari suspek,dikecilkan matanya memerhati satu persatu muka -muka peminat Jihyo,
ada sesuatu yang mencurigakan.

Satu sosok tubuh lelaki yang berdiri di hujung menunggu giliran untuk menyapa dan mendapatkan sign dari gadis itu dilihatnya pelik.
lelaki itu memakai baju serba hitam malah muka langsung tidak kelihatan .

Suga merenung lagi lelaki itu namun tidak lama sebelum dia terkantoi memandang lelaki misteri itu.
Lelaki itu tibe- tibe sahaja menoleh kearahnya seakan tahu yang dia diperhatikan suga.
Terus sahaja suga mengalihkan pandangan ke lain namun masih lagi curi-curi memandang lelaki yang dicurigakannya

Kini giliran lelaki misteri itu mendapat kan sign jihyo.
suga tidak tinggal diam.matanya tidak habis menikam tajam lelaki yang dirasakan pelik .

Kalini peminat ini sangat pelik bagi Jihyo.
lelaki didepannya langsung tidak bersuara malah lelaki itu hanya menghulurkan sekeping kad dan terus Jihyo membuat tandatangan nya diatas kad itu lalu diberikan kepada lelaki yang dirasakan sangat pelik,melihat dari segi pemakaian yang semua hitam,menegakkan bulu romanya.

Jihyo mampu tersenyum.
lelaki misteri itu orang yang terakhir dia tanda tangani.

Lelaki misteri itu cepat -cepat berjalan keluar dari fan meeting.dia tau dia diperhatikan oleh pengawal Jihyo

Belum sempat dia melangkah lebih jauh,satu tangan menahan tangannya.










Suga pov

Pelik,orang tu sangat pelik.kenapa nampak terlalu terburu-buru? Tanpa menunggu masa yang lama aku mengejar langkah lelaki pelik itu.tangan dia aku tahan

Nampak dia seakan terkejut dengan pegangan aku.

"Excuse me,can you show me your face?"

Soal aku tanpa basa basi.dapat aku lihat disebalik kaca mata hitamnya,mata dia bergetar ketakutan.

Adakah ini suspek aku?
yang bernama kim taehyung itu?

End suga pov

Baru sahaja suga berhasrat ingin mencabut mask yang dipakai lelaki itu.dengan tangkas lelaki itu merentap tangannya dan secara automatik genggaman suga terlepas

Lelaki itu berlari laju meninggalkan suga yang tercengang terkejut.

"Woi berhenti !"

Suga dibelakang mengejar sama laju dengan larian lelaki itu.

Lelaki itu tanpa menoleh dia berlari hinggalah

Shreett

Hampir sahaja sebuah kereta ingin berlanggar dengan lelaki misteri itu namun sempat ditekan break.

Akibat terlalu terkejut ,
lelaki misteri itu terjatuhkan kaca matanya kebawah.

Diambil kaca mata itu dan menoleh kebelakang.
suga makin menghampirinya.

Suga yang juga sempat memandang lelaki itu tidak berkaca mata itu seakan terkejut.dengan bermask hitam tanpa kaca mata itu seakan dia pernah kenali.

Tanpa membuang masa lelaki itu berlari laju.teksi yang menghampiri laju sahaja dia masuk dan bergegas Bergerak

Suga tercungap-cungap mengambil nafas.
lelaki itu,sangat tangkas dan cepat dari dia.

Dia menyepak batu disitu geram.dia yakin itu suspek yang dicari.
dia gagal mengejar suspek tersebut dan sudah tentu dia merasa sakit hati sekarang.

"Siapa dia?"












To be continue...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro