13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

" Maaf , Hana . Permintaan adik kali ini abang tak setuju " Yeohyun melajukan langkahnya menaiki tangga . Hana yang setia di sofa itu tergamam . Matanya tidak berkedip sama sekali . Sungguh terkilan dirinya apabila abangnya berkata sedemikian .

' Tapi kenapa abang ? '

Menjelang keesokkan harinya , Hana bangun lebih awal dari kebiasaannya . Niatnya ingin menyediakan sarapan kegemaran abangnya . Tapi apa yang dihajatkan tidak kesampaian setelah dia membaca surat yang ditinggalkan Yeohyun untuknya .

Senyuman yang mekar menghiasi bibir Hana kini semakin pudar . Mutiara jernih miliknya kini jatuh ke pipi tanpa dipinta .

' Abang , kenapa abang berubah secara mendadak ? '

Akibat perasaan yang kecewa dan marah . Hana menggumpal kertas tersebut dan membuangnya ke tong sampah . Air mata dikesat dengan kasar sebelum dia bertindak bergegas ke biliknya .

•  •  •  •  •

" Budak Hana ni dah gila ke nak jumpa aku dekat sekolah ni ? Dia fikir sweet ke nak date dekat sini , ish ! " bangunan Sekolah Menengah Atas Gangnam dipandang seketika . Kemudian Yoongi melajukan langkahnya menuju ke rooftop sekolah .

Suasana sekolah yang sunyi dan agak gelap tidak sedikit pun menjentik perasaan takutnya . Yoongi malah semakin memperlahankan langkahnya . Matanya melilau ke setiap sudut yang dilaluinya .

" Hm not interesting betul sekolah ni . Tak mewah , tak cantik , dan paling penting tak bersih . Kenapa la budak perempuan gila tu ajak aku ke sini ? Dia pernah sekolah dekat sini ke "

Yoongi tidak habis - habis berfikir sebab mengapa Hana ingin berjumpa dengannya di sekolah tersebut . Tombol pintu yang membawa pandangan Yoongi ke rooftop , dibuka secara perlahan . Dahi Yoongi berkerut seketika .

' Aku rasa yang ajak jumpa aku tadi perempuan , ni dah kenapa badan tegap semacam ? Hana ni dah tukar jantina ke sampai siap potong rambut macam lelaki '

" Hana , aku tak ada masa ni . Kau nak jumpa aku buat apa ? " terkejut Yoongi tatkala manusia yang memalingkan tubuhnya itu bukanlah Hana . Malah seorang lelaki yang berbadan tegap sedang mencerlung tajam ke arahnya .

" Kau kenapa nak berkahwin dengan adik aku ? " soalan yang dilontarkan oleh lelaki itu membuatkan Yoongi diam seketika dan berfikir . Lama Yoongi berfikir dan kembali menatap dingin wajah lelaki itu .

" Oh kau ni abang Hana ye . Aku tak nak kahwin dengan dia tapi dia sendiri yang nak kahwin dengan aku " tersenyum sinis Yoongi tatkala melihat lelaki itu membesarkan matanya mendengar kata - kata yang diucapkan olehnya .

" Tch ! Budak mentah . Kau fikir kau boleh musnahkan hidup adik aku macam mana keluarga kau musnahkan hidup abang kau ? " kini giliran lelaki itu pula tersenyum sinis melihat Yoongi seakan - akan terpinga - pinga .

" Kau siapa hah ?! " Yeohyun tersenyum kemenangan melihat Yoongi yang mulai berang .  Yeohyun mendekatkan dirinya dengan Yoongi . Tepat sahaja Yeohyun berdiri di hadapan Yoongi , anak matanya saling bertikam dengan anak mata hitam milik Yoongi .

' Mata kau sama seperti abang kau , Min Yoongi '

" Aku Park Yeohyun . Abang kepada Park Hana , perempuan yang kau selalu bawa ke sana sini . Aku ingatkan kau balik ye Min Yoongi . Jangan sesekali berfikir kau boleh musnahkan hidup Hana "

" Sekali aku nampak Hana terluka sebab kau , keluarga kau dipertaruhkan " Yeohyun meninggalkan Yoongi yang terpinga - pinga akan tetapi laju sahaja lengan sasanya disambar oleh Yoongi .

" Aku ada abang ? Macam mana kau boleh kenal keluarga aku ? Apa dah jadi dengan abang aku ? " soalan demi soalan diajukan oleh Yoongi kepada Yeohyun . Yeohyun merentap kasar lengannya . Wajahnya jelas kelihatan marah sekali .

" Sepatutnya kau tanya Mama kesayangan kau bukan aku . Apa yang terjadi dengan abang kau atau lebih tepatnya apa yang dia dah buat dengan abang kau " semakin tidak keruan Yoongi dibuatnya .

Yeohyun berlalu pergi meninggalkan Yoongi yang masih tidak faham akan kata - kata yang diucapkan oleh Yeohyun sebentar tadi . Wajahnya diraup kasar .

' Hana , siapa kau ?  Kenapa abang kau tahu tentang keluarga aku ? Kenapa aku tak tahu apa - apa ? '

" Mama ! Ye , Mama je harapan aku sekarang ! " lantas Yoongi segera turun dari rooftop sekolah tersebut dan memecut laju ke jalan raya . Sekarang satu sahaja niatnya . Berjumpa dengan Puan Min dan menyelesaikan persoalan yang begitu banyak di kepalanya .

Dari sudut sekolah yang tidak jauh , seseorang memerhatikan segala gerak geri Yoongi . Tiada sebaris senyuman di wajahnya malah dingin sahaja .

' Aku percaya kau mangsa keadaan , Yoongi '

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro