1 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hish, serabutlah aku! Aku dah kata tak nak datang, nak paksa aku jugak. Menyampah betul hadir event macam ini," bebel Avryn sambil mencari pakaian yang sesuai untuk majlis nanti.

Avryn sengaja keluar awal lepas mesyuarat pengawas untuk melarikan diri selama sehari itu tetapi Arzyn sempat menangkapnya dan mengheretnya masuk ke dalam keretanya. Kereta Avryn dibawa oleh bodyguard.

"ARZYN COME HERE!" jerit Avryn lantang kerana terlalu kusut.

"Uhuk..uhuk..."

Azryn yang sedang minum air di bawah tersedak mendengar jeritan Avryn.

"Kurang asam punya budak. Nasib baik aku tak mati," gumam Arzyn sambil mengusap dadanya lalu memanjat tangga menuju ke biliknya.

Tiba di dalam biliknya, Arzyn terkejut melihat keadaan walk in closet Avryn yang bersepah dengan pakaian sana dan sini.

"Ayla, kenapa sepahkan semua pakaian?" tanya Arzyn lalu duduk di tepi Avryn dengan melunjurkan kaki ke hadapan dan tangan di belakang.

"Sebab kaulah. Aku serabut nak pakai apa untuk majlis itu. Aku tak nak kau paksa jugak. Pening kepala aku tahu tak," rungut Avryn dan baringkan kepalanya di peha Arzyn.

"Alahai, perkara kecil je. Aku tolong kau cari pakaian. Tak payah peningkan kepala. Kesian baby aku," ujar Arzyn dengan nada memujuk sambil mengusap rambut Avryn.

"Boleh jugak. Nanti kau pun pakai matching dengan pakaian aku supaya banyak mata cemburu," ujar Avryn sambil tersengih memandang Arzyn lalu bangun dari pembaringannya.

"Aku baru nak cakap, kau dah cakap. Dah jom, cari dress untuk kau. Nanti lambat kita sampai. Jangan terlalu emosi apabila jumpa mereka. Jumpa dan salam macam baru kenal," ujar Arzyn sambil merenung wajah gadis di hadapannya.

Avryn tersentak.

"Tak apa. Aku boleh kawal," ujar Avryn dengan senyuman manis.

Avryn dan Arzyn mula mencari dress yang sesuai untuk Avryn. Hampir sejam baru selesai mencari pakaian dari hujung rambut dan kaki untuk mereka berdua. Arzyn duduk kepenatan di birai katil sambil merenung Avryn yang sedang iron blazer miliknya dan dress dia sambil bernyanyi kecil.

"Ayle, dah pukul 5 sekarang. Kau pergi mandi dan bersiap. Aku bersiap di guestroom. Jumpa di bawah tepat pukul 6.30 petang," ujar Avryn selepas selesai iron pakaian dia dan Arzyn.

"Okay. Kau jangan lambat pulak," ujar Arzyn dan terus melarikan diri ke dalam bilik air apabila Avryn merenungnya tajam

Avryn terus pergi guestroom di sebelah bilik untuk bersiap.

Meanwhile

Fuego' Prince Villa

"Zaf, kau nampak tak suit aku? Aku cari dalam bilik tak ada pun," kata Kaish pada Farheen yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Macam nampak dalam walk in closet kau. Cuba tengok dalam almari hujung pintu itu. Rasanya kat sana," ujar Farheen lalu menyambung menonton televisyen.

"Thank you. Kau sangat membantu dari b*** dalam bilik itu," ujar Kaish dan menuju ke walk in closet miliknya seperti yang dikatakan oleh Farheen tadi.

Tadi dia tanya 6 babi dalam bilik itu, tapi jawapan yang diterima hanya "Cari sendiri".

Made his blood boiled up!

Farhen hanya menggelengkan kepalanya apabila faham maksud Kaish itu.

Farheen memandang sekilas jam pada dinding dan membulatkan mata.

"Aduh, dah lambat. Mati aku," ujar Farheen dan berlari masuk ke dalam biliknya selepas memasang lagu di televisyen dengan kuat untuk bersiap.

"Woi, agak-agak jugaklah nak pasang lagu macam dalam theater! Pekak telinga aku," jerit Adam dan keluar dari biliknya dengan melilitkan tuala pada pinggangnya tanpa memakai baju.

Dia terkejut mendengar lagu yang kuat selepas selesai mandi.

"Pening kepala aku nak hadap perangai budak-budak tak matang ini," ujar Adam perlahan sambil menekan butang pada remote untuk memperlahankan volume.

"Adam, fashion baru eh? Handsome jugak kalau kau keluar macam ini. Lagi banyak peminat lah kau dapat," usik Aayash lengkap berpakaian t-shirt dan jogger pants.

"Diam lah kau. Kau tak bersiap lagi ke? Dah pukul 5.30 ini." ujar Adam kepada Aayash yang elok bersandar pada dinding.

"Nak bersiap lah ni. Aku terdengar jeritan kau, itulah aku jenguk apa yang terjadi." balas Aayash lalu masuk ke dalam biliknya semula.

Adam berjalan masuk ke dalam biliknya untuk bersiap sebelum kena marah dengan Arfan. Arfan paling pantang kalau orang itu lambat tanpa solid reason.

***

"ARZYN TURUN CEPAT!" jerit Avryn bengang.

Avryn sudah bersiap dan tunggu di bawah lebih 10 minit tetapi tubuh Arzyn masih tidak kelihatan.

"COMING!" jerit Arzyn lalu turun tangga dengan pantas sebelum Avryn mengamuk sakan.

Arzyn hanya tersengih memandang renungan tajam Avryn yang duduk di sofa.

"Sorry, baby. Let's go," ujar Arzyn menyebabkan Avryn bangkit dari sofa dan menuju ke kereta yang diparkir di perkarangan rumah diikuti Arzyn.

Avryn tidak memandu kereta ke majlis itu. Dia hanya menaiki kereta Arzyn.

"Rimas betul pakai dress dan heels bagai. Tapi cantik juga Arzyn pilih," gumam Avryn perlahan semasa hendak menaiki kereta.

Arzyn hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum nipis mendengar kata Avryn apabila lalu tepinya.

Avryn Outfit

Arzyn Outfit

Kereta (Bugatti Chiron Super Sport)

"Baby, you look like a princess today. She will be speechless to see you're a grown-up teenage," kata Arzyn memecahkan kesunyian dalam kereta itu.

Avryn yang leka memandang pemandangan luar kereta itu hanya tersenyum nipis mendengar kata Arzyn dan menggenggam tangan Arzyn di atas peha lelaki itu.

"I bet she will. I miss them damn much," ujar Avryn dengan nada yang seakan menangis sambil menggenggam tangan Arzyn dengan erat bagi mencari kekuatan.

"Don't be sad Ayla. This will end soon," ujar Arzyn sambil membalas genggaman Avryn apabila sedar suara Avryn berubah menjadi sedih.

"It will end no matter what," ujar Avryn nekad.

"Stay with me when we reach there. Our gang and others will be there. Just act normal," ujar Arzyn menukar topik perbualan supaya mood Avryn tidak swing.

"Sure. No problem," ujar Avryn ringkas.

Arzyn memecut dengan laju apabila menyedari jam hampir pukul 7.00.

***

"Ya Allah! Fryan cepat sikit boleh tak?" tanya Adam dengan renungan tajam kepada Fryan yang sedang memakai kasutnya dengan perlahan macam siput babi pun ada.

Ahli FP hanya menepuk dahi masing-masing kerana kesal mempunyai ahli yang tidak matang seperti Fryan.

"Aku dan yang lain tunggu kat kereta. Dalam 3 minit kau tak sampai, kita orang blah." ujar Afran dengan tegas dan berlalu ke kereta diikuti yang lain.

Fryan dengan pantas memakai kasutnya dan berlari keluar dari rumah menuju ke keretanya. Kata Afran tidak boleh dibuat main. Dia cakap, dia akan buat tak kira apa.

"Kata dalam 3 minit aku tak sampai nak blah tetapi dah lebih 3 minit kot aku tunggu dalam kereta," gumam Fryan perlahan apabila 6 buah kereta sport di hadapannya masih tidak bergerak lagi.

"Call Adam lah," kata Fryan dan terus hubungi Adam.

"Wei, kenapa tak gerak lagi"

"Dekat area nak keluar itu ada polis tengah check. Itu yang tunggu polis itu blah. Menyusahkan betul!"

"Okay, bye"

Adam hanya merenung telefonnya tidak puas hati apabila Fryan memutuskan panggilan itu begitu sahaja.

"Tak guna punya malaun," gumam Adam perlahan

Selepas beberapa minit, 7 buah kereta sport keluar dari perkarangan villa dan memecut laju di atas jalan raya kerana sudah lambat untuk menghadiri majlis.

Kereta Afran (Ferrari F12)

Kereta Farheen (Jaguar F-Type)

Kereta Aayash (Lamborghini Aventador Roadster)

Kereta Aayiz (Aston Martin Vantage)

Kereta Adam (BMW i8)

Kereta Fryan (Lexus LF-LC)

Kereta Kaish (Acura-NSX)

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

^^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro