6 0

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

AnfaaHanna

4 tahun kemudian,

White Ivy Mansion, Malaysia.

"MOM! DAD! WHERE ARE YOU GUYS?" jerit Rihanna sambil menuruni tangga rumah agam milik Dilarier dengan iPad miliknya di tangan.

Semua ahli keluarga yang sedang bersembang di ruangan makan tersentak mendengar jeritan gadis itu.

"Dah kenapa kau jerit macam kucing hilang anak ni!" marah Ariq lalu menghirup jus oren di hadapannya sebaik sahaja susuk tubuh Rihanna memasuki ruangan makan. 

Rihanna merenung Ariq tajam sehingga lelaki itu melarikan anak mata dari wajahnya.

"What's the problem, Elly?" 

Tengku Marleena menyoal anak gadisnya yang seperti mahu meletup dengan muka merahnya. Warna kulit gadis itu yang putih jelas menampakkan kemarahan yang sedang membara dalam dirinya.

"WHAT THE HELL IS THIS?!" jerit Rihanna sambil melemparkan iPad miliknya ke atas meja makan.

Tengku Marleena, Tengku Emuel, Tengku Azric dan Tengku Aurora terkaku melihat tajuk besar berita yang terpapar dalam iPad itu. 

Arlan, Ariq, Afran, Arzyn, Ayran, Isabella, Sarah dan Luciana bangun dari kerusi untuk melihat skrin iPad kerana mereka berada sedikit jauh dari iPad itu.

"F**k!"

Arzyn mencarut sebaik sahaja melihat tajuk berita itu. Raiden dan Rufawi hanya memandang adengan itu tanpa riak kerana mereka bangun sahaja pagi ini, kenyataan media Tengku Sam telah disaksikan secara lansung melalui laman web berita.

"Language, boy." tegur Tengku Aurora sambil membulatkan matanya ke arah Arzyn.

Arzyn hanya tersengih memandang ibunya.

"Why.did.he.release.a.statement.which.is.fully.bullshit?" soal Rihanna satu persatu dengan suara yang tertahan-tahan.

Tengku Emuel dan Tengku Aurora mengeluh berat apabila tiada jawapan untuk soalan puteri mereka. Mereka sendiri tidak tahu tentang perancangan Tengku Sam yang telah mengejutkan seluruh dunia hari ini. 

Isabella mengambil skrin iPad untuk mengetahui kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Tengku Sam, ayah Tengku Emuel beberapa minit lepas dengan lebih lanjut.

CROWN PRINCESS OF ENGLAND WILL BE ENGAGED SOON - TENGKU SAM TYLER HENDERSON

'Tengku Rihanna Elaine Adrey Henderson or commonly known as Princess Elaine will be engaged to Tengku Louis Marteen Leon's son, Tengku Adam Hadriq Leon later this month. This engagement was agreed upon by both parties. More details will be announced from time to time by the Royal Communication Centre. Thank you.'

Luciana yang turut membaca bersama Isabella terkelu lidah membaca berita itu. Semua orang di rumah itu tahu akan hubungan antara Rihanna dengan Zayden. Hubungan mereka sudah terjalin hampir 4 tahun.

"Mom dan dad tak tahu tentang ini. This is your grandpa's decision without our knowledge," kata Tengku Marleena kerana mereka suami isteri sememangnya tidak tahu tentang perancangan pertunangan antara Adam dan Rihanna. Mereka juga tahu akan hubungan Zayden dengan puteri mereka.

Beberapa orang bodyguard yang berdiri pintu ruangan makan menundukkan badan sebaik sahaja wajah seorang lelaki 70-an menyapa pandangan mereka.

Semua di ruangan makan berdiri serta merta melihat Tengku Sam dan Tengku Mary di sampingnya sedang menuju ke arah mereka.

'Here comes the old man who is tryin' to ruin my life,'

Rihanna tersenyum sinis tanpa menoleh ke belakang kerana dia tahu siapa di belakang. Dia tidak boleh menerima kenyataan di mana dia akan ditunangkan dengan Adam. Dia memang tidak selesa dan cuba mengelak bercakap dengan Adam sejak hari perkhemahan itu.

'I can tolerate and deal nicely if it's not Adam and it was discussed with me first but...'

Keluarga Henderson telah datang ke Malaysia atas arahan Tengku Sam minggu lepas tetapi mereka tidak tahu akan perancangannya ini.

"How are you my beloved, grandparents?" soal Rihanna lalu menyalam tangan Tengku Sam dan Tengku Mary dengan muka yang dibuat manis.

Semua di sana mula risau dan gelisah kerana mereka tahu ada satu pergaduhan besar akan tercetus di antara Rihanna dengan Tengku Sam sebentar lagi.

"Great, dear." balas Tengku Sam dengan senyuman manis tanpa menyedari kesudahan perkara yang telah dilakukannya.

Tengku Sam dan Tengku Mary mengambil tempat di meja makan diikuti yang lain selepas bersalaman kecuali Rihanna yang sedang berdiri.

"Semua happy je hari ni. Is everyone happy because my granddaughter will be getting engaged soon?" soal Tengku Sam dengan senyuman girang di wajah tuanya.

Raiden hampir menepuk dahinya mendengar kata atuknya itu. Dia memandang Rihanna yang sedang merenung Tengku Sam seperti mahu menelan dia hidup-hidup.

"Grandpa..."

BAM!

Rufawi tidak sempat memulakan ayatnya kerana Rihanna menghentak meja makan yang diperbuat daripada kayu itu dengan kuat. Gadis itu tidak menghiraukan rasa sakit di tapak tangannya akibat hentakan itu. Rasa sakit hatinya menguasai segalanya.

"Are you insane?" marah Tengku Sam sambil mengurut dadanya kerana terkejut akan hentakan meja itu.

Semua tidak berani untuk masuk campur kerana mereka tahu hal itu akan menjadi lebih besar jika ada orang maauk campur. Lebih baik mereka berdiam diri dari masuk campur hal itu.

"I am because of what've you done today," kata Rihanna sambil menatap Tengku Sam dengan geram. Dia tidak akan bertindak sebegini jika perkara itu dibincangkan dengan dia ataupun ibu bapanya tetapi tiada siapa pun tahu tentang hal itu.

Tengku Sam terdiam.

"You're angry because of the announcement I made today? Grandpa ingat kamu happy. Adam kawan kamu sejak sekolah so I thought you will be comfortable with him and like him," balas Tengku Sam kerana dia mahu yang terbaik untuk cucu sulungnya dan juga pewaris takhta selepas anaknya, Tengku Emuel.

Rihanna mengeluh berat mendengar kata-kata Tengku Sam. Ada terselit perasaan kecewa dalam dirinya kerana Tengku Sam membuat keputusan tanpa persetujuan ataupun memaklumkan kepada sesiapa. Dia faham Tengku Sam inginkan yang terbaik untuk semua cucunya kerana hanya dia, Raiden, Laura dan Nancy belum mengikat tali pertunangan mahupun berkahwin kecuali Rufawi yang masih muda. 

"Grandpa tahukan my relationship with Zayden? Don't tell me you're not aware of it," soal Rihanna lembut kerana tidak berguna jika dia berkasar dengan Tengku Sam.

 "Isn't it just a rumour?" soal Tengku Sam pelik kerana sejak tahun lepas ada banyak platform media mengeluarkan kenyataan di mana cucunya itu mempunyai hubungan istimewa dengan jejaka yang mendapat nama dalam dunia perniagaan dan merupakan jutawan muda sejak 3 tahun lepas.

Rihanna hampir mencarut tetapi hanya mendiamkan diri untuk menenangkan dirinya yang ingin sahaja menghantuk kepalanya di dinding kerana ayat Tengku Sam sangat tidak masuk akal. 'Rumour' yang dikatakan Tengku Sam boleh dijadikan satu bahan bukti yang sangat jelas untuk dia dan Zayden sedang menjalinkan hubungan. Semua gambar yang dikeluarkan di laman berita hiburan menjelaskan lagi hubungan mereka kerana gambar itu diambil di pusat membeli-belah, taman, restoran dan lagi.

Ayran menjatuhkan kepalanya di atas meja dan lengannya menutupi dahinnya dengan bahu terhenjut-henjut menahan tawanya kerana dia tahu Tengku Sam tidak membuat lawak tetapi apa yang dikatakan itu tidak dapat membendung rasa lucu dalam dirinya.

"Stop it, Ayan." bisik Afran lalu mencubit peha abang kembarnya yang duduk di sebelahnya. Dia turut menahan rasa geli hatinya tetapi dia tidak mahu menjadi mangsa kemarahan Rihanna.

"Seriously grandpa you thought it is a rumour?" soal Rufawi tidak percaya dia yang berumur 13 tahun juga faham akan gambar dalam 'rumour' yang dikatakan Tengku Sam inikan pula lelaki yang berumur 70-an itu.

Tengku Aurora dan Tengku Marleena juga tersenyum lucu mendengar istilah 'rumour' itu.

"Then it's true?" soal Tengku Sam terkejut. 

Rihanna terduduk di kerusi lalu mengurut pelipisnya yang mula pening dengan Tengku Sam.

"Pa, Elly is in relationship with Zayden for about years now. Diorang bercinta sebelum Elly pulang ke England lagi," jelas Tengku Emuel untuk menyelesaikan hal itu.

Rihanna hanya berdiam diri untuk memberi ruang kepada Tengku Emuel menjelaskan perkara sebenar.

"Then just break up with him and engage with Adam. He's good for you then the boy you love," balas Tengku Sam lalu menyisip kopi yang baru sahaja diletakkan di hadapannya oleh pembantu rumah. Dia rasa Adam adalah lelaki terbaik untuk cucunya dari Zayden.

Rihanna mengetap gigi lalu bangun dari kerusi. Dia tahu Tengku Sam tidak akan mengubah keputusannya dan keputusan itu akan diubah jika hubungan cintanya didedahkan awal lagi tetapi tiada apa boleh dilakukan melainkan kekerasan digunakan.

"You're really getting on my nerves, grandpa." kata Rihanna dengan tatapan tajam menghala ke arah Tengku Sam yang sedang melihatnya juga.

Tengku Sam menghela nafas perlahan.

"I've announced it so it's final. Nothing can be changed," putusTengku Sam walaupun dia boleh sahaja mengubah keputusannya.

Rihanna tersenyum sinis mendengar itu.

'Playing hard, huh?'

Tengku Emuel dan Tengku Marleena sudah berpandangan mendengar kata putus Tengku Sam.

Raiden turut mengukirkan senyuman sinis memandang Tengku Sam.

"Okay then. I will get engage to him," balas Rihanna mengejutkan semua orang kecuali Rufawi dan Raiden.

Tengku Sam tersenyum kemenangan.

"Still I won't accept him in my life. I will not let Adam to get in my life. Dia akan menjadi tunang atas kertas sahaja," kata Rihanna lagi sambil mengangkat keningnya ke arah Tengku Sam.

"We'll see," jawab Tengku Sam walaupun dia tahu gadis itu akan buat apa yang dikatakannya walaupun apa saja berlaku.

Rihanna tersenyum manis yang membuatkan semua takut kerana senyuman itu merupakan senyuman yang jarang dan senyuman yang memberi amaran.

"Jangan kata saya tak larang awal-awal. Kalau apa-apa jadi you face it. I won't interfere. Anak teruna orang tu tau," kata Rihanna lagi lalu mengambil iPad yang dilemparkan ke atas meja makan tadi.

Tengku Sam hanya mengangguk perlahan.

"You'll face the consequences for making me do this." ujar Rihanna lalu menyalami ibu bapanya, Tengku Aurora dan Tengku Azric sebelum bergerak ke arah Tengku Sam.

Tengku Sam menghulurkan tangan untuk disalam.

"Don't regret later. You know what I'm capable of, grandpa." kata Rihanna sebaik sahaja menyalami tangan Tengku Sam dan Tengku Mary.

Rihanna melangkah keluar dari ruangan makanan dengan rasa sakit hati dan kemarahan yang menggunung di hati.

Tengku Sam bersabung mata dengan mata Tengku Emuel yang memandangnya redup.

'You messed with the wrong girl,'

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

❤STAY SAFE GUYS❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro