f o u r t e e n -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum kepada semua dato datin, tuan puan, sedara-mara, atok nenek, maklong paklong, makngah pakngah, abang kakak dan adik-adik sekalian."

"Ha... Terima kasih kerana datang ke pertandingan memasak bagi mengadili kedua pihak iaitu Medina dan Makcik Senah. Saya Hairul Afeef a.k.a hos pada harini menemani anda sepanjang rancangan ini berlangsung. Tidak suka? Sila beredar dengan segera ya." Ketawanya kecil.

"Tok Mail, pasal payment kita bincang dekat belakang," sempat lagi dia memberitahu kepada orang tua itu sebelum pertandingan bermula.

"Aduh, apa lah nasib." Keluh Tok Mail. Dia naik pening bila Hairul sudah mula pegang pembesar suara ditangan. Takkan berhenti kalau memberinya peluang untuk bercakap.

"Tuan-puan semua. Cuaca yang panas menyinari muka saya yang begitu indah. Hari yang elok janganlah kita berlengahkan kita lagi."

"Jadi disebelah saya seorang penduduk kampung yang sangat legenda dengan persatuan makcik bawang. Macam-macam ada bawang merah bawang kuning semua lah."

"Iaitu Makcik Senah!" Hairul menunjukkan Makcik Senah yang sudah siap ikat tali dikepala seperti askar sekejap lagi untuk pergi berperang.

Mereka menjerit bagi penyokong tegarnya yang dibelakang. Makcik Senah sempat lagi menjelir lidah ke arah pihak lawannya disebelah.

Medina hanya memutarkan bebola mata ke atas. Malas mahu melayan orang yang serupa tidak betul.

"Disebelah kiri saya pula, fuh wanita cantik datang jauh nun disana. Seorang perempuan yang boleh tahan garangnya seperti harimau yang hendak membaham mangsa tidak lain tidak bukan..."

"Medina!"

Medina menyorak suka dan penyokong yang dibelakangnya juga turut menjerit bagi menaikkan semangat Medina.

"Medina!"

"Medina!"

"Medina!"

Riuh sekali sokongan hangat daripada mereka semua. Medina memandang tajam ke arah Makcik Senah sebelum dia membuat isyarat penggal kepala. Seram sekali isyaratnya kali ini. Makcik Senah membuat muka, dia agak terasa kerana penyokong gadis bandar itu lagi ramai daripadanya.

"Fuh ketegangan kian terasa disini, nampaknya permainan sengit sudah bermula. Jadi sebelum itu saya lupa pula nak kenalkan juri, maaflah ya excited sangat," sengihnya.

"Barisan juri pertama kita, Mak Milah makcik sedara saya oi! Bangga jap," katanya teruja membuatkan Makcik Milah menutup muka dengan buku catatannya. Malu ada anak sedara macam dia.

"Yang kedua, tidak lain tidak bukan Mak Jai!"

"Yang terakhir ini memang betul-betul legen ni. Juara bertahan kita jaguh kampung Jalan Sungai iaitu Nek Lah!" Laung Hairul kuat.

"Beri tepukan gemuruh untuk juri kita kalini. Terasa takut pula saya melihat muka serius juri di sana ya," usik Hairul lagi.

"Harini, kedua-dua panel kita sudah tahu apa tema untuk dihidangkan. Untuk pengetahuan semua, hidangan utama masakan bebas tapi bertemakan kampung dan tradisional. Kedua, hidangan pencuci mulut iaitu bertemakan moden dan barat."

"Kamu berdua sudah bersedia? Jadi, masa diberikan hanya dua jam tiga puluh minit dari... Sekarang!"

Medina dan Makcik Senah sudah mula membuat kerja masing-masing. Kedua-duanya fokus kepada masakan. Kalini, Medina akan buktikan bahawa dia pun berhak untuk duduk di kampung tanpa suruh dihalau.

Jadi, dia akan buatkan Makcik Senah sendiri berhenti menganggu hidupnya dan keluarganya juga.

Mereka membuat masakan seperti tema yang ditetapkan oleh pihak yang lebih berkuasa. Dalam hati Medina berdoa agar dia menang dalam pertandingan ini.

_

Masa dua jam tiga puluh minit sudah hampir berakhir. Medina membuat sentuhan terakhir bagi menghias masakannya. Makcik Senah juga sama tidak mengalah untuk nampak masakan dia lagi gah daripada gadis bandar itu.

"Okay kepada panel kita, masa sudah berakhir jadi boleh angkat tangan anda jauh daripada hidangan dan jauh diri anda untuk dekati meja." Arah Hairul apabila dia menjenguk jam pada ditangan.

Mereka berdua sudah selesai, Medina dan Makcik Senah sudah jauhkan diri dari dekati dengan meja. Mereka berdua sempat lagi untuk sentuhan yang terakhir.

"Okay juri, anda sudah boleh buat kerja anda. Panel kita boleh ambik hidangan anda dan letak di atas meja. Pastikan letak nama disetiap hidangan anda," pesan Hairul. Lelaki itu memang bersungguh-sungguh menjadi hos kalini.

Medina orang yang pertama menatang dulang untuk dihidangkan kepada juri. Masakannya begitu nampak menarik dihadapan mata mereka kecuali Mak Jai. Dia dari awal lagi menyokong Makcik Senah menjadi pemenang.

Medina menghidangkan masakan ikan tenggiri masak kuah gulai serta pencuci mulutnya puding caramel cheese. Makcik Jai agak terliur melihat pencuci mulut yang dihidangkan oleh Medina sendiri.

Selepas itu, giliran Makcik Senah untuk menghidangkan masakannya. Dia meletakan dulang ke atas meja. Hidangannya kalini cukup menyelerakan juri. Hidangan pertamanya soto ayam dan hidangan kedua tart ais krim.

Makcik Senah kembali pergi ke tempatnya semula. Medina terasa gemuruh kecuali Makcik Senah yang dapat rasa. Dia akan menang dalam pertandingan ini. Begitu yakin sekali mukanya, dia akan pastikan budak bandar itu akan keluar juga daripada kampung ini satu hari nanti.

Juri membuat penilaian yang secara adil, tiada ulasan untuk menyokong mana-mana pihak. Hanya adil dan jujur saja diperlukan saat ini.

"Harap masakan aku dapat memuaskan semua orang," bisik hati Medina. Dia sungguh takut. Dia risau kalau dia sendiri yang akan dihalau daripada kampung.

Jadi... Siapakah pemenang?

__

"Juri sudah sepakat, maaf ada sedikit perubahan. Jadi, juri tidak dapat menafikan kedua panel kita masak dengan tepat citarasa tekak ketiga-tiga juri. Jadi, kita diminta juri para awam untuk merasa masakan kedua panel kita."

"Kami akan berikan kertas di dalam balang yang saya pegang ni, anda semua boleh tulis yang mana anda minat dengan masakan mereka berdua letak dalam balang ini dan kita tengok siapa yang akan jadi pemenang seterusnya." Terang Hairul panjang lebar.

"Kenapa tu Suri?" Soal Makcik Raihanah, hairan pula ada perubahan secara tiba-tiba.

"Aku rasa kedua masakan dari mereka tu sedap agaknya. Susah juri nak buat pilihan," balas Makcik Suri. Dia juga daripada makan betir jagung yang dia buat sendiri. Sudah macam menyaksikan panggung wayang pula.

Orang kampung sudah berbisik sesama sendiri. Medina pula dari tadi menggosok kedua telapak tangan kerana takut. Makcik Senah pula dan mengigil serta menggigit kuku jari kerana juga berdebar dengan keputusan juri.

"Sayang, kenapa tu?" Soal Ishak, suami kepada Hanania. Mereka berdua juga turut hadir ke pertandingan disebabkan abangnya, Hairul.

Memaksa mereka berdua untuk berikan sokongan kepadanya menjadi hos. Dia pulak yang melebih macam dia nak bertanding.

"Tahlah, riuh semacam je. Jap, sayang panggil Abang Hairul jap," dia bangun dan memberikan beg tangan kepada suaminya yang disebelah.

"Abang! Sini jap.." Hanania menarik lengan abangnya sehingga ke tepi khemah. Riuh orang kampung kerana berita yang tergempar tadi selepas diumum oleh Hairul sendiri.

"Asal kau ni tarik-tarik tangan abang? Tak puas ke kau dah tarik tangan suami kau?"

Pak!

Hanania memukul kuat dibahagian bahu abangnya. Itulah mulut pun tidak boleh kunci. Suka saja lepas cakap macam tiada orang pula akan dengar perbualan mereka nanti.

"Ni... Hana nak cakap. Kenapa tiba-tiba jadi juri awam pulak ni?" Soal Hanania, hairan. Berkerut dahi gadis itu.

"Tak tahu lah abang, juri tadi buat pengumuman lama lepas tu panggil abang. Makcik Milah dengan Nek Lah cakap mereka bertiga tak boleh buat keputusan sebab dua-dua masakan sedap susah nak dibandingkan. Jadi, kita kena minta juri awam untuk memilih mana yang terbaik rasa ditekak mereka." Terang Hairul.

"Hm okay lah macam tu, Hanania pergi tempat duduk balik," gadis itu pergi semula tempatnya dimana Ishak berada tadi.

Medina pula seakan cuak, dia tidak tahu kenapa tangannya tidak berhenti mengeluarkan peluh daripada tadi. Susah perasaan gemuruhnya untuk dikawal saat ini.

"Aduh, apa pula lama tu? Cepatlah aku panas ni!" Makcik Senah sudah mengeluarkan senjata kipasnya untuk mengibas wajah yang mula membahang panas.

Medina hanya memberikan jelingan serta cebikan sinis. Dia menyampah bila bersemuka dengan Makcik Senah lama-lama dekat sini. Dia mahukan keputusan dengan cepat dan cepat juga dia pulang ke rumah.

Tiada lah nanti, terserempak jodoh dengan orang bodoh disebelahnya. Gadis itu masih lagi berdoa agar semua berjalan dengan lancar.

"Maaf kerana membuat anda semua tertunggu-tunggu. Jadi, kita jangan buang masa. Barisan pertama boleh bangun dan merasa makanan disana. Sudu ambil sorang satu dan rasa. Selepas rasa, jangan letak sudu macam tu je. Buang ke dalam tong sampah nanti. Disini kita perlukan kebersihan ye anak-anak. Nanti bakteria semua boleh masuk dalam perut. Jangan tunggu abang keluarkan skill doktor dekat sini nanti," mood lelaki itu sudah mula keluar. Kalau dia membebel dalam satu pertandingan mungkin dia akan boleh menang.

Akhirnya, barisan pertama memulakan rasa masakan daripada para panel. Mereka pula sudah tulis siapa yang mereka rasa layak untuk jadi pemenang.

Semua barisan sudah merasakan masakan mereka berdua. Balang yang berada di atas meja sudah penuh dengan kertas yang sudah dilimpat.

Balang tadi dibawa oleh Hairul untuk mengira berapa undi untuk kedua pihak yang bertanding. Medina melihat Umar yang bersama Rizal dibelakang khemah. Lelaki itu seorang saja tidak mahu undi. Gadis itu memaki hamun di dalam hati kerana geram sikap Umar yang memang langsung tidak menyokongnya.

Fahmi dan rakan-rakan turut hadir dan mereka juga membuat undian. Sudah semestinya lelaki itu akan memilih Makcik Senah. Dia juga mahukan gadis bandar itu keluar daripada kampung ni.

Tidak lama kemudian, keputusan sudah pun berada ditangan Hairul. Medina dan Makcik Senah kian terasa debaran yang mengalir setiap urat saraf. Gementar saat mereka ingin tahu siapakah pemenangnya.

"Keputusan sudah berada ditangan saya. Jadi, bacalah bismillah banyak-banyak semoga Allah mempermudahkan ya? InsyaAllah... Satu lagi peringatan keputusan ini diterima dengan hati yang terbuka tiada pergaduhan lagi selepas ini? Faham semua?"

"Saya buka kertas ni. Bismillah... Aduh, aku pula yang berdebar apahal," Hairul turut juga berasa takut. Dia membuka dengan perlahan-lahan dan mengintai sedikit isi kandungan di dalam.

"Saya terus cakap eh? Pemenang bagi juara jaguh kampung Jalan Sungai yang baru jatuh kepada..."

"Medina!"

Gadis itu yang menggenggam kedua tanganya melompat suka membuatkan kerusi tadi jatuh ke atas tanah. Dia memeluk Tok Mad yang berada dibelakang serta dia berlari pergi memeluk neneknya yang berada di situ.

"Argh! Keputusan semua ni tak adil! Dah aku nak balik!" Makcik Senah mencampak apron ke atas tanah dan dia pergi melulu tanpa memandang orang yang berada dibelakang.

"Alhamdulillah nek! Medina menang!" Gadis itu sudah memeluk tubuh neneknya erat seeratnya. Dia tidak menyangka dia menang dalam pertandingan ini.

"Alhamdulillah... Nenek rasa masakan kamu sedap tau. Tak sangka nenek," Nenek Ramlah juga terasa terkejut kerana masakan Medina begitu sedap dianak tekaknya.

"Tengok lah siapa yang ajar," sengih Medina.

"Dah jom lah pergi, menyemak mata aku dekat sini." Fahmi menjatuhkan puntung rokok ke atas tanah dan dipijaknya sebelum dia memulas motosikal untuk beradar dari kawasan situ.

Mereka mengemas semua tempat duduk dan meja, khemah juga dia orang kemaskan kembali. Medina orang yang pertama teruja mana taknya dulu dia tidak reti masak sekarang sudah jadi terkenal pula di dalam kampung kerana masakan sedapnya.

Semua dalam keadaan gembira begitu juga dengan Tok Mad bangga dengan Medina kerana cucunya memang seorang yang sangat penyabar.

Walaupun Medina ini tidak sama macam arwah Izzan tapi semangat dia tidak menafikan mereka berdua memiliki semangat yang sama. Seolah-olah dia merasakan arwah Izzan masih ada di sini.

__

Selepas pertandingan memasak kemarin. Hairul terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur kerana cutinya sudah pun habis. Lusa dia akan masuk ke kerja seperti biasa. Biasa lah nama pun kerja doktor, memang susah untuknya mengambil cuti. Ini pun dia bersyukur sebab dapat bercuti bersama orang yang tersayang.

"Alah, abang nak pergi dah ke? Hanania nanti rindu lah!" Gadis itu sudah menghentak kaki ke atas lantai. Dia mana boleh berenggang dengan abang kesayangannya itu.

Walaupun hari-hari macam anjing dan kucing bila bergaduh tapi menjadi happy kalau sudah berbaik. Payah betul.

"Aduh kau ni, kau dah ada suami en? Jangan buat perangai budak-budak boleh tak? Aku pang japgi," berkerut dahinya melihat adik perempuannya itu sudah keluar perangai kebudak-budakan.

Tapi sudah jadi bini orang dah pun. Alahai!

"Ish abang ni!" Hanania memeluk tubuh badan Hairul dalam hati lelaki itu dia pun tidak sanggup nak menjauh dari adiknya juga tapi dia kena terima kerjanya tidak sama macam pekerjaan yang lain.

"Dah-dah nanti abang balik jangan risau. Hari raya kan ada nanti aku balik dah jangan nangis. Aduh kau ni lah..." Jarinya sudah menyeka air mata Hanania. Gadis itu masih lagi mengeluarkan air mata membasahi pipinya.

"Ha... Ishak. Jaga adik aku baik-baik, kau sakitkan hati adik aku esok aku kirim lutut dari KL, faham?" Tegas sekali amarannya berikan kepada adik iparnya itu.

"Faham bang, jangan risau." Ishak menyalam kedua tangan Hairul.

Lelaki itu terhenti saat dia menyalam kedua tangan maknya. Makcik Raihanah tidak mahu mengeluarkan air mata tapi dia tidak dapat lagi bendung air mata yang merembes keluar.

Siapa je tidak sedih kalau anaknya yang sudah lama tak balik ke kampung. Esok-esok sudah balik semula ke sana.

Mahu meraung jadinya!

"Dah sampai dekat sana call mak. Faham? Kalau penat berhenti dulu dekat mana-mana jangan paksa diri tu memandu kalau mengantuk," pesan Makcik Raihanah.

"Baik mak, jaga diri tau. InsyaAllah... Erul balik sini kalau ada masa ya mak. Erul balik dulu," dia memeluk maknya dan Hanania untuk kali terakhir sebelum dia masuk ke dalam kereta Honda Brv miliknya.

Dia melambai ke arah mereka semua diluar tingkap cermin kereta dan matanya fokus kepada pemanduan semula. Niatnya mahu singgah laut untuk berjumpa dengan Umar. Tapi, mungkin lelaki itu belum pulang lagi. Nasib dia sudah pesan kepada Makcik Suri sebelum dia pulang.

Dia meneruskan perjalanannya hingga keluar daripada kampung. Dia rasakan baru semalam dia balik. Rindu itu tidak terungkap dengan kata-kata.

Sampai saja di satu kawasan, dia turun daripada kereta. Dia ingin menziarahi pusara arwah Izzan sebelum dia pulang kembali ke bandar.

Dia berjalan sehingga ke pusara arwah dan dia duduk mencangkung. Dalam hati dia membaca surah Al-Fatihah dan berdoa agar arwah kawannya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

"Assalamualaikum Izzan, aku nak balik dah ni. Rindu kau weh tapi takpalah Allah lebih sayang kau. Aku datang kejap je sebab lepas ni aku nak balik dah. Izzan... Aku doakan kau semoga kau tenang dekat sana. Okay lah, aku balik dulu assalamualaikum," Hairul bangun dan berjalan semula ke arah kereta.

Dia menoleh ke arah pusara arwah untuk kali terakhir. Jatuh air mata jantannya saat dia kenangkan kembali kenangannya bersama arwah.

"Hoi," sapa Izzan dibelakang Hairul yang sedang leka memandang laut dihadapannya.

"Kau ni Izzan. Terkejut aku," omelnya, Izzan tergelak suka.

"Sorry lah, aku tengok kau fokus sangat dekat laut sampai tak pandang kiri dan kanan dah," senyumnya yang turut memandang laut. Indah sungguh ciptaan Allah.

Allahu.

"Kau lama ke kat sana?" Soal Izzan secara tiba-tiba.

"Oh... Lama jugak ambik kursus lagi. Praktikal pun ambil masa juga," balas lelaki itu. Akhirnya, cita-cita untuk dia jadi doktor sudah tercapai.

"Kalau macam tu, Erul. Tolong janji dengan aku, jaga Umar. Kau tahu kan dia tu macam mana? Kita kena sama-sama jaga dia, jangan bagi penyakit dia datang balik."

"InsyaAllah... Aku dah anggap kau orang tu adik beradik aku dah. No hal lah, aku boleh jaga dia," senyumnya. Izzan juga balas senyuman manis dibibir.

Hanya kenangan saja mampu mengubat rindu, mungkin orang sekeliling akan nampak dia seorang yang kuat tapi hakikatnya tidak.

Dia sendiri masih tersangkut dengan rindu semua memori dia bersama arwah. Tapi, dia hanya pura-pura kuat sebab dia kena jaga Umar supaya dia juga kuat bahawa kawan baik mereka sudah pergi.

Izzan semoga kau bebrhagia di sana.

Continue.

--

Maaf lewat update, sorry sangat sangat. I hope masih ada menunggu ')

I know makin kehambaran untuk cerita ni, insyaAllah the next chapter akan diperbaiki dari segi jalan cerita. Maaf untuk lagi sekali.

Enjoy to read! Anneyoung 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro