f o u r t h y t h r e e -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku meluru untuk masuk ke dalam tandas namun telinga aku menangkap suara daripada Abang Hairul. Suaranya seakan sedang dalam keadaan marah dengan seseorang.

Aku meneliti gerak-gerinya dari arah belakang. Melihat dia sedang menelefon dengan seseorang. Aku berkerut dahi menanti perbualan mereka.

"Kau nak apa lagi Harith? Kau jangan ganggu Zahra lagi! Jangan sampai aku akan report benda ni ke balai polis. Kau jangan cabar aku," kata Abang Hairul dengan wajah memerah.

Jelas tampak dia sangat marah dengan seseorang lelaki bernama Harith. Aku musykil dengan nama itu adakah Zahra dan Harith dimaksudkan olehnya adalah orang yang paling aku kenal.

Tidak lama kemudian, dia sudah memutuskan panggil bersama lelaki misteri itu dengan segera aku memunculkan diri dihadapan dirinya. Wajah aku seakan kecut dan gelisah.

Adakah Zahra itu adalah kawan baik aku? Adakah selama ini tekaan aku betul yang Zahra ada masalah?

"E..eh M..Medina.. Buat apa kat sini?" Reaksi Abang Hairul seakan mahu pura-pura normal di hadapan aku. Wajah aku kalini tidak dapat sembunyikan daripada terus ingin tahu siapa gerangan yang dimaksudkan oleh Abang Hairul sendiri.

"Better Abang Hairul bagitahu dekat Medina. Siapa Zahra dan siapa Harith yang Abang Hairul maksudkan? Sebelum Medina meletup kat sini," suara aku bergetar ingin tahu. Abang Hairul sudah cuak dan mengeluh kuat dihadapan aku.

-

Medina tidak boleh sabar apa yang dikatakan oleh Abang Hairul sebentar tadi. Dia meluru dalam keadaan kelam-kabut untuk keluar daripada restoran.

Kini, mereka bertiga pergi ke rumah Harith tanpa banyak suara. Medina menggigil hebat apabila dia dengar penjelasan daripada Hairul sendiri.

"Better Abang Hairul bagitahu dekat Medina. Siapa Zahra dan siapa Harith yang Abang Hairul maksudkan? Sebelum Medina meletup kat sini."

Lelaki itu mengeluh kuat sebelum dia melihat semula wajah Medina. Hairul sudah kecut perut untuk memberikan penjelasan. Tapi, Hairul sendiri tahu Medina berhak untuk tahu semua perkara ini kerana Zahra adalah kawan baiknya.

Tapi, Zahra sendiri yang mahu merahsiakan perkara ini daripada sesiapa tapi kalau Hairul berdiam juga pasti masalah ini takkan selesai sampai bila-bila.

"Cakaplah abang!" Gertak Medina. Hairul agak terkejut tapi dia menarik nafas sebelum dia ceritakan semuanya.

"Boleh kita bincang benda ni dekat meja makan?" Pinta Hairul. Medina pusing semula badan untuk pergi ke meja kembali. Batal niatnya untuk membuang air kecil gara-gara mendengar masalah yang ditimpa oleh Zahra sendiri.

Medina duduk di atas kerusi dengan wajah masam mencuka dan Hairul pula seakan serba salah sama Medina kerana perkara ini baru nak bagitahu kepada Medina sedangkan gadis itu lebih berhak tahu daripadannya.

"Sebelum itu, jangan salahkan Zahra. Zahra tak pernah pun cerita masalah dia dekat Abang Hairul cuma Abang Hairul sendiri yang paksa dia untuk cerita perkara semua ini."

Umar yang melihat suasana mula tegang terasa hairan dengan sikap mereka berdua. Seakan ada masalah yang besar. Umar hanya diamkan diri tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka berdua.

"Ini semua bermula daripada zaman kolej lagi Medina. Abang Hairul serba salah kerana sembunyikan benda ini daripada Medina. Tapi, ini semua permintaan Zahra untuk taknak bagitahu Medina. Sebab dia takut dia menyusahkan Medina. Dia taknak kawan baiknya juga serabut dengan masalahnya nanti." Kata Hairul panjang lebar.

"Masa sekolah menengah dulu, mama Zahra memerlukan perbedahan itu perlukan dengan kos yang tinggi. Jadi, Zahra minta tolong dengan Harith tapi Harith berikan pilihan untuk Zahra dia boleh pinjam duit tapi dengan syarat dia kena jadi hamba dan perempuan simpanan untuk dia," Hairul menghela nafas berat.

Medina mengetap rahang dan sungguh panas hatinya apabila dia mendengar penjelasan daripada Hairul. Terbakar imannya untuk bersabar dengan sikap Harith sendiri.

"Selepas itu, Zahra tak fikir panjang demi mama dia. Dan dia terus bersetuju dengan apa yang Harith minta. Jadi, bermula dari situ hidup Zahra hancur disebabkan jantan tak guna itu," kata Hairul geram apabila dia sebut nama Harith.

"Jom, kita pergi rumah Harith. Sekarang!" Medina bangun dan meluru keluar dengan tanpa berfikir. Umar dan Harith memandang sesama sendiri dan mereka pun bayar duit makanan dan mengikuti gerak langkah Medina.

Umar yang berada disebelah Medina diamkan diri. Terasa suasana menjadi tegang apabila Medina serius langsung tiada secalit senyuman. Umar akui Medina kalau sudah datang angin monsun boleh kalahkan angin monsun Umar sendiri.

Seram!

Mereka sudah sampai ke perkarangan rumah Harith dimana lelaki itu duduk di penthouse yang mahal. Medina tanpa segan dan silu berjalan laju sehingga ke rumah Harith.

Dia mengetuk rumah lelaki itu dengan kuat sehingga dia mendengar pintu itu dibuka oleh seseorang. Belum sempat Harith bersuara satu tumbukan yang padu diberikan oleh Medina sendiri.

Lelaki itu terus terjelupuk jatuh di atas tanah. Medina memijak badan lelaki itu dengan kasut tumit 2 incinya dengan kuat.

"Kau orang ni nak apa huh?" Jerit Harith. Medina abaikan jeritan Harith. Mukanya sekarang ini penuh dengan bengis dan benci terhadap lelaki itu.

"Kau dengar sini eh Harith. Kalau aku tahu kau apa-apakan Zahra lagi. Aku takkan teragak-agak untuk pijak kau dengan kasut tumit aku 6 inci! Aku akan pastikan kau lingkup dalam penjara setimpal dengan apa yang kau buat dengan kawan baik aku!" Jerit Medina dihadapannya.

Harith tergelak kecil dengan kata-kata Medina. Lelaki itu menyeringai dengan senyuman ejek.

"Kau nak sumbat aku dalam penjara? Medina dah lamanya aku tak jumpa kau. Sungguh beradab ya datang rumah orang tumbuk, sepak terajang aku." Sengihnya sinis dan bangun untuk membetulkan bajunya.

"Kau pergi mana selama ini? Zahra perlukan kau apa yang kau buat? Aku tengok kau bukan peduli kan pun Zahra. Kau jangan nak sembang macam kau tu malaikat yang sentiasa nak tolong kawan baik kau. Kesian sebab Zahra dapat kawan baik macam kau ni. Sedih aku tengok," gelaknya sinis. Medina memandang penuh dengan tatapan benci.

"Kau kenal aku macam mana kan Harith? Aku takkan main-main dengan kata-kata aku. Kalau aku cakap nak sumbat kau dalam penjara, aku akan buat. Kau tunggu je daripada surat mahkamah. Aku akan pastikan hidup kau sengsara," kata Medina penuh dengan rasa gerun. Tatapannya memanah tempat ke anak mata Harith.

Lelaki itu sedikit pun tidak gentar malah makin mengejek Medina dengan sengihan sinis.

"Will we see, Medina. Aku nak tengok sejauh mana kau boleh sumbat aku dalam penjara. Oh by the way, congrats on your wedding. This is your husband right?" Kata Harith dan pandangan matanya melirih ke arah Umar disitu.

Umar memberikan tatapan paling tajam ke arah Harith. Dari sejak tadi hatinya membara kerana dia berani mengejek dan mempersendakan Medina di depan matanya. Banyak kali Hairul suruh dia bersabar dan Umar mengetap rahang jelas kelihatan uratnya timbul disekitar kawasan leher.

"Boleh tahan garang suami kau. Macam kau juga perangainya. Tapi takpalah, untuk pengetahuan kau, Medina. Aku takkan sesekali lepaskan Zahra. Apa yang dah jadi milik aku tetap milik aku. Kau faham tak?" Kata Harith dengan tatapan mata yang seram. Lelaki itu sudah tidak waras. Dia sudah obses dengan Zahra.

"Aku taknak faham apa pun ayat yang keluar dari mulut jantan si*l macam kau. Yang aku tahu aku tak sabar nak sumbat lelaki tak guna macam kau masuk dalam penjara," sengihnya sinis sebelum dia beransur pergi.

Umar memandang Harith tajam tapi dia masih tetap bersabar dengan lelaki separuh waras itu. Hairul menarik Umar jauh daripada kawasan situ. Kang boleh jadi gelenggang gusti kalau Umar naik hantu.

—-

Sofea datang dan masuk ke dalam pejabat Haider, lalu mencampak cincin pertunangan mereka pada tempoh hari. Wanita itu memandang dengan penuh sinis. Haider terkejut dengan tindakan Sofea. Tidak sangka wanita itu mencarinya hingga ke sini.

"Maaf Encik Haider, saya dah cuba..." Belum sempat pembantu peribadinya bercakap Haider menyuruhnya pergi.

"Takpa... Awak boleh pergi," arah Haider. Pembantu peribadinya angguk faham dan menutup semula pintu pejabatnya.

"What's going on, Sofea? Why kau nak tengking melulu ni?" Soal Haider tidak puas hati. Dia juga terkejut dengan cara kehadiran Sofea sebegitu rupa. Langsung tiada salam dan biadab sekali.

"Huh.. Tengking melulu? Kau rasa sebab apa aku buat macam ni? Aku tak perlu cakap pun kau dah tahu kan because of what?" Sofea sengih penuh dengan sindiran dibibir.

Haider menyandar tubuh ke kerusi empuknya dan dia mengalah turut mengangkat kedua tangannya sebagai tanda menyerah.

"Okay.. Im surrender." Kata Haider.

"Apa semua ni? Kenapa kau buat keputusan without disscusing? What do you want from me? I told you many times. I dont even loves you, Haider!" Kata Sofea secara berterus-terang.

Haider melafazkan nafas panjang. Dia juga agak terasa dengan ayat Sofea yang agak menyakitkan baginya namun dia masih boleh bersabar.

"Please Sofea. Bagi aku peluang untuk..."

"No! Hati tak boleh paksa, Haider. Kau ketuk lah berpuluh-puluh kali pun hati aku ni, aku tetap takkan buka sebab aku dah anggap kau macam kawan baik aku sendiri," wanita itu suaranya sudah turun naik menahan amarah dan juga tangisannya juga turut pecah.

"Tapi... Sampai hati kau paksa aku sampai ke tahap ni. Tak sangka kau khianat aku sampai macam ni sekali. Kau tahu aku tak boleh lupakan Izzan! Why you..."

Kata-kata Sofea termati saat Haider mengetuk meja dengan kuat. Lelaki itu sungguh tampak bengang dan jelas kelihatan urat dilehernya timbul denganh tegang.

"Tak habis-habis Izzan! Izzan! Izzan! Kenapa lelaki tu je kau nampak? Kenapa kau tak nampak aku yang dah lama sukakan kau sebelum lelaki tu hadir dalam hidup kau? Why Sofea? Why!" Haider mencerlung biji anak mata Sofea mendalam. Wanita itu terkaku.

"Hati tak boleh dipaksa, Haider. I hope you understand me but you dont even knows me. Sorry, Haider. I cant go of this kinds engagement with you. I'm sorry," Sofea meninggalkan bilik pejabat Haider dengan laju. Lelaki itu teragak-agak untuk mengejar Sofea kembali.

"Sofea! Sofea!" Jerit Haider dari dalam bilik. Namun tiada respon daripada wanita itu dan berlalu pergi dengan pantas.

Haider mengusutkan rambutnya dan menendang segala barang didepan mata. Hatinya dirobek kejam dengan kata-kata Sofea. Dia tidak boleh menerima Sofea tidak membalas cintanya. Dia mahukan wanita itu, hanya Sofea saja berada dalam hatinya.

"Aku benci kau, Izzan."

Continue.

Terkejut tak tetiba dapat noti update from LTC? Huehuehue. Thankyou yang mana still tunggu tau! Ya Allah... memang dah lama sangat tak bukak dunia oren ni, maafkan saya ya semua 😔. Jumpa lagi!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro