n i n e -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum abang... Dah lama Medina tak jenguk abang," bibirnya menguntum senyuman kecil. Tangan pula daripada tadi membersihkan daun kering yang berada dipusara arwah.

Tempoh kejadian di mana Medina bergaduh dengan Aini, adik kepada Fahmi. Dia mendiamkan diri dua hari tidak menjejakkan kaki ke luar rumah. Dia pun sendiri rasa seperti dirinya memang tidak layak untuk berada di kampung ini.

Baginya sama saja tiada apa yang beza di bandar dan di kampung. Orang sekeliling tetap akan berdendam dan marah kepadanya.

Tapi dia masih bersyukur kerana Tok Mad dan Nenek Ramlah sentiasa bersama dengannya. Beri kata-kata nasihat walaupun hatinya masih sakit apa yang sudah berlaku.

Selesai dia membersihkannya, dahinya berkerut kerana pusara arwah abangnya sentiasa nampak bersih dan kemas. Tapi hairan, siapa yang selalu melawat kubur arwah abangnya setiap hari?

"Abang... Kenapa abang tak pernah cerita dekat Medina tentang kawan abang? Abang tahu tak? Medina dah suka dekat Abang Umar. I know, dia takkan suka dekat Medina. Tapi, Medina pelik kenapa abang tak pernah cerita pasal Abang Umar? Apa hubungan abang dengan Abang Umar?"

"Hurm takpalah banyak tanya pula. Medina balik dulu. Hari lain nanti Medina lawat abang lagi, okay? Assalamualaikum."

Gadis itu bangun dari tempat duduk, dia mengibas sedikit debu dibaju kurungnya. Selendang pada bahagian kepala dibetulkan sedikit. Dia mengukirkan senyuman yang terakhir sebelum dia berangkat pergi untuk pulang ke rumah.

Tapak demi setapak lalu dia terhenti saat melihat susuk tubuh yang berdiri sama di hadapannya. Dia tidak menyangka Abang Umar turut berada di sini, lagi mengejutkan berada di hadapannya sekarang.

Mereka berdua diam tidak berganjak dari tempat mereka berdiri. Masing-masing diam menyepi. Langsung tiada sepatah kata yang dilontarkan dari bibir. Umar memandang wajah Medina dengan penuh tanda tanya. Dia juga tidak tahu apa hubungan Medina dan arwah kawannya.

"A...Abang Umar?"

__

Aini masih belum reda lagi kemarahan yang makin meluap-luap. Panas saja hatinya bila dia mengingati semula kejadian hari itu.

Nasib kandungannya boleh diselamatkan, dia berasa bersyukur kerana anaknya masih selamat. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hidupnya bila dia mendengar khabar anaknya sudah tiada.

Mungkin, haru-biru jadinya.

"Ha.. Aini, kau kena makan bubur aku masak. Kejap lagi aku balik. Kau jangan banyak bergerak pulak."

Fahmi meletakkan dulang berisi mangkuk bubur bersama secawan air kosong di sebelah katil Aini. Gadis itu masih termenung jauh tanpa sebarang kata yang zahir pada mulutnya.

Lelaki berkulit hitam manis itu menghela nafas berat sebelum berangkat kaki keluar dari bilik adiknya. Namun, suara Aini menghalangnya untuk pergi.

"Abang... Aini merayu sangat Aini nak kahwin dengan Abang Umar. Tolong Aini abang," tona suara kedengaran begitu sayu. Hati dan jiwa seorang abang hancur bila dengar luahan adiknya sendiri.

"Kenapa Aini?"

"Kenapa kau masih lagi nak kejar mamat tu! Kau kena keluar daripada hati kau. Tak cukup lagi ke mamat tu dah malukan kau, dah buang kau tanpa rasa belas kasihan?"

Bentak Fahmi membuatkan Aini terdiam. Suasana menjadi sunyi dan tegang. Fahmi sendiri naik penat memberi nasihat kepada adiknya supaya berhenti mengejar cinta lelaki yang tidak pernah kenal erti cinta.

Puas dirinya untuk menasihati tapi adiknya sendiri memilih hati dan perasaan berbanding abangnya. Fahmi menyepak pintu untuk melepaskan kemarahan. Dia terus keluar daripada rumah dan pergi dengan segera.

Aini mengalirkan air mata dia amat mencintai Umar ketika dia masih sekolah menengah bawah. Dia sendiri benci dengan dirinya kenapa dia masih mengejar orang yang memang tidak sudi untuk menerimanya.

Dring dring!

Bunyi deringan telefon bimbit miliknya memenuhi ruang bilik. Dia terlihat Malik menelefonnya daripada tadi. Sengaja Aini berpura-pura pekakkan telinga, dia kalau boleh tidak mahu mengangkat telefon dari panggilan lelaki itu.

Dia menghela nafas kasar sebelum menyelak butang hijau. Dia tidak mahu diganggu buat masa sekarang ini.

"Jangan ganggu hidup aku! Kita dah putus!"

"Aini..bagi aku bertanggungjawab. Kenapa Aini?"

"Kau tak layak nak jaga anak dalam kandungan aku ni yang layak hanya abang Umar. Dia je yang layak. One more thing, terima kasih kerana mengandungkan aku supaya aku akan buatkan Abang Umar bertanggungjawab dengan aku."

Telefon dimatikan dengan segera. Dia mencampak telefonnya di tepi. Langsung dia tidak kisah kalau telefon bimbitnya rosak atau pecah. Sekarang ini dia perlukan waktu untuk berseorangan. Dia tak nak diganggu oleh siapa-siapa.

Air tangisan yang ditahan akhirnya tumpah jua. Dia sendiri sanggup bergadai kan maruah demi insan yang tercinta. Dia harap apa yang dia buat selama ini berbaloi di depan mata Umar. Itu saja yang dia minta, tidak lebih dan tidak kurang.

Aini berjalan sehingga ke kedai Makcik Jamilah, di mana dia kena beli barang dapur apa yang dipesan oleh maknya.

Sampai saja di kedai runcit, dia mengambil bahan-bahan itu masuk ke dalam bakul dengan laju kerana dia terperasan Umar turut berada di depan kedai Makcik Jamilah tengah berbual bersama Izzan dan Hairul.

Semenjak insiden hari itu, Aini tidak lagi berjumpa dengan Umar kerana dia betul-betul sakit hadiahnya ditolak malah dibuang seperti hatinya dicampak.

Sudah selesai membayar semua barang, kakinya menutur langkah laju untuk pergi namun, sempat ditahan oleh Izzan membuatkan Aini menundukkan wajahnya ke bawah.

"Abang Izzan tak ada niat nak halang Aini, mungkin Abang Umar ada benda nak cakap."

Izzan menyiku lengan Umar supaya lelaki itu bercakap dengan gadis memakai cermin mata bulat di hadapannya sekarang. Aini masih lagi tidak bertatapan mata dengan Umar mahupun mereka berdua di situ.

"Ni. Aku nak gantikan balik hadiah kau. Ini kali pertama dan kali terakhir kau bagi hadiah dekat aku. Lepas ni, kalau kau bagi hadiah kat aku. Aku takkan teragak-agak untuk campak hadiah kau dekat sungai. Duit tu beli barang keperluan bukan beli benda yang tak faedah, faham?"

Panjang berjela penjelasan lelaki tinggi lampai itu. Kotak hadiah pula sudah bertukar tangan dengan Aini. Gadis itu hanya angguk faham dan tersenyum tipis sebelum melangkah pergi.

Umar merengus kasar, Izzan yang di tepi tersenyum suka melihat Umar daripada tadi.

"Kau senyum-senyum asal? Aku dah buat puas hati? Dah ah aku nak sambung kerja," Umar merempuh bahu Izzan membuatkan lelaki itu tergelak kuat.

"Izzan senang betul kau nak tundukkan lelaki kering tu," kata Hairul yang daripada tadi memakan keropok yang berada ditangannya.

"Actually, tak susah mana pun.. kau kena pandai pujuk mamat kering tu je. Haih.. banyak buih air liur juga lah akhirnya berjaya," sengih Izzan.

Dia terasa senang hati melihat Umar menegur Aini walaupun kata-katanya agak kasar asalkan Umar menggantikan semula hadiah Aini yang dicampak ke dalam tong sampah tempoh hari.

Gadis itu tersengih suka apabila dia terkenang kembali kisah silam dia bersama Umar. Agak kelakar baginya bila mengingati semula. Dari sejak hari itu, hatinya betul-betul mula jatuh cinta. Dia sendiri tidak dapat mengelak kerana perasaan itu yang menguasai jiwanya hari demi hari.

-

"Rizal... Kau datang ke malam ni?" Soal Hairul yang mengambil baju di ampaian.

Sejak dua menjak Hanania kahwin, dia terpaksa buat semua benda disebabkan dia nak beri ruang adiknya untuk berbulan madu di rumah.

Abang yang memahami betul.

"Datanglah, malam ni Tok Mail suruh datang," lelaki itu mengambil kuih kochi yang disediakan oleh Hairul.

"Kau datang tak dengan Umar?"

"Aku okay je.. Umar tu lah kang datang mood angin monsun dia. Habis kampung ni."

"Aku nak cerita pasal Medina ni," bisik Rizal. Matanya melihat ke kiri dan ke kanan.

Maklumlah mereka berdua saja berborak di halaman rumah. Takut-takut orang terdengar bila lalu-lalang nanti.

"Apa dia?" Bakul baju dia letakkan ke bawah. Dia duduk bersila berhadapan dengan Rizal. Kuih kochi dia membuka pembalut daun pisang dan masukkan ke dalam mulutnya.

Kebulur!

"Aku rasa kan Medina tu suka dekat Umar tapi Umar tahu ke yang si Medina tu adik Izzan?" Soal Rizal, berkerut dahinya apabila dia bersuara.

"Aku pun macam pelik jugak takkan lah Umar tu tak boleh nak dapat tangkap Medina tu adik Izzan," balas Hairul. Mereka berdua pun dalam keadaan dilema tidak tahu untuk jelaskan.

"Tapi.. Kenapa eh arwah Izzan tak pernah cerita dekat kau dengan Umar tentang adik dia?"

"Tah, aku pun tak tahu sebenarnya. Aku pun tak tahu macam mana nak cakap dan kenapa Izzan tak pernah cerita dekat aku dengan Umar."

"Kau tak rasa macam mesti ada sebab kenapa arwah buat macam tu? Atau kot-kot en dia nak satukan Medina tu antara salah seorang kau orang berdua ke?" Keningnya terangkat berkali-kali, sengaja mahu menjadi suspen.

"Takpalah, aku dah redha dah pun lagipun si Medina tu memang minat dengan Umar takkan lah aku nak potong line. Lagipun, Medina dengan Umar tu sesuai gak, sorang ombak sorang lagi air tawar kering. Okaylah tu," kata-kata Hairul buatkan Rizal tergelak.

"Eh, kita ngumpat dia kang dia lalu naya je."

"Alah.. apa kau nak takutkan? Dia takda lagipun dia pergi kubur arwah," Hairul mencapai teko yang berisi air teh itu masuk ke dalam cawan.

Mereka berdua berbual sehingga ke petang. Masing-masing rancak bercerita sehingga tidak menoleh kiri dan kanan.

Fikir perempuan je boleh membawang? Kekadang lelaki pun boleh juga membawang. Takut kekadang.

__

Medina masuk ke dalam rumah dengan wajah tampak penat lesu. Dia jalan ke arah ruang tamu terlihat Tok Mad sedang membaca tafsiran al-Quran dengan khusyuk sehingga tidak perasan dirinya yang sudah duduk di salah satu sofa di situ.

"Tok?"

"Eh Medina. Dah balik dah," senyumnya terukir, namun matanya masih lagi terarah kepada al-Quran.

"Tok.. Medina nak tanya sikit boleh?"

"Nak tanya apa tu?" Soalan dibalas soalan, Medina menarik nafas sebelum menghembuskannya.

"Medina nak tanya.. arwah abang ada tak bagitahu dekat atok pasal something ke? Atau kata-kata terakhir sebelum dia pergi?"

Tok Mad yang membaca tafsiran terhenti seketika apabila mendengar soalan daripada cucunya. Dia agak tersentak dengan soalan itu.

"Ada ke tok?" Soalnya lagi, Tok Mad mengukir senyuman agak janggal.

"Eh takde pun... Izzan hanya cakap jaga Medina elok-elok je. Kenapa Medina boleh tanya soalan macam tu?"

"Tak tahulah, cuma instinct Medina cakap arwah abang ada pesan sesuatu takkan satu pun pesanan dia tak bagitahu dekat atok?"

Masing-masing diam menyepi, suasana mula menjadi janggal dengan soalan yang dilontarkan oleh Medina. Sehingga buatkan Tok Mad jadi terkaku dengan pertanyaan cucunya.

"Takda... Izzan pergi mengejut jadi arwah takda pesan apa-apa."

"Hm takpalah, Medina naik atas dulu," kakinya mengorak langkah untuk naik ke biliknya.

Tok Mad menanggalkan cermin mata dan al-Quran diletakkan di atas meja. Dia menghembus nafas berat. Niatnya dia taknak menyimpan apa-apa rahsia daripada Medina cuma keadaan tidak mengizinkan.

"Macam mana aku nak bagitahu dekat cucu aku ni?"

-

Pintu bilik aku tutup kembali. Sling beg berjenama LV itu aku letakkan di atas meja. Tubuh badan direbahkan ke atas tilam. Pandangan aku dilemparkan ke siling yang berwarna putih krim itu.

Helaan nafas berat aku hembuskan jua. tah mengapa, hati aku rasakan ada sesuatu perkara yang arwah abang aku sembunyikan atau itu cuma sekadar perasaan aku saja?

"A..Abang Umar?"

Aku terhenti langkah saat melihat sekujur tubuh yang aku kenali muncul di hadapan aku. Dia turut sama berhentikan langkah untuk teruskan ke depan.

Dia meneruskan langkah dan mengabaikan aku yang turut berada di belakang. Dia hanya hiraukan aku dan mukanya kalini bukan tampak dingin tapi lebih kepada terkejut walaupun dia cuba untuk menyorok riaksi itu kepada aku.

"Abang Umar... Sekejap!"

Akhirnya, langkah lelaki itu terhenti buat kali kedua. Aku tidak tahu kenapa saat itu jantung aku berdegup kencang bagai tiada hari esok. Aku tidak tahu sama ada aku berdebar jumpa dia atau aku berdebar untuk beritahunya siapa dia dengan abang aku?

"Medina nak tanya apa hubungan abang dengan arwah Abang Izzan?" Soal aku mula terasa gugup, lelaki itu tidak langsung memusingkan tubuhnya untuk menghadap aku dibelakang.

"Aku kawan baik dia."

Muka aku berubah kepada reaksi terkejut. Benar-benar terkejut aku kali ni apa yang aku dengar jawapan daripada mulutnya sendiri. Jadi, selama ini kata hati aku tidak salah. Tapi.. kenapa? Kenapa arwah Abang Izzan tidak pernah ceritakan hal ini? Sedangkan aku lah orang yang paling rapat dengannya.

Aku menelan air liur yang berbaki dianak tekak. Susah untuk aku ungkapkan dengan kata-kata. Ibarat ada renjatan elektrik yang mengalir pada setiap urat saraf tubuhku.

"Kau? Kau siapa pula dengan Izzan?" Soalnya buatkan aku kembali tersedar setelah lama perasaan aku menjadi gugup menguasai.

"Medina Deliysha binti Muhammad Razif. Medina adik kepada arwah Abang Izzan."

Aku percaya lelaki itu juga terkejut dengan jawapan aku tapi Abang Umar langsung tidak menoleh mahupun memandang aku. Hanya ekoran matanya saja yang memandang aku sipi.

Selepas aku memberitahu tentang nama aku dan statusku. Tubuh badannya seperti terkaku seketika. Tidak lama, langkahnya diatur semula untuk bergerak ke pusara arwah abang aku. Lidah aku kelu, soalan aku sudah hilang tah kemana. Ibarat lidah aku seperti dimanga begitu saja.

Mahu tidak mahu kaki aku menyusun semula untuk pulang ke rumah kembali. Abang Umar yang melawat kubur arwah Abang Izzan, aku hiraukan. Aku pun tidak pasti sama ada perasaan aku gembira atau sebaliknya?

"Abang.. kenapa Medina rasa abang ada benda yang abang sorokkan daripada Medina?" Gumam aku perlahan. Sejujurnya aku dapat rasakan atok juga ada simpan rahsia daripada aku.

Ya Tuhan, adakah ini cuma perasaan saja atau erti kata lain ianya petunjuk?

__

Rumah Tok Mail sudah dipenuhi ramai anak muridnya. Dari dulu lagi dia mengajar seni pertahanan diri iaitu silat.

Ramai orang kampung menghantar anaknya untuk berlatih bukan berlatih untuk menjadi samseng atau tunjuk hero tapi lebih kepada mendisiplinkan diri dan teguhkan kerohanian diri.

"Eh Erul. Lama tok tak nampak kamu. Dah makin segak kamu sekarang," Tok Mail tergelak kecil dan menepuk belakang tubuh lelaki muka kacukan cina itu.

"Alhamdulillah, ini pun cuti dua minggu tok. Kan, adik saya Hanania nak kahwin," sengihnya kerang busuk. Kerang pun tidak mengaku dia senyum seperti itu.

"Ni...mana Umar?" Mata lelaki separuh abad itu melihat kiri dan kanan ternyata dia mencari anak murid kesayangannya.

"Kejap lagi sampai tok. Katanya tengah susun barang dekat bengkel."

Tok Mail hanya angguk faham, akhirnya dia menyuruh anak muridnya berkumpul pada satu bulatan di halaman rumahnya.

Tidak heranlah, kalau rumahnya boleh ajak satu kampung. Dekat kampung jalan Sungai, dua rumah saja yang paling besar. Rumahnya dengan rumah Tok Mad.

Tapi, ada cerita disebalik mereka berdua. Tok Mail memang tidak suka kepada Tok Mad kerana dirinya terasa tercabar apabila Tok Mad lebih baik daripadanya.

Orang kampung pula lebih gemar menceritakan masalah dengannya daripada dia sendiri yang memegang jawatan ketua kampung.

"Nampak semua dah ada ya. Tok harap kamu semua masuk ke dalam seni silat ni dengan niat yang baik dan bersih. Jangan ada kamu semua yang nak jadi gangster mahupun yang nak tunjuk kuat, faham?"

Nasihatnya sebelum mulakan sesi latihan, Tok Mail akan sentiasa memberi atau membetulkan balik niat mereka sebelum mereka mulakan latihan seterusnya. Memang itu tanggungjawabnya sebelum melakukan aktiviti.

"Sementara Umar takda. Aku nak Fahmi, Hairul datang ke depan. Ha, kalau kamu semua nak tahu mereka berdua antara yang terbaik dulu. Jadi, aku nak kamu semua mencontohi mereka berdua ni dan menjadikan mereka satu contoh yang baik. Faham?"

Mereka semua menganggukkan kepala tanda faham. Sepanjang taklimat diberikan, mereka hanya memasang telinga dan mendengar saja yang dikatakan oleh senior mereka.

"Eh? Itu Abang Umar lah!" Kata mereka salah seorang sebelum Fahmi memberikan penjelasan tapi dipotong setelah Umar datang ke arah mereka semua.

Ada juga gadis yang memasuki seni silat gara-gara mahu melihat Umar. Mereka bukan nak masuk cuma lebih kepada nak menggatal!

Fahmi mengetap rahang kuat hatinya kini mula menggelegak kembali seperti air panas lebih kepada dua ratus darjah celsius ke atas. Boleh terbakar!

"Maaf Tok. Saya lambat tadi tengah siapkan barang dekat bengkel," Umar menyalam kedua tangan lelaki tua itu. Tok Mail tersengih, akhirnya tercapai juga dia jumpa murid kesayangannya.

"Ha takpa..atok ingat kamu tak datang. Kamu bagi taklimat dekat mereka semua," senyum Tok Mail, dia memberikan laluan untuk Umar berucap. Tapi, Fahmi sedikit kaget kerana kini gilirannya pula untuk memberi taklimat.

"Tok.. Giliran aku ni tok," tona suara Fahmi seakan tidak puas hati. Tapi, Tok Mail hanya hiraukan.

"Takpa.. Bagi Umar dulu sebab dia baru datang."

Umar perasan riak wajah Fahmi seakan bengang. Umar mengalah dia memberikan dahulu Fahmi untuk memberi taklimat.

"Takpa tok, bagi dia dulu."

"Eh takpe kamu dulu. Tu, semua tunggu kamu tu."

Umar memandang Fahmi dan matanya menoleh ke arah Hairul yang tersengih seperti memerli Fahmi di situ.

"Kami nak dengar Abang Umar bagi taklimat!" Kata antara salah satu gadis di situ. Umar pula mengerutkan dahi tidak suka cara percakapan perempuan tadi.

"Assalamualaikum semua. Pertama kau nak masuk tolong jangan ada niat nak menggedik nak mengusya. Kalau ada masuk dalam gelanggang ni untuk suka-suka sila berambus sebab niat datang sini untuk mendisiplinkan diri bukan untuk merosakkan diri."

"Lagi satu, aku paling pantang datang sini buat kepala lutut dia je. Niat tu betulkan dulu kalau rasa tak boleh nak betulkan sila pulang ke rumah. Jangan datang sini buat semak. Dekat sini jangan buat peraturan sendiri, kalau ada yang degil dengan peraturan. Aku sendiri yang kick pakai kaki. Faham?"

Glurp!

Suasana yang riuh tadi sudah menyepi hanya bunyi cengkerik saja kedengaran. Gadis-gadis tadi menundukkan kepala ke bawah takut untuk memandang wajah ketat Umar. Mereka tahu, Umar memerli mereka dari sejak tadi.

Fuh..seram!

"F...Faham!" Kata mereka semua seakan sayup-sayup kedengaran. Umar mengerutkan dahi.

"Aku tak dengar! Faham ke tak?" Laungnya kuat boleh dengar sampai ke kampung sebelah bunyinya. Mereka semua menjawab dengan kuat membuatkan Umar menjeling tepat ke arah gadis-gadis di situ.

-

"Boleh tahan garang juga kau, Umar. Aku pula yang kecut."

Kata Hairul yang bergetar lututnya saat mendengar penjelasan Umar tadi. Kini, mereka semua sudah selesai daripada sesi latihan.

Umar hanya menayangkan wajah biasa sebelum dia menyisip cawan berisi air kopi itu. Tidak semena-mena, Tok Mail datang dengan pinggan kek lapis dibawa untuk mereka bertiga.

"Ha... Mar, Erul, Zal. Makanlah, haritu anak aku baru balik dari Sarawak dia bagi kek lapis ni."

"Terima kasih tok," pantas Umar mengambil pinggan itu diletakkan ke atas meja. Mereka berempat berbual di halaman rumah Tok Mail.

"Tok tengok tadi gadis-gadis kampung terus kecut dengan ayat kamu. Garang sangat sebab tu perempuan takut nak mengorat kamu," sengih Tok Mail. Dia pun sudah lali dengan sikap dingin Umar dari kecil lagi.

"Itu lah tok.. saya yang lelaki ni pun terkencing takut dibuatnya," Hairul mencelah membuatkan tawa gelak Tok Mail terhambur keluar. Sempat lagi Umar menjeling maut ke arah Hairul.

"Bukan apa tok, perempuan kalau niat nak datang sebab nak pertahankan diri takpa. Ini kalau nak usya lelaki bukan dekat sini. Saya pantang."

"Tapi berlembut lah sikit, nanti kamu dah ada isteri. Sian isteri kamu sebab dapat suami garang," sengihnya. Umar pula hanya memekakkan telinga saja. Dia pun naik muak dengar perkataan isteri.

"Tok cakap lah beratus kali pasal isteri pun hati dia kering tok takkan dengar," saja lelaki itu menyakatnya. Umar pula menyisip air cawan dengan riak biasa. Tok Mail menggeleng kepala perlahan, geli hati dengan tingkah laku anak murid lamanya itu.

"Haih.. rindu pulak aku dengan arwah Izzan. Kalau kamu nak tahu, aku paling suka dengan Izzan tu. Kerohanian dia teguh. Susah aku nak jumpa anak murid macam tu dah," Tok Mail kenang kembali di mana arwah Izzan turut menjadi anak muridnya dulu.

"Sebab arwah Izzan lah tok saya pandai silat," Rizal mencelah, mulutnya masih lagi berbaki kek lapis untuk ditelan.

"Hajat tok sebenarnya, tok nak kamu bertiga dengan Fahmi jadi senior gantikan tempat tok. Bukan apa.. tok ni dah tua tak larat nak ajar cuma takdalah tok nak berhentikan terus akedemik seni silat ni tapi tu lah nak kau orang bantu tok."

"Saya bukan tak boleh tok, cuma minggu depan saya dah nak balik bandar dah. Cuti saya terhad je," celah Hairul.

"Saya pun takda masalah tok," kalini Rizal memberi respon, Tok Mail menunggu jawapan dari Umar pula.

"In Shaa Allah," itu saja jawapan dari mulut lelaki hati kering itu. Tok Mail hanya tersenyum senang takdalah nanti dia tutup terus seni silat ini. Daripada muda sampai lah hingga meningkat usia tua, dia paling sayang nak tinggal seni silat ini.

Menjadi satu warisan bangsa dan budaya. Tok Mail memang tegas dalam warisan lagi-lagi melibatkan bangsa Melayu. Pantang orang melayu berundur sebelum mengalah.

Mereka berempat berborak sehingga ke lewat malam, ada saja topik mereka kerana lama tidak berjumpa. Lagi-lagi Hairul, ada saja lelaki itu membahaskan jenaka lawaknya daripada tadi. Sehinggalah semua terasa penat dan mereka pulang ke rumah dengan segera.

__

Aku masuk ke dalam rumah terlihat pintu bilik Makcik Suri sudah terkunci. Mungkin sudah tertidur agaknya.

Punggung aku melabuhkan ke atas birai katil, tah kenapa aku masih lagi ingat kata-kata dari budak mentah itu. Dia cakap dia adik kepada arwah Izzan?

"Umar... Medina tu adik..."

Fikiran aku melayang mengingati kembali ayat Hairul. Patutlah mamat tu nak sangat aku tahu siapa budak perempuan bandar tu rupanya dia adik Izzan?

Susah untuk aku percaya selama ni tak pernah Izzan bagitahu aku dia ada adik perempuan. Tapi, mustahil juga kenapa dia boleh duduk rumah Tok Mad. Setahu aku, Tok Mad ada sorang anak je takkan aku nak cakap Medina tu sepupu Izzan?

"Asal aku nak ingat dia pulak ni? Ahh lantak lah budak mentah tu adik siapa sekalipun. Kisah apa aku."

Walaupun hati berhenti untuk bertanya, tapi fikiran aku tidak begitu masih lagi terlayar dalam kepala kenapa arwah Izzan tidak pernah bagitahu aku tentang perkara ni?

"Aduh.. benci aku betul lah!" Hairul mencampak beg apabila mereka sudah balik daripada sekolah.

"Kau asal kiwak?" Aku menghidupkan puntung rokok memandangnya dengan berkerut pelik tetiba je nak baling sesuka hati.

"Umar.. jangan mencarut. Smackdown kau japgi naya arwah awal," tegur Izzan buatkan aku decit geram. Malas nak layan.

"Kau asal Erul? Cuba cakap."

"Adik aku lah.. dia yang pecahkan pasu lepastu berlakon depan mak aku dia tak bersalah. Pergh! Kecik-kecik dah menang award bertopengkan syaitan," tona suaranya kedengaran sungguh geram.

"Apa kau cakap macam tu tak baik lah, adik kau kot. Kau as a abang kena wajib mengalah kalau tak, apa guna kau jadi anak sulung."

"Kau orang berdua takda adik beradik tau, kau orang semua tak faham perasaan aku!"

"Eh, siapa cakap tak ada adik beradik? Aku ada..." Izzan terhenti meneruskan kata-kata terakhirnya membuatkan Umar dan Hairul menjungkitkan kening tanda hairan.

"Ada apa?" Soal Hairul. Dia masih menunggu percakapan Izzan. Lelaki itu menelan air liur kesat, dia menggeleng perlahan.

"O..oh tak maksud aku.. aku ada adik sedara je. So, aku pun faham juga perasaan tu."

Suasana tetiba menjadi janggal, Izzan yang bersemangat untuk mendengar masalah Hairul tadi dia sendiri yang meminta untuk pergi.

"Kau nak pergi dah Izz?" Laung Umar. Hairul juga berasa pelik dengan sikap Izzan yang tiba-tiba saja jadi seperti itu.

"A...Aku nak balik, kang nenek aku cari. Dah ah chaw luh."

Asal kau nak sembunyikan daripada aku atau kau ada sebab kau sendiri Izzan?

Continue.

--

In Sha Allah cerita sudah mula untuk dipanaskan. Selepas ni korang rasa Umar berlembut tak dengan Medina selepas dia tahu Medina adik kepada kawan baik dia?

Hohoho.

Stay tuned! ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro