t w e n t y -

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Medina!"

Harith memegang lengan Medina buatkan gadis itu cepat-cepat melepaskan dengan kasar daripada pautan genggaman lelaki itu.

"Apa kau nak?" Rengusnya kasar, dia mencerlung tajam ke arah mata Harith.

"Okay okay listen. I suka you. Please, dah lama i pendam," luahnya perlahan dan matanya yang redup itu dipandang kosong oleh Medina.

"Kau? Suka aku? Lelaki tak guna macam kau memang tak layak ada ruang dalam hati aku. Berapa banyak perempuan kau dah permainkan? Sorry, aku bukan mangsa kau yang seterusnya," gadis itu berikan jelingan tajam sebelum dia melangkah keluar daripada perpustakaan.

Mereka semua kena buat persiapan untuk peperiksaan besar yang tidak lama lagi spm akan bermula. Mereka hanya tinggal baki beberapa bulan saja lagi untuk buat persiapan.

Lelaki itu mengetap rahang dengan kuat, dia menolak lidah ke pipinya dalam. Bengang dengan sikap Medina yang cuba mencabar kelakiannya. Dia memandang tajam ke arah Medina dari belakang sehingga gadis itu hilang dari pandangan mata.

Zahra yang memandang dari jauh terasa dengan tindakan Harith, dia berlari masuk ke dalam tandas dengan keadaan tergesa-gesa. Dadanya yang terasa sebak dipegang kuat.

Air mata mengalir tanpa henti. Sekarang ini dia betul-betul sakit hati tak terhingga. Ya, dia suka Harith tapi dia tahu lelaki itu takkan pandang dia. Paling sakit, hatinya telah jatuh cinta kepada lelaki yang salah.

Dia cuba buang perasaan sayang itu tapi langsung tidak berkesan. Dia terasa dirinya tidak guna sebab jatuh cinta kepada seorang lelaki yang kaki perempuan. Dia tertanya-tanya, adakah dia mempunyai mental?

Dring!

Telefon bimbit yang berdering itu minta untuk diangkat, Zahra mengesat air mata apabila terlihat nombor telefon dari Puan Halina iaitu ummi kepada Medina.

"Hello Ummi?" Sebaknya dikawal.

Matanya terbutang dengan luas, dia seakan tidak sangka berita mengejut ini buatkan dia menjadi lemah. Dia terus berlari tanpa menghiraukan apa yang berlaku.

Sekarang ini, dia perlu cari kawan karibnya.

"Medina, aku harap kau tabah."

-

"You guys nampak Medina tak?" Cemas Zahra, dia daripada tadi tidak nampak batang hidung kawannya sorang itu.

"Oh..tadi i nampak dia dekat taman sana. Cuba you pergi tengok," kata salah seorang daripada mereka yang sibuk belajar di atas meja kayu itu.

"Thanks."

Cepat-cepat kakinya berlari mendapati Medina yang dikatakan oleh mereka tadi. Zahra terhenti saat melihat Medina yang duduk di atas rumput sambil membuat kerja sekolahnya. Kakinya terasa longlai, macam mana dia kena bagitahu kepada Medina tentang hal ni?

"M..medina?"

Air liurnya terasa perit untuk ditelan. Dia memandang wajah kawannya yang sukar untuk ditafsirkan. Medina berkerut hairan lantas pembesar telinga yang tersumbat di lubang telinganya ditarik keluar.

Zahra terus menarik Medina dalam dakapan sebelum dia menarik lengan Medina supaya untuk bangun.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Medina hairan, terasa pelik tetiba Zahra mengemas semua buku-bukunya masuk ke dalam beg semula.

"Jom, kita kena pergi!" Zahra menarik lengan Medina sehingga ke stesen bas. Medina masih lagi tidak dapat meneka. Kemana Zahra ingin bawanya pergi.

"Zahra tell me! Kita nak pergi mana?" Jeritnya, dia melepaskan lengan yang digenggam oleh Zahra.

"Beb, kita kena cepat! Jom, jangan banyak tanya!" Tegasnya sebelum sebuah bas yang sudah menghampiri mereka berdua.

Medina masih lagi geram dengan tindakan Zahra yang daripada tadi tidak mahu bercakap mahu pergi kemana tiba-tiba saja menariknya tanpa hala tuju.

-

Mereka berdua sudah sampai ke hospital, Medina berkerut hairan. Dia masih lagi tidak faham apa yang sudah berlaku. Kenapa dirinya harus pergi kesini? Siapa yang sakit?

Akhirnya langkah mereka berhenti saat Zahra dan Medina terlihat semua ahli keluarga Medina berada di sini. Semua dengan wajah sebak dan sedih, Medina masih lagi tidak dapat tafsirkan.

"U..ummi?"

"Medina, Medina kena banyak bersabar okay? Ini semua ujian untuk kita semua," tangisnya sebak akhirnya pecah jua. Puan Halina tidak mampu lagi untuk menahan air matanya lagi.

"A..apa ni?" Medina sudah tidak sedap hati, fikirannya sudah menguasai dirinya. Zahra yang berada ditepi hanya diam, dia tidak sanggup melihat wajah Medina sekarang ini.

"Abang Izzan dah takda sayang. Abang meninggal masa dia nak balik ke sini," Puan Halina mengalirkan air matanya kalini makin deras.

Wajah gadis itu menjadi cuak. Dia menggeleng kepala beberapa kali cuba untuk menafikan ayat yang dilafazkan oleh umminya sendiri.

"Tipu! Ummi tipu Medina kan? No! Abang takkan mati! Abang baru je call Medina pagi tadi! Noo!" Akhirnya tangisnya pecah. Lantas, tubuh Medina di dalam dakapannya.

"Sabar sayang, abang dah takda. Dia pergi tinggalkan kita."

"Taknak! Abang tak mati! Noo!" Jeritnya kuat, dia meronta dalam pelukan umminya.

Matanya tertancap beberapa jururawat sedang menolak katil sekujur tubuh yang telah ditutup oleh selimut sehingga ke muka. Medina terus berlari ke arah katil itu dia terus membuka kain selimut itu terlihat jasad abangnya yang sudah pergi.

"Abang tipu Medina! Abang kata dengan Medina yang abang dah janji yang abang takkan tinggalkan Medina! Abang! Please open your eyes! no no no. Abang tak mati! Nurse tell me abang saya tak mati kan?"

"Medina... Jangan macam ni Medina!" Tok Mad memeluk cucu perempuannya. Tok Mad memberi ruang untuk jururawat tadi untuk menguruskan jenazah.

"Lepaskan Medina! Abang! No! Abang tak mati! Abang tak mati!" Jeritnya kuat, akhirnya badannya lemah. Longlai kakinya saat ini, terjelupuk jatuh dirinya ke bawah.

Nenek Ramlah terus memeluk cucunya dalam dakapan, dia mencium dahi Medina dengan lembut. Dia juga turut bersedih namun ajal itu pasti untuk semua benda yang hidup di atas muka bumi.

"Abang tipu Medina. Abang tipu!" Air matanya mengalir dengan deras. Nenek Ramlah juga turut menangis, dia tidak sanggup melihat cucunya seperti ini.

"Medina kena terima sayang. Abang dah takda. Kita doakan abang semoga dia tenang dekat sana," sebak Nenek Ramlah, Medina menangis tanpa sebarang reaksi.

Tubuhnya saat ini terkunci, lidahnya sudah di gam kuat susah untuk dia keluarkan dengan kata-kata. Berat sungguh hatinya saat ini.

Orang yang dia paling sayang telah pergi dalam hidupnya begitu saja. Sakit.

Hanya Tuhan saja yang tahu.

__

"Sorry Mar. Aku tak dapat datang majlis kau. Aku haritu dah cuti mana boleh ambik cuti lagi," katanya di dalam panggilan.

"Hurm takpalah, aku gerak dulu banyak kerja ni."

"Ha apa-apa rojer aku. Maaflah aku memang tak dapat datang. InsyaAllah..kalau aku boleh dapat cuti. Aku terus datang kampung."

"Umar, aku bangga dengan kau. Terharu aku dengar kawan aku nak kahwin akhirnya. Doa aku termakbul, mesti Izzan pun gembira kan kau dah kahwin?" Sengihnya tapi lebih kepada sayu.

"Dah lah, aku gerak dulu. Assalamualaikum."

Panggilan tadi terus dimatikan, Hairul tersenyum tipis. Dia terasa sebak apabila mendengar khabar Umar sudah berkahwin dengan Medina.

"Abang Hairul sokong Medina ngorat Abang Umar?" Soal gadis itu hairan dengan permintaan Hairul.

"Haah..abang sokong. Mungkin juga, arwah abang Izzan pun sokong," senyum Hairul tipis.

"Medina..jaga Umar. Jaga dia dan dia pun akan jaga Medina," kata-kata Hairul kali terakhir sebelum dia berangkat kembali ke Kuala Lumpur.

Pak!

Seorang perempuan melanggar bahunya dan terus lamunanya termati begitu saja. Perempuan itu berkali-kali menunduk kepala untuk meminta maaf.

"M..maaf i tak sengaja. Maaf.." kata perempuan itu sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Hairul yang terpinga-pinga di situ.

Belum sempat Hairul nak bersuara terus mati niatnya. Dia melepaskan nafasnya panjang dan tetiba saja dia terasa dia terpijak sesuatu yang berada di atas lantai.

Lelaki itu berkerut pelik, dia mengalihkan kasutnya dan terlihat rantai leher berwarna silver. Tangannya terus capai dan berkerut dahi melihat rantai itu tertera ada nama Zahra.

"Jap..ini milik perempuan tadi tu ke?" Hairul mengalih pandangan ke arah gadis itu lalu tadi namun tidak sempat untuk dia mengejar kembali.

Tiba-tiba seorang doktor perempuan lalu dihadapannya pantas dia menahan.

"Kak Dija!" Panggilnya. Gadis itu menoleh dengan kedua keningnya terangkat memandang Hairul yang berada dibelakang.

"Tadi saya nampak ada sorang perempuan ni but i dont know if her as a patient or what. Saya terjumpa ni kak kenal ke?" Loket yang berada di tangan terus menyerahkan kepada Doktor Khadijah.

"Oh..Zahra. Yes yes, i know her. She my patient," katanya sebelum tersenyum manis ke arah Hairul. Lelaki berkerut pelik, gadis cantik seperti dia pun ada masalah psikologi?

"Kak, saya nak tanya dia ada sakit apa?" Soalnya ingin tahu.

"Oh..she's have post traumatic stress disorder."

Kata-kata Doktor Khadijah betul-betul membuatkan dia agak sedikit terkejut. Hairul berkerut seketika, namun dia terus tersenyum kekok terasa agak janggal pula ingin tahu masalah orang lain.

"Oh takpalah, itu je nak tanya. Doktor bagi lah dekat dia ya? Saya buat kerja dulu," Hairul meminta diri dan terus melangkah masuk ke dalam pejabatnya untuk meneruskan kerja.

__

Aku mengelap peluh apabila habis saja menghantar tong gas. Seberang jalan menjadi tatapan mata untuk aku termenung jauh. Hari makin hari, jiwa terasa kosong. Aku tidak tahu apa yang aku buat ini adalah keputusan yang datang dari hati aku sendiri ataupun disebaliknya.

Aku memulas motorsikal sehingga ke seberang jalan. Mata aku ternampak sebuah kereta yang aku kenal. Jap, itu macam kereta Medina?

Mahu saja aku pergi ke satu lorong aku ternampak Medina ditekup oleh seorang lelaki. Aku mengetap rahang kuat dan mahu saja kaki aku melangkah tapi dihalang oleh Tok Mail.

Pemuda tadi terus masuk ke dalam perut kereta tanpa sebarang tindak balas. Dia menekan pedal minyak untuk pergi dari situ. Namun, aku terasa hairan apabila dia berhenti disatu simpang yang tidak jauh dengan kedudukan aku.

Aku dengan laju memulas motor aku sehingga ke simpang lelaki itu tuju. Aku berhentikan enjin motorsikal aku. Keretanya aku tuju dan aku mengetuk cermin tingkapnya supaya dia buka.

Pemuda itu keluar daripada kereta dengan kerutan pada dahi. Aku melayangkan satu tumbukan padu ke arah pipi kanan terjelupuk jatuh tubuhnya ke atas tanah.

Dasar bangsat.

"Kau asal nak ganggu Medina? kau bagitahu aku." Aku mencengkam kolar bajunya kuat.

"A..aku aku... Aku.."

"Bagitahu aku lah! Kau nak aku pukul kau lagi ke?" Rengusku kasar, dia mengangkat kedua tangannya kerana takut tindakan aku hendak memukulnya lagi.

"O..okay... Okay b..bagi aku terangkan dulu.." katanya seakan tergagap-gagap. Aku melepaskan cengkaman pada kolar bajunya.

"Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa!" Jerkah aku. Kedua bahunya terjungkit naik akibat terkejut.

"Sebenarnya Tok Mail upah aku! Mar. Aku terpaksa sebab aku perlukan duit," tunduknya. Aku berkerut seakan tidak percaya Tok Mail sanggup buat macam itu?

Takkan dia tergamak sampai macam itu sekali?

"Kau jangan nak reka cerita lah bendul. Kau jangan sampai aku tumbuk kau lagi. Nak ke?"

"T..tak-tak! Betul Umar. Tok Mail yang suruh aku jadi penjahat supaya dia boleh selamatkan Medina!" tunduknya lagi. Dia menggigil takut kerana dia tahu Umar pandai dalam silat. Sekali dia bukak langkah arwah kau jadinya.

"U..umar kau kena jaga Medina sebab.. Fahmi pun nak buat benda jahat dekat Medina.." katanya lagi. Aku seakan terasa kesal selama ini aku percaya dengan Tok Mail.

Mungkin betul cakap Izzan. Lagi dulu lagi dia berwaspada dengan Tok Mail. Argh bodoh! Aku senang tertipu.

Aku terus menunggang motosikal aku semula dan memecut laju untuk pergi ke tempat kejadian dan paling terkejut aku nampak Tok Mail cuba apa-apakan Medina dengan kepala mata aku sendiri.

Nampak sangat Tok Mail ini memang nak tempah maut dengan aku.

"Kalau takda apa-apa saya pergi dulu. Saya masih fikir positif dengan tok. Assalamualaikum."

"Umar?"

Sapa Makcik Jamilah yang berada disebelah aku. Lantas lamunan aku dimatikan dan aku berikan senyuman tipis.

"Nah ambiklah," katanya sebelum dia menyerahkan sebotol air mineral untuk aku. Pantas aku capai.

"Terima kasih."

Aku membuka penutup botol dan meneguk dengan rakus. Panas juga harini tapi itu sikit tak menghalang aku daripada terus termenung. Aku takut keputusan aku ini akan mudaratkan diri aku dan diri perempuan itu.

"Makcik Milah tengok sejak Umar tunang ni asyik termenung je? Bergaduh dengan Medina ke?" Soalnya, aku pantas menggeleng kepala.

"Takdalah Makcik Milah. Saya terasa mungkin berdebar saya pun tak tahu," kata aku dengan nada agak janggal. Makcik Milah hanya tersenyum saja.

"Takpalah biasalah tu. Makcik dengar kamu nak mempercepatkan tarikh perkahwinan kan?"

"Hurm."

"Alhamdulillah..seronok bila makcik dengar kamu nak nikah. Selama ini, kamu yang paling tak suka dengar pasal kahwin. Akhirnya, kamu juga bertemu jodoh," sengihnya. Aku hanya tersenyum senget saja. Aku pun tak sangka macam mana aku boleh terima perempuan hingusan itu jadi isteri aku.

"Ingat Umar nak jadi suami ni besar tanggungjawab dia. Kamu jaga Medina baik-baik ya? Medina tu budak yang baik tapi perangai dia macam kamu sikit," gelak Makcik Milah kecil, Umar berkerut pelik.

"Maksud makcik?"

"Yalah kamu berdua sesuai. Sorang hati kering, sorang lagi kepala batu," senyumnya tipis. Aku tersenyum senget, entah sesuai ke?

Aku harap aku dapat sabar dengan perangai perempuan itu. Entahlah, boleh ke aku jaga anak dara orang sedangkan diri aku pun tak mampu nak terjaga.

Adil ke?

__

Almari pakaian milik arwah abangnya entah kenapa. Dia teringin nak kemas bilik abangnya harini. Medina melipat semula baju pakaian abangnya mengikut susunan warna dan mahu saja dia mencapai baju paling bawah. Mata kepalanya ternampak buku berkulit coklat gelap. Dia berkerut pelik.

"Buku apa ni?" Dia membelek buku itu dengan kerutan di dahi.

Dia bangun dan duduk di atas katil dan membuka buku itu untuk tahu isi kandungan. Matanya meneliti setiap bait-bait tulisan abangnya. Dia seakan terkejut bahawa ni buku diari abangnya sendiri.

27.6 .2009

Harini, hari jadi adik aku yang ke lima tahun. Happy birthday Medina. Abang harap Medina sihat selalu dan comel macam abang. Walaupun aku jeles tengok orang lain ada adik tapi aku tetap pura-pura nampak okay depan Hairul. Haih, bila lah aku boleh jumpa adik aku sendiri? Ummi dan walid selalu busy sampai aku pun jarang dia orang nak datang kampung.

Adik aku pula dari dia setahun aku dah memang tak jumpa dia. Dia dekat barat aku pulak dekat timur. Tapi aku dah janji bila aku jumpa adik aku. Satu je, aku akan bahagiakan dia sebagai seorang adik. Aku akan selalu jadi pendengar untuk dia dan jadi tempat luah. Sumpah aku nak semua tu, aku nak rasa macam mana rasanya ada adik. Selama dua belas tahun aku anak tunggal rasa kosong. Nenek dan atok jelah tempat aku menumpang kasih. Tapi takpalah, aku fikir positif mungkin ummi dan walid cari duit untuk besarkan anak-anak dia, kan? Okay lah, aku nak main bola. Nanti aku akan tulis lagi, bye.

25.4.2016

Tak lama lagi adik aku nak spm. Dia nak spm aku pulak berdebar. Takpa..aku tahu adik aku boleh buat. I know her. She can do!

Mungkin, ni diari aku yang terakhir sebab buku ni pun tinggal satu helai. Bapak banyak sia aku tulis HAHAHA. Mana tahu aku dah takda nanti adik aku boleh baca diari abang dia. Mesti aku malu sebab diari noob-noob punya zaman aduh HAHA.

Medina.. bila Medina baca diari abang ni. Abang nak bagitahu yang abang sayang sangat dekat Medina. Walaupun nafas abang terhenti, jantung abang tidak bergerak lagi. Tapi sayang abang untuk Medina takkan pudar sampai mati. Abang sayang sangat dengan adik abang, Medina satu-satunya adik abang yang abang ada.

Abang sayang Medina.

Medina memeluk buku di dalam dakapan, dia menangis tanpa henti. Dadanya terasa sakit menahan sebak yang terbungkam di dalam hati.

Tarikh kali terakhir Izzan tulis sebelum dia balik ke kampung dan selepas hari jadi Medina, Izzan sudah tiada. Tiada lagi nyanyian hari jadi daripadanya. Semua sudah menjadi kenangan untuk dirinya sendiri.

"Abang, Medina pun sayangkan abang."

Continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro