1|Sekolah Baru

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BOBOIBOY memandang sekitar kawasan barunya. Dua maniknya meliar melihat sekeliling dengan perasaan gembira yang teramat. Hari ini, hari pertama dia kembali semula ke alam persekolahan setelah hampir 1 bulan setengah menghabiskan cuti akhir tahun. Hari itulah yang dinanti-nantikan sejak tahun lepas. Dan kini, dia sudah berada di Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis.

Kedua orang tua Boboiboy sering sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga lansung tidak mempunyai masa untuk bersama-sama keluarga Boboiboy pula sudah terbiasa dengan perkara sebegini.Yalah, orang dewasa memang selalu sibuk. Oleh itu, mereka bersetuju untuk menghantar Boboiboy ke kampung halaman iaitu di Pulau Rintis untuk tinggal dalam pantauan atuknya,Tok Aba.

Sekolah barunya ini tak banyak beza dengan sekolahnya di bandar. Cuma bangunannya yang jelas kelihatan sudah lama akibat dimamah usia.Walaupun sekolah itu taklah secantik mana, tapi sekolah itu masih berdiri megah dalam keadaan kemas dan bersih.

"Hmm,nak pergi mana ni?"Boboiboy menggaru kepalanya yang tidak gatal.Kawasan sekolah itu agak besar untuk dia mencari kelasnya.Silap hari bulan,boleh tersesat juga dalam sekolah ni.

"Dah ada mulut tak nak tanya.."

"Opocot bola terbang!"

Boboiboy menoleh melihat susuk tubuh seseorang yang amat dikenali.

"Ish,atok!Terkejut,Boboiboy!Masib baik tak kena sakit jantung tadi!"Boboiboy berdecit geram saat disergah Tok Aba.

"Eleh,sakit jantung konon!Mengada-ngada!"Tok Aba terkekek kecil melihat cucu tunggalnya yang sudah bercekak pinggang mengalahkan ibu tiri Cinderella!Biarpun, sudah berkedut muka,lelaki separuh abad itu masih berjiwa muda.

Boboiboy hanya akur dan menegur seorang lelaki berambut ungu yang terpacak-pacak tak ubah seperti seekor landak.

"Tumpang tanya."tegur Boboiboy.

"Jangan kacau akulah!"Lelaki berambut ungu landak itu berlalu pergi dengan wajah masam mencuka.

"Sombong betul."bisik Boboiboy sendirian.Dia meneruskan langkah mencari orang lain untuk bertanya.Mungkin kerana baru pukul 6.45 pagi,kawasan sekolah masih lengang.

Kelihatan seorang pelajar perempuan beruniform pengawas menghampiri Boboiboy dari belakang.

"Assalamualaikum."

Boboiboy pantas berpaling apabila mendengar seseorang memberi salam.Gadis tersebut tersenyum mesra pada Boboiboy.

"Murid baru ke?"soal gadis comel sebangsa dengan Boboiboy bersama senyuman yang masih dikekalkan dibibir.

Boboiboy lantas mengangguk mengiyakan.

"Macam mana kau tau?"soal Boboiboy pula,kagum.

"Sekolah ni tak ada ramai pelajar macam sekolah di bandar.Lagipun,lencana kau tu tak sama dengan lencana sekolah kami."ujar seorang lagi gadis cina bertoncang dua dan berkaca mata bulat yang muncul dari belakang gadis tadi.

"Haah.Aku pelajar baru dari Kuala Lumpur.Nama aku Boboiboy."beritahu Boboiboy seraya memperkenalkan dirinya kepada dua gadis tersebut.

"Aku Yaya dan ni Ying.Kami berdua darjah enam.Kau pulak?"

"Samalah!Aku pon darjah enam!"jawab Boboiboy penuh teruja.Masakan tidak,kebetulan saja dia terus berkenalan dengan kawan baru yang sama darjah dengannya sebaik saja tiba di sekolah itu.

Tiba-tiba ,Boboiboy merasakan seperti lehernya dibelit tangan gergasi secara mengejut.

"Wah,budak bandar ke?Bolehlah kita jadi rakan sekelas,kan?Sebab darjah enam ada satu kelas je."ujar seorang lagi pelajar berbangsa india.Aduyai,kalau terus muncul tiba-tiba macam ni,memang boleh sakit jantung tahap kronik dibuatnya!Terima jelah nasib kau,Boboiboy..

"Hayoh,Gopal!Jangan buat macam tulah!"Ying menegur pelajar india yang bernama Gopal itu dek kerana tindakannya yang tidak sopan terhadap Boboiboy.Gopal terus melepaskan Boboiboy sambil mulut dimuncungkan seperti muncung itik,membebel tak henti-henti.

"Yelah!"

Boboiboy mengusap-usap belakang lehernya sambil tersenyum paksa.

"Haha,baguslah macamtu.Err...boleh tolong tunjukkan aku bilik guru?"pintanya.

"Boleh.Jom..."Yaya dan Ying terlebih dahulu berjalan di hadapan bagi menunjukkan jalan,manakala Gopal menjadi tukang penarik Boboiboy disebabkan dia terlalu lambat berjalan kata Si Gopal.

______________________________________

SELEPAS dihantar ke bilik guru,Boboiboy mengikut Cikgu Papa ke kelasnya pula.Mestilah!Nak pergi mana lagi?

Jantungnya mula berdegup kencang.Rasa gemuruh mula terbit yang pada awalnya gembira tak terkata.Pelbagai perkara mula bermain dalam fikiran Boboiboy.Sebelum berpindah ke kampung halaman,memang dia berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan jiran dan juga rakan sekelasnya yang disayangi sejak kecil lagi.Akan tetapi,ibunya selalu memberitahu bahawa dia bakal bertemu kawab baru yang baik dan seronok sama seperti kawan-kawannya dahulu.

"Baiklah,murid-murid!Hari ini kita ada pelajar baru.Kenalkan diri kamu,wahai anak muda."ujar Cikgu Papa selepas seluruh kelas serentak berdiri dan memberi salam sebelum kesemua mata-mata disitu mengfokus pada Boboiboy yang berada di hadapan kelas.

Boboiboy yang dari tadi hanya berdiri kaku bagaikan sebuah patung,mengangkat muka melihat setiap wajah satu-persatu yang bakal menjadi rakan-rakannya.Seperti yang diberitahu Gopal,mereka bertiga memang sekelas.Yaya dan Ying hanya tersenyum dan Gopal pula nampak begitu gembira dan melambai-lambai ke arahnya.

"Wei,kawan baik aku tu!"bisik Gopal kepada pelajar lain.

"Hai.Nama saya Boboiboy.Saya berasal dari Kuala Lumpur dan bersekolah disana sebelum berpindah ke sini untuk tinggal bersama-sama atok saya."Terang Boboiboy dengan nada ceria tidak lupa juga dengan senyuman yang tak lekang dibibir.

Beberapa orang pelajar berbisik perlahan sesama sendiri.

"Huh!Budak bandar..."Kedengaran satu suara dari sudut belakang kelas.

Boboiboy sedikit tersentak dan terkedu melihat budak lelaki berambut ungu landak yang ditegurnya pagi tadi berkata sebegitu.Walaupun dalam nada berbisik,Boboiboy masih dapat mendengar dengan jelas kata-katanya.Budak lelaki itu hanya membuat wajah jengkel dan memandang ke luar tingkap seperti tidak menyedari apa yang diucapkannya sebentar tadi.

"Sebelum kebenaran mulakan kelas,cikgu mahu sampaikan pesanan penting kepada kamu semua."beritahu Cikgu Papa.

Kesemua murid di dalam kelas itu termasuk Boboiboy menumpukan perhatian kepada Cikgu Papa.

"Beberapa ekor anjing liar berkeliaran di kampung kita.Jadi,cikgu mahu kamu semua berhati-hati.Kebenaran pun nyaris digigit anjing pagi tadi..."pesan Cikgu Papa.

Boboiboy menelan liur.Takut pula dia mendengar kata-kata Cikgu Papa.Teringat pula ketika dia masih kecil,dia pernah dikejar seekor anjing liar dan terpaksa memanjat sebatang pokok supaya anjing itu tidak dapat lagi mengejarnya.Akhirnya,apabila anjing itu pergi dia tidak dapat turun dari pokok kerana terlalu gayat dengan ketinggian.Maklumlah,ketika itu dia masih budak kecil.

"Sekarang,kamu boleh duduk disebelah Ali."

Boboiboy mengangguk dan cuba mencari kelibat Ali yang dimaksudkan Cikgu Papa.Kemudian perhatiannya teralih pada seorang budak lelaki yang sedang lena dalam keadaan kepala di letakkan di atas meja dan buku teks didirikan bagi menutup mukanya dari dilihat cikgu.

"Ali Bin Ghazali!Kamu tidur dalam kelas senyap-senyap lagi ya?"

Boboiboy menatap budak lelaki yang bernama Ali itu terkocoh-kocoh bangun apabila ditegur tiba-tiba oleh Cikgu Papa.

"Ya cikgu?"sahut Ali yang sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.Terdapat sedikit kesan air liur basi di tepi bibirnya.

"Berani kamu tidur di dalam kelas kebenaran lagi?"Terkantoi sudah....

KEPISSHH!!!

Itu dia 'Pedang Keadilan' sudah muncul.Semua murid kecuali Boboiboy berhenti bernafas buat seketika.

'Walawei...Siap bawak rotan lagi!Macam mana aku boleh tak perasan sebelum ni?Aduh,meremang siak bulu roma aku..'monolognya dalam hati dan perlahan-lahan melabuhkan punggung di meja bersebelahan Ali.

Semua mata-mata menatap gerun rotan lagenda tersebut hingga terketar-ketar menggigil satu badan.Ali pula sudah pucat lesi bagai orang tak cukup darah!Takziah kawanku,semoga roh kamu selamat di syurga.Amin!

__________________________________

BOBOIBOY mengeluarkan bekal mi goreng yang dibekalkan Tok Aba dan meletakkannya di atas meja.

Gopal yang sedang khusyuk mengunyah donut lobak merah ditangan mengerutkan dahi melihat kawan baiknya.

"Dey,Boboiboy?Kenapa kau tak guna je duit poket kau nak beli makanan?Ke Tok Aba yang tak bagi kau duit poket?"soal Gopal dengan mulut yang penuh.Tersembur-sembur makanan keluar dari mulutnya.

"Mana adalah.Duit yang Tok Aba bagi,biasanya aku simpan dalam tabung.Kan lagi jimat kalau bawak bekal dari belanjakan duit untuk beli makanan dari kantin?"ujar Boboiboy lalu menyuap mi goreng tersebut ke dalam mulut.

"Betul jugak tu.Tapi,aku tetap nak makan donut kegemaran aku ni setiap hari.."Gopal mengusap-usap donut lobak merah ditangan dengan penuh kasih sayang.

Boboiboy menggeleng kepala perlahan melihat kerenah sahabat barunya itu.
"Patutlah badan kau besar macam tu..."sakat Boboiboy sambil menunjuk perut Gopal yang buncit dengan senyuman mengejek.

"APA KAU KATA?!"

"Sori!Aku main-main je lah!Lagipun, memang fakta betul kan?"Tidak dapat dia menahan lagi,Boboiboy sudah ketawa terbahak-bahak.

"Sampai hati kau buat kawan baik kau macam ni..."Mula dah drama Si Gopal anak lelaki Kumaran ni.

Sebelum Gopal sambung berdrama,Boboiboy terus menyumbatkan sesudu mi goreng ke dalam mulut Gopal.

"Sedap?"

"Boleh la..."jawab Gopal acuh tak acuh,terus tangan gempal milik Gopal mencapai bekal Boboiboy dan memakannya dengan gelojoh sekali.

"Wei,banyak hensem!Bagi balik!"Boboiboy sudah bercekak pinggang.

"Nanak!Aku punya!"balas Gopal pendek dan menyambung mengunyah dengan kelajuan roketnya.

Boboiboy mengeluh kecil melihat Gopal.

"Boboiboy..."

"Boboiboy dan Gopal yang tertunduk serentak mendongak.Masing-masing terpinga.

"Ali?"

"Ya,aku Ali."jawab Ali.

"Boboiboy,ni lah budak yang paling teruk dalam kelas!Setiap hari mesti dia selalu kena denda!Dia ni pon agak misteri orangnya"bisik Gopal di telinga Boboiboy supaya tidak didengari Ali.

"Ish,kau ni!Tak baiklah kata macam tu!"Boboiboy menyangkal kata-kata Gopal lalu menoleh semula memandang Ali yang membisu dari tadi.

"Oh,kau yang duduk sebelah meja aku dalam kelas kan?"soal Boboiboy smbil mengukir senyuman.Tidak baik jika dia bersangka buruk terhadap seseorang tanpa sebarang bukti terlebih dahulu.

Ali mengangguk laju.Dia juga teragak-agak sedikit duduk bersama mereka berdua di meja batu tersebut.

"Oh ya.Aku dengar kau pernah dapat markah penuh dalam ujian mengejut Matematik baru-baru ni.Macam mana kau buat?"soal Boboiboy yang terlihat amat berminat dengan Ali walaupun budak itu dikatakan amat misteri dan pasif di dalam kelas.

"Err...Aku sendiri pon tak tau.Mungkin kebetulan je kot..."ujar Ali dengan senyuman yang dibuat-buat.Dia menggaru-garu pipinya dalam keadaan janggal.

Gopal yang menjadi pemerhati mereka berdua hanya diam sambil menatap tajam Ali bak pisau belati.Ali pula takut-takut melihat Gopal kalau boleh mahu saja dia cabut lari dari renungan mautnya.

"Kenapa kau lambat rehat?"soal Boboiboy ingin tahu.15 minit lagi loceng kedua berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat.

"Aku kena denda bersihkan kelas tadi.Aku ada bawak coklat lebih.Nak tak?"pelawa Ali sambil menghulurkan sebungkus coklat 'Cadbury' di tangan.

"Nak!"Bersungguh-sungguh Gopal menjawab setelah lama mendiamkan diri.

"Tak tau malu!"Boboiboy menarik tangan Gopal dari mengambil coklat tersebut.

"Takpe,ambik je lah.Aku ada banyak lagi."pelawa Ali lagi.

"Yeay!Thank you!"Sorak Gopal gembira seperti kanak-kanak ribena.
Boboiboy juga tidak dapat menolak tawaran Ali akhirnya mengambil coklat tersebut.

"Korang dekat sini rupanya..."Muncul dua orang gadis dan seorang lelaki yang berkaca mata.

"Eh,Moon,Iman dan Khai lah!Korang bertiga ni dari mana?"soal Ali kepada 3 sahabatnya.

"Kami dari kantin.Patutlah kau tak ada kat kantin,rupa-rupanya dekat sini."jawab si lelaki berkaca mata,Khai.

"Kau datang dari bandar ye,Boboiboy?"tanya gadis berambut toncang,Moon.

"Haah.Kenapa?"

"Oh,taklah.Kalau kau nak tau,Ali pon datang dari bandar!"sambung gadis untuk sambil menunjuk Ali.

"Ye ke?"Membulat mata Boboiboy melihat Ali yang sudah tersipu-sipu malu.

"Hehe,betul.Aku datang dari Cyberjaya."jawab Si Ali.

"Dekat jugak dengan Kuala Lumpur.."Gopal membuat andaian sendiri.

Ali hanya mengangguk dan melepas pandang kepada Boboiboy.

"Kenapa Ali?"Boboiboy pelik apabila direnung sebegitu.

"Err...tak de lah!Hmm..waktu rehat dah nak habis.Aku kena jumpa Cikgu Papa kat bilik guru."ujar Ali lalu terus bangun dari kerusinya dan terus berlalu pergi.

Semua orang juga mula beredar ke kelas masing-masing apabila waktu rehat hampir tamat.Dalam perjalanan menuju ke kelas,Boboiboy bertanya,

"Ali tu nampak macam selalu sibuk,kan?"

"Dia memang sibuk.Walaupun dia bukan pengawas,cikgu selalu suruh dia buat kerja."jawab Gopal.

"Kenapa pulak?"Berkerut dahi Boboiboy mendengar jawapan Gopal.

"Ali sebenarnya dapat perhatian lebih dari semua cikgu sebab ayah dia yang suruh."cerita Iman.

"Boleh pulak macam tu?"

"Kau tak tau siapa ayah Ali!Ayah dia antara pengasas utama Cyberjaya,ayah dia memang berpengaruh dan dikenali ramai!"Moon pula menyambung.

"Jadi?"

"Haish,sejak ayah dia tahu keputusan Ali merosot,dia suruh semua cikgu ajar dia sampai keputusan dia meningkat balik.Tapi keputusan exam dia masih tak naik.Jadi,cikgu pon buat kelas tambahan khas untuk dia waktu rehat."Khai pula bercerita panjang lebar.

"Betul ke?"soal Boboiboy dengan riak wajah terkejut.

Moon,Iman,Khai & Gopal serentak mengangguk.Boboiboy menggaru-garu dahunya sambil memanjat anak tangga.Mereka terpaksa bersaing dengan beberapa orang pelajar untuk menuju ke kelas mereka yang berada di tingkat tiga.

"Aduh!"Nyaris-nyaris Boboiboy terjatuh apabila bahunya tiba-tiba ditolak.Gopal dan Khai yang berdiri di belakang Boboiboy terkejut dan segera menahan Boboiboy daripada terjatuh.

"Kenapa kau tolak Boboiboy?"soal Moon dengan geram saat melihat Fang yang selamba memanjat tangga dan langsung tidak mempedulikan Boboiboy.

Fang tidak membalas sebaliknya terus meneruskan langkah menuju ke kelas.

"Kau okey tak?"soal Gopal.

Boboiboy yang masih terkejut hanya membalas dengan anggukan perlahan.Khai dan Gopal segera menolong Boboiboy hingga mereka sampai ke kelas manakala Moon dan Iman hanya mengikut langkah mereka dari belakang.

"Kenapa ni?"

"Ali!"Terkejut besar mereka berlima dibuatnya.

"Ya,kenapa?"Ali juga terkejut dengan jeritan kawan-kawannya itu.

"Awak dari mana?Bukan ke ada satu tangga je untuk je kelas kita?Kami tak perasan pon awak naik tadi."Iman bersuara terlebih dahulu.

"Err...ada.Korang semua tak perasan aku tadi kot...Kenapa dengan Boboiboy?"soal Ali dengan wajah risau melihat Boboiboy yang berkerut kesakitan.Pada masa yang sama,cuba mengubah topik perbualan.

"Fang tolak dia."jawab Khai.

"Bukanlah!Aku yang tak hati-hati dan tak nampak dia kat sebelah aku tadi.Jomlah masuk kelas.Nanti cikgu datang pulak."ajaknya.

Yang lain kecuali Ali mengetap bibir geram.Mereka sama-sama menjeling tajam Fang yang tersengih senang hati dari tadi.Ali pula sekadar memandang langkah Boboiboy yang sedikit perlahan dan terhincut-hincut.

                   [BERSAMBUNG]

Vote & Comment!ヾ(๑°▽°๑)ノ

Setiap chapter baru akan dipublish sekali sebulan bergantung kepada kelapangan masa author.

Sokongan anda amat dihargai :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro