[ ᴛʀᴀᴄᴋ #𝟷𝟷 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

┏━━━━━━━━━━━┓
⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊

Can't you see me?

⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊
┗━━━━━━━━━━━┛

Mingyu bangkit dari lena dengan nafas kencang. Seluruh tubuh bacdannya berpeluh , dan Mingyu terduduk di katil biliknya. Jam di sisi katil menunjukkan jam 7 pagi.

Mingyu terus bangkit dan berjalan ke arah tingkap biliknya dan menyelak luas tingkap tersebut , menunjukkan pemandangan indah dari tingkap tersebut.

Dan Mingyu tersedar akan sesuatu.

"Bukan aku patutnya warded kat hospital ke...?"

Maka Mingyu panik dan berlari keluar. Wajah riang Hangyul yang mengunyah kokokrunch agak mengejutkan Mingyu, sebab Taehyung mesej dia yang Hangyul berkurung dalam bilik...

"GYUL KORANG CULIK AKU BALIK RUMAH KE WEH"

Mingyu menekup mulutnya terkejut. Semangat hyper dia entah macam mana dah kembali. Sejak kejadian hari tu...

"Eh awal kau bangun? By the way, kalau aku nak culik kau pun dari mana ni hm." Hangyul berkata dan duduk selesa sambil menonton drama Melayu yang dipasang pagi pagi buta.

"Oh ha , hari ni masuk kerja okay. Kau pergi dengan Felix." Hangyul berkata agak lantang dengan mulut yang penuh. Mingyu masih tercengang dan Jungkook berjalan mamai turun dari tingkat atas.

"Weh , aku punya paru paru berair ni dahla tak elok lagi. Pastu hari ni bukan turn Namjoon dengan Wonwoo ke masuk kerja?" Mingyu berjalan ke arah Hangyul dengan nada keliru.

"Kau ni mamai ni. Aku tau kau marah sebab Hwa taknak masuk kerja , tapi takyahlah cipta karakter baru. Apa kau ingat ini game??" Hangyul berkata dan memandang Mingyu agak jengkel. Mingyu memutuskan untuk pergi mandi dalam keadaan keliru.

Dia ingat segala detik yang telah berlalu.

Ya. Dia cuba bunuh diri hari tu. Paru-paru dia dipenuhi air. Diorang baru balik dar Jeju. Keluarga dia... Mati dalam kebakaran. Dia warded kat hospital. Dia trauma. Cuma Minha yang faham dia. Dia jatuh hati pada Minha....

Persoalannya , kenapa Hangyul cakap aku cuba cipta karakter baru? Siapa Hwa?

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Sexually, physically and mentally abused , but Alice is still chasing the White Rabbit who brings nothing but damage into her life.

The wonderland she thought the rabbit brought her into , is nothing more that fabricated lies.

Her mind has gone crazy.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Kejadian yang berlaku tepat pukul 12 tengah malam semalam masih mengejutkan Seohye. Tempat tidur Eunmi , iaitu sebuah khemah kecil di sudut bilik mereka (rujuk track #1) tiba-tiba berubah menjadi bunga-bunga sakura kecil, yang kemudiannya menghilang.

Gila.

Seohye bangun dari perbaringannya , dan 3 kuntum bunga sakura berada di tangannya.

Seohye bermain dengan bunga-bunga itu dan mindanya menerawang teringatkan kisah semalam. Text message ringkas dari Wonwoo itu menamatkan segala usaha kerasnya.

Usaha dia untuk menyatukan hati mereka berdua.

Saya surrender , maaf.

Begitu murah perasaan Seohye. Usaha dia untuk bunuh semua orang demi menyatukan mereka berdua... Untuk mengelakkan Wonwoo kahwin paksa dengan perempuan tu...

Sambil Seohye keluar , dia melihat semuanya bergerak seperti biasa , dan menuju ke arah Yunjie yang sedang menyiapkan makanan apa entah. Seohye tau makan je.

"Morning!" Yunjie bersuara riang seperti selalu dan tersenyum ringkas ke arah Seohye yang masih dalam pakaian tidurnya walaupun jam menunjukkan angka 10 pagi.

"Morning." Seohye duduk di atas sebuah kerusi kecil di dapur itu. "Eunn tak balik lagi ke?" Seohye bersuara sambil skrol telefon bimbitnya, dan Yunjie memandang Seohye dengan dahi berkerut.

"Eunn tu muncul dari mimpi kau ke? Siapa Eunn? Berminat aku nak tau." Yunjie bertanya dalam nada sopan dan agak ceria , dan Seohye serta merta mengangkat kepalanya memandang Yunjie.

"Jung Eunmi? Sundusts? Ketua seven heavenly virtues? Ketua kita??? Duduk serumah ngan kita??" Seohye bertanya secara bertubi-tubi dan Yunjie menghidangkan makanan dengan dahi berkerut.

"Hah?? Ketua kita Lee Jieun kan? Dia duduk rumah dia kan selama ni, dengan suami dia." Yunjie berkata dengan nada keliru dan berjalan pergi.

Dahi Seohye pula berkerut. Telefonnya bergetar menandakan mesej masuk.

:: mingyu ::

Seohye.
Wonwoo tu boyf kau kan?
Dia wujud kan???
Takkan aku dah gila....
Semua orang tak kenal siapa Namjoon dengan Wonwoo..

Ah
Aku ingatkan aku sorang je yang confuse.
Diorang tak cam Eunmi kat sini.
Takkan diorang tak kenal siapa Eunmi?

Aku rasa ada benda pelik dah jadi lah...

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

"What a mess." seorang gadis dengan cardigan kuning bersuara kasar.

"Test number #2 bagi respon lagi tenang daripada test number #1 , lady." seorang lelaki dengan wajah penuh lebam menyerahkan sebuah fail kuning kepada gadis itu. Tiba-tiba , lelaki itu disepak kasar

"Namjoon. Kau dah habis tugas kau sebagai absolem. Dan kau tak berjaya conduct eksperimen kau terhadap mereka. Kau akan jadi hamba aku..." gadia tersebut melutut dan menampar lembut pipi Namjoon.

"...sampailah Seohye dan Mingyu bunuh diri."

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

To find one self,
Is to find himself,
Within herself,
It will show itself.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro