[ ᴛʀᴀᴄᴋ #𝟼 ]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

┏━━━━━━━━━━━┓
⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊

Should we cross the wave?

⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊⢸┊
┗━━━━━━━━━━━┛

Suasana sunyi menyelubungi kereta Mingyu yang dipinjamkan oleh abangnya. Wajah murungnya terserlah jelas. Ibu bapa dan adiknya telah selamat dikebumikan. Abangnya terpaksa pulang terlebih dahulu kerana isterinya mengalami keguguran.

Dia memandu tanpa arah tuju, peduli apa dia. Bukannya dia ada lokasi untuk dituju pun.

Radio memutarkan lagu AKMU - Chantey. Memori terimbas kepada saat Mingyu tiba di hadapan sebuah rumah vila yang hangus ranap. Tiada bunyi jeritan, tiada bunyi bomba, tiada kekecohan jiran tetangga.

Cuma Mingyu dan dirinya yang telah terlambat.

Setelah tiba di hospital, dia tak sempat mengucapkan selamat tinggal langsung, telah sejam berlalu sejak keluarganya disahkan tiada.

Keretanya dihentikan di tepi jalan, entah di mana dia berada sekarang ni.

Air matanya yang tak henti menitis dikesat kasar. Tak pernah dia serajin ni. Nak naik flight, nak pandu kereta, tak tidur langsung, menangis sepanjang masa....

Mingyu duduk di atas pagar menghadap laut. Telefonnya memberikan notifikasi bahawa sebuah mesej masuk.

Kim Vante

mingyu.
what the fu?

kenapa?
tae, aku penat.
jangan buat aku lagi penat pls.

KAU TENGOK BALIK FOLDER YANG KAU HANTAR KAT AKU TU!
KAU PUNCA SEMUA NI!

Mingyu terkedu. Hubungan dia dan Taehyung memang rapat, dah Tae tak pernah marah pada dia.

Sebuah folder bernama vanteartwork.pdf dihantar kepada Taehyung pada hari mereka tiba di Jeju. Folder itu dibuka dan...

Segala kronologi dijumpai dalam tu. Pukul berapa Seoyeon diculik, di mana dia ditempatkan, bagaiman dan segala details yang lagi mendalam.

Dan ada juga beberapa perkara yang akan berlaku hari ini dan juga esok. Sepotong ayat menangkap perhatian Mingyu.

Tak sempat ayat itu dibaca, sebuah panggilan dari Hyemin masuk. Panggilan itu diangkat.

".... aku rasa kau dah tau kenapa aku call kau." kedengaran suara Hyemin serak seolah baru lepas menangis, bercampur dengan kegeraman.

"Listen to me, aku tak tahu menahu pun semua ni." Mingyu berkata dalam nada kosong, tanpa memgharapkan apa-apa dari Hyemin.

"Aku percayakan kau, Mingyu. Tapi tu bukti solid tau! SEBAB KAU! SEBAB KAU AKU DIFITNAH! SEBAB KAU LA SEOYEON BENCIKAN AKU!"

Makian demi makian masuk ke gegendang telinga Mingyu. Nafas dihela dengan sedikit getaran.

"Hyemin, kau benci aku teruk sangat ke...?"

"Kau tu hina! Sedarlah sikit! Kau tu, salah satu dari seven deadly sins tau tak! AKU BENCI KAU SAMPAI KAU MATI, KIM MINGYU!"

"Kau tu diligence, kau patutnya bijak berfikir dari semua orang dan tak tuduh aku tanpa bukti. Tapi rupanya kau pun sama bodoh." Mingyu berkata. Air mata yang tadinya terhenti kini mengalir semula.

Kesunyian melanda buat sementara waktu, dan Mingyu mengesat air matanya sekali lagi.

" Kalau aku mati, kau takkan benci aku dah kan?"

" Huh? "

"Aku taknak kau benci aku, so aku mati je lah ye? Aku sayang kau, Hyemin. "

BUSHHH!!!!

Bunyi kocakan air yang kuat dan telefon Mingyu jatuh ke tanah. Sunyi dan sepi. Kedengaran jeritan panik Hyemin dari telefon Mingyu.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

"KIM MINGYU!" Hyemin menjerit lantang di dalam biliknya. Ahyoung, Yunjie dan Yerin, roommate Hyemin semuanya terbangun dari tidur dan entah kenapa mereka buat tak peduli dan tidur semula.

Seminggu telah berlalu sejak Mingyu cuba membunuh diri.

Ya, Mingyu mencuba tapi tak berjaya. Tapi paru-parunya dipenuhi air dan mendatangkan kesukaran untuk bernafas.

Akibat insiden itu, mereka pulang ke Seoul dan meneruskan kehidupan secara biasa. Ini untuk mengelakkan semua yang tertulis di pdf yang kononnya dihantar oleh Mingyu itu berlaku. Kerana semua kejadian itu sepatutnya berlaku di Jeju.

Semua orang percaya bahawa dalang di sebalik segalanya telah ditangkap ; Mingyu. Dan mereka semua kini hidup riang ria dan tenang.

Tetapi tidak bagi Hyemin. Dia percayakan Mingyu. Seoyeon juga memihak pada Hyemin, tanpa sebab. Seoyeon masih trauma dengan apa yang berlaku dan tidak mahu menjelaskan secara terperinci. Namun Seoyeon pasti Mingyu bukan orangnya.

Dan mereka pasti Mingyu cumalah mangsa kedua selepas Seoyeon.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Kali ni chapter tak thriller kan, tapi sedih HEHEHEHEEH

oke, selepas chapter ni, qiss akan publish mixtape tentang apa yang ada dalam vanteartworks.pdf tu.

dan maybe korang boleh cari siapa orang yang menganiaya Mingyu?

And please please please, siapa yang tau nama laki dalam gif memula tuh, tolong bagitau qiss, qiss nak tau sebab dia hensem

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro