Side 20

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu Balak
Jun 1994






"SA...SAYA."

     Suara seseorang dari arah pintu bumbung memanggil mereka bertiga untuk menoleh.
     "Saya yang sebarkan khabar angin tu."

     "Nina?" Orked menghampiri. Tidak menyangka, Nina la punca semua ini padahal dia tiada apa-apa masalah pun dengan gadis itu.

     "Apa salah saya, Nina?" Orked merenung dalam anak mata gadis itu. Mencari jawapan kepada pertanyaannya, namun tiada.

     Dia tak jumpa apa-apa bukti yang menunjukkan Nina membuat dan menyebarkan khabar angin itu. Tiada alasan yang spesifik untuk Nina memperlakukannya seburuk ini.

     "Ked, kita dengar dulu penjelasan Nina." Orked ditarik menjauh sedikit daripada Nina. Dia yakin, Kar ada penjelasannya dan untuk mendengarnya, mereka perlu tenangkan Orked dahulu.

     Orked menarik dan menghembuskan nafas dengan perlahan. Dia kembali melabuhkan punggung setelah keadaannya kembali tenang. Kepala dijatuhkan tanda dia mempersilakan Nina untuk membuka cerita.

     "Kalaulah aku lawa macam Orked!" Keluhan seorang rakannya berjaya menarik perhatian Nina dan seorang lagi rakannya, Syaf.

     "Kenapa tiba-tiba?" Ya, tahulah sekarang mereka tengah perhatikan Orked di gelanggang bola tampar sana bersama rakan-rakan sekelasnya. Tapi, tiada pula mereka sibuk mengagumi kecantikan gadis itu.

     "Iyalah, kau orang tak terfikir ke? Orang cantik macam Orked, semua orang pun nak. Cikgu Awang? Cikgu Awang sendiri sukakan Orked." Jelas Ria bernada perlahan. Cukup mereka bertiga sahaja yang mendengarnya.

     "Apa maksud kau?"

     "Jujur, aku minat sangat kat Orked. Apa yang dia buat, aku pun nak buat juga. Tapi, aku tetap tak pernah dapat mana-mana perhatian sebabkan apa? Sebab aku ni buruk. Muka tak lawa macam Orked. Orked tu, dia buat perangai hodoh pun, orang tetap puji dia. Orang tetap akan beri perhatian."

     Ria mula membongkar apa yang selama ini dia simpan-simpan. Selama dua tahun dia duduk dalam kelas yang sama dengan Orked, dia akui, dia selalu meniru apa sahaja yang gadis itu lakukan. Penampilan, cara bertutur, termasuklah cara gadis itu melayan rakan-rakan sekelasnya.

     Tapi apa yang dia dapat? Tiada. Mereka bahkan memuji-muji Orked di hadapannya. Setiap masa, nama Orked tidak henti-henti keluar daripada mulut mereka. Entah Ria harus merasa bangga atau menyampah kerana cuma dia sahaja menjadi tempat pemuja-pemuja Orked melepaskan pujian.

     "Tapi, lama-lama aku macam tak boleh tengok dia depan aku. Senyuman dia, suara dia, aku benci. Aku tak bencikan dia... Aku cuma tak tahu apa yang aku nak sebenarnya. Apa yang aku tahu, aku nak Orked rasa apa yang aku rasa. Kawan yang selama ni puji kita, tiba-tiba berpaling arah dan pandang kita sebelah mata."

     Syaf dan Nina berpandangan. Masing-masing tidak tahu mahu bagi reaksi yang macam mana. Muka Ria nampak terlalu serius. Tahulah mereka bahawa Ria tidak bermain-main.

     "Ria... Aku rasa kau patut..."

     "Cakap pasal Orked?" Suara garau seseorang yang cukup mereka kenali memasuki halwa telinga masing-masing. Serentak, mereka berdiri daripada duduk.

     "Cikgu..." Nina gigit bibir. Takut perbualan mereka didengari oleh Awang. Nanti apa kata cikgu itu pula?

     "Cikgu akan anggap cikgu tak dengar apa-apa. Tapi, lepas awak semua tolong cikgu." Awang melemparkan senyuman penuh makna. Tiga sekawan itu berpandangan bingung sebelum akhirnya Ria memutuskan untuk bersetuju.

     Orked tertawa tidak percaya. Sungguh, dia tidak menyangka begitu jijiknya perangai Awang di belakang mereka, para pelajar sehingga sanggup memperlakukan dia buruk begini. Jadi, semua khabar angin ini dibuat semata-mata untuk memudahkan Awang mendapatkan dia? Begitu?

     "Ria dengan Syaf macam mana?" Tanya Raihana bagi pihak Orked. Dia yakin, Orked juga ingin tahu keadaan dua lagi rakan Nina namun terbatal disebabkan masih terkejut dengan cerita Nina.

     "Lepas tiga hari khabar angin ni disebarkan, mereka terus berhenti sekolah." Jawab Nina. Masih teringat situasi di mana Ria dan Syaf keluar daripada pejabat sekolah dengan memakai baju biasa.

     "Cikgu Awang dah melampau, Orked! Apa yang dia nak sebenarnya?" Marah Raihana. Dia yang dulu boleh dikatakan peminat nombor satu cikgu lelaki itu, kini telah menjadi pembenci nombor satunya.

     "Dia nak aku terima dia." Ujar Orked perlahan. Apa yang diperkatakan oleh gadis itu, benar-benar telah mengejutkan mereka bertiga. Segera, Remy menghampiri.

     "Awak terima..."

     "Awak dah gila? Tak!" Orked melepaskan keluhan berat. "Hari tu, dia datang rumah saya, cakap yang dia akan bertanggungjawab atas semua kekecohan ni." Sambung Orked.

     Serentak, mereka bertiga menghela nafas lega. Lega kerana Orked menolak Awang.

     "Jadi, kita nak buat apa lepas ni?" Tanya Nina berharap agar semua ini bakal berakhir. Dan berharap semoga Awang menerima akibatnya kerana telah menganggu keselesaan seorang pelajar perempuan.

     "Buat masa sekarang, aku akan cuba elakkan diri daripada bertembung dengan dia. Mungkin, kalau aku buat macam tu, dia akan sedar dan tak kacau aku lagi." Hanya itu yang mampu Orked fikirkan buat masa sekarang. Untuk menceritakan semua ini kepada pengetua, mereka perlukan Ria dan juga Syaf sebagai saksi.

     "Nina, tolong aku cari Ria dengan Syaf." Pinta Orked.










"ADIK! Macam mana?"

     Tumpuan Syam yang pada ketika itu fokus dengan mewarna terganggu apabila si kakak tiba-tiba sahaja muncul di depan mata. Orked berpusing-pusing memperagakan baju barunya kepada Syam.

     "Wah, cantiknya kakak! Kakak pakai apa pun tetap cantik!" Syam bangun daripada duduk lalu menghampiri Orked. Serentak, mereka berpaling menghadap cermin.

     "Kakak nak jumpa Abang Remy ke?" Tanya Syam ingin tahu. Orked tidak akan memakai baju yang lawa atau baju baru kalau tidak berjumpa dengan si kekasih hati.

     "Taklah! Hari ni kakak ada kelas tambahan. Kakak saja je nak pakai baju baru!"

     Tanpa sedar, Syam mengeluh. Sudah berkali-kali dia ingatkan kepada kakaknya agar berhati-hati ketika berada di luar. Kakaknya cantik, terlalu cantik sehingga ramai yang iri hati. Ada juga yang mula memasang niat jahat terhadap kecantikan Orked.

     "Kakak tak takut ke dengan orang jahat?" Pertanyaan daripada sang adik menimbulkan geli hati pada Orked.
     "Takut? Buat apa? Hero kakak kan ada!" Batang hidung Syam dicuit manja.

     "Adik warna apa?" Buku mewarna milik adiknya dipandang sekilas.
     "Kakak, balik nanti boleh tak temankan adik mewarna?" Pinta Syam. Bebola matanya sengaja dibulatkan bagi nampak kecomelan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun sepertinya.

     Orked tertawa dan mengangguk. "Kakak janji, kakak siap je kakak terus lari jumpa adik!"

    "Janji?"
    "Janji!"

     Jari kelingking mereka disatukan. Sempat lagi Orked berpesan kepada Syam untuk sentiasa mengunci pintu sebelum batang tubuh gadis itu tidak lagi kelihatan.










"TAK apalah. Saya faham. Lagipun, Rai ada temankan saya balik."

     Orked memandang sekeliling perhentian bas. Mencari kalau-kalau batang tubuh Raihana sudah kelihatan berhampiran dengannya.

     "Saya janji, lepas habis perlawanan saya bulan ni, saya akan luangkan banyak masa dengan awak!" Sumpah Remy di talian sana. Orked tidak jadi mahu kecewa. Gadis itu melepaskan tawa.

     Jeritan rakan-rakan sepasukan Remy mula kedengaran di talian memaksa Remy untuk mematikan talian. Orked melepaskan keluhan berat. Masing-masing mereka mula sibuk dengan hal sendiri. Remy dengan latihan dan perlawanan bolanya. Orked pula dengan kelas tambahan dan kelas seninya. Langsung tiada masa buat mereka untuk berjumpa walau seketika seperti dulu-dulu.

     "Orked!"

     Tubuh gadis itu jelas menegak kerana terkejut. Nafasnya mula kedengaran sangat berat. Takut-takut gadis itu untuk berpaling menghadap gerangan yang selama ini dia elakkan. Mana Raihana ni?

     "Saya nak bercakap dengan awak sekejap." Bukan permintaan, tetapi arahan. Orked menggeleng.
     "Saya dah cakap dengan cikgu semuanya. Jadi, tak ada apa-apa yang perlu kita..."

     "Sekejap saja!" Awang mula merayu membuatkan Orked jadi semakin tidak selesa. Ke mana perginya orang-orang yang tadi turut duduk menunggu di sini bersamanya? Yang paling penting sekarang, Raihana di mana? Kenapa lambat sangat!

     "Cikgu, tolonglah! Jangan buat saya macam ni. Saya tak selesa!" Giliran Orked pula untuk merayu. Apa guru lelaki itu tidak mengerti dengan bahasa tubuhnya yang jelas tidak mahu Awang berada di situ?

     "Awak tak bagi saya pilihan, Orked."

     Orked berkerut. Apa yang Awang maksudkan? Tiba-tiba, lengannya dipegang dengan erat sebelum Awang menariknya ke suatu tempat. Orked cuba menepis dan melawan, namun Awang terlalu kuat untuk seorang gadis sepertinya.

     "Cikgu, lepaslah! Tolong!"

     "Tak ada siapa akan dengar kau, Orked!"

     "Rai! Tolong!"

     Tiba di belakang sebuah bangunan makmal lama yang sekarang sudah tidak digunakan, tubuh Orked dihempas kuat ke dinding. Semerta, Awang mengurung gadis itu dengan meletakkan kedua belah tangannya di sisi kepala Orked.

     "Aku cintakan kau, Orked! Aku ikhlas cintakan kau!"

     "Pergi mampuslah dengan cinta cikgu tu!" Jerit Orked tepat di muka Awang.

     "Arghhh!" Tidak semena-mena, rambut Orked ditarik lalu dengan kasar kepala gadis itu dihentak kuat ke dinding. Tubuh Orked jatuh melorot ke bawah. Darah perlahan-lahan mengalir mengotori muka.

     "Tak, tak, maafkan saya Orked! Saya tak sengaja!" Laju Awang bertindak mengelap membersihkan darah di muka Orked. Orked menyatukan tangannya, cuba merayu untuk dilepaskan.

     "Saya nak balik!" Rayu Orked. Awang menggeleng lantas menarik Orked ke dalam pelukan.

     "Saya cintakan awak, Orked! Awak tak akan pergi ke mana-mana tanpa saya!" Pelukan Awang bertukar agresif. Orked menepuk-nepuk belakang Awang memberitahu lelaki itu bahawa dia sudah kekurangan oksigen.

     Pelukan dilepaskan. Pipi Orked dicengkam kuat. Dahi mereka disatukan membuatkan separuh wajah Awang turut dikotori dengan darah Orked.

     "Orked cintakan saya kan?" Awang cuba memainkan minda gadis itu. Semakin kuat esakan Orked, semakin kuat Awang mencengkam pipinya.

     "Orked nak hidup bersama dengan saya kan?" Awang kembali mengubah fikiran Orked. Perlahan-lahan, Orked mengangguk mengiyakan. Semerta, tubuh Orked kembali masuk ke dalam pelukan erat Awang.

     "Remy..." Bisik Orked perlahan. Nama yang baru sahaja disebut oleh Orked membangkitkan semula kemarahan dalam diri Awang. Pelukan dieratkan membuatkan Orked meronta akibat kekurangan oksigen.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro