the end.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Let's stop being friend. Aku terlalu toxic untuk kau. Kau pun tahu kan?" Entah kenapa senyuman sinis yang terbit dari wajahku. Mata kami bertentangan. Lama. Anak matanya bergegar namun aku makin kuat menikam renungan penuh harapannya dengan pandangan tajam. Benci aku sebenci-bencinya. Aku layak untuk jadi watak jahat dalam hidup kau. Dah tiba masanya untuk kita noktahkan cerita tentang kita.

Aku yakin ini yang terbaik. Cukup aku dah banyak lukakan hati dia. Tolonglah sampai sini sahaja penderitaan ini. We shouldn't protect this friendship anymore. We're hurting ourselves!

"Ta- tapi kau kata kau tak akan tinggalkan aku." Benteng air matanya mula banjir. Suaranya bergetar menahan sebak. Aku tahan nafas aku. Dada terasa seakan-akan dihimpit batu.

"Tak cukup ke apa aku buat dekat kau sebelum ni?" Hujan yang makin lebat kami biarkan sahaja ia terus membasahi bumi sekaan-akan ia tidak mengganggu kami sedikit pun. Terasa seperti tiada lagi kepentingan untuk cari tempat berteduh pada saat ini. Tangan aku usap kasar raut wajahku bagi mengelap wajah yang basah. "Ini," jari telunjuk aku halakan pada dada kirinya, tempat dimana terletaknya jantung manusia. "Kau pun sakit kan lepas apa yang jadi selama ni?" Aku tolak dadanya makin kuat. Berkali-kali. "Kau sendiri rasa kan sakit tu setiap kali kau rasa hubungan kita ni one-sided kan?!" Suara aku naik satu oktaf.

"Tapi kau dah janji kau tak nak tinggalkan aku!" Kuat dia menengking aku. Suasana makin hening. Kami saling membunuh melalui pandangan mata. Kaki aku menapak satu persatu mendekati dirinya. "Kau," suara aku yang ingin keluar terasa seakan-akan tertahan. "Kau tak sedar ke apa yang aku buat ni untuk kebaikan kau?" Kuat aku tolak bahunya namun suara aku lemah sahaja saat munuturkan persoalan itu.

"Kau ingat aku senang-senang ke nak lepaskan persahabatan kita ni? Tak!" Kolar bajunya aku genggam erat. "Kau ingat aku suka tengok kau sakit sebab aku? Kau ingat aku buat ni untuk diri aku? Kau ingat aku sengaja nak tinggal kau? Aku buat ni untuk kau!"

PANG!

Pipi aku terasa pijar saat wajah aku terteleng ke kanan. "Pergi mampus dengan alasan kau! Untuk aku? Pernah ke kau tanya pasal perasaan aku?" Serak suaranya saat menutur kata. "Sekali pun tak pernah! Kau dengan perangai kau yang tak pernah nak ceritakan apa yang kau fikir, boleh berambus lah sial! Kau nak sangat aku pergi kan? Okay, fine! Kau yang nak sangat kan. Demi aku sangatlah kononnya. Aku harap sampai bila-bila apa yang kau buat dekat aku ni akan menghantui hidup kau. Biar kau mati dengan perasaan bersalah kau tu. Sampai mati aku tak nak tengok muka kau dah. Tahniah, kau dah berjaya buat aku berambus dari muka kau!" Bunyi tepukan dan hilaian ketawa menyapa halwa telingaku namun ia tidak cukup untuk menutup bunyi sedu-sedan yang dihasilkan olehnya juga.

Kepala aku masih tertunduk terus menekur tanah. Hanya pandangan pada hujung mataku yang menghantar pemergiannya. Lesap. Tiada lagi bayangannya, bekas sahabat baikku. Badan aku biarkan rebah ditarik graviti bumi, punggung bertemu dengan tanah yang basah. Terasa sepi walaupun masih ditemani bunyian hujan yang dimuntahkan awan. Kelopak mata aku tutup. Lama.

Hela nafas berat aku lepas lemah. Hujung kerusi roda aku pegang lemah. Kelopak mata aku buka. Laman taman dari tingkap hospital menyapa retina mataku. Tempias hujan membasahi pokok bunga coneflower.

"Ni hukuman selayaknya untuk orang macam aku." Senyum lembut aku tarik. Hati aku terasa lapang. Rapat aku pejam mata aku kembali.

Tetttt.

Mesin cardiac monitoring hospital berbunyi nyaring.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro