Bab 1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bunyi alunan suara yang sayup-sayup seolah-olah sedang menyanyi membuatkan Blade terjaga daripada lenanya. Dia mencelikkan matanya lalu dia duduk daripada pembaringannya.

Dia memejamkan matanya seketika untuk fokus dengan apa yang di dengarinya itu. Tapi tidak dapat. Langsung dia tidak dapat tangkap apa yang dia dengari itu.

Dengan perasaan ingin tahu yang meninggi dia terus bangun lalu turun daripada katilnya menuju ke arah pintu biliknya yang sedikit terbuka.

Wajahnya sedikit berkerut.

Bukankah dia sudah tutup pintunya dengan rapat?

Mungkin kerana terlalu penat membuatkan dia tidak sedar pintu biliknya tidak tutup dengan rapat.

Matanya tertacap pada bilik Qayyum yang terletak berhadapan dengan biliknya. Terang saja bilik adik lelakinya itu.

Dia melangkah menghampiri pintu bilik Qayyum yang separa terbuka. Makin jelas suara yang di dengarinya tadi apabila dia melangkah ke arah bilik Qayyum.

Di lihat Qayyum yang berbaju melayu dan berkain pelikat sedang khusyuk membaca sesuatu. Lontaran suara Qayyum yang merdu itu mengasyikkan dirinya.

Dia bersandar pada tepi pintu sambil matanya galak memerhati dan mendengar apa yang di baca oleh adiknya walaupun dia tidak faham bahasa apa yang di sebut oleh Qayyum.

Terasa seperti dirinya di perhatikan, Qayyum menghentikan bacaannya. Matanya terus menoleh ke arah pintu biliknya.

Susuk tubuh Blade yang sedang bersandar pada tepi pintu menyapa pandangan matanya.

"Blade?" Tegur Qayyum dengan wajah yang sedikit terkejut. Cepat-cepat dia menyudahkan bacaannya lalu dia menutup Al-Qurannya sebelum menghampiri abangnya.

"Men seni uklamaga azar berýärinmi?" Soal Qayyum dengan perasaan serba salahnya. Wajah penat dan mengantuk Blade di perhati.

( Aku ganggu kau tidur ke? )

Bukannya dia tidak tahu Blade baru saja pulang pada jam 3 pagi tadi. Sekarang sudah 4:18 pagi. Dia tahu Blade pulang pun sewaktu dia berada di dapur untuk minum segelas air kosong kerana terlalu dahaga.

"Näme okaýarsyň?" Soal Blade dengan ingin tahu. Pertanyaan Qayyum di abaikan. Dia lebih tertarik untuk mengetahui apa yang di baca oleh adiknya itu.

( Apa yang kau baca? )

"Al-Quran." Jawab Qayyum sepatah. Bibirnya mengukir senyuman kecil apabila dia perasan Blade tertarik dengan apa yang di bacanya tadi.

Blade mengangguk kecil. Dia tahu Al-Quran itu apa kerana dia pernah membaca isi kandung kitab itu pada waktu sebelum Qayyum di halau daripada rumah mereka.

Memandangkan Al-Quran itu di terjemahkan dalam bahasa english dia mudah faham tapi mengenangkan kitab itu tiada kena mengana dalam hidupnya dan tidak penting untuknya membuatkan dia tidak ambil tahu tentang kitab itu.

"Emma haýsy dili ulanýarsyňyz?" Tanyanya lagi.

( Tapi bahasa apa yang kau guna? )

"Arab dili. Näme üçin? Sizi gyzyklandyrýarmy?"

( Bahasa arab. Kenapa? Kau tertarik ke? )

"Kuran okanyňyzda sähelçe sesiňiz ýakymly. Whyöne näme üçin aýdym aýdýarsyňyz? Diýjek bolýanym, sesiňiz ýokary-aşak çişýär. Okamagy halamok."

( Sikit, suara kau sedap bila baca Al-Quran. Tapi kenapa kau macam menyanyi? Maksud aku, lenggok suara kau kejap naik kejap turun. Tak macam tengah membaca. )

Qayyum ketawa kecil. Amat jarang untuk dia melihat Blade bertanya banyak seperti ini dan ia membuatkan dirinya berasa senang.

"Oňa tarannum diýilýär. Ondan öň tarannum jiharkah ulanýardym. Köp ýa-da az aýdym aýtmagy halaýar. Düşünmeýändigiňizi bilýärin, bu bilen gyzyklanýan bolsaňyz, islän wagtyňyz menden sorap bilersiňiz. Indi ukyňa gaýdyp näme diýýärsiň? Men gaty uklaýaryn, ýüzüňi görýärin." Balas Qayyum.

( Itu namanya tarannum. Tadi tu aku guna tarannum jiharkah. Lebih kurang macam menyanyi juga lah. Aku tahu kau tak faham, macam ni lah kalau kau rasa macam tertarik tentang ni kau boleh tanya aku bila-bila masa je. Sekarang ni apa kata kau sambung tidur semula? Mengantuk sangat aku tengok muka kau. )

Bukan niatnya mahu menghalau tapi dia berasa kasihan melihat wajah penat Blade yang terlalu ketara mengantuk itu.

"Hmmm...." Blade mengangguk kecil seraya menguap kecil. Dirinya benar-benar penat dan sangat mengantuk tika ini. Cuma apabila dia mendengar alunan suara Qayyum tadi membuatkan dia berada di sini.

"Men ilki ýatdym." Ujarnya sebelum beredar masuk ke dalam bilik tidurnya semula dan menutup rapat pintu biliknya.

( Aku masuk tidur dulu. )

Qayyum melihat saja langkah Blade hingga lelaki itu masuk ke dalam bilik tidurnya. Tidak putus dia berdoa pada Yang Maha Esa agar memberi hidayah pada satu-satunya abang yang dia ada agar lelaki itu terbuka hati ingin memeluk agama Islam. Agama yang benar.

Blade turun ke bawah apabila selesai saja menyegarkan tubuh badannya. Dia hanya mengenakan seluar short pant tanpa memakai baju menutup badannya.

Bau aroma nasi goreng menyapa rongga hidungnya. Serta merta perutnya berkeroncong. Lapar. Kakinya laju menuju ke dapur.

Bunyi sudip berlaga dengan kuali menyapa pendengarannya sebaik saja dia tiba di pintu dapur. Dia melihat Qayyum yang lengkap berkemeja memakai apron berwarna hitam sedang memasak tanpa sedikit pun menoleh kiri dan kanan. Lincah saja lelaki itu memasak.

Tersungging senyuman di bibirnya. Entah mengapa dia teringatkan Dalicia. Mumma mereka. Wajah Qayyum sama mirip seperti Dalicia. Sebab itu Qayyum lebih lembut berbanding dengan dirinya yang banyak mengikuti Cael Arslan. Dingin dan bengis.

"Näme üçin ol ýerde durduň? Bişen tüwi burnumdan kanagatlanarsyňyzmy?" Tegur Qayyum apabila Blade asyik memerhatikan dirinya.

( Kau dah kenapa berdiri dekat situ? Kenyang ke hidu nasi goreng aku ni je? )

Hilang lamunan Blade apabila di tegur sebegitu. Tanpa berkata apa-apa dia terus melangkah ke meja makan lalu mengambil tempat berhadapan dengan Qayyum.

Qayyum menanggalkan apronnya lalu di sangkut pada penyangkut yang terlekat elok di tepi peti sejuk. Dia menyendok nasi goreng ke dalam pinggan lalu di hulurkan kepada Blade.

"Sagbol." Ucap Blade menyambut pinggan tersebut. Kecur liurnya melihat nasi goreng yang panas berasap itu. Ada udang, sotong, ayam fuhhhhh......

( Terima kasih. )

"Deňdir." Jawab Qayyum dengan senyuman. Kelakar pula tengok wajah Blade yang kelaparan yang terus makan tanpa minum seteguk air terlebih dahulu.

( Sama-sama. )

Qayyum menadah tangan lalu membaca doa makan dengan nada yang perlahan saja. Tingkah Qayyum yang masih tidak makan membuatkan Blade kehairanan.

Usai saja Qayyum menyapu tangannya ke wajahnya, Blade menegur.

"Näme edýärsiň?" Soalnya.

( Kau buat apa? )

"Nahar dogasyny okaň." Jawab Qayyum pendek. Dia menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya dengan tertib. Ermmm sedap! Macam selalu hehehe....

( Baca doa makan. )

Baca doa makan?

Makan pun nak kena berdoa ke?

Malas mahu bersoal jawab Blade meneruskan suapannya yang tergendala tadi.

Suasana menjadi sunyi sehinggalah mereka berdua selesai sarapan pagi. Blade mengangkat pinggan dan gelasnya yang sudah kosong menuju ke sinki lalu di basuh sebelum di letakkan pada rak pinggan yang berada di tepi sinki.

Selesai membasuh dia pun menuju ke ruang tamu untuk bersantai di depan televisyen. Sofa panjang menjadi pilihan untuknya baring. Malas dia mahu naik ke atas.

"Blade üçin işlemeýärsiňizmi?" Soal Qayyum yang bersiap-siap ingin pergi ke hospital. Memandangkan dia shift pagi minggu ni jadi dia gerak ke hospital seawal jam 7:30 pagi.

( Kau tak kerja ke Blade? )

"Baýram." Jawab Blade sepatah dengan mata yang tertutup. Dah kenyang rasa mengantuk mulai hadir dalam dirinya. Memang dia tidak cukup tidur sejak akhir-akhir ni kerana terlalu banyak perkara yang perlu dia uruskan.

( Cuti. )

Qayyum mengangguk kecil. Dia melihat Blade yang sudah terbaring atas sofa itu. Matanya tertacap pada badan abangnya itu. Penuh dengan tatu yang dia sendiri tak tahu corak apa yang di lukiskan pada badan lelaki itu. Cuma apa yang pasti pada belakang badan Blade terdapat satu corak berbentuk burung helang.

Mungkin simbolik pada nama kumpulan Blade. Tak silapnya lah.

Eagle Eyes

Hah! Betul lah tu.

Sedar dirinya sudah terlambat dia bergegas keluar lalu enjin motornya di hidupkan. Setelah membaca doa, terus dia memecut laju membelah jalan menuju ke hospital tempatnya bekerja.












"Kenapa lah Blade cuti hari ni? Haihhhh...."James membaringkan tubuhnya atas sofa sambil melepaskan keluhan kecil.

Chann yang sedang menghirup air nescafenya memandang wajah James yang lelah itu.

Mereka berdua berada di pantri khas untuk mereka sebagai orang atasan sebab itu lah di pantri tersebut mempunyai sofa panjang dan meja makan untuk mereka berehat.

"Arahan daripada Sir Steve, kau nak pertikaikan ke?" Chann mengangkat keningnya dengan raut wajah yang jelas mengejek James.

James mencebik mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Chann.

"Tch! Aku tahu lah arahan daripada Sir Steve tapi kenapa? Kenapa mesti aku yang kena ganti tempat Blade? Kenapa? Kenapa!!!!! Arghhhhh aku stres!!!!!!" James menutup mulutnya dengan kuat melepaskan rasa stres yang di alaminya itu.

"Sebab arahan daripada Sir Steve." Jawab Chann dengan selamba untuk kali kedua.

Keluhan panjang keluar daripada bibir James. Apa lah nasib dia. Ada kawan tapi kawan langsung tak memberi kata-kata semangat. Ceh!

Terkekeh-kekeh Chann mengertawakan James. Sekali sekala biar James rasa apa itu penyeksaan menggantikan tempat kerja Blade untuk seketika. Ceh, hyperbola sangat!

Takde lah seksa mana pun cuma ikut ke mana Steve pergi dan laporkan segala apa maklumat tentang dalam dan luar syarikat serta semua maklumat tentang klien-klien yang mereka berurusan. Maklumat semua itu perlu di serahkan pada hari yang sama tanpa ada tertinggal sedikit pun.

Tapi memang boleh pecah kepala juga lah nak siapkan semua dalam masa sehari saja. Dia pernah juga gantikan tempat Blade sementara waktu semasa Blade di arahkan ke Amerika atas urusan kerja bersama Steve. Memang hidup dia tak tenang dan sentiasa hadap laptop tak kira masa.

Pelik macam mana Blade boleh melakukan semua itu dengan tenang dan sentiasa siap dalam masa yang singkat saja. Mungkin kerana sudah biasa dengan tugas-tugas sebegitu jadi Blade mampu melakukannya dengan tenang.

"Ada apa-apa yang aku terlepas ke?" Tegur Elan yang baru saja masuk ke dalam pantri itu. Wajahnya berkerut hairan apabila melihat Chan yang ketawa sorang-sorang.

Susuk tubuh James yang terbaring atas sofa membuatkan dia bertambah pelik. Okey tak pelik pun baring atas sofa cuma muka tu dah kenapa muka penat sangat?

"Ada orang tu merungut penat. Penat sangat katanya." Jawab Chann dengan sisa tawanya.

"Diam lah kau, Chann. Bising je." James mencebik apabila Chann masih mengertawakan dirinya.

Elan tergelak kecil. Dia menggeleng kecil seraya melangkah menuju ke tempat pembuat air kopi. Dia datang ke sini kerana mahu membuat kopi tak sangka pula mereka berdua turut berada di sini.

"Hah! Cakap pasal ni Sir Steve cari kau James." Kata-kata Elan membuatkan James duduk tegak. Matanya membulat memandang wajah Elan yang tenang membancuh kopi dalam mug.

"Kau serius lah?"

"Hmmm takde masa aku nak main-main." Balas Elan dengan wajah yang tidak beriak. Dia mengacau air kopinya sehingga sebati sebelum minum dengan perlahan-lahan.

Sedap!

"Aaaaa aku tak nak lah. Kau je lah pergi Elan. Aku penat lah. Boleh lah aeeee....." Pinta James dengan wajah yang kesian.

Chann menahan dirinya daripada meletuskan ketawanya. Kelakar sungguh wajah James yang buat muka kesian tu.

"Apesal aku pula? Sir cari kau bukan aku. Baik kau pergi kalau tak nak sir mengamuk." Kata Elan berbaur ugutan. Wajahnya sengaja di buat serius. Hehehe....

"Arghhhh stressnya aku!!!!!" James menumbuk-numbuk kepala sofa sebelum bangun. Dia menarik nafas lalu di hembus kuat.  Baru saja dia mahu melangkah pergi, Chann menahan dirinya.

"Betulkan sikit pakaian kau tu jangan nampak sangat kau stres." Tegur Chann apabila melihat gaya pemakaian James yang agak serabai itu. Terutama rambut.

James mengeluh untuk sekian kalinya. Dengan malas dia merapikan pakaian serta rambutnya agar kemas. Siap saja dia terus melangkah keluar daripada pantri tersebut menuju ke pejabat Steve.

Setelah memastikan James tidak ada di situ Chann pantas menoleh ke arah Elan.

"Apa je yang sir suruh budak tu buat? Mengeluh panjang budak tu." Soal Chann ingin tahu. Maklum lah pejabat Elan dengan Steve berhadapan je mesti lelaki itu tahu.

Elan menjongket bahunya. Namun dalam hati dia ketawa geli hati melihat wajah cemberut James tadi.

Sebenarnya Steve tak kisah pun Blade cuti tanpa ada sesiapa yang perlu menggantikan dirinya tapi entah mengapa tuannya itu sengaja ingin menguji James hari ini.

Bila dia tanya kenapa Steve hanya mengukir senyuman senget saja. Adalah tu adegan tuannya sorang tu.

"Macam lah kau tak tahu perangai sir tu macam mana. Suka buat hidup orang kucar-kacir."

Chann mengukir senyuman senget apabila dapat menangkap maksud tersirat Elan.

Nakal betul ye tuan mereka tu. Hahahaha....

Nasib James lah keh keh keh....















Assalamualaikum, hai guys

Okey semua sedia maklum or tak semua lah yang tiba-tiba aku unpublish dan publish semula story ni enn petang tadi

Macam ni, aku baca semula bab 1 ni  pastu aku rasa tergantung gila duhhh pastu pendek amat jadi aku unpublish dan tulis bagi panjang sikit la

Tapi tu bukan masalahnya,

Ni aku nak tanya pendapat korang, penting untuk aku tahu

Soalan aku :

1. Bahasa yang aku guna untuk Blade dengan Qayyum tu bahasa Turki sebab diorang lahir dekat Turki, so korang okey ke aku letak bahasa tu atau korang rasa macam menyemak je?

Jawab :

2. Korang okey ke dialog diorang semua ni bahasa melayu or korang nak diorang punya dialog english? Base on diorang ni mat salleh?

Jawab :

3. Semua sudah sedia maklum english aku ni tak power sangat so memang bersepah english aku. Maklumlah english aku ni B bukan A so jangan kondem sangat lah. Kang aku buat novel english tak faham pula halah.

Jawab :















Okey tu je, jawapan korang amat penting untuk aku tahu.

Annyeong














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro