Bab 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Qayyum merenung siling putih bilik Chann yang telah dia duduk selama dua hari ini dengan fikiran kosong. Nak kata bosan, dia tak bosan tapi tu lah dia tak tahu nak buat apa.

Dia dah terbiasa melakukan kerja dan hari-harinya sentiasa sibuk hingga tiada masa untuk meluangkan masa untuk dirinya sendiri melainkan pada hari cutinya sahaja.

Seketika dia teringat sesuatu. Handphone!

Terus dia bangun daripada baring. Memandangkan luka-lukanya sudah mulai sembuh jadi mudah untuk dia bergerak bebas. Hanya tangan kanannya saja yang masih dalam proses untuk sembuh dan ia makan masa yang agak lama memandangkan tulangnya patah.

Dia teringat yang Blade ada meletakkan barang-barangnya di meja kerja Chann dalam bilik ini. Terus dia menuju ke meja kerja Chann. Ada wallet, kunci motor, helmet, beg kerja serta handphonennya.

Segera dia mengambil handphonennya dan menghidupkannya tapi tidak dapat. Gelap. Bateri habis mungkin?

Dia selongkar beg kerjanya untuk mencari powerbanknya yang sentiasa dia bawa dalam beg kerjanya jika ada kecemasan seperti waktu sekarang. Mujur lah masih penuh kerana dia amat jarang menggunakan powerbank.

Segera dia charge dan letak atas meja supaya handphonennya di charge hingga penuh. Sementara nak tunggu penuh, dia keluar daripada bilik Chann untuk turun ke bawah menuju ke dapur.

"Qay, nak pergi mana?" Sapa Asyraf yang kebetulan mahu naik ke atas ke ruang tingkat kedua untuk berehat memandangkan dia baru sahaja menyelesaikan kerjanya.

"Nak pergi dapur, minum." Jawab Qayyum dengan senyuman.

Asyraf mengangguk kecil lalu memberi laluan pada Qayyum untuk turun ke bawah manakala dia pula naik ke atas untuk berehat seketika.

Qayyum pun menuju ke dapur untuk minum. Peti sejuk di buka. Ada banyak minuman dalam peti sejuk tersebut. Serupa kedai runcit saja. Tinggal pilih dan ambil saja tak perlu bayar hahahaha....

Matanya di alih melihat ke peti sejuk yang bersebelahan dengan peti sejuk yang pertama. Di situ tertampal sticker 'non halal' dia tahu dalam peti itu mengandungi barang-barang yang tidak halal.

Entah mengapa tangannya gatal nak buka dan lihat apa yang ada dalam peti itu. Baru saja dia nak buka satu suara membuatkan dia terkejut.

"Qay?"

Qayyum menoleh dengan sengihan kecil.

Elan yang melihat tingkah Qayyum yang mahu membuka peti sejuk yang mengandungi pelbagai jenis arak menayang wajah pelik. Jangan cakap adik Blade ni nak try minum arak pula. Mahu mengamuk Blade nanti.

"Erkkk ya? Kenapa?" Soal Qayyum dengan wajah selamba.

"Hmmm nak minum air peti sebelah sana bukan yang ini." Elan berpeluk tubuh melihat tingkah Qayyum.

"Tahu hehehe saja nak tengok dalam peti sejuk ni ada air apa." Jujur Qayyum mengatakan perkara sebenar. Tak nak pula Elan berfikir bukan-bukan, jatuh fitnah nanti.

Elan mengangguk faham. Segera dia membuka peti sejuk tersebut untuk Qayyum lihat.

"Wowww...." Terkerdip-kerdip mata Qayyum melihat beberapa jenis botol arak yang tersusun elok dalam peti itu. Ada yang besar ada yang kecik, bentuk pun banyak jenis.

Elan tertawa kecil. Dengan selamba dia mencapai sebotol arak jenama vodka. Minuman kesukaannya. Di buka penutup botol itu lalu di teguk perlahan. Qayyum hanya melihat saja Elan meneguk air tersebut seperti minum air sejuk.

"Sedap ke air tu? Rasa apa?" Tanya Qayyum ingin tahu. Blade pernah memberitahunya saat abangnya itu pertama kali minum arak, rasanya  sangat memeritkan tekak. Serupa minum asid kata Blade.

"So yummy hahaha tapi aku jarang mabuk maybe sebab dah biasa dengan this wain. Aku jarang minum jenama lain selain vodka." Jawab Elan.

"Blade cakap minum wain rasa macam minum asid."

Terhambur ketawa Elan tatkala kata-kata itu keluar di bibir Qayyum. Teringat waktu Chann dan James paksa Blade minum untuk pertama kali. Berkerut habis wajah Blade sebelum dia muntahkan air tersebut. Perit katanya. Marah sungguh Blade ketika itu.

"For the first time yeah sedikit perit sebab alkohol right but bila dah selalu minum rasa perit tu akan hilang bertukar jadi ketagih. Tapi yang bawa hingga ketagih tu yang bahaya sebab wain boleh merosakkan organ dalaman apabila minum terlalu berlebihan. I think you should no more about this because you're a doctor." Terang Elan panjang lebar.

Dia pun jarang minum melainkan tekaknya terasa ingin minum atau pun ketika terlalu serabut.

Qayyum mengangguk kecil. Dia tahu kesan buruk terhadap diri seseorang apabila terlalu kerap minum minuman beralkohol. Bukan sahaja merosakkan organ dalaman bahkan ia juga boleh merosakkan akidah seseorang.

"But if you want try drink it, kau minum yang takde alkohol punya. I think it's halal. Sir pernah minum katanya ia halal dan takde alkohol." Ujar Elan lagi.

"Aik? Ada ke yang takde alkohol?" Soal Qayyum dengan pelik.

"Ada tapi susah nak dapat. That's wain ada logo halal. I don't know about that too much but memang ada wain macam tu." Nak terang lebih lanjut dia pun tak tahu sangat pasal halal haram ni. Jadi, lebih baik tanya pada Steve terus daripada tanya dia. Dia tahu minum je.

Qayyum mengangguk perlahan. Baru dia tahu. Malas nak ambil tahu dia terus membuka peti sejuk yang pertama lalu mencapai sekotak jus mangga lalu di tuang pada dalam gelas untuk dia minum.

"Urmmm Elan, boleh tak aku nak melawat Mardhiah sekejap lagi?" Pinta Qayyum sedikit ragu-ragu.

Bukan apa dia takut Elan tidak membenarkan dia berjumpa dengan perempuan itu atas arahan Blade. Blade tak nak dia di apa-apakan oleh Mardhiah apabila mereka berdua berjumpa. Lebih-lebih lagi pada waktu malam seperti waktu sekarang. Dia tahu pasti sisi Mardhiah yang lagi satu itu yang sedang berjaga dalam tubuh perempuan itu.

"I'm sorry Qay, you cannot see her. Blade tak bagi. Mengamuk dia kalau dia tahu kau pergi jumpa dia."

Qayyum melepaskan keluhan kecil.

"Tapi aku ada benda nak tanya dia. Kau jangan risau lah kalau Blade nak mengamuk ke apa aku yang hadap sendiri. Kalau kau risau sangat kau ikut aku." Pujuk Qayyum.

Elan berfikir lama. Melihat wajah bersungguh-sungguh Qayyum membuatkan dia mengangguk kecil. Alang-alang boleh juga dia pergi tengok perempuan yang menyerang mereka pada malam itu.

"Okey tapi aku nak panggil James sekejap. Kau tunggu sini jangan pergi sorang-sorang." Sebagai untuk keselamatan dia segera mencari James untuk teman mereka berdua menuju ke bilik tahanan Mardhiah.

Qayyum hanya mengangguk saja.

Bunyi besi berlaga dengan kuat sedikit sebanyak menggerunkan Qayyum. Namun wajahnya kelihatan tenang saja.

"Kau nak masuk sorang?" Soal Elan pada Qayyum.

Qayyum mengangguk sekilas.

James pun membuka pintu untuk Qayyum masuk ke dalam. Dia dan Elan hanya berdiri melihat saja Qayyum masuk ke dalam. Risau jika perempuan itu tiba-tiba berlaku agresif dan mencederakan Qayyum buat kali kedua.

Saat Qayyum berdiri menghadap Mardhiah. Mardhiah mendengus geram. Matanya yang tajam merenung wajah Qayyum yang kelihatan tenang itu. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah yang kian meletus.

Qayyum mengukir senyuman nipis. Renungan tajam perempuan itu di balas dengan renungan lembut. Dia duduk bersila di hadapan Mardhiah tanpa gentar. Pada awalnya dia berasa sedikit gementar tetapi melihat keadaan perempuan itu di gari membuatkan dirinya berasa kasihan.

Jika pada waktu pagi Mardhiah akan dilepaskan untuk mandi, makan dan menerima rawatan daripada Aisyah dan apabila malam hampir menjelma Mardhiah akan dikurung dan di gari seperti ini.

"Kau buat apa datang sini huh? Nak mati?" Soalnya dengan nada sinis. Kedua-dua tangannya menggoncang kuat gari yang telah menggari kedua-dua belah tangannya. Wajah Qayyum di renung dengan bengis dan seolah-olah ingin menerkam lelaki itu.

"Saja datang nak melawat. Afrina kan?" Jawab Qayyum dengan tenang. Dia cuba ingin berbual dengan Afrina nama kedua bagi sisi Mardhiah yang lagi satu itu.

Afrina berdecit sebelum dia ketawa geli hati.

"Melawat? Hahahaha kau buat kelakar? Kau ingat aku tak tahu tujuan kau datang sini sebab nak ejek aku kan kena gari macam ni? Sampah!" Tutur Afrina dengan nada yang keras.

Qayyum menarik nafas panjang lalu di hembus perlahan. Bercakap dengan Afrina memerlukan kesabaran yang tinggi dan cuba tidak membuat perempuan itu marah.

Dia takut perempuan itu akan mencederakan tubuhnya sendiri. Melihat Afrina yang asyik merentap tangannya daripada gari itu pun cukup membuatkan dirinya berasa risau. Risau tangan perempuan itu mengalami luka yang teruk.

"Demi Allah, aku memang datang sekadar nak melawat kau. Tak percaya tanya Mardhiah, aku ada melawat dia dua hari yang lepas. Nak melawat kau tapi aku takde masa yang sesuai. Tapi malam ni aku ada masa sebab tu aku datang melawat kau, Afrina." Balas Qayyum dengan wajah yang bersungguh-sungguh menandakan dia tidak tipu dengan apa yang dia katakan tadi.

"Don't say my name, i hate it!" Dia cukup benci apabila namanya di sebut oleh orang yang tidak dia kenali.

Dadanya berombak kencang menahan rasa amarah yang membuak-buak. Dia cuba sedaya upaya merentap tangannya yang bergari itu dengan sangat kuat.

Sakit? Dia langsung tidak merasakan sebarang kesakitan. Malah, dia sendiri tidak tahu apa rasa sakit.

Qayyum yang melihat tindakan Afrina yang baginya amat gila itu terus menahan tubuh perempuan itu walaupun hanya dengan menggunakan tangan kirinya. Matanya dapat melihat pergelangan kedua-dua belah tangan Mardhiah melecet teruk dan kemungkinan besar ia akan menjadi luka yang amat teruk.

"Hahahahaha kenapa kau tahan aku hurmmm? Takut aku cederakan badan perempuan ni? Tch! Lemah." Ujar Afrina dengan nada mengejek.

Dia menyengetkan wajahnya merenung wajah Qayyum yang hanya beberapa inci saja daripada wajahnya. Jika dia mendekatkan wajahnya pasti hidung mereka akan saling bersentuhan.

Qayyum mengetap bibirnya apabila merasakan Afrina kuat memberontak. Dia tiada pilihan lain. Ekor matanya melihat Elan dan James yang mahu meluru masuk tetapi dia segera membuat isyarat pada mereka berdua agar tidak masuk campur.

Elan dan James yang baru mahu masuk terus tidak jadi apabila melihat isyarat yang diberikan oleh Qayyum. Elan melepas keluhan kecil.

Degil! Sama seperti Blade. Haihhh....

Qayyum segera mengunci kedua-dua belah kaki Mardhiah yang bergari itu dengan kakinya sendiri.  Tangan kirinya pula menolak kuat tubuh Mardhiah hingga bersandar pada dinding lalu dengan kuat dia mencengkam kedua-dua belah tangan Mardhiah yang bergari itu agar tidak dapat bergerak.

Tangan kanannya yang berbandage di tekan pada leher Mardhiah. Tidak terlalu kuat sekadar ingin mengunci pergerakannya sahaja. Memandangkan tubuh Mardhiah kecil saja jadi mudah untuk dia mengunci kedua-dua belah tangan dan kaki perempuan itu.

"Lepaskan aku lah tak guna!" Jerkah Afrina dengan kasar. Dia tidak dapat bergerak memandangkan tubuhnya dikunci habis oleh Qayyum.

"Minta maaf buat kau macam ni." Tutur Qayyum lembut. Bibirnya mengukir senyuman nipis. Tiada niat mahu memperlakukan Mardhiah seperti ini tapi dia tiada pilihan lain.

Afrina terpegun melihat senyuman Qayyum itu. Ditambah pula tutur kata lembut yang di ucapkan oleh lelaki itu membuatkan dia berhenti memberontak.

Maaf?

Ke-kenapa?

Mata tajamnya dapat melihat bertapa ikhlasnya senyuman lelaki itu. Seketika dia tersedar. Terus dia melarikan anak matanya. Kenapa dia berasa aneh dalam dirinya?

"Pergi, aku tak suka kau." Afrina berhenti daripada memberontak. Dia tak tahu apa yang berlaku tapi apa yang pasti dia tak mahu melihat wajah Qayyum yang baginya terlalu ikhlas dan sangat baik padanya.

'Kau nak bangun ke Mar? Kau tidur! Jangan bangun!' Marah Afrina dalam dirinya. Tapi dia rasa mustahil kerana tiada tanda-tanda Mardhiah ingin terjaga.

Qayyum merenung wajah Mar- bukan Afrina dengan lembut. Dia dapat melihat perubahan pada wajah Afrina yang pada mulanya bengis mula berubah sedikit menjadi kendur.

Qayyum mengusap lembut rambut panjang Afrina dengan lembut.

Afrina tersentak. Dia menatap wajah Qayyum tanpa sebarang reaksi.

"Aku tahu kau seorang yang baik, lembut perwatakan tapi sebab kisah lama kau jadi macam ni. Takpe bukan salah kau. Semua orang ada kisah hitamnya sendiri. Aku tak salahkan kau setelah apa yang berlaku termasuk patahkan tangan aku. Kau nak lindungi diri Mardhiah sebab tu kau bertindak agresif." Tutur Qayyum dengan nada.

Afrina menundukkan wajahnya.

Faham dirinya?

Dia berdecit lalu ketawa sinis.

"Kau jangan berlagak yang kau faham apa yang berlaku dan kau jangan ingat yang kau tahu semua pasal aku." Balas Afrina dengan keras.

Qayyum mengangguk kecil.

"Ya aku tak tahu tapi jangan kerana kisah lalu membuatkan diri sendiri terseksa. Kesian tubuh badan awak sakit, penat. Rehat lah, malam dah ni." Qayyum bangun menjauhi Afrina yang diam tidak bersuara. Malah langsung tidak menggerakkan tangan dan kakinya ketika dia melepaskan tubuh perempuan itu.

Biar lah perempuan itu berehat daripada terus menyakiti tubuh badannya sendiri. Dia nampak ada riak sedih yang terpancar dalam anak mata hitam milik Mardhiah itu di sebalik wajah bengis yang dipamerkan. Dia berharap Mardhiah mahu pun Afrina kedua-dua mereka berada dalam keadaan yang sihat.

Afrina melihat langkah Qayyum yang keluar daripada bilik tahanannya dengan ekor matanya. Entah mengapa kata-kata Qayyum yang lembut itu menjentik tangkai hatinya.

Jujur dia katakan itu adalah kali pertama orang berkata lembut seperti itu kepadanya. Dia berasa seperti dirinya diberi perhatian yang selama ini dia tidak pernah rasai.














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro