Bab 43

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, Qaisha turun ke bawah untuk membuat sarapan pagi. Manakala Blade pula sambung tidur semula kerana masih berasa penat.

Baru saja dia mahu masuk ke dapur, susuk tubuh Qayyum yang sedang menggaul nasi menjadi tatapan matanya.

Adik iparnya.

Qayyum yang sedang menggaul nasi menoleh ke belakang apabila merasakan dirinya sedang diperhatikan. Terus bibirnya mengukir senyuman pada Qaisha.

Kakak iparnya.

"Pagi, awal bangun? Tak penat ke?" Tegur Qayyum dengan ramah. Dia kembali menggaul nasi supaya nasi tidak berketul-ketul untuk dia masak nasi goreng sebagai sarapan mereka bertiga.

"Pagi juga, urmmm tak penat pun. Lepas tidur penat semalam semua hilang." Lagi pula bukannya dia buat kerja berat seperti Blade.

Dia cuma tolong basuh periuk belangan, itu saja. Nak tolong lebih-lebih, dirinya telah di halau oleh Airin. Katanya pengantin tak perlu tolong buat kerja. Hilang inai merah yang menghiasi jari jemarinya nanti.

Qayyum mengangguk kecil. Tangannya lincah memotong kacang panjang dan bawang selepas selesai menggaul nasi.

"So, what should i call you? Kak Sha or Sha?" Soal Qayyum teragak-agak.

"Just call me Sha. No need 'akak'." Rasa geli pula orang panggil dia 'akak'. Mungkin dia dah biasa orang memanggilnya dengan nama saja. Jadi sangat janggal apabila Qayyum memanggilnya dengan panggilan 'akak' walaupun dia isteri kepada abang lelaki ini.

Qayyum mengangguk kecil. Dia pun agak kekok nak panggil Qaisha 'akak' kerana Qaisha muda dua tahun daripadanya.

"Ada apa-apa yang aku boleh tolong?" Tanya Qaisha sekadar ingin membantu menyediakan sarapan pagi mereka. Segan pula apabila dia tidak membantu apa-apa.

"Urmmm buat air boleh? Milo atau teh sebab aku dengan Blade tak minum kopi atau nescafe pagi-pagi." Jawab Qayyum tanpa menoleh ke arah Qaisha.

Dia sibuk memasukkan nasi ke dalam kuali yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak. Di kaup balik sehingga nasi serata dengan garam yang ditaburkan. Kemudian, ikan bilis yang telah di goreng dimasukkan bersama cili padi, bawang merah dan kacang panjang.

Qaisha ralit melihat Qayyum yang cekap memasak. Beruntung Mardhiah memiliki Qayyum, pandai masak. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Seperti yang di pinta, Qaisha mengambil jug air yang berada di atas rak untuk membuat air milo panas.

Setelah siap masak, seperti biasa Qayyum akan meletakkan nasi goreng ke dalam bekas makanannya untuk di bawa ke tempat kerja.

"Kau memang selalu bawa bekal pergi kerja ke?"

"Ha'ah, aku lebih suka masak sendiri daripada beli dekat luar. Jimat. Sihat pun sihat sebab aku tahu apa kandungan dalam makanan yang aku nak makan." Dia meletakkan bekas tupperwarenya itu di atas meja makan.

Qaisha mengangguk faham. Bukan isu kedekut nak keluarkan duit beli makanan tetapi lebih baik masak sendiri daripada keluarkan duit untuk beli makanan. Hidup kena berjimat cermat. Banyak lagi perkara penting yang perlu difikirkan untuk mengeluarkan duit.

Duit kereta, motor, rumah, bil air api dan macam-macam lagi yang memerlukan banyak duit untuk di bayar dan digunakan.

"Oh, kau masuk kerja pukul berapa?" Tanya Qaisha lagi. Dia cuba mahu merapatkan hubungannya dengan Qayyum memandangkan mereka duduk satu rumah. Dia tidak mahu hubungan dia dan Qayyum kelihatan janggal.

"Pukul 8 pagi tapi aku biasa gerak awal dalam pukul 7:15 a.m macam tu sebab daripada sini ke hospital makan masa 30 minit. Itu masa aku shift pagi. Shift malam pula aku akan gerak pergi kerja sebelum pukul 7 p.m. So, sebelum maghrib aku dah sampai hospital."

Tapi kebiasaannya tak sampai 30 minit dia sudah pun sampai ke hospital kerana dia menggunakan jalan short cut yang biasa dia gunakan. Jalan yang menemukan dirinya dan Mardhiah.

"Hmmm, mesti penatkan kerja doktor?" Qaisha menongkat dagunya merenung Qayyum yang duduk berhadapan dengannya.

Qayyum ketawa kecil.

"Semua kerja penat, tak ada yang tak penat. Jangan kata kerja, tidur terlalu lama pun boleh penat dan boleh meletihkan tubuh badan. Tapi bila kita kerja kerana ikhlas rasa penat tu akan hilang. Kerja juga merupakan satu ibadah. Tak kisah kerja apa selagi ia kerja yang halal, ia di kira sebagai satu ibadah." Kata Qayyum dengan panjang lebar.

Namun, dia tidak menyedari kata-katanya telah membuatkan riak wajah Qaisha mulai berubah. Entah mengapa kata-kata Qayyum itu menyentap tangkai hatinya.

Kerja juga merupakan satu ibadah. Tak kisah kerja apa selagi ia kerja yang halal, ia di kira sebagai satu ibadah.

Selama dia hidup dia bekerja di tempat maksiat. Pekerjaan yang haram dan hina di sisi Allah dan di masyarakat. Duit yang diterimanya setiap bulan untuk keperluannya juga bersumberkan duit haram. Hidupnya dipenuhi dengan perkara yang haram dan dosa. Jika nak dibandingkan dirinya dan Qayyum sangat jauh. Bagai langit dan bumi.

Pelik apabila Qaisha diam tidak bersuara, Qayyum mengangkat wajahnya memandang Qaisha yang sedang termenung itu. Jelas wajah itu kelihatan sedikit keruh.

Dia ada salah cakap ke?

Qayyum mengingati semula apa yang dicakapkan sebentar tadi. Rasanya dia cuma sebut tentang kerja je. Yalah, kerja apa je yang tak penatkan? Kerja itu juga satu ibadah selagi ia merupakan pekerjaan yang halal.

Sekejap!

Kerja itu juga satu ibadah selagi ia merupakan pekerjaan yang halal.

Otaknya mula teringat sesuatu. Alamak! Macam mana dia boleh lupa? Qayyum mula rasa serba salah. Sungguh dia tiada niat mahu menyindir Qaisha ke apa. Dia menggaru keningnya dengan perasaan bersalah yang menggunung.

"Sha? Kau terasa ke?"

Lamunan Qaisha terus hilang apabila Qayyum menegurnya. Matanya dapat menangkap wajah Qayyum yang kelihatan serba salah itu.

"Hahaha taklah, takdenya aku terasa. Betul apa yang kau cakap tu. Cuma aku teringat masa aku bekerja dalam club. Semuanya bersumberkan dengan perkara yang haram dan dosa. Entah apa yang berlaku dekat aku kalau Jackson dan Amelya tak tolong aku. Sebab diorang berdua aku dan Blade bertemu." Qaisha tersenyum apabila mengingati momen-momen sewaktu bertemu dengan Blade.

Qayyum turut tersenyum juga.

"Aku minta maaf kalau kata-kata aku buat kau terasa atau buat kau teringat kisah lalu kau. Aku takde niat nak buat kau ingat perkara-perkara tu semula. Aku minta maaf ya." Tutur Qayyum bersunggih-sungguh.

"Hahaha takpe, don't worry. Makan lah cepat, kau kan nak pergi kerja."

Qayyum mengangguk kecil. Dia mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggannya dan pinggan Qaisha namun Qaisha menghalang.

"Takpe, aku makan dengan Blade nanti." Tak enak pula apabila dia makan terlebih dahulu tanpa menunggu Blade.

Qayyum faham apa yang Qaisha fikirkan itu. Nampaknya Blade tidak salah memilih isteri. Tidak
mahu melengahkan masa, Qayyum segera membaca doa makan dan makan dengan tertib. Air milo yang dituang oleh Qaisha ke dalam gelasnya di minum perlahan-lahan.

Selesai makan, dia membasuh pinggan dan gelasnya. Qaisha hanya menjadi pemerhati saja.

"Aku pergi kerja dulu."

"Okey, take care." Pesan Qaisha.

Qayyum mengangguk kecil.

Blade tersedar daripada lenanya apabila alarm Iphonenya berbunyi. Dalam keadaan yang masih mamai, dia mencapai Iphone yang terletak atas meja lampu bersebelahan dengan katilnya.

Matanya yang masih kuyu dicelikkan beberapa kali supaya penglihatannya lebih jelas untuk melihat waktu sekarang.

7:30 a.m.

Dia duduk menyandar di kepala katil sambil menguap. Ruang sebelahnya kosong menandakan Qaisha tiada dalam bilik ini. Bawah mungkin? Dia merenggangkan kepala dan tangannya sebelum turun daripada katil.

Tuala di capai lalu dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Dia mahu mandi terlebih dahulu sebelum turun ke bawah.

Qaisha duduk di depan televisyen menonton kartun yang terpapar sambil memeluk bantal kecil. Tiada apa yang menarik yang disiarkan pada televisyen pada waktu pagi sebegini. Kebanyakkannya berita dan rancangan masak-masak. Bosan. Jumpa siaran kartun, terus dia tengok.

Didi & Friends

Comel betul haiwan-haiwan dalam tu.

"Tak sangka kau suka tengok kartun." Tegur Blade yang baru sahaja turun daripada tingkat atas. Santai saja pakaiannya. T-shirt lengan pendek dan seluar jeans.

Qaisha pantas menoleh apabila Blade duduk di sebelahnya. Balang kerepek yang di pegang oleh Qaisha di rampas. Terus dia mengambil sekeping kerepek dan masuk ke dalam mulutnya.

"Ehhh apa main rampas-rampas ni. Minta elok-elok tak reti ke?" Ada yang kena ketuk kepala ni. Tak kisah lah kerepek tu Blade yang beli ke apa tapi mana baik rampas makanan orang macam tu je.

Blade hanya buat tak endah saja. Dia lapar, nak makan terus dia capai. Siaran kartun Didi and Friends membuatkan dia berasa bosan. Apa ingat dia kanak-kanak nak tengok kartun? Lebih baik dengar berita, ada faedah.

"Lapar ke? Jom makan. Qayyum ada masak nasi goreng tadi." Ujar Qaisha apabila Blade tidak berhenti daripada mengunyah kerepek.

"Kenapa tak cakap awal-awal? Kau dah makan ke?"

Qaisha menggeleng kecil.

"Urmmm aku tunggu kau." Balas Qaisha teragak-agak.

Terukir senyuman di bibir Blade.

"Jom makan." Blade bangun lalu menuju ke ruang dapur di ikuti oleh Qaisha. Tudung saji di angkat. Satu bekas besar yang berisi nasi goreng dan satu jug air milo terhidang di matanya.

Dua buah pinggan kaca yang memang disediakan oleh Qaisha tadi di ambil. Qaisha menyendok nasi goreng ke dalam pinggan mereka berdua manakala Blade menuang air milo ke dalam gelas mereka.

"Air tu dah sejuk takpe ke? Aku boleh buat baru untuk kau." Tanya Qaisha apabila air milonya telah suam tidak panas.

"It's okay, boleh je minum macam ni." Balas Blade. Dia bukannya jenis cerewat tentang makanan dan minuman. Asal boleh mengeyangkan perutnya itu pun sudah cukup.

Qaisha mengangguk kecil.

Selepas baca doa makan, mereka berdua makan tanpa sebarang suara. Tiada apa yang mahu dibualkan oleh mereka berdua.

"Urmmm Sha. Aku nak bagitahu yang aku cuti seminggu atas arahan Sir Steve. So, sepanjang tempoh cuti ni aku nak bawa kau ikut aku pergi kelas agama. Kau nak pergi tak? Atau kau ada nak pergi ke mana-mana tempat?" Tanya Blade sesudah menghabiskan kunyahan terakhirnya.

Qaisha berhenti mengunyah. Dia berfikir seketika. Pergi kelas agama? Macam menarik. Nak pergi bercuti pun bukannya dia tahu pun tempat apa yang menarik. Dia kurang gemar untuk berjalan-jalan. Pelikkan? Jarang ya jumpa perempuan tak suka berjalan-jalan.

"Kelas agama? Dekat mana?"

"Dekat masjid hujung kawasan perumahan ni. Aku selalu pergi lepas balik kerja atau pun masa hujung minggu. Setiap petang ada ustaz yang buat kelas mengaji. Sambil-sambil tu ada bagi ceramah tentang agama." Terang Blade dengan jelas.

Macam mana dia tahu? Qayyum yang bagitahu dia. Katanya setiap jam 5 petang akan ada kelas mengaji di masjid itu. Tak kira umur dan jantina, semuanya boleh turut serta. Selain Blade ada juga beberapa orang mualaf yang baru saja memeluk agama Islam turut menyertai kelas mengaji yang diadakan dalam masjid itu.

"Masjid hujung perumahan ni?"

Blade mengangguk kecil.

"Boleh juga. Pukul berapa nak gerak? Start harini ke?" Tanya Qaisha dengan nada yang teruja. Tak sabar mahu menghadiri kelas agama. Perkara yang selama ini dia idam-idamkan.

"After solat asar. Why you look so excited?" Pelik melihat Qaisha yang kelihatan sungguh teruja lagak dapat bercuti ke Paris sahaja.

"Of course excited, aku tak sabar nak belajar mengaji dengan sebutan-sebutan yang betul. Lepas tu dengar ceramah agama depan-depan. At least bila aku tak faham aku boleh terus tanya dan aku dapat jawapan yang aku tak faham tu." Kata Qaisha dengan senyuman.

Banyak yang perlu dia belajar tentang hukum hakam agama. Dirinya masih jahil tentang agama. Dia tidak mahu dia mati dalam keadaan yang penuh dengan dosa. Ini lah masa yang perlu dia gunakan untuk memperbetulkan semula kehidupannya.

Blade tersenyum. Sangkanya Qaisha akan memilih untuk bercuti rupanya sangkaannya meleset sama sekali. Dalam hatinya dia berasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang isteri yang amat cintakan Islam.













"Ummi, aku nak tanya something boleh?"

Ummi yang sedang menaip di komputernya terhenti apabila Qayyum menegur dirinya.

"Nak tanya apa?" Soal Ummi dengan hairan. Pelik apabila Qayyum datang ke meja kerjanya. Ketika itu hanya dia, Qayyum dan Khalif saja yang baru sampai.

"Umair, dia doktor psikiatri kan?"

"Ha'ah kenapa? Kau sakit ke Qay?"

Khalif yang terdengar perbualan mereka berdua terus menoleh ke arah Ummi dan Qayyum. Dia yang sedang makan megi terus berhenti. Cup megi diletakkan atas meja. Terus dia bangun menghampiri Qayyum.

"Buang tabiat ke apa nak jumpa doktor psikiatri? Gila dah?" Khalif memandang Qayyum dengan wajah hairan. Takkan lepas abang sendiri dah kahwin terus gila? Nak jumpa doktor psikiatri buat apa?

"Ish, bukan lah aku tak habis cakap lagi sibuk nak menyampuk." Jeling Qayyum dengan geram. Dia nak jumpa doktor psikiatri? Lambat lagi.

"Dah tu? Kau nak buat apa jumpa adik aku?"

Qayyum teragak-agak mahu bersuara tapi melihat Ummi yang setia menunggu dirinya untuk bersuara dia terus cakap terus terang.

"Kembar isteri abang aku ada split personaliti. Waktu siang dia jadi diri dia, normal tapi bila malam menjelma dia jadi lain, agresif. Like ada something yang guna badan dia. Apa yang dia beritahu, 'sisi' dia yang agresif tu merupakan kembar dia yang dah meninggal sebab di dera dan mati depan mata dia sendiri. Mungkin disebabkan perkara tu dia jadi trauma dan selalu terbayang-bayangkan kembarnya yang dah meninggal sehingga secara tak sedar dia mempunyai split personaliti."

Khalif dan Ummi cuba memahami apa yang disampaikan oleh Qayyum dengan teliti.

"Jap, aku tak berapa nak faham. Maksud kau kakak ipar kau ada tiga kembar? Macam tu?" Tanya Khalif dengan wajah yang berkerut.

"Iyup, ada tiga kembar. Mardhiah, Afrina dan Qaisha. Qaisha ni adik. Mardhiah kakak sulung antara tiga kembar ni. Qaisha yang minta aku rawatkan Mardhiah sebab dia tahu Mardhiah masih trauma tentang masa lampau. Kalau tak kenapa yang 'Afrina' ni wujud dalam diri kakak dia sedangkan Afrina ni dah meninggal dunia? Betul?"

Ummi mengangguk setuju. Berkemungkinan besar mental kakak Qaisha terganggu.

"Ohhh, macam tu tapi kan aku tak nampak pun kembar kakak ipar kau masa abang kau kahwin semalam?" Itu yang buat dia tertanya tentang kembar Qaisha.

"Mardhiah tak ikut sebab bahaya untuk dia berkeliaran keluar bebas. Dia masih dalam pengawasan lagi." Jawab Qayyum tenang.

"Okey, faham. So, bila kau nak bawa dia ke sini?"

"Aku bawa dia datang esok, boleh? Nanti kau bagitahu Umair."

Ummi mengangguk kecil.

"Tapi kenapa kau nak Umair yang rawat kembar kakak ipar kau? Kan ada orang lain lagi doktor psikiatri dalam hospital ni? Bukan sorang tapi empat orang."

Soalan Khalif membuatkan lidah Qayyum terkelu. Tengkuknya di gosok. Erkkk, nak bagitahu ke aeee?

"Sebab...."

"Hah! Borak apa?"

"Sebab aku nak kahwin dengan dia."

Krik krik krik krik

Qayyum menekup mulutnya. Terkejut punya pasal tak sangka ayat itu meluncur laju keluar di mulutnya.

Lima pasang mata memandangnya dengan pandangan terkejut. Terkejut dengan apa yang dikatalan oleh Qayyum itu.

Kahwin?

Qayyum nak kahwin?

Wowww

Juliana yang baru datang berkerut hairan memandang mereka berenam yang menghalang laluannya untuk ke meja kerjanya. Dah kenapa pula ni? Baru nak tegur, pertanyaan Khalif membuatkan dia terdiam.

"Kau nak kahwin? Kau biar betul Qay. Takkan tengok abang kau kahwin, kau pun terus nak kahwin?" Khalif tidak percaya dengan apa yang dia dengar itu.

Qayyum nak kahwin? Hahahaha sejak bila Qayyum ada hati nak kahwin ni?

Qayyum yang nak bersuara terhenti apabila Taufiq menekap belakang tapak tangannya ke dahi Qayyum.

"Nak cakap demam, tak panas pun."

Qayyum membuat muka menyampah. Pelik sangat ke dia cakap dia nak kahwin? Eh, suka hati dia lah nak kahwin ke tak nak.

"Kau nak kahwin dengan siapa? Tak nampak pun kau bercinta dengan mana-mana perempuan?" Soal Haziq pula.

Memang pelik bila Qayyum mengatakan dia nak kahwin sedangkan tidak pernah sekali pun Qayyum berbual tentang orang perempuan atau pun cakap tentang cinta bagai. Langsung tiada ciri-ciri orang tengah bercinta.

"Ish, tak payah nak pelik sangat aku nak kahwin. Kalau jodoh dah sampai nak buat macam mana? Tak semestinya kena bercinta dulu baru plan nak kahwin. Bercinta sebelum nikah tu haram. Lebih baik bercinta lepas kahwin. Bercinta sebelum nikah, tengok berapa ramai yang betul-betul ke jinjang pelamin? Ada yang bercinta lima tahun tapi kahwin dengan orang lain, tak ke sia-sia? Dapat dosa ya." Bebel Qayyum dengan geram.

Benda yang haram tak nak kecoh tapi benda yang nak dihalalkan pula nak dikecohkan dan dihairankan. Pelik sungguh pemikiran manusia ni.

"Fuhhhh makan dalam beb!" Lisa memegang dadanya yang terasa sakit itu. Sakit yang bukan biasa-biasa. Sakit yang boleh buat orang insaf mendengar bebelan Qayyum.

Haziq tersengih apabila dibebel oleh Qayyum. Terasa weh terasa!

Juliana yang mendengar bebelan Qayyum itu turut terasa sama. Yelah, dia memang ada niat nak goda Qayyum kerana kekacakkan rupa paras yang di miliki oleh lelaki itu. Tetapi apabila mengetahui lelaki itu mahu berkahwin terus mati niatnya itu. Dia tidak lah jahat sangat mahu merosakkan hubungan orang kerana dia sangkakan Qayyum masih tidak berpunya. Tetapi sebaliknya.

"Erkkk boleh minta laluan?" Tegur Juliana dengan wajah yang kekok.

"Eh, sorry-sorry." Sedar mereka menghalang laluan Juliana, Haziq dan Taufiq segera beranjak ke tepi supaya tidak halang Juliana menuju ke meja kerjanya.

"So, siapa perempuan tu?" Lisa tidak sabar-sabar mahu tahu siapa yang telah berjaya mencuri hati beku insan yang bernama Qayyum Da Enver ini.

"Kem-..."

"Adalah esok korang akan jumpa dengan dia." Potong Khalif apabila Ummi hampir mahu memberitahu tentang Mardhiah.

"Erk eleh bagitahu je lah nak rahsia-rahsia pula." Cebik Lisa apabila Khalif cuba nak berahsia dengan mereka.

Khalif buat tidak dengar saja.

Qayyum menggeleng kecil.

"Dah dah waktu kerja sekarang ni. Buat kerja masing-masing." Qayyum menghentikan perbualan mereka apabila menyedari mereka terlalu lama berbual sehingga tidak sedar jam sudah menunjukkan waktu mereka bekerja.

"Hmmmm yelaaa....."















Moga tidur korang lena ye malam ni

Good night 😆

🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro