Bab 51

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Taufiq yang sedang membaca buku di dekati. Kerusi milik Haziq yang hanya berhadapan dengan meja Taufiq di tarik lalu terus dia duduk di situ menghadap Taufiq.

"Taufiq..." Panggilnya.

Taufiq yang sedang membaca novel Married With The Killer terus terhenti apabila Qayyum memanggilnya dengan nada yang teragak-agak. Dah kenapa pula ni? Buku novelnya di tutup lalu di letak atas mejanya.

Apa? Ingat perempuan je ke yang suka baca novel? Lelaki pun sama okey! Lagi-lagi genre action-romance.

"Kau kenapa Qay? Ada masalah ke?" Tanya Taufiq kehairanan.

Qayyum menggaru keningnya. Teragak-agak dia mahu membuka mulutnya. Tetapi memandangkan dia tiada cara lain, mahu atau tak dia kena juga tanya Taufiq.

"Macam mana nak pujuk perempuan eh? Boleh bagi aku tips tak?"

Taufiq tercengang.

Qayyum minta tips cara nak pujuk perempuan? Biar betul?

"Hahahahahahahaha kau biar betul Qay? Kau nak pujuk perempuan? Ahahahahahahaha......" Taufiq ketawa berdekah-dekah. Entah mengapa kata-kata Qayyum itu sangat kelakar untuk dirinya.

Qayyum nak pujuk perempuan? Seriusly? Hahahahahahahahahaha......

Wajah Qayyum terus cemberut apabila Taufiq beriya-iya mengertawakan dirinya. Ishhh, orang minta tips tapi dikertawakan pula. Haihhhh....

"Kau ni aku minta tips bukan minta diketawakan. Cepatlah nanti budak-budak lain masuk." Gesa Qayyum.

Dia bukannya apa cuma bila budak-budak lain masuk makin susah untuk dia dapat tips daripada Taufiq. Lebih-lebih lagi Khalif. Khalif sudah lah suka membahan orang. Memang minta kena penampar kadang-kadang.

"Hahahaha sorry-sorry aku macam hahahaha terhibur kejap." Taufiq ketawa kecil.

Qayyum membuat muka menyampah.

"Kau nak pujuk siapa ni? Mardhiah ke Afrina?" Soal Taufiq apabila ketawanya sudah reda.

"Afrina lah, siapa lagi?"

Takkan Mardhiah nak merajuk dengan dia pula kan? Dia dengan Mardhiah elok je, hari-hari makan tengah hari bersama-sama. Sweetkan? Hehehehe....

"Laaaa, tak habis-habis lagi ke gaduh korang berdua ni? Aku ingatkan dah settle dah masalah korang." Kata Taufiq dengan pelik.

Ingatkan hal Qayyum dan Afrina sudah settle sebab dia tengok Qayyum macam biasa je tak macam sebelum-sebelum ni yang asyik termenung je. Rupanya belum settle lagi.

"Belum, aku tak tahu nak buat apa dah. Aku minta tips daripada Jason hmmm tak membantu langsung." Cebik Qayyum.

Ada ke patut Jason suruh bagi Afrina coklat supaya rajuk perempuan itu hilang. Apa dia ingat Afrina tu budak-budak? Kalau nak pujuk isteri dengan anak-anak Jason boleh lah sebab diorang tu manusia normal. Ini Afrina kes lain. Mana maunya coklat. Kalau hulur darah Afrina nak lah tapi dia tak gila lagi nak bagi darah pada Afrina. Gila apa?

Kenapa dia minta tips daripada Taufiq? Sebab perangai Lisa dan Afrina lebih kurang sama je walaupun Afrina lebih agresif daripada Lisa. Mana tahu tips daripada Taufiq lebih berguna dan boleh di guna pakai berbanding Jason.

"Biasa kalau Lisa merajuk atau betul-betul marah dengan aku, aku cuma keep on minta maaf walaupun aku rasa aku takde buat salah besar mana pun sebab aku tahu Lisa ni cuma mahukan perhatian daripada aku je. You know perempuan kan hati lembut. Tak kisah lah dia kasar macam mana pun, garang macam mana sekali pun tapi kau kena ingat, hati perempuan ni lembut. Mudah terusik.

Kebiasaannya bila kita dah minta maaf sungguh-sungguh hati dia cepat tersentuh dan automatik akan maafkan kita. Tapi kalau cara minta maaf tak jalan, ajak jumpa depan-depan, bincang depan-depan. Kalau dia degil langsung tak jumpa kau dan tak nak tengok muka kau langsung, terjah je rumah dia. Yang ni aku pernah buat sebab punca memang salah aku lah. Lisa betul-betul mengamuk dengan aku sampai satu tahap kitorang hampir putus tunang. Tapi tu cerita lama and everything okay sekarang.

Masa tu kau kena usaha lebih lagi sampai dia percayakan kita semula. Memang ambil masa lama tapi trust me, lama-lama dia akan maafkan kita juga. Dengan syarat jangan pernah putus asa dan bersungguh-sungguh minta maaf pada dia. Kunci dia kena sabar dan ikhlas. That's all." Terang Taufiq panjang lebar.

Qayyum mendengar dengan tekun. Hmmm, macam boleh guna je tips ni.

Nampaknya dia memerlukan kesabaran yang maha tinggi untuk meminta maaf pada Afrina. Hmmm....

"Thanks Fiq, kau sorang je lah yang berguna dalam hal ni." Ucap Qayyum berbaur gurauan.

"Amboi kau, selama ni aku tak berguna ke macam mana?" Taufiq berpeluk tubuh.

Qayyum ketawa.

"Tak. Kau memang tak berguna pun tapi bab bagi tips dan nasihat kau memang terpaling berguna." Sengih Qayyum.

Taufiq menjeling tajam.

"Dah lah kau, blah sana. Mengganggu aku je nak baca novel. Shuh shuh shuh...." Halau Taufiq.

"Hmmm yelah...." Qayyum pun bangun daripada tempat Haziq lalu menuju ke meja kerjanya semula setelah mengemas semula tempat Haziq.

Tak lama Qayyum bangun menuju ke meja kerjanya, bunyi suara orang menyembang mula kedengaran. Sampai dah kanak-kanak pra matang ni.

"Lah dia masuk kerja harini ke? Dah sebulan eh?"

"Iyelah kut. Dia kan kena gantung kerja sebulan."

"Haih, tak aman hidup aku lepas ni."

"Aik, apa kena mengena dia dengan kau?"

"Hmmm, tak aman lah sebab ada ulat bulu depan aku. Rasa nak lenyek-lenyekkan je dengan kasut mahal aku ni."

Lisa dan Ummi ketawa mendengar kata-kata Khalif yang jelas tengah geram itu. Siap buat demo lagi tu.

Jason dan Haziq hanya ketawa kecil saja. Geram sangat tu.

"Korang borak apa tu? Daripada jauh dengar korang borak rancak sangat. Ada benda best ke?" Tegur Taufiq dengan ingin tahu. Novel yang baru di pegang diletakkan semula atas mejanya. Terus terbantut niatnya yang mahu menyambung bacaannya yang tergendala disebabkan oleh Qayyum tadi

"Takde apa yang menarik pun cuma bala dah datang." Kata Khalif lalu meletakkan beg kerja atas meja kerjanya. Dia duduk dengan keluhan panjang.

"Apa hal dengan Khalif tu?" Soal Qayyum pada Jason sebaik sahaja sepupunya itu duduk di sebelahnya.

Jason tidak menjawab sebaliknya dia mengangkat bahunya tanda tidak tahu apa-apa. Dia mengukir sengihan kecil.

"Apa maksud kau bala dah datang?" Tanya Taufiq lagi.

"Hmmm Doktor Jannah dah masuk kerja tapi dengar-dengar dia ambil cuti dua minggu untuk apa entah. Emergency kut? Entah lah." Jawab Ummi bagi pihak Khalif apabila melihat tiada siapa yang mahu menjawab pertanyaan Taufiq itu. Terutama Khalif. Kelat saja wajah lelaki itu.

"Kiranya dia sambung cuti dua minggu lah aeeee?"

"Maybe."

Taufiq hanya meng'o'kan saja. Langsung tidak tertarik dengan kehadiran Doktor Jannah itu. Sangkanya doktor perempuan itu sudah pun berhenti kerja ehhh rupanya bukan. Hidup lagi rupanya. Uhuk!













"Ustazah, saya nak bertanya macam mana nak bahagiakan suami ya? Maksud saya, nak eratkan lagi hubungan sebagai sepasang suami isteri." Tanya Qaisha pada Ustazah Auni sebaik sahaja mereka berada di luar masjid untuk pulang ke rumah memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

"Kenapa kamu tanya macam tu? Kamu gaduh dengan Blade ke?" Soal Ustazah Auni kehairanan.

"Eh, bukan macam tu ustazah." Qaisha pantas menggeleng laju.

Dia dengan Blade gaduh? Lambat lagi.

Ustazah Auni ketawa kecil melihat tingkah Qaisha yang kelam kabut itu. Comel sungguh.

"Kalau tak gaduh kenapa?"

Qaisha menggaru kepalanya yang di tutupi dengan tudung. Macam mana nak cakap aeee?

"Macam ni ustazah, saya dan Blade kahwin bukan atas dasar cinta. Ustazah tahukan Blade kahwin dengan saya semata-mata untuk menghalalkan hubungan kami berdua daripada bersentuhan sesama kami dan mendatangkan dosa.

Kami tinggal serumah, tidur satu katil, makan bersama dan Blade beri nafkah pada saya. Kami hidup macam biasa cuma saya rasa hubungan kami macam tak mesra seperti suami isteri yang sebenar. Macam ustazah dengan Ustaz Wadi. Macam tu lah." Terang Qaisha cuba memahamkan keadaannya pada Ustazah Auni.

"Maksud kamu, hubungan kamu dan Blade tidak semesra seperti pasangan suami isteri ke? Kamu tidak bermesra dengan Blade dan Blade turut tidak bermesra dengan kamu?"

Qaisha mengangguk kecil.

"Ustazah jangan salah faham tentang Blade. Kami berdua tidak pernah bercinta dengan sesiapa selama ini. Malah, perasaan sayang atau cinta pun kami tidak tahu. Jadi, bila kami berkahwin sikap kami yang selama ini tidak kenal erti cinta dan sayang pada insan lain terbawa-bawa dalam hubungan kami dan hubungan kami seolah-olah seperti seorang kawan." Kata Qaisha dengan nada yang perlahan.

Jujur dia katakan, dia ingin sekali hubungan dia dan Blade mesra seperti pasangan suami isteri yang normal. Tapi dia tahu pasti sukar untuk Blade memandangkan Blade tidak pernah bercinta atau pun berkenalan dengan mana-mana orang perempuan.

Ustazah Auni mula faham situasi yang di alami oleh Qaisha itu. Bibirnya melorek senyuman kecil.

"Kalau kamu nak tahu, bercinta selepas nikah lebih indah berbanding bercinta sebelum nikah. Satu-satunya percintaan yang mulia di mata Allah. Cinta yang halal tanpa mengundang dosa dan maksiat dan cinta yang di redhai oleh Allah.

Cinta itu boleh di pupuk apabila kedua-dua kamu berdua ikhlas menyayangi antara satu sama lain. Setiap hari selepas solat doa kepada Allah moga Allah mengurniakan rasa cinta dalam hati kamu dan Blade supaya mahligai pernikahan kamu berdua kekal hingga ke syurga Allah." Tutur Ustazah Auni dengan senyuman.

Qaisha mengukir senyuman kecil mendengar tutur kata Ustazah Auni yang lembut itu.

"Tapi kan ustazah adakah panggilan untuk suami isteri seperti abang-sayang itu wajib?" Tanya Qaisha lagi.

"Itu terpulang kepada pasangan tersebut. Jika dengan panggilan abang-sayang itu dapat mengeratkan kemesraan dalam hubungan ia amat digalakkan. Tapi ada juga panggilan yang lain sebagai contoh saya-awak, habib-habibi, hubby-darling dan sebagainya.

Itu terpulang pada cara meraka untuk memanggil pasangan mereka dengan mesra. Ada juga yang amat selesa beraku-kau dengan pasangan mereka. Bunyi memang kasar tapi itu lah yang mengeratkan lagi hubungan mereka. Lain orang lain caranya. Ikut keselesaan masing-masing."

Qaisha puas dengan apa yang Ustazah Auni katakan itu. Jadi, tidak lah dia berasa serba salah apabila memanggil Blade dengan panggilan kau-aku.

Mana taknya setiap kali dia beraku-kau dengan Blade membuatkan dirinya berasa serba salah pada Blade yang merupakan suami dan orang yang patut dia hormat. Dia tidak tahu mahu memanggil Blade apa selain kau-aku dan ia sedikit sebanyak mengganggu dirinya.

"Apa yang penting kita kena sentiasa hormat pada pasangan kita. Selalu berkomunikasi dan sentiasa bawa berbincang jika berlaku masalah tak kira masalah itu kecil atau pun besar. Kadang-kadang masalah yang kita sangka kecil boleh jadi besar jika dibiarkan tanpa menyelesaikan masalah kecil itu bersama-sama." Pesan Ustazah Auni serba sedikit pada Qaisha.

Sebagai seorang yang tua dan berpengalaman, dia tahu setiap rumah tangga pasti akan ada ujian yang akan melanda tetapi ketahui lah sebanyak mana pun ujian yang melanda dalam rumah tangga, jika pasangan itu bersama-sama menempuh ujian itu In Shaa Allah rumah tangga mereka akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

"Baik ustazah, terima kasih atas pesanan nasihat ustazah itu. Sebagai seorang perempuan dan juga seorang isteri, sedikit sebanyak saya ada perasaan takut untuk menjalankan tanggugjawab saya sebagai seorang isteri sebaik-baiknya.

Saya bukan apa ustazah, saya tengok kes cerai makin lama makin banyak yang berlaku. Saya takut saya akan mengalami perkara itu kerana tidak menjalankan tanggungjawab saya yang sepatutnya pada suami." Luah Qaisha.

Dia banyak baca tentang kes penceraian yang makin lama makin meningkat sejak akhir-akhir ni. Seolah-olah kahwin hanya berlandaskan nafsu semata-mata. Lepas puas terus diceraikan. Allahu Akhbar.....

"Nauzubillahiminzalik, semoga perkara itu tidak berlaku dalam hubungan kamu suami isteri dan minta dijauhkan. Tidak dinafikan perkara itu memang berlaku pada zaman sekarang. Penceraian berlaku sebab apa? Salah faham, curang, dah takde hati dengan pasangan, kaki pukul dan alasan-alasan yang tak sepatutnya wujud dalam rumah tangga.

Macam yang saya katakan tadi setiap apa yang berlaku dalam rumah tangga baik masalah kecil mahu pun masalah besar hendaklah berbincang terlebih dahulu. Jika memang sudah tertulis jodoh mereka hanya setakat itu sahaja itu kita sendiri tidak boleh buat apa. Walau apa pun yang berlaku jika dah berbincang tapi masih tidak boleh selesaikan juga rujuk pada pakar."

Qaisha mengangguk faham. Banyak ilmu yang dia dapat hari ini. Semoga apa yang Ustazah Auni pesan dan nasihat padanya akan membuatkan dirinya menjadi seorang insan dan isteri yang baik serta taat pada suami.

"Terima kasih atas nasihat dan pesanan ustazah itu. In Shaa Allah, saya akan ingat segala apa yang ustazah pesan pada saya. Saya doakan ustazah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur." Qaisha memegang tapak tangan Ustazah Auni lalu di kucup dengan kasih. Dia sudah menganggap Ustazah Auni seperti ibunya sendiri.

Ustazah Auni tersenyum kecil. Dia menggosok lembut kepala Qaisha dengan kasih sayang. Sudah di anggap Qaisha seperti anaknya sendiri. Dia suka akan sikap Qaisha yang rendah diri dan rajin bertanya tentang hukum hakam agama. Apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Pin pin

Qaisha dan Ustazah Auni tersentak. Terus mereka berdua menoleh ke arah sebuah kereta berwarna hitam yang menuju ke arah mereka.

"Hah, Blade sampai dah tu." Ujar Ustazah Auni apabila cermin tingkap kereta bahagian pemandu diturunkan kelihatan Blade sedang mengukir senyuman nipis padanya sambil melambai tangan padanya.

"Saya balik dulu ye ustazah, assalamualaikum." Qaisha menyalam Ustazah Auni dan memeluk kejap tubuh Ustazah Auni sebelum melangkah menuju ke kereta Blade.

"Waalaikumsalam, hati-hati ya." Ustazah Auni membalas lambaian Blade dengan senyuman.

Blade mengangguk kecil.

"Kami balik dulu ye ustazah, kirim salam saya pada Ustaz Wadi." Kata Blade pada Ustazah Auni.

"In Shaa Allah."

Blade pun terus memandu keluar daripada perkarangan masjid itu untuk pulang ke rumah.

"Borak apa tadi? Nampak rancak." Tanya Blade ingin tahu. Daripada jauh dia nampak Qaisha dan Ustazah Auni berbual sampai berpeluk-peluk. Nampak macam borak hal serius je.

"Borak cara nak goda suami." Jawab Qaisha dengan selamba.

Blade mengukir senyuman senget.

Cara nak goda suami huh?

"Kau nak goda aku ke?" Soal Blade dengan nakal. Sejak bila Qaisha berani sampai tahap ni? Entah mengapa dia rasa tidak sabar mahu melihat Qaisha menggoda dirinya.

"Why not? Kau suami aku, takkan aku nak goda orang lain pula." Jawab Qaisha dengan kening terangkat.

Okey, secara jujurnya dia mula rasa gugup. Berdebar-debar.

Aisyhhhhh betul ke dia nak goda Blade ni?

Blade ketawa kecil.

"Okay, i wait yeah aşk."

(Sayang.)

Qaisha blur.

Ask?

"Ask what?" Qaisha tidak faham. Tanya apa pula ni?

Blade ketawa. Tahu Qaisha tidak faham. Pasti Qaisha dengar perkataan ask english word.

"Nothing."















Korang team mana?

Mar-Qay

Atau

Af - Qay

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro