Bab 62

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak masak apa tu Mardhiah?"

Mardhiah yang sedang mengacau bubur dalam periuk terkejut apabila Asyraf menegur dirinya.

"Saya masak bubur, Qayyum demam. Alang-alang awak ada ni cuba awak rasa bubur ni, sedap tak?" Mardhiah mencedok satu sudu bubur yang panas bersama ketulan ayam yang di potong kecil pada Asyraf.

Asyraf mengambil dan meniup perlahan sebelum rasa bubur tersebut.

"Sedap!" Puji Asyraf.

Makin lama Mardhiah semakin pandai memasak. Semuanya berkat atas usaha Mardhiah sendiri yang sering kali menolong Qayyum masak di dapur.

Mardhiah senyum apabila di puji.

"Tadi awak kata Qayyum demam, panas sangat ke badan dia?" Tanya Asyraf ingin tahu.

"Saya tak pasti pula sebab saya takde sentuh dahi dia ke apa. Awak tolong tengok keadaan Qayyum boleh? Sebab malam tadi kami video call dengan Blade dan Qaisha sampai larut malam. Habis video call tu Qayyum macam nak rebah. Saya nak tolong dia tapi dia kata takpe dia boleh bangun jalan masuk bilik sendiri. Risau pula saya. Nak masuk bilik dia tapi saya segan." Jawab Mardhiah dengan serba salah.

Dia nak masuk bilik Qayyum tapi dia macam tak manis pula nak terjah masuk bilik Qaayum macam tu je. Yelah dia perempuan, Qayyum pula lelaki. Walaupun niatnya hanya mahu menjengah tapi walau apa pun mereka bukan mahram.

"Faham, takpe saya naik atas dulu okey. Awak masak apa yang patut nanti bawa naik ke atas."

Mardhiah mengangguk kecil. Dia melihat Asyraf yang beredar keluar daripada ruang dapur.

Api dapur di tutup setelah memastikan daging ayam lembut untuk di kunyah. Daun sup dimasukkan ke dalam periuk bubur itu  lalu di kacau beberapa saat.

Dia mengambil gelas dan di isi dengan air suam. Siap semua dia meletakkan gelas dan mangkuk yang berisi bubur atas dulang untuk dia bawa naik ke atas.

Tok tok tok

Tiada sahutan.

Asyraf terus memulas tombol pintu bilik apabila tiada sebarang suara yang menyahut. Masuk saja terus dia melihat Qayyum yang berselubung dalam selimut.

"Qay..." Sentuh saja dahi Qayyum, membulat mata Asyraf kerana dia rasa sangat panas.

"Qay, bangun Qay. Kau demam panas ni. Bangun bangun bangun.... Kita pergi klinik sekarang." Tubuh Qayyum di goncang perlahan supaya Qayyum bangun daripada lena.

"Hmmm, jangan kacau lah. Aku pening nak tidur." Tutur Qayyum dengan perlahan. Terasa agak sukar untuk dia bercakap kerana tekaknya terlalu kering.

Dia langsung tidak membuka matanya malah menarik selimutnya hingga menutup kepalanya. Sejuk.

"Bro, kau demam ni. Bangun-bangun, kita pergi klinik." Asyraf menarik selimut yang menyelubungi tubuh Qayyum. Langsir tingkap di buka supaya bilik ini di sinari dengan cahaya matahari. Suhu aircond diturunkan supaya tidak terlalu sejuk.

"Jangan lah sejuk....." Dia mencari-cari selimut yang terlerai daripada menyelubungi tubuhnya.

"Asyraf, macam mana keadaan Qayyum?" Tanya Mardhiah yang baru saja masuk ke dalam bilik Qayyum sambil menatang dulang makanan.

"Mardhiah, minta tolong boleh? Minta sesiapa yang ada dekat bawah naik atas sekejap. Tolong saya papah Qayyum ke bawah. Saya nak bawa Qay ke klinik. Badan dia panas sangat ni." Pinta Asyraf pada Mardhiah.

"Allah! Sekejap ya." Dulang makanan diletakkan atas meja yang berhampiran dengannya. Tidak membuang masa dia berlari turun tangga untuk meminta tolong seperti yang di pinta oleh Asyraf.

Kebetulan pada masa yang sama Elan keluar daripada biliknya dan ternampak kelibat Mardhiah yang berlari anak menuruni anak tangga.

"Mardhiah, kenapa nampak macam kalut?" Tegur Elan dengan tertanya-tanya.

Langkah Mardhiah terus terhenti. Dia mencari suara Elan yang menegur dirinya.

"Elan!" Terus dia berlari mendapatkan Elan.

Makin berkerut Elan jadinya. Kenapa ni?

"Ada apa-apa yang berlaku ke?"

"Qayyum demam panas. Awak tolong papah Qayyum turun ke bawah boleh? Asyraf nak bawa Qayyum pergi klinik." Jawab Mardhiah sedikit mengah.

"What? Okay, i go there." Elan terus bergegas menuju ke bilik Qayyum.

"Let's go Asy."

Asyraf mengangguk.

Qayyum di dudukkan lalu dia mengangkat lengan kanan Qayyum dan di sangkutkan ke lehernya supaya mudah untuk dia memapah Qayyum. Manakala lengan kiri Qayyum di sangkutkan ke leher Elan.

Mereka berdua memapah Qayyum untuk turun ke bawah. Dapat mereka rasakan bahang panas yang keluar daripada tubuh badan Qayyum. Sangat-sangat panas.

Mardhiah mengikuti langkah mereka berdua daripada belakang. Dalam masa yang sama dia turut berasa risau dengan keadaan Qayyum. Lemah longlai dan sangat pucat.

"Mardhiah, minta tolong ambilkan wallet dan kunci kereta saya dekat atas meja ruang tamu tu." Pinta Asyraf lagi. Serba salah pula kerana asyik mengarah Mardhiah.

Mardhiah akur saja.

"Thank you Mardhiah, sorry susahkan awak." Kata Asyraf apabila Mardhiah menyerahkan wallet dan kunci kereta kepadanya.

"Tak apa, lagi pun awak tengah papah Qayyum kan? Elan, awak ikut Asyraf sekali ke? Nak saya ambilkan wallet awak?" Soal Mardhiah pada Elan.

"Tak menyusahkan kau ke?"

Mardhiah menggeleng kecil.

Sikit pun tak menyusahkan dia. Matanya mengerling ke arah Qayyum yang sudah pun berada dalam kereta di bahagian sebelah pemandu.

"Kau masuk je bilik aku tu atas meja tepi lampu tidur ada wallet, handphone dengan kunci kereta. Kau ambil je tiga benda tu." Terang Elan.

Mardhiah angguk faham terus dia masuk ke dalam markas dan melangkah naik ke bilik Elan untuk ambil apa yang di pinta oleh Elan.

Sementara menunggu Mardhiah, Asyraf memanaskan enjin keretanya terlebih dahulu. Qayyum yang lena di dalam keretanya di pandang.

"Takpe ke kau ikut aku pergi klinik ni? Sir tak marah?"

"Nanti aku bagitahu sir aku lambat masuk kerja. Seingat aku pagi ni takde apa-apa yang penting melainkan beri laporan kerja Blade pada sir."

Asyraf hanya mengangguk saja.

Tak lama kemudian Mardhiah pun muncul.

"Ni barang awak."

"Thank you, kau tak nak ikut?"

Mardhiah menggeleng kecil.

"Takpe, saya tunggu dekat sini je." Jawab Mardhiah.

"Hurmm okay. Asy jom gerak."

Mereka berdua masuk ke dalam kereta Asyraf. Asyraf terus memandu keluar daripada markas dan memecut laju menuju ke klinik yang berdekatan.













"Aina!"

Aina yang sedang berbual dengan beberapa doktor perempuan terus berhenti berbual.

"Kitorang gerak dulu lah Aina, nanti kita sambung sembang. Bye...."

"Okey, bye..." Balas Aina dengan senyuman nipis. Matanya melihat tiga orang doktor perempuan yang merupakan rakan kerjanya yang sudah jauh ke depan.

"Kenapa kau panggil aku? Ada apa-apa ke?" Tanya Aina pelik. Yelah, takde angin takde ribut tiba-tiba je namanya di panggil olehnya.

"Aihhh, takkan nak tegur 'sahabat' sendiri pun tak boleh? Nak kena ada sebab ke?" Soalnya dengan sinis tanpa menjawab pertanyaan Aina.

Sengaja dia tekankan perkataan 'sahabat' pada Aina.

"Bukan tak boleh tegur tapi biasa kalau kau tegur aku macam ni ada benda kau nak tanya aku. So, apa dia kau nak daripada aku ni?" Sikit pun dia langsung tidak terasa apabila di perli sebegitu.

Untuk apa dia terasa?

"Sombong kau ya sekarang. Dah ada sahabat baru ke? Atau yang tadi tu sahabat baru kau? Yelah, aku ni siapa je. Jahat pula tu."

"Apa benda kau ni Jannah? Jangan nak merepek boleh tak? Diorang bertiga tu rakan sekerja aku. Salah ke aku nak bersembang dengan rakan sekerja aku sendiri?" Makin tak faham dia dengan perangai Jannah yang seolah-olah sudah berubah sejak dia masuk kerja kembali.

Jannah menyungging senyuman sinis. Rakan sekerja huh? Bukan main galak bersembang tak tengok kiri kanan. Dengan dia takde pula sembang rancak macam tu. Huh!

"I don't care, aku nak tanya kau betul ke Doktor Qayyum dah bertunang?" Tanya Jannah dengan wajah yang serius. Matanya tajam merenung Aina yang terkedu dengan pertanyaannya.

"Hmmm betul lah tu. Dia dah bertunang." Jawab Aina jujur.

Takde guna nak berselindung jika perkara itu menjadi bahan gosip di kalangan para pekerja di hospital ini.

"Dengan siapa? Aku kenal?"

"Entah lah mana aku tahu. Aku bukannya kisah sangat pasal Doktor Qayyum tu." Dia tahu tentang ini sebab dia terdengar perbualan Hana dan Shiela di cafe.

"Cantik ke perempuan tu?"

Aina melepas keluhan kecil. Kurang senang dengan pertanyaan Jannah yang asyik bertanya tentang tunang Qayyum.

"Cantik lah sebab tu Doktor Qayyum bertunang dengan perempuan tu. Dengar-dengar diorang nak kahwin tahun ni tak tahu bulan berapa." Kata Aina sedikit menipu.

Mana lah tahu perempuan tu cantik ke tak. Tapi kenyataannya semua ciptaan Allah cantik-cantik belaka. Jadi, tak salah lah kan tekaannya itu. At least dapat juga pahala puji orang daripada mengutuk tak tentu pasal. Tambah dosa je.

Cantik?

Jannah membuat muka tidak puas hati.

Cantik lagi dirinya.

"Jannah, aku nak pesan dekat kau. Sudah-sudah lah tu nak pikat Doktor Qayyum. Dia tu tunang orang, nak kahwin dah pun. Jangan rosakkan hubungan orang please." Nasihat Aina yang sedikit risau pada Jannah.

Dia bukan nak berfikir buruk pada Jannah tapi entah lah. Hatinya rasa lain melihat tingkah Jannah yang baginya agak creepy itu.

Nauzubillahiminzalik....

"Baru tunang, belum dah kahwin. Jadi kau nak kecoh apa?" Sinis saja nada Jannah.

Kalau dah kahwin pun dia peduli apa. Qayyum dia punya. Selama-lamanya tetap dia yang punya!

Tunang Qayyum? Heh, boleh pergi mampus!

"Jannah!"

"Whatever, byeee...." Jannah beredar pergi dengan wajah yang tiada perasaan. Namun tiada siapa yang tahu betapa sakitnya hati dia apabila Qayyum sudah bertunang. Entah mengapa dia teringatkan seorang perempuan yang tiba-tiba saja muncul di sebelah Qayyum tempoh hari.

Adik huh? Dia memang langsung tak percaya kerana dia tahu Qayyum hanya memiliki abang sahaja. Dia sendiri selidik latar belakang Qayyum. Dia masih tertanya-tanya siapa perempuan itu sebetulnya. Apa yang pasti perempuan itu tidak mempunyai sebarang pertalian dengan Qayyum.

"Aku masuk kejap nak bagi mc ni dekat kawan Qayyum. Kau tunggu dalam kereta tau Elan." Pesan Asyraf sebaik sahaja memakirkan keretanya di tempat pakir kereta pelawat.

Betul-betul berhadapan dengan ruang masuk pintu lobby hospital. Tak ramai orang jadi mudah untuk dia pakir kereta. Tak payah pakir jauh-jauh. Penat nak jalan.

"Hmmm aku tahu lah, kau cakap macam aku ni budak kecik kan?" Jeling Elan.

Asyraf ketawa.

"Mana tahu kau tiba-tiba nak kencing lah tiba-tiba nak pergi beli makanan lah ehhh banyak pula tiba-tiba yang akan muncul. Tapi kalau kau nak beli makanan, beli sekali untuk budak-budak yang lain termasuk aku."

Cakap berbelit-belit budak Asyraf ni. Tadi kata tunggu dalam kereta ehhh alih-alih kalau dia nak beli makanan beli sekali untuk dia dan budak-budak di markas. Bengong betul.

"Pergi lah cepat." Halau Elan. Lambat-lambat pula, panas ni. Nak buka aircond kesian pula pada Qayyum yang tengah demam.

"Ye nak pergi lah ni bising je." Jeling Asyraf sebelum keluar daripada kereta.

Sebenarnya dia tak kisah pun kalau Elan keluar meninggalkan Qayyum berseorangan di dalam keretanya. Siapa je nak curi kereta dalam hospital ni? Kalau betul ada orang nak curi kereta dia, dia ada pasang cctv di dalam keretanya dan juga alat pengesan untuk mengesan keretanya jika di curi orang.

Masuk saja di ruang lobby, Asyraf terus melangkah ke arah kaunter pertanyaan.

"Hai, sorry ganggu boleh saya tanya Doktor Khalif Aniq ada tak? Kalau ada panggil dia turun kejap saya nak jumpa. By the way saya Asyraf kawan Qayyum." Kata Asyraf tanpa senyuman.

Jalilah yang terkejut dengan kedatangan Asyraf yang tiba-tiba itu terus membuat panggilan pada Khalif. Harap Khalif tidak sibuk dan tidak mempunyai sebarang kes untuk di handle pada saat ini.

Sementara itu Elan yang tunggu di dalam kereta mula rasa lapar.

"Qay...." Dia menepuk lembut lengan Qayyum agar Qayyum terjaga daripada lena.

"Urkk urmmm kenapa?" Tanya Qayyum dengan suara yang lemau. Dia memang takde tenaga nak mencelikkan matanya. Kepalanya turut rasa berat.

"Aku nak keluar beli makanan kejap, aku tinggalkan kau dekat sini sorang-sorang boleh?"

"Hmmm, pergi je. Aku okey."

Setelah mendapat jawapan daripada Qayyum, Elan terus keluar daripada kereta untuk mencari makanan untuk mereka.

Kini Qayyum hanya bersendirian saja dalam kereta. Dia yang tidak larat mahu tidur saja dengan tenang. Langsung tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

"Macam kenal je?" Jannah yang mahu ke keretanya terus berhenti melangkah apabila ternampak susuk tubuh seseorang yang dia kenali sedang tidur lena dalam sebuah kereta tidak jauh daripadanya.

Doktor Qayyum!

Terus melebar senyumannya.

Langkahnya laju menuju ke kereta itu dengan perasaan yang teruja. Dia melihat sekeliling kawasan itu. Tiada sesiapa yang berada di kawasan itu.

Bibirnya mengukir senyuman jahat. Idea jahat mula datang bermain di fikirannya.

Tanpa berfikir panjang, dia masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu.

"Doktor Qayyum..." Jannah menyentuh lengan Qayyum yang berlapik dengan sweater itu dengan lembut.

Demam?

"Urhhh urmmm..." Qayyum bergerak sedikit tetapi masih tidak membuka matanya. Dia seperti separuh sedar.

"Awak demam ke? Doktor Qayyum..." Melihat Qayyum langsung tidak memberi respon membuatkan Jannah mengambil peluang yang ada ini sebaik mungkin.

Handphonenya dikeluarkan lalu camera phone di tekan. Dia mengambil gambar dia dan Qayyum secara intim tanpa di sedari oleh Qayyum. Puas mengambil gambar, Jannah segera keluar tidak mahu dirinya di tangkap oleh orang sekeliling.

Hatinya ketawa jahat.

Dengan gambar-gambar yang dia ambil ini dia akan pastikan Qayyum menjadi miliknya bukan tunang lelaki itu.
















Ayokkkk tatayokkkkk

Jannah buat sexual harassment dekat Qayyum

Σ(っ゚Д゚;)っ

Apa kata korang?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro