Bab 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"What's wrong with her?" Soal Jackson pada Amelya yang sedang meneguk air jus orennya.

"Don't know." Amelya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu. Jangan kata Jackson, dia pun tak tahu apa yang Qaisha menungkan itu.

Daripada tadi mereka berdua perhati saja tingkah Qaisha yang termenung itu. Bukan dia tak perasan mata-mata nakal yang melirik ke arah Qaisha yang termenung jauh sehingga tidak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya.

Disebabkan itu, dia dan Jackson mengorak langkah menuju ke arah Qaisha dengan segera sebelum pelanggan-pelanggan di situ mengambil kesempatan pada perempuan itu.

Qaisha masih tidak menyedari kehadiran Jackson dan Amelya yang berada di hadapannya. Fikirannya jauh melayang mengingati lelaki bertatu yang dia jumpa pada petang semalam di hadapan masjid.

Entahlah dia pun tak tahu kenapa dia teringat pada lelaki itu. Kisah yang di ceritakan padanya amat menyentuh hati dan perasaannya. Bagaimana seorang yang tidak berpegang pada mana-mana agama berhijrah kepada agama Islam dan melalui pelbagai perkara yang amat sukar untuk di lalui dalam hidup.

Kisah itu membuatkan dirinya berfikir dan banyak termenung. Dia Islam tapi kenapa hidupnya tidak seperti seorang yang beragama Islam?

Islam sekadar nama tapi hakikatnya kehidupannya tidak menggambarkan ciri-ciri seorang Islam yang sejati. Dia solat tapi melakukan pekerjaan yang haram. Adakah solatnya di terima?

Persoalan yang sering bermain dalam fikirannya. Dia solat tetapi adakah amalan-amalan itu akan di terima sedangkan dia melakukan perkara yang di haramkan oleh Allah? Walaupun dia terpaksa melakukannya bukan atas kehendaknya sendiri tetapi masihkah dipandang oleh Allah?

Kata-kata lelaki itu asyik bermain di fikirannya. Pertemuan dengan lelaki itu langsung dia tidak jangka. Apa yang boleh dia katakan lelaki itu mempunyai auranya tersendiri. Dapat dia rasakan lelaki itu mempunyai keinginan yang kuat dan keinginan tersebut ingin di capai walau apa pun yang akan berlaku pada diri lelaki itu sendiri.

Pelikkan? Dengan mudah saja dia mampu membaca tentang diri lelaki itu walaupun mereka hanya bertemu dan berbual dalam jangka masa yang singkat.

"What's up flower?"

Qaisha tersentak apabila dahinya di jentik dengan kuat.

"Argghh shit! It's hurt stupid!" Qaisha berdesis sakit sambil menggosok dahinya yang pedih di jentik oleh Jackson.

Sudah lah jari lelaki itu besar, di jentiknya dengan kuat. Mesti dahinya merah saat ini.

Jackson menyungging senyuman senget.

Amelya menggeleng kecil. Tajam matanya menjeling Jackson yang beriak selamba itu. Nak tegur pun elok-elok lah sikit. Ni main jentik je dahi orang tu. Tak sedar ke jari dia tu gemok.

"What? Not my fault. Dia yang termenung jauh siapa suruh." Jackson menayang wajah tidak bersalah.

"You ni pun jangan lah main jentik-jentik dahi. Kan dah merah tu." Amelya menepuk lengan Jackson dengan kuat. Jackson membuat muka menyampah. Alih-alih dirinya juga yang salah.

Qaisha menjeling tidak berpuas hati pada Jackson.

"Apa hal datang sini? Takde kerja ke korang berdua ni? Datang menganggu aku kerja je." Soal Qaisha mendatar.

"Kerja aku perhatikan kau. Patutnya aku yang tanya kau, kau termenungkan apa? Kerja apa pun tak buat sibuk termenung jauh." Balas Amelya sambil berpeluk tubuh. Keningnya di angkat menanyakan perkara yang di menungkan oleh perempuan ini.

Qaisha menggaru keningnya yang tiba-tiba saja gatal. Takkan dia nak jujur yang dia termenung teringat seorang lelaki bertatu pula kan? Tak pasal-pasal diorang tanya macam-macam terutama Amelya.

"Nothing." Jawabnya sepatah. Memang tak lah dia nak bagitahu.

Untuk kali kedua, Jackson menjentik dahi Qaisha di tempat yang sama.

"Arghhh sakitlah lah Jackson! Kau nak mampus ke hah!" Qaisha mengetap bibirnya menahan rasa marah yang membuak-buak.

Untuk kali yang kedua di tempat yang sama, mana tak sakitnya. Sakit tadi masih ada makin bertambah rasa sakitnya.

Jackson menjongket bahunya. Geram je rasa mendengar balasan Qaisha itu.

Nothing?

Oh, please lah nak menipu pun agak-agak lah. Punya panjang Amelya tanya tapi dia balas sepatah perkataan je? Nothing? Memang kena jentik lah dengan dia.

Amelya menahan senyumannya daripada terukir. Tahu yang Jackson bengang dengan jawapan Qaisha yang tersangat lah annoying yang dia dengar. Kalau Jackson tak jentik memang kena hempuk kepala Qaisha dengannya.

"Nothing apa bendanya kalau termenung sampai jantan-jantan tu nak menggatal dengan kau pun kau tak sedar? Kalau aku dengan Jack tak ke sini mahunya kau kena raba." Kata Amelya tanpa berlapik.

Terus wajah Qaisha berubah. Matanya tajam merenung pelanggan-pelanggan lelaki yang sedang duduk minum seperti tiada apa yang berlaku. Huh, lelaki!

"Kau tak pandai menipu Sha, so apa yang kau fikirkan?" Soal Jackson pula.

"Not important to know." Jawab Qaisha dengan nada malas.

Baru saja Jackson mahu menjentik dahi Qaisha, Qaisha terlebih dahulu menjauhkan dirinya daripada Jackson.

"Since when you suka jentik-jentik dahi orang ni, Jack?"

Jackson menoleh ke arah Amelya yang menatapnya dengan pandangan pelik.

"Sejak tadi." Jawabnya bersahaja.

Qaisha rasa nak bagi penampar je pada Jackson. Sakit pula hati dia dengan perangai Jackson.












Qayyum kunci pagar rumah Blade setelah berada di luar rumahnya untuk berangkat menuju ke tempat kerjanya.

Setelah membaca doa menaiki kenderaan, dia pun memecut laju menuju ke hospital menggunakan jalan lama yang jarang orang lalu supaya dia sampai ke hospital dengan cepat.

Dia malas mahu menggunakan jalan highway yang dia pasti jalan di sana pasti tengah jammed pada waktu ini. Waktu di mana orang tengah nak balik rumah daripada tempat kerja.

Jam yang menunjukkan sudah jam tujuh menunjukkan langit mulai berwarna merah oren, menandakan waktu senja. Sunyi saja jalan yang dia lalu ini tanpa ada sebarang kereta atau motor yang ada melainkan dirinya sahaja.

Dia ada dengar khabar angin yang mengatakan jalan ini agak 'keras' kerana itu lah tiada siapa yang berani menggunakan jalan ini walaupun pada waktu pagi. Kalau ada pun cuma lori je yang lalu untuk buat kerja itu pun jarang sangat dia nampak.

Selama dia guna jalan ini untuk ke tempat kerja, langsung dia tidak nampak atau rasa apa-apa yang pelik. Adalah tu yang nak menakut-nakutkan pengguna jalan raya daripada menggunakan jalan ini.

Tapi takpe dia tak kisah langsung. Untung juga dia tidak perlu bersesak dengan pengguna jalan raya yang lain. Sebab itu dia suka guna jalan lama ini dengan tenang.

Sedang dia bawa motor, dia ternampak satu susuk tubuh perempuan yang sedang berjalan dengan terhincut-hincut di tepi jalan tanpa memakai sebarang kasut atau pun selipar.

Wajahnya berkerut hairan. Matanya dikerdip beberapa kali untuk memastikan apa yang dia lihat tidak salah.

'Perempuan? Buat apa dekat sini sorang-sorang?' Dia mula berasa aneh. Takkan lah hantu? Tapi dia takde rasa meremang ke apa ke.

Dia memperlahankan motornya ketika berselisih dengan perempuan itu. Dia menoleh untuk melihat perempuan itu dengan lebih jelas.

Terkejut dia apabila melihat keadaan perempuan itu sangat teruk! Serta merta dia berhenti tepi dan mematikan enjin motornya.

"Eh, awak okey tak ni? Apa jadi dekat awak?" Soal Qayyum sebaik saja berdiri di hadapan perempuan itu.

Dia melihat keadaan perempuan itu yang sepertinya baru saja di dera. Rambut panjang perempuan itu kelihatan sangat tidak terurus. Wajah itu pula penuh dengan kesan lebam dan terdapat beberapa kesan calar yang mempunyai kesan darah yang sudah kering.

Kemudian matanya tertacap pada tangan dan kaki perempuan itu yang mengalir dengan darah. Dia beristighfar panjang. Kena derakah perempuan ini?

Apabila dirinya di tegur oleh seorang lelaki, dia mengundurkan langkahnya ke belakang dengan wajah yang ketakutan.

"P-per-pergiii...." Tuturnya dengan nada yang lemah. Sungguh dia mula berasa penat dan sakit yang menjalar di setiap tubuh badannya.

"Jom, saya bawa awak pergi hospital. Teruk awak cedera ni." Qayyum mengendahkan kata-kata perempuan itu.

Tidak mungkin dia akan pergi meninggalkan perempuan itu sendirian di kawasan jalan yang sunyi ini. Sudahlah tiada siapa pada waktu ini yang berada di kawasan ini.

Lagi pula dia adalah seorang doktor. Lagi lah dia tidak akan sesekali meninggalkan perempuan ini berseorangan dalam keadaan yang cedera sangat teruk.

"Ja-jangan d-dekattt...." Perempuan itu berundur ke belakang dengan wajah yang ketakutan. Namun, tenaganya yang kian lemah membuatkan dirinya ingin tumbang.

Melihat dia seakan-akan ingin rebah, Qayyum segera mendapatkan tubuh perempuan itu.

"Kita pergi hospital." Ujar Qayyum dengan tegas.

Dia tidak boleh lagi berlengah apabila melihat keadaan perempuan ini. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada diri perempuan ini tapi apa yang pasti dia mahu perempuan ini dirawat dengan segera.

"T-to-tolong pergi....." Matanya bergetar halus. Anak mata hitamnya seakan-akan ingin membesar memenuhi mata putihnya. Dia memejam matanya agar lelaki yang mencempung dirinya tidak melihat perubahan pada matanya.

Qayyum mencempung tubuh perempuan ini lalu di bawa ke arah motornya.

Dia mengetap bibirnya menahan rasa sakit dada yang mula menjalar dalam tubuh badannya. Tangannya menekap dadanya sekuat yang boleh.

'Tolong jangan keluar sekarang.' Air matanya jatuh mengalir menahan rasa sakit.

Wajah lelaki asing yang berniat ikhlas mahu menolong dirinya di renung dengan rasa serba salah. Kenapa? Kenapa lelaki ini tidak mahu mendengar kata-katanya? Kenapa?

Tidak mahu lelaki ini menjadi mangsa, dia menolak kuat tubuh lelaki ini dengan kudrat yang masih ada.

Qayyum yang tidak bersedia, jatuh bersama dengan perempuan itu apabila dirinya tiba-tiba saja di tolak secara mengejut.

"A-awak!"

Perempuan itu berlari sekuat hati supaya jauh daripada Qayyum. Langsung tidak di endahkan rasa sakit yang mula menguasai dirinya.

Dia perlu lari. Lari sekuat hati agar lelaki itu tidak menjadi mangsa si 'dia'. Cukuplah orang yang tidak bersalah menjadi mangsa 'dia'. Dirinya tidak kuat untuk hadap perkara yang sama. Air matanya mengalir ketakutan.














Holla! Anyone miss me? 😆














Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro